Monday, July 29, 2013

Kawan Yang Jauh Di Mata tetap Dekat Di Hati

Assalamualaikum semua
Puasa ok? Belum terbarai lagi? *khas untuk kaum adam*...
bersua kembali kita di arena sukan blog...
Tajuk pun dah boleh agak....BUKAN kisah jenjalan sana sini
Ini kisah kawan-kawan wa yang 'jenjalan' jauh dari diri wa...

sapa derang nih?


*sambil telan kurma, wa pun mulakan entry nih*


kawan kawan wa nih semua telah mencari haluan masing masing
meninggalkan memori yang berwarna untuk diri wa
antaranya...


To-Be-Puan Faiezah....seorang executive di  dept business development
beliau BUKAN la tukang masak
gambo nih diambil masa kami masuk pertandingan memasak...
kumpulan kami menang..ok? dont play play...hhahahah...


seorang lagi... Puan Syuhadah...
bekerja di dept strategic resources
pun mengambil langkah keluar dari pejabat
  

member sekepala dan sekutu 
sama sengal sama gile
Puan Sakinah
jurutera di dept engineering & project development
"lu tak de...wa kesepian tau...huhu..sapa nak tolong wa dengan projek tengah jalan nih???"

dan ramai lagi yang dah keluar dari pejabat
yang wa tak letak nama dan muka mereka
takut laa..karang wa kena saman dengan derang
huhuhu

iya Qyn...
you olso been nice to me
*kesat air mata selepas kupas bawang*
miss you-nih betul punya ayat penyata

wa tak harapkan hadiah
tapi wa dapat jua tanda ingatan dari mereka


pabila makan..mereka jemput wa
walaupun berlainan jabatan
namun kami tetap satu pejabat



dan juga ...opismate wa di dept yang sama
En Shamsul


tak de dah staff yang akan bawak naik poskad 
sengeh sengeh macam nih
"akak..ada poskad!!!!"
"akak..poskad lagiii!!!!"
"akak..nih dari #ttravelholicawsome"
mmmm.....

dan juga 
tukang sibuk nengok duit raya tahun lepas Biqque yang bagi
*Biqque..ingat lagikah?*


dan juga...wa tak dapat lagi stok keropok ikan ini
sebab....
kemalangan berlaku kepada kakak cleaner opis wa
pada awal Jun 2013

patah kedua dua kaki
dan

tangan kanan juga patah.
maka beliau dihantar pulang ke Surabaya...
dan tak  mungkin jejak kaki di Malaysia.

"akak seorang yang kuat semangat....saya yakin ..."
itu sahaja yang mampu wa sebut
semasa melawat beliau di rumah sewa
sehari sebelum beliau dibawa pulang ke kampung halaman.

miss her too... 

dan seorang lagi katagori  balada BFF
kawan wa
yang wa selalu lepak bila beliau masak nasik palov
minum teh ubekistan
belikan poskad
merapu menjawab pabila komen dalam FB


tuh..beliau dok belah kiri sekali
tengah bulan 8...beliau ke Qatar
demi tugasan baru di sana
dah kurang kawan-kawan wa..kan?

will miss her dearly 

dan juga Cikgu Siti Hajar
walaupun tidak sama sebumbung bekerja
namun wa boleh berjumpa bila masing-masing ada jodoh untuk dipertemukan
wa harap begitu juga kepada kawan-kawan wa yang lain


iya...wa tak pilih kawan
samada anda tinggi darjat atau rendah kasta 
namun kawanlah jua yang pilih 
samada 
nak kekalkan wa sebagai kawan
atau pun tak


semua ada hak
semua ada tujuan hidup
semua ada jalan masing masing
pernah terdengar ayat berbunyi begini

"when you love someone, set him / her free..then you will know..."
*ker..salah??? ntah la....*


kredit to :Majalah Solusi No 55 (May 2013)

I'm trying to adapt this


and enjoy my life without hating people
(karang...doa tak dimakbulkan..payah wooo)
setiap kejadian ada hikmahnya
I do believe 

ada 10 hari terakhir bulan Ramadhan
sila rebut
sebab kita tak tahu
samada Ramadhan tahun depan ..sempatkah kita jumpa
atau Syawal tahun nih..sempatkah kita beraya

kredit kepada National Geography May 2013
wa suka nengok gamba dalam majalah NatGeo
melihat keindahan alam dalam perspektif photography
dan juga 
kesedaran diri untuk muhasabah jiwa
what will you do when two planets collide?


sebelum wa lupa
wa nak bagitau
yang wa baru je beli penyepit baju baru 
sempena hari raya
yippieeee....
*motif*?
sebab baju raya tak beli, kasut tak beli, tudung raya tak sedia, biskut raya tak ode
tapi wa tetap nak raya
Selamat REBUT 10 hari terakhir Ramadhan 1434
maaf dipinta atas keterlajuran kata-kata...







Wednesday, July 24, 2013

Travelholicawsome-Langkawi (Final)

Esoknya...
kami pun kemas-kemas
masa dah time
untuk pulang ke Semenanjung Malaysia
(hamboi? macam la pi oversea?)

Diva Aqilla dengan beg tariknya
kata tema bercuti kali ini adalah trolley ???
(kena sangat dengan wa yang suka guna beg trolley sebelum jumpa mereka-mereka ini)

Jom kita check-out dari homestay..
kami terjah sarapan pagi di tempat semalam
(malas nak cari tempat lain)

ada lebih kurang 2 jam sahaja untuk kami mundar mandir selepas sarapan
sebabkan hujan...kami terjah ke sini..
dikenali Awana Porto Malai..dah tukar nama ke Resort World Langkawi
kami singgah bergamba aje


sambil tengok kapal layar sapa ntah
pastu
kami kembali ke Pantai Cenang


hai..kata dok Pantai Cenang..tapi tak jejak kaki kat sini?
apa kes?


berlegar legar di sini 
selama 30 minit sahaja
masa yang terhad ini
kami terus ke
  
beras terbakar
sangat lengang
best untuk buat 'tempat nih macam ko yang punya'


tuh berasnya


ari Isnin
padan le tak de orang datang kat sini
masing-masing dah start kije daaaa
kami kami aje yang tersengeh sengeh nengok beras terbakar
heheh
next stop...
off course
airport 



makan buah rambutan
ehsan Na yang membelinya takala berada di Beras Terbakar
beli 3 ikat RM5...dapat 2 tangkai free ???
apa lagi??? kenduri kendaralah kami di sini
dah tak pedulik orang lain
kami makan bersungguh-sungguh
*syak..wa sampai sekarang batuk tak elok lagi....mesti datang dari rambutan Langkawi*
(kong..kong...konnggggg...)



lagi sekali...
sebagaimana kami datang dalam 3 kumpulan berlainan...
kami balik pun dalam 3 kumpulan yang berlainan...
group pertama : Biqque, Shahrul, John, Janggel, Maszuber, Dan Arif dan wa = flight 12.40tgh firefly
group kedua : ChawaNa dan Aqilla = flight 1.40 air asia
dan
group ketiga : Byya sorang...katanya nak dapatkan feel lama sket di Langkawi
flight 3.00 ptg (eh..air asia ker? atau firefly? lupaaa daaa..)
maka tamat la sudah episod kami di Langkawi
(sambil hangkut cekelat nak agih-agihkan pada kawan-kawan / opismate / musuhmate / saudaramara)

bermulanya kami dari.....

dengan post entry blackout day

dari sedikit beg troley 

beranak pinak dengan hasil rampasan

digabung semua beg
kami jelajah pulau
dengan...

pasangan bakal perantin
BUKAN burung merak tu yang jadi perantin
BUKAN...

"Yangggg..I nak beli pressure cooker...you tolong bawak kan, leh?" kata Mas
DanArif buat buat tak dengar....
haa..tu deme tuh
Maszuber dan DanArif
langsung kenduri kawen tahun nih
(baju kurung baru wa tak beli lagi nih...ala...)

"hai..nama awak Kiki ker?" Biqque sedang beramah mesra dengan kerbau
"ingat kucing kat rumah le tuh..." kata Shahrul
dan dengan pasangan suami isteri ini
Shahrul dan Biqque



"gambo aku cun nyerrr.....sah sah laki aku tak de gambo nih..hehe" kata Na
"peh..cun aaa gambo moment nih..sah sah la bini aku pun tak sempat tangkap gambo nih..haha" kata Cawan
dan juga keluarga ini
ChawanNa dan Aqila
yang anaknya menjadi rebutan model cilik kali ini


kehadiran Janggel juga jangan dipandang sepi...
gigih menembak gambo sana sini

tak perlu diperkenalkan sapa beliau
walaupun tertinggal kunci mangga di Shah Alam
namun beliau tetap gembira di sini

"Abang John!!! Abang Janggel!!! meh sini!!!"

iya..
kami gembira bersama
tanpa kira umur dan usia


sepanjang perjalanan cuti ini
ada sahaja halangan dan drama
tapi kami tak kesah
sebab kami berjalan sama
dan juga
selagi kami berada di jalan yang lurus



"tu..tu...aleh sket ke kanan..tak nampak patung burung lang nanti..." Biqque berkata
"leh nampak...nih wide anglenyer kamera..mahal tau..bukan beli diskaun..beli plak kat...."DanArif berkata pula
gigihnya krew produksi
mengharapkan hasil yang
bakal buatkan kami mengilai ketawa bersama
dan tersengeh senyum takala sensorang  


....indeed...
who are your friends reflect yourself too
or
who are you do reflect with who your friends are
*picit kepala...apa wa cakapkan nih?*

been here

seen there



done that 

yes...we have done our trip together
and

we have done it again...
almost...together
Missing in action : Masnona (pi marathon kat PD) ,
 Dr Shahrul (burn tiket sebab tuntutan kije di spital),
Ely dan Hasrul serta Samy dan Suci (tak dapat ikut....ada hal lain)
Lili (aktiviti pindah rumah katanya)
dan
Fatt (ada hal lain ...kottt?)

kali ini..Aqilla menjadi rebutan
ada sahaja gelagat dia
penat juga kami kejar bila dia melarikan diri jauh-jauh



walaupun diva ini tidak suka pijak pasir
*kannn.... tak pasal mintak didukung?*

but again...we have so much happy moments
with short of time
with obstacles here and there 


berharap impian Miss B tertunai sudah
untuk jejak kuku kaki di pulau Langkawi


itulah kami
terima kasih wa ucapkan kepada mereka
sebab dari mula beli tiket / reserve homestay / kenderaan / makan / jalan-jalan / shopping 
adalah urusan bersama-sama
(Maszuber adalah event manager untuk trip kali ini-tepuk tangan untuk beliau!!)

tanpa kata sepakat
mahupun sekepala
kadang kala..balik bercuti ...boleh sambung gaduh..ok?
kami tak bergaduh..kalau gaduh pun..gaduh manja lite lite gitu...
hahaahah
asam garam berkawan
 

"pasnih kita pegi mana eh?"
"kita gi oversea...nak?"
"yeaayyy!!!!!"



*gigil masuk kan duit seposen dalam tabung*

semoga kita bertemu lagi.
(nih entry apa? macam rancangan TV aje?)
next entry?
ada...
eh
bukan entry jalan-jalan dah...
entry nasihat...
(mode ustazah kembali)