Showing posts with label projek iqra. Show all posts
Showing posts with label projek iqra. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Projek IQRA - ShoppingRAYA2014

Assalamualaikum semua...
Amacam puasa? ada yang dah 'terbarai' ker? Sabar...
Bulan Ramadhan la yang patut kita nantikan selama ini.
Ok ..masing-masing tau dah keberkatan bulan mulia....

maka....

jom tengok apa wa buat pada 19 Julai 2014.

Bertempat di depan salah sebuah sekolah di NewYork, er..Nilai...
wa dan 'partner' wa ke sini
mengikuti majlis anjuran Projek IQRA - ShoppingRAYA2014
Seawal jam 8.30 pagi kami mendaftar nama di sini
Sebelum tuh..wa dah reservedkan nama untuk jadi Sukarelawan dalam website Projek IQRA dalam 2 bulan yang lalu.

Puan MC kali ini. Lawa orangnyer
Memberi ucapan kata-kata aluan.
dan juga ucapan dari Pengerusi Projek IQRA pun ada. (gamba tak de le pulak...huhu)
Kami-kami diberi mandat menemankan anak-anak yatim dan miskin.
Untuk pergi beli baju raya di Seremban 2.

ada yang secomel kecil begini
dan juga
yang selincah dan aktif
berusia 4 tahun katanya


dah dapat 'anak/adik' angkat masing-masing?
dah dapat duit belanja untuk sopping?

ayuh semua
kita bergambo
mana wa?
.
.
.
.
ada....
jab...
.
.
.
.
.



tarra...nih la keluarga kami!!!!

seperti lazim
wa selalu 'over' bab ambik gambar
hahahah
*motif ko nak bengkok kan kaki berdiri? kekunun ko tu nampak kecik laaa...*
ini adalah adik adik adik angkat wa selama 6 jam. Berusia 12 dan 14 tahun.
dan itu 'partner' wa ..merangkap co-pilot / teman borak / teman makan .
ok
dah letak nama 'kakak angkat' serta no hp di tag nama masing-masing?

jom kita....
ambik gambar group pulak
heheheheh
(kata masuk sokabar?)


dimulai dengan
menyusun sukarelawan dari kalangan para model lelaki


anak-anak yatim
sila berdiri di depan kami
kendian
sila duduk ....
wa kat ne?



pandangan dari belah kanan wa
 of course la gile kuasa
nak dok tengah-tengah !!!
hahahaaaa....
attention seeker memang macam tu..saiko..kuikuikui
(padahal gambo idak le besar mana pun...muka sipi-sipi je nampak..)



pandangan belah kiri wa


kelihatan para krew mencari tempat untuk mengambil gambar

kena ada selfie, kan?
tanpa selfie zaman ini
ibarat makan cendol tanpa gula melaka
(pehal sebut cendol time-time puasa nih?)


deretan kereta yang bakal bergerak menuju ke Seremban 2.
seramai 40 kereta bergerak ..membawa 100 orang anak miskin dan yatim untuk bershopping.
Jam 10.30 pagi kami pun terus menuju lebuhraya...senang sebab tak reti lalu jalan dalam via Labu.
setibanya kami di sana, kami berkumpul lagi.
Kelihatan staff Mydin diberi taklimat.
Kami pulak buat apa?


Selfie!!!!!
hahaah
ntah apa-apa la...

ok...jom jom kita pi serbu Mydin
agak-agak
kalau travellator nih leh bercakap
sure menjerit terkejut tetiba ramai plak yang berdiri atas travellator ...



kami lagi
sporting tul akak kat belakang tu
siap buat peace bagai
memang 'camera alert' sungguh!
hehehe
*mesti adik-adik nih kata..."akak nih gila ambik gambar ke apa?"*
layankan aje la akak ko nih dik oooiii...
bukan satu hari kot bersama...
mencari baju
nak sama warna merah
haish...jenuh jugak la...
ada corak..tak de saiz
ada saiz..corak warna tak berkenan
siap mintak turunkan patung yang pakai baju kurung yang kami nak...



cari kasut raya
ok
dah dapat
jom jom
kita balik
eh
kita bayar dulu
3 orang anak yatim dengan 3 jenis baju kurung / baju raya
Kaunter khas telah dibuka untuk kami buat bayaran.
(terimakasih kat adik kaunter yang bersabar layan karenah kami yang sengal..)

jom balik
dah selesai beli barang
(asal la wa tengok gerai orang jual air tu macam memanggil manggil suruh datang beli.....macam best je..)


nampak sefamili yang membawa anak angkat jalan-jalan dengan troli
begitu la kisah kami kami separuh hari di Nilai dan Seremban 2.
Letih..memang letih...
tapi bila tengok muka mereka-mereka senyum...
dan ucapkan terima kasih sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah anak yatim...
Hilang terus letih tu...
Alhamdullilah....selesai sudah amanah diberi.

kalau nak menderma lagi..
sila la ke sini.
ada lagi seminggu bulan Ramadhan ...
Jangan sia-siakan peluang yang ada


untuk krew....
terimalah seadanya..
you guys and gals deserve better than this.
terima kasih juga atas kesudian memilih wa menjadi salah seorang sukarelawan untuk kali ini.



jika ingin tau info lanjut, boleh layari website ini

dan petang itu
wa ke???
sini...
minum air nih
hambek!!!
sekarang wa ada suara persis penyanyi Ella
serak-serak basah gitu...

(tak ngalah ..nak samakan jugak dengan artis..pirah!)

*kong..kong..kong*
(bunyi batuk bergaung dalam tandas)

Nota Kaki : MH17, Gaza dan Sabah
semuanya adalah dugaan
dan saban hari..
kita disogok info
yang sampai satu masa...
wa dah macam tak larat nak 'telan' semua ini

sesungguhnya kita semua sedang diuji olehNya


  

Tuesday, July 1, 2014

Karnival Raya 2014


Banyak duit anda?
dah tatau nak 'tabur' kat mana?
sila la pi ke Stadium Tertutup Shah Alam
hujung minggu nih je


ada artis
(wa BUKAN artis...maka..jangan harapkan muka wa ada di situ)
hehehe

 wa support kawan wa si "SWEETS SUZY' tu
sila la support beliau jugak
kuih raya dia memang best
kompom...wa memang order tiap tahun dari beliau
(alooo...alooo...kak suzy...nih penat buat marketing nih..tak kan tak de apa2 kot?)

ahahaaa...nampak nau ko tak ikhlas nak promot
*kuis abuk tepi meja...*


Apa?
duit masih banyak tak berusik?
dah tatau nak buat apa dengan duit banyak itu???
Murah betul la rezeki kalian
nih ada satu lagi karnival raya 2014

sila layari di SINI....

beramal sambil menanam saham untuk akhirat.
Mereka masih menanti kehadiran sumbangan kalian.
untuk SHOPPING RAYA 2014

amacam?

tiada paksaan dalam membelanjakan harta anda
di jalan anda suka
untuk diri anda juga

Selamat Berpuasa untuk mereka yang berpuasa.
eheheh

(tengah tunggu apa la kak suzy nak bagi hadiah.....kikikiki)

ok...wa nak pi tido 10 minit (aje?) sebelum Zohor
Wasalam 

Monday, May 5, 2014

Projek Iqra 2014

Assalamualaikum semua
jumpa lagi
tak....wa tak pi mana-mana pun cuti Hari Pekerja
wa...gunakan hari itu dengan...


tido dalam longkang dengan nyenyaknya...
usia meningkat...sukati wa aje nak tido mana sempat,kan?

ok...wa merapu..
berbalik kepada kisah asal..

Projek Iqra 2014 nih amende?
Kalau masih ingat lagi, tahun 2013, wa pernah menekan..eh..
meng'highlight'kan..err..
meng-warwar-kan (haa..baru betul)...
tentang derma kepada anak-anak yatim / ibu tunggal..
leh klik SINI jika lupa...

Tahun nih ada lagi..pihak penganjur sasarkan 7 buah rumah anak yatim.

kita ada keluarga yang lengkap.
jangan lupa..ada yang tinggal tanpa keluarga

 usaha kita kecil di mata orang lain
mengharapkan pahala berganda?.
tunggu bulan Ramadhan baru nak derma?
jika nyawa kita masih ada di Bulan Syawal tahun ini....



tak banyak sumbang, sedikit pun jadi lah
wa yakin
semua pembaca blog ini berkemampuan
pasti senyuman terukir di wajah anak-anak yatim itu walaupun mereka tidak mengenali anda


wa yang baru sahaja kehilangan orang yang disayangi
terletak nya tanggungjawab digalas 
bagi sempurnakan amanah ibunda wa
wa mahukan roh ibu wa tenang
di sana
*Al-Fatihah*



kerana wa tak mau gelapnya kubur ibunda wa
lagipun
ibunda wa dah semakin jauh meninggalkan wa

wa berharap..akan ramai yang menyumbang
untuk projek anak yatim / ibu tunggal ini
bagaimanakah caranya?
sila layari di SINI

kelebihan bersedekah..berderma..ke jalan yang benar..ke jalan Allah..
banyak boleh kita layari
di alam siber yang moden ini

jika kita boleh ringan tangan dan jari
meng'google' ilmu..mencari fakta
apakata
ringankan jari itu
dengan menderma...

SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KESEJAHTERAAN
dan 
KEJAYAAN DUNIA DAN KESENANGAN AKHIRAT

sempoi kan entry kali ini?
heheheheh...

NOTA KAKI : Anda tidak akan jatuh papa kendana jika menderma
Anda akan jatuh terduduk sekiranya andalah yang  meminta-minta(tanpa usaha)
ok..wa tak reti susun ayat cun cun
nite sume
(tarik selimut-dap nyer tido time hujan)
*tido balik?*



Friday, July 12, 2013

Projek Iqra

Salam Berpuasa untuk hari ke tiga 
Entry kali nih tak de kena mengena dengan jenjalan sana sini
Entry kali nih sempoi dan santai
tapi membawa makna

"pehal plak aku kena jadi model dalam gambo nih ?"-detik hati member opis ini
memandangkan wa ada blog
ada pembaca tegar blog
mahupun tak tegar...
wa tak kesah le
yang pasti
wa nak sampaikan hasrat
dan hajat


untuk kita sama-sama
menjayakan program ini
apa dia program tuh?
PROJEK IQRA'
menaja anak-anak yatim / ibu tunggal bershopping menjelang raya 2013
 Ada 4 tempat semuanya di semenajung malaysia


salah satu tempat yang bakal digegarkan pada 27 Julai 2013
Tesco Nilai


walaupun usaha kita kecil
kederat kita terbatas
tapi bukan alasan untuk tidak membantu
mereka - mereka

Be One Of My Favourite Month Of Ramadhan
why not?
(peh..speking omputih plak wa???)


jom...kita menderma
(goyang tabung gajah yang telah diplaster beberapa kali sebab dah pecah)

wa buat entry nih bukan dapat apa-apa bayaran pun
malahan memang tak nak dibayar sekarang

pagi -pagi lagi pahala puasa wa nipis bila masuk opis
sebab? ada laaaa......tak leh bagitau...hahaah
*teruk tul perangai wa itu*

wa harapkan saham akhirat
sama-samalah kita membantu


nak tahu kisah selanjutnya program nih
sila la
rajin-rajin klik di SINI

dan rajin-rajinlah war warkan pada yang lain

Nota Kaki : Entry Teater, Entry Jalan kat Melaka/ Hanoi / Langkawi akan menyusul...sabar noo...
 wah..seriusnyer entry wa nih...
heheheh