Tuesday, September 8, 2015

Pon Bercuti di Melaka


buku tu ada senarai makanan yang wajib dirasa (siap ada gambo lagi)
 Salam Satu Malaysia untuk pembaca blog ini.
(sambil hulur tangan salam...)
Entry yang lama terperam tak updet sejak 2014..

Masih ingat lagikah kisah seorang warga Jepun datang bertandang ke Malaysia?
tak ingat.. tak pe..tak marah pun
hahaha

Kali nih entry kisah beliau bercuti dalam Malaysia.
Bukan kisah wa pergi bercuti luar Malaysia tau.
Awas.. I'm watching you ....
(tunjuk 2 jari kat mata sendiri pastu tala kat mata orang lain...)
ok tadi merapu

26 Disember 2014, sehari pas cuti kismas, wa ambik cuti hari Jumaat...so, dapat la 4 hari cuti panjang dok plan nak balik kampung di Melaka. Ngam-ngam plan cantek baek punya..kenalan kami si Pon nih dah roger-roger via FB untuk datang bercuti di Malaysia, tak silap ...sebulan sebelum tiba sini.
Katanya kunjungan balas sejak kali terakhir kami (wa, Janggel, John, Masmz dan Byya) ke Kansai 2013 berjumpa kenal-kenal dengan beliau dan bakal-adik-ipar beliau iaitu Joy.

Jam 8 pagi (tak silap), wa tiba di KLIA, colik beliau yang tiba seorang diri itu
"Welcome to Malaysia..at last you finally here!!"
Pada mulanya beliau dah risau takut-takut wa tak dapat datang ...
risau bertukar girang bila nampak awek Malaysia cun ie wa..melambai-lambai kat beliau..
Apa? awek cun?
.
*pitam 10 saat*

Menu pertama beliau bersarapan adalah ROTI CANAI dan TEH TARIK!!!
"mmm...delicious!!!!!!!" sambil cuba membuntangkan mata sepet beliau..
Memang la delicious sampai kesudah lelemak roti canai melekat sesaja kat keliling pinggang wa...
hahaha

Selepas itu, kami terus ke Melaka. Sempat singgah Muzium Adat di Seremban. Tapi sebabkan hujan, kami sempat singgah sekejab..dapat la beliau tengok acaner rupa rumah minangkabau...

Singgah pulak Giant Senawang jumpa Nobita dan Sizuka katanya nak beli selipar jepun...hahaha
lain macam pulak bunyinya...Orang Jepun beli selipar jepun di Giant, Senawang
ngeh..
dan juga sempat beliau merasa sata dan otak-otak ...
see..beliau memang suka makan...memang itu adalah tujuan utama beliau datang ke Malaysia
selain dari menikmati suasana panas....(bulan 12 kan tengah musim salju di Hokkaido...)

Jom ke Melaka...
Tiba di Air Keroh, wa bawa ke Mini Malaysia.
Hari Jumaat, maka tak ramai pelancong di sini..di tambah pula hujan, dengan sebahagian lagi Mini Asean ditutup sebab renovasi, lagi sendu la suasana Mini Malaysia di sini.
Aaaa..layan je la... 
 kuih goyang...
makan panas-panas...
 nak bergambar dengan mak angkat katanya
dengan setanjak kat kepala
sukati ko la Pon....

Di rumah Selangor ada dapur yang disajikan roti jala dengan kopi panas.
satu set dalam RM3.50 / pax . OK sebagai permulaan perkenalan tentang rasa kuih tradisional untuk Pon.
Dia hirup kuah kari tu selepas abis roti jala dimakan!!! Ish...Pon suka makan tapi badan tak jugak besar??


 next..rumah mana nih? ala...lupa..

Rumah Pahang, ada yang buat kapkek dan tat nenas.
beli untuk buat rasa
Makan lagi?
Hoit...nih sapa yang gemuk hujung-hujung trip? sah-sah wa!!!

 naik ke rumah panjang Sarawak...
masa nih beliau jumpa bijik getah
pelik je tengok ...hahah
jangan ditelan pulak...naya je tercekik bijik getah..
Dah..jom ke bandar Melaka kita....
Wa bawa ke .....
Bukit St John
sebelah bekas penjara polis Bandar Hilir
dan selepas itu ke....

Perkampungan Portugis, Ujung Pasir
sambil tunjuk sekolah menengah wa di situ
dan makan malam kami di...


Kedai ikan bakar Padang Temu....
Wa order mana-mana yang beliau teringin makan ikut dalam senarai buku jepun tu
dah suma dapat rasa...sekejapan satu hari dah macam-macam makanan Pon makan
yang senak perut...sapa lagi...Wa lah!!!

Selepas makan, kami mencari hostel, RM40/night
walk-in sahaja
Pon berjaya dapat di kawasan rumah kedai di Bandar Hilir.
Dan wa balik la rumah...tak reti-reti nak balik ker?
hihihi

Keesokan hari, Sabtu...

 bermula la kami di sini...

 memanjat Bukit St Paul, Bandar Hilir...
panas huit!!!!
tapi dia suka
ahahahhaha

 tepi kucing pun jadi laaaa

 ooo lawa jugak pandangan dari sini...
turun dan ke sini pulak....

lalu sini..dan rasa lapar, wa bawak makan ke restoran Ikan Asam Pedas yang Janggel kenalkan dulu..
hahah Janggel orang Perak tapi tau restoran sedap di Melaka kat ne???

Pon suka nak berinteraksi dengan warga tempatan.
Wa biarkan je la
Takkan nak halang , kot?
dok la menghapal perkataan "berapa?", " terima kasih" dan "sama-sama" 

 kami kembali ke kereta untuk angkut beg Pon.
Nak Check-In ke hostel di Jonker Street area.
Katanya dah book malam tadi masa beliau dok jalan-jalan sensorang selepas makan ikan bakar .

 wa ikut temankan tempat hostel baru itu

 Malangnya, bilik yang dah direserved itu dah diambil orang lain.
Ada miss-communication rupanya. Owner hostel tu ingat Pon nak masuk esok hari....
So, wa tolong jaga beg kejab di sini sementara Pon berjalan untuk cari alternative hostel lain.
mmm...not bad jugak ambiance di sini...

eh..owner dia mat salleh?

"Coco..I've got a place tonight..come..follow me.."
terjah Pon sengeh-sengeh panggil wa sambil hangkut beg
OK..jom
tak sampai 10 minit berjalan, kami dah sampai hostel tu.
Owner seorang india.
.
.
iyaaa....Pon panggil wa dengan panggilan manja Coco...
manja?
*sambung pitam lagi 15 saat*


 dan Pon pun daftarkan nama di sini
ooo dia ada geng...ada dari Jepun gak tu...
Kami keluar lagi sekali, berjalan kaki di sekitar kawasan bangunan merah...

 Panas huit Melaka nih!!!!

 hajat hati nak makan cendol depan bangunan di sini...rupanya tutup buat sementara...tuan gerai cendol buat kenduri kawen anak dia....laaaa..tak de rezeki nak menyendol di sini...

 kami naik ni pulak
KALI PERTAMA wa naik
hahahaahahahahahahahah...kalau tak de kawan nak naik..malas la wa nak beratur semata...

Semasa beratur di sini, seorang petugas asyik memandang wa..pastu pandang Pon..pastu pandang wa...

"muka macam jepun" kata beliau kat wa...sambil tunjuk Pon.
"bukan macam jepun dik...dia memang orang Jepun" wa balas...
"ooo..ingatkan adik beradik tadi.."

Eergh? tang sudut mana muka wa ada rupa Jepun?
Dik..ko perli akak ker???

(tak sia-sia usaha berus muka hari-hari supaya nampak cerah!)
heheeheehe

patut tak leh berdiri...kena duduk je sepanjang tower nih berpusing...
tapi kami degil
.
.
.
.
asyik bangunnn je dok ambik gambo
mujur jiran kami kiri kanan senyum tengok perangai megong kami
 oooo macam nih rupanya permandangan dari taming sari tower

 eeee...ada kapal atas darat...
daratnyer ko....
hahaha

 gopro tak leh dipisahkan
ntah banyak mana lah gambo dan video dia simpan...

 selepas penat sana sini pi...kami pi urut kaki...
tak puas urut kaki...Pon sambung urut bahu dan kepala...
service nih dibuat oleh pengurut cacat penglihatan...
wa tukang jadi translater untuk Pon dan tukang urut bila derang tanya sapa Pon tu...
Nih Pon yang belanja...yahoo. TQ

Sebagai seorang tegar dengan jersi baju bola, maka memang wajib beli baju nih selai buat kenangan...
gila aaa..mahal bila wa tengok harga baju nih
RM200++????
Ini di dataran bandar hilir.
Singgah pulak di Gulatis..cari baju melayu...
saja....
 tengah mencuba

 alolololooooo....
tapi tak de la nak beli
saja mencuba
hahaha
"I feel small...." kata Pon..sebab rasa sangat kecik bila dibandingkan dengan patung pompuan tu.

OK ..hahah..jom balik...
abis dah kisah satu hari di Bandar Hilir...
Esok...Ahad 28 Disember 2014..

 disebabkan beliau akan bertolak ke Singapore jam 12.30 tghari melalui jalan darat..ie bas, ...maka seawal jam 8.30pagi , wa bawa beliau ke Klebang....
muzium kapal selam kami terjah

 "See..I am strong person"....kata beliau...

"well...I am even stronger than you.."..sambil guna jari angkat kapal selam...

hahahaahahah

selepas masuk muzium kapal selam, kami singgah padang pasir ala-ala di Gurun Sahara...
dan kendian....disebabkan Coconut Shake Klebang yang femes tu belum buka, kami...
 beli je la kat sini...
gerai berhampiran dengan muzium kapal selam.

Wa akhirnya anta Pon ke Melaka Sentral, di mana beliau akan meneruskan percutian ke Singapore, kemudian ke Brunai dan Jogja, dan seterusnya sambung cuti di Malaysia kembali, sebelum pulang ke Jepun.

 suka nau ambik gamba wa
dan...
 wa pun ambik gamba beliau
hahahah

next entry...kisah Pon di Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Ke mana kami bawa beliau?
Tunggu kisah nya....

Friday, September 4, 2015

Entry pendek Je

Assalamualaikum
Bersua kembali di arena alam maya ini
.
.
.
.
.
alamak...dah rasa kekok nak taip bait-bait ayat di sini.
What? Bait-bait? hamboi!!
.
.
Bulan lepas ntah apa teruk penyakit malas melanda diri ini.
2 entry je dalam satu bulan?
tapi ..ok kot..berbandingkan...2 bulan satu entry?


 (sampai mengelupas tangan sebab rindu tak dapat updet status blog secara gigih)
hahah..nih akibat rajin makan udang yang banyak...tamak haloba..ambik udang sungai yang disalai enak...
lepas 2-3 hari ..hazab gatal dan kulit mengelupas pun melanda....
ambik ubat gatal nun...kat klinik di Kuching, Sarawak. (gara-gara ditugaskan untuk berbuka puasa di sana..maka..klinik di sanalah wa terjah...)

Klinik era 80an...dengan penimbang guna ...ala yang macam tolak-tolak batu atas palang besi...
dengan dokter rambut belah tengah teleskop sangkut kat leher...
Wa rasa sangat 'throwback feeling zaman wa darjah 1'
hahaahah
 next...kisah wa yang mengalami kekangan budget agak kritikal.
Tu adalah cubaan melukis duit raya sebagai tambahan belanja beli ketupat segera.
Wa tak jadi teruskan melukis bila tengok bunga raflesia yang payah nau nak ditiru.
Tergendala la kejab 'projek black money' wa...
huhu...

 balik kampung
selain dari mop lantai rumah dan mop tu sangkut kat pokok jambu batu...
wa suka belek buah jambu batu ini
Kalau ada rezeki, ada la belahan buahan nih untuk dikunyah secara lahapnyer.
Kalau berlebihan, jiran sebelah yang akan rasa sama...


 ada juga aktiviti wa ke masjid negara tempohari
membawa kawan dari luar negara
melihat melawat kawasan di KL
akan diceritakan kelak entry akan datang

 nih kisah terbaru
wa dah terlewat 2 minggu untuk 'renew' lesen memandu.
Maka...dengan berbekalkan semangat 'majulahsukanuntuknegara', wa duduk melangut tunggu no giliran dipanggil di pejabat pos Giant Shah Alam....tunggu punya tunggu..tiba giliran, adik kaunter kata no IC wa untuk 'renew' lesen kena pi JPJ sebab ada kes mahkamah...
Hoit..apa kes pulak ??? Wa bukan ah long tarik-tarik kereta...

tak puas hati..wa sms jpj check via IC no ...katanya "tiada saman..."

Maka, masa balik kampung cuti Merdeka, wa sempat singgah di sini.
Iya betul, wa ada kes mahkamah ...
1995 - lesen digantung setahun disebabkan kemalangan.
Dah pulak? 1995? selama nih elok je boleh 'renew'???
1995 - zaman kegedikan jiwa remaja sambung belajar...bila masa pulak ada kemalangan bawak kereta nih?

Mujur abang (abang ker?) bernama 'Hisham' telah menyahhapuskan IC wa yang katanya ada kes mahkamah dan akhirnya boleh sambung baharui lesen memandu!!!
*tepuk tangan tanda gembira*

sempat bagitau, yang sms jpj tu kadang-kadang bukan bole percaya...
pulak?
pasnih nak caya kat sapa nih?
 
 
 pabila bosan melanda di dalam mesyuarat
wa main-main 'deco' kekunun ala hipster ...dengan sos kicap tu...
tarik sana..tarik sini...nak corak bunga...tapi akhirnya..dah jadi bentuk lipan?
Tu lah..dah dipesan oleh orang lama-lama..toksah main-main dengan makanan..kan?
(tapi..wa still makan dengan lahapnya...nomm nomm..)  
makan dengan lahap? pastu stress bila timbang berat badan...
stress je..makan..
makan je...stress..
haiya ini orang!!!

Dah kije dan duduk sementara di Shah Alam
This is one of the famous scenary ever
kan?

 oh ya...
ada sapa-sapa rindu wa selama wa mendiamkan diri?
ada?
ada?
.
.
.

kalau tak de..
tak pe la..
tak kisah pun
hahahaha

jom tido dengan aman.

entry ini sekadar wa nak berceloteh gara-gara terlalu lama tak melepaskan perasaan dan perkataan 'bebaik' je di sini..

"what am i getting ?"
"what am i becoming?"

kedua-dua ayat asyik bermiang ...eh bermain main di minda wa saat ini

OK itu je kisah pendek wa kali ini.
Stay tune for next entry...
kisah throwback percutian dalam negeri ....