Showing posts with label Bangkok. Show all posts
Showing posts with label Bangkok. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Thailand : Summary

Assalamualaikum semua
penggulungan akan dibuat di entry ini
bertabahlah 
sebab 
banyakkkkkkkkk sangat gambar bunga matahari bakal ditepek

ayuh 
(sambil kunyah kacang tanah)




jom lihat apa yang sempat wa rakam
apa yang wa sempat rumuskan
dan
apa yang sempat wa sengal kan...


penggunaan en GRO eh..GoPro yang maksima
thank you abam Janggel !!!


dan juga gabungan gadget-berat-suma-tumpang-letak-kat-bahu-wa.
Iya, wa tolong pegangkan aje
(lap skrin cermin mata sebab masuk abuk bunga)

pergi seorang adalah tak best
sebab lu bukan seorang 'survivor'


di ajak dalam satu kumpulan kecil
kami tiba di sini..  
macam tak cukup lengkap je kan?


TINGGGG!!!!
iya...mempersembahkan sebuku roti !!!
maka, lengkap la jua sarapan golongan marhaen seperti kami
Kami bukan cuti taraf mewah ala keluarga Kardashian...*tetiba*

Begitu juga percutian kumpulan kami, saling perlu memerlukan.
tanpa roti, agak-agak la..sedap sangat ke makan tuna sesaja dari tin tu??



jalan dalam satu arah
niat untuk memberi makan 'hotdog' pada burung merpati itu
pun dah nampak 'cute' di mata ini
takala terlihat kanak-kanak kecil ini beraksi
(satu jam dok dalam keretapi tak bergerak...bosan ok)
pi tinjau satu lagi sudut
kelihatan mereka sedang menunggu sesuatu


apabila masing-masing mempunyai minat yang sama

apabila lu rasa lu boleh 'hilang' di celah-celah gugusan bunga itu?



rasa cam nak lempang je budak lengan merah tudung kuning tu..beriya beno nengok nyer.....
siku siap bengkok 90 darjah!! hahaahah
kita lihat apa yang kita bole lihat
dari mata kasar ini
dan
dari mata hati ini
di ladang bunga matahari ini


anda lawa
anda menarik
anda..sangat lengkap sempurna


tapi ada juga yang di'lahir'kan sedikit cacat.
iya..cer lihat
tak seimbang bulatan bunga di tengahnya


ada juga yang ter'cacat' sedikit
tapi masih mampu berdiri lebih tinggi dari yang lain
juga yang ini
separuh cacat
namun tak menghalang separuh lagi mengembangkan kelopaknya


hodoh?
ada yang kata...eeuuuuiiii
pang karang!
ko dah kenapa nak rasa jijik dengan alam?


sempurna permandangan itu
adalah tertakluk kepada
bersihnya mata hati seseorang untuk melihat sesuatu
Akui ..bunga matahari nih sangat-sangat cantik


kelihatan 2 ekor ulat..yang masing-masing tidak dengki merebut tempat untuk mencari makanan
mereka kongsi
satu bunga
kadang kala ...lebah juga hinggap di sini



masa ko muda


zaman remaja
kadang-kadang zaman remaja jua lah ko diduga


dan pabila tak remaja
pabila dah tua
rebah ke bumi

tapi mengikut resam padi
tunduk ...walaupun isi penuh di hati
itulah adat alam


beringat..asalnya kita dari tanah, kembalinya kita ke tanah akhirnya
beringat....di mana bumi di pijak, langit di junjung

terjumpa sepohon pokok bunga matahari terkeluar dari ladang.. 
 asal pandai membawa diri
terpelanting ko sensorang
masih nampak seri jiwa sendiri
walaupun mulanya tidak girang
ataupun bukan di kalangan bunga yang cantik
namun..bunga lalang tetap hati ini tertarik
jika pandai digayakan di tempak menarik
saja tepek gambar nih sebab wa rasa...cantiknyer gambar nih!!!
hahaahah


apabila anda keseorangan
terasa dihimpit masalah


luaskan cara pemikiran
lihat dari sudut yang berbeza
akan kelihatan 'menarik' dan kurang rasa 'tidak tenang'


cuti kali ini sangat sempoi
dengan kehadiran 'gadis-gadis manis' MasMZ dan Pae
dan juga jejaka 'kegilaan Malaya' ie Janggel dan Shahrul
terima kasih kat korang sebab ajak akak ko yang tak reti beli tiket on-line, book bilik on-line dan check-in on-line.....
(tapi update blog..reti pulak ko???)


itulah bayangan kami untuk trip kali ini


Ipoh - Johor Bahru - Shah Alam - Johor Bahru - Putrajaya Tawau
"you will never know if you are waiting for the right boat...until you missed that boat...."
mujur wa ikut saja 'boat' ini




caption ini adalah untuk gambar 2 orang gadis tadi

not my wishlist but
heyyy...life is too short to sad
so
ENJOY!!!!!

lupa plak..pi terjah blog PAE kat SINI...versi lain, ada bedeo last2 tu



next entry...
wa kena tagged by Janggeltrekker..
apa dia?
nantikan kisah entry itu




Thursday, February 26, 2015

Thailand : Bangkok

Assalamualaikum...
hahaah..tak sampai sebulan balik dari Indon.
wa lompat agogo ke Thai

tak reti dok dendiam,kan?
Bangkok...ibunegara Thailand...
wa tak pernah sampai sini
dengan adanya tiket berharga RM260 dua hala via Royal Jordanian....
kami kami kami kami dan kami ke sini dari KLIA

12 December 2014
jam 10 malam (ke 11 malam..lupa dah)
kami tiba di sini



inilah kami
dah puas bergambo..biasalah...ada sahaja 'Silent Moment' nyer
macam...nih


*ntah apa la nak jadi bebudak zaman sekarang...mmmmm*
(sambil tumpang dagu atas hujung kerusi lihat mereka dari jauh..sambil jeling kat skrin hp)
opsss...
hahahah


jom kita check-in ke hotel yang kami dah booked
melalui kaunter ini, kami dapatkan teksi
korang hade teksi siap letak 'spare tyre' atas bumbung kete?
kitaorang hade.....
sile berlatih kecik kan badan dalam kereta ini ...arghhh!!!
bayangkan 4 orang dok seat belakang!!!!
hahahahaha


sementara tunggu Pae dok bagi alamat hotel itu pada pemandu teksi
wa memerhati sekeliling


"AKAK!!!!!!!"

opocot ko!!
haish...ada aje muka derang nih!!!
30 minit menjadi sardin dalam teksi tadi
Akhirnya kami sampai sini


check in
kawasan lobi
biliknya


bilik ayor
(pesal plak bahasa Perak pulak nih?)
dan ini adalah permandangan dari tingkap bilik esoknya
Aktiviti pagi kami adalah pi check jadual keretapi ke Lopburi
10 minit berjalan dari hotel ..dah sampai sini.....
dekat giler kedudukan hotel dengan stesen keretapi Tanah Melayu Bangkok
Ok dah tau jadual awal adalah 7 pagi.
alamak...kena stay satu malam lagi kat sini?
Jom check pulak hotel Hua Lamphong ..ada ke tak kekosongan esok?

Apa? tak de???
Terus kami mencari hostel yang berdekatan di situ
pi setiap hostel yang murah
tanya harga
tanya kekosongan
dan juga
tumpang wifi hostel tersebut
hahaha
sempat lagi
(best plak sandwish kat gambo tu..kan?)

akhirnya kami jumpa yang nih
yang belah kanan signboard kaler pink

ok gak
mujur bilik memang ada kosong dan tak perlu panjat tangga...
yeay
yeay..bilik kami
yeay ..bilik air kami
dan jom kita pi berpoya-poya di Chatuchak Market


kelihatan seorang gadis Melayu teruja sampai pasar ini
tak sah pi Bangkok tak singgah sini,kannnn?


merasa la jugak blended fruit juice yang digembar gemburkan sedap di sini

heheheeh
diapit 2 'bodigud'
wa terasa sangat diva
hahaha
*poyo*

oh ya..di pasar Chatucak wa disapa oleh Zila
yang sangkaan Shahrul...
"ingatkan kenalan kawan pejabat akak tadi"
hahahaah
sapa Zila? nih blog beliau : Akulovetravel

serius wa terpinga-pinga bila disapa
sebab memori wa nak ingat muka orang adalah epik fail!!!
kadang-kadang muka jiran pun tak kenal
(sebab ko anti sosial..piii dah)

Thanks Zila sebab sudi tegur akak 
termalu sekejab dan terpegun di situ
*kibas shawl sambil tiup hujung kuku tangan lirik mata jeling kat driver bas*

tau lapar...
kami makan agak lewat
disebab kerusi dan meja kosong tak de
kami pasrah berdiri di tengah-tengah laluan ini
kat ne kedai halal nih? leh rujuk kat blog ZILA tadi

ok jom kita pi tempat lain
yang tinggi


ramainya manusia
lalu sini
cantik pulak tatarias tataatur 'hard landscape' yang ada di sini
jom kita sambung berjalan
sebab bangunan tinggi itu bukan di sini

lawanyer 'shocking pink' teksi itu


Rata-rata pejalan kaki diberi jalan atas jambatan
bagi mengelak dari 'menyebuk sama' dengan aliran trafik kereta di jalan raya
Bagus gak..kan?

kami tak singgah di situ
Bukan itu tujuan kami ke situ
pun sama...
melihat dari kejauhan sahaja


setelah sesat barat sesat timur ...
akhirnya kami jumpai jalan sebenar
yeayyy..naik lift ke tingkat 55
permandangan dari bawah 'steel structure'


kalau kat luar..tu la ghupe nyer
(yang bertanda anak panah tuuu)
yeap..kami di atas bangunan tersebut
dari petang sampailah ke...
malam...
apabende la kami wat kat sini?
tengok bangunan sana yang tinggi gak



malam...sejuk ...angin tiup tiada bahasa


bukti kami di sini


saja dok persis macam anak orang kaya
Shahrul kelihatan bagaikan ada radiasi manakala muka Pae terpancar Nur yang melimpah ruah
Dah kenapa orang JB nih ??
hahahah

kami orde air
sebab dah dok atas kerusi tu..takkan nak bagi free seating kot?
ada 'happy hour'..maka..beli satu jus buah..dapat free jus buah satu gelas lagi
hambek..mabuk jus buahlah kami 5 orang


Redsky
itulah nama tempat yang kami pergi
dah jom balik


sambung berjalan mencari...
Aiskerim!!!!!
Shahrul PAE belanja!!!
Thank you haji kecil.bakal belanja kami jam Omega selepas ini!!!
dan Shahrul belanja pulut mangga!!!!!!
Thank you haji kecik!!!
(hahaah..ralat..)

sambil makan aiskrim sambil makan pulut mangga

dah kenyang ?
kenyang ker???
kami ke pasar malam tepi jalan


ok dah penat ari nih
jom balik la jom
dan esok kami??
lihat ini..untuk?
lihat ini...
mana?
tunggu kisah selanjutnya