Thursday, November 26, 2015

Glamping di Tanah Aina Farhad, Pahang


 Assalamualaikum
aritu pi kampung nih...
tetiba?
OK lah...memandangkan sendu nyer blog ini tiada entry yang best, maka...terimalah THROWBACK ENTRY bercuti di DALAM Malaysia..iaitu..negeri PAHANG

(kedengaran tepukan gemuruh sana sini disusuli pula lagu gemuruh oleh faizal tahir)

Bulan 5 tahun ini...kami kami kamiiii semua telah pun sepakat membawa berkat berpeluang melancong ke Tanah Aina Fahad, Pahang. Perjalanan kami kena lalu Kampung Peruas, dari lebuhraya karak , kena pandai cari simpang untuk ke sini.   


 back to nature
selama 2-3 jam jugak la perjalanan kami dan setiba nya kami di pintu utama ini, kami disambut oleh para petugas glamping dengan tolong bawak beg-beg-makanan-alat2 memasak-ikan tembakul ke khemah kami.
Apa itu glamping?
kete kena clamp  ..pernah la tengok
katanya 'Glamerous Camping', merujuk pada cara percutian yang glamer..tapi dok dalam khemah.
jom la cuba
jom tengok khemah kami
 
ada 4 katil dalam satu-satu khemah
ada yang 3 katil satu katil baby

 pas isi nama dalam borang kedatangan (dah macam masuk asrama sekolah pulak?)...kami serbu ini
makan tengahari
sedap ok....
nampak santai ...
kami bantai ....
 
 air minuman yang 'free flow'
dah kenyang...ayuh kita pi sungai yang 'free flow' jugak
 
 best weh..tak de orang !!!!!
sungai ini kami yang punya
tak de share-share dengan orang lain
hahahah

memang arus sungai ini deras
maka..penggunaan tali ini untuk kita berpaut di tengah...
dan lepaskan....
maka akan hanyut ke tengah-tengah sungai ikut arus
contoh...aqillah sedang nak mula ke tengah sungai...
pastu...bila lepaskan...

 beliau terus membesar dewasa bila tiba hujung batu itu
taraaa....
ok...itu Pae..bukan Aqilah
ahhahaah
staf glamping akan berada di kawasan tersebut supaya tidak dihanyut tersasar jauh dari kawasan selamat.
 

TengkuZafran juga tidak ketinggalan merasa sejuknyer air sungai ini
dah macam main celup-celup kain je mami Zafran tu
 
 dah puas main air sungai
dah puas mandi air sungai
ayuh kita balik ke khemah
jom minum petang pulak
dah sedia kuih muih untuk kami

 selepas itu..kami buat la aktiviti kami
teamkuning kali ini
ok..tak hagak-hagak wa ambik gambar
macam lawa

 nih hasilnyer????
baik ko hambek guna henpon je lahh...
buat penat panjat kerusi bagai

G tu girl ..kata Aqilah
dan
B tu boy...



 red velvet hasil tangan Aqilah yang gigih siap sehari sebelum pi Pahang
atas 'QA QC' rakansebaya beliau iaitu wa
hahaha

tatau nape nengok Zafran nih senyum macam mat romeo but still comelll...
Pae sejak duamenjak sibuk dengan henpon dia ...sekarang lagi sibuk kot?
Jom tengok ada apa di kawasan khemah ini


anda minat jadi princess?
anda suka buaian gegurl macam nih??
meh la dok berbuai di sini
atau...

 buaian jenis rotan
mengadap sungai
bebaik..jangan tercampak pulak ke bawah
.
.atau


buaian all-time-favourite
hahahah
orang dewasa pun leh naik nih


 dan buaian hammock style
lagi swag....
(swag tu hape?)


 dah terpaksa nyanyi lagu untuk rakansebaya
"Laju..laju..buaiku laju...
pohon beringin, tegaknya tinggi
kalau rendah, menyapu bumi...
aku nak kawen dengan anak rajaaaaaaaaaa......"
(sambil tarik nada pitch G major tinggi-tinggi...)

OK wa semput
dah jom
dah dah
kita pi jalan-jalan tempat lain jom Aqillah



ini adalah kolam dibuat khas bagi mereka yang terasa nak mandi air sungai tapi takut arus kuat
maka mandi je la kat sini
sama je sejuknyer
air sungai disalur tanpa henti...
 
 makan malam
ayuh
sedap jugak weh!!!!!
free flow makanan dengan air
sampai kenyang la

 masa jenjalan nampak ini
sah-sah ada campfire

 campfire dengan boy band
tapi boy band dari indonesia laaa
layannnnnn dangdut la weh!!!!
hahahaha
kami berkaraoke dengan mereka yang buat persembahan life band
nampak tu...air sungai yang masih tak henti-henti masuk dalam kolam (sebelah unggun api)


 dah puas nyanyi
jom kita tidoo

 dan keesokan harinya
mana bilik air????

 wa suka bilik air nih
taraf hotel
sabun wangi bau serai
nyamuk pun tak hingin gigit kami
(ala..lupa nak beli sabun tu kat sana....)

Aktiviti kami esoknya adalah masuk hutan
ini adalah 'optional' sahaja
tak mo masuk hutan pun tak pe

dikawal dan dipandu arah oleh staff yang sama semalam jadi boyband
hahah
derang nih memang multitasking betul
selepas sarapan pagi dan buat sedikit 'streching' karang terkucil pulak urat darah tu...
kami mulakan operasi masuk hutan

 melalui titi ini
dan jalan
jalan
jalan


 errrr...ada bukit
kena pegang tali?
err
ayuh yukenduit

 separuh jalan
see...Zafran pun ada
selama 1jam - 2 jam jugak la kami berada di dalam hutan
sempat lihat baby ulat gonggok kaler putih
dah macam maggie je bila dikumpul banyak2...


 dan akhirnya kami tiba si sini
yes...

 masa nih ko tak sedar
yang ada 5 ekor pacat sedang guling bersuka ria dalam kasut ko
sempat plak ko nak buat 'peace' mcm tu
tunggu la bila bukak kasut...
Aqilah pun kena gigit pacat ...tapi relex je...
ko yang drama???kan??? nak jerit-jerit bagai....

12.00 tengahari, selepas kami mandi sungai lagi sekali...kami pun beransur pulang ke KL
*nanges*



sempat singgah sini tapau rm10 untuk 3 bekas
tapi pakcik tu bagi satu bekas extra
*tak silap lah*

dan sini ..Bentong...ada kedai jual aiskrim yang femes
dan kami tiba KL jam 5 petang
tamatlah sudah kisah percutian Glamping kami di Pahang
Nak tau package yang disediakan, boleh la pi tinjau kat website mereka : SINI


 kiri tu beg Aqilah..kanan beg wa
kali ini masing-masing bawak 'rakantraveller'
(tapi..dinasor kuning tu wa pinjam Aqilah punya..hahah)
Jangan lah muram masam muka wahai kitty

marilah senyum
marilah sengeh
marilah ketawa
 percutian ini bersama rakansebaya wa

 dan juga sama-sama rasa kena gigit pacat

 iya
wa banyak jadi penjaga Aqilah masa itu
 Daun yang kami pijak
kadang-kadang daun itulah yang kami pegang...
 ..buat tutup muka
hahaha

 dah besar sebenarnya Aqilah ini
suka sangat dengan kamera
anak sapa nih?

see...dulu kecik comel je...
pun ada hati nak ambik gambar abam Janggel
hahahaha

PS : ChawanNa ..sila produce another Aqilah Jr and Zafran Jr lagi...
hahah..main order je ko

Begitulah kisah kami bercuti di Pahang
Sekian terima kasih
eh
eh
formal nyer

Thursday, November 5, 2015

Pesta Lampu Putrajaya, Fiesta Bikers 2015 dan Konvo UPM


lawa kan gambo nh? ada orang tuuuuu...beli lense baruuuu.....
 Assalamualaikum semua
belum apa-apa lagi dah tepek muka kegembiraan mengadap makanan
pastu termenung melihat perut sendiri yang mempunyai usus bekerja keras demi mencernakan makanan tadi

Nih adalah kisah wa bercuti pada hujung minggu lepas
Cuti dalam Spain Selangor je..jangan la nak jeles pulak

31 Oktober 2015, wa merasa makan di kedai makan Restoran Orkid di Seksyen 9 Shah Alam.
Selama nih selalu lalu lalang depan kedai tak pulak nak cuba..sebab ingatkan kedai nih jual ikan idup.
Iyela...bersusun akuarium ....rupanya restorannya belah tingkat atas
sotong celup tepung ada rasa garam itu memang sedap
yang lain menu pun best jugak..cer try la singgah sini...

Pas makan , kami ke Masjid Shah Alam (ada orang tu tak pernah melawat masjid tersebut...hihi)
Pas Asar, ke ke Mahnaz cari kekacang, demi kelangsingan badan seseorang (hahah)
then singgah IOI Mall kat Putrajaya (nih wa yang darat..kali pertama tiba sini..manusia...ramainyaaaaa!!!)

Bermagrib di Masjid Besi , kami ke sini......


 'bodyguard' wa jalan ke depan...tak sabar le tu...

 ngam-ngam kami tiba jam 8.30 malam

 dan pertunjukan pun bermula...

 ok..gamba wa memang tak lawa
pi la tengok blog lain untuk gambar lagi menarik
#sentap
#moodkelaut
#jeleskatoranglain

di kala ini memang kami terpaksa telengkan kepala kepit payung
sebab 2 tangan lagi nak pegang kamera dan henpon
hahahahaha...sakit tengkok laaa
iya..malam itu hujan
iya..malam itu ramainya orang


 nak buat muka pasrah
tapi terbuat muka suka?
apa daaa....

Kami balik rumah masing-masing jam 10 malam selepas makan malam
dan esoknya wa ke.....
 tengok tu..ramainya penunggang moto!!!!
ada apa dengan moto-moto nih?

 huh???

 ooo ada FiestaBikers2015 di stadium Shah Alam
kali nih wa datang dengan opismate wa...

 jom tengok ada apa di sini

 moto dan moto dan moto

 ada trak bawak moto
jom tengok group mat-mat moto yang ada
yang datang ke sini
antaranya...

 siap bertanduk tu...
ko hade helmet tanduk?

 adakah datang dari Langkawi?

wa suka caption nih..cute je..hihi
 minah moto pun ada
seramai sebanyak /sejumlah (thanks Kay!!!) 1000 buah moto berjaya dikumpulkan di sini
pelbagai jenis
dari yang semahal-mahal harga sebijik rumah
sehingga la sekapchai yang mampu milik



 ooo baru tau...moto jenis yang banyak kuar asap
moto mahal x kuar asap

 dari yang muda
sampaikan yang tua
sume datang memeriahkan suasana majlis pemotoran ini

 wa dan geng opis tak lepaskan peluang
bergambo dengan prediator nih
bang..tak lemas ke pakai helmet berat tu?

Selepas acara moto, kami ke....sini pulak...

 jadi kanak-kanak riang
hahahaha
kat ne?
di Main Place, USJ 21
wa pun jadi kanak-kanak jugak...
see.....
 girang sungguh makcik kat slide kaler merah tu
hahaahahahahahahahahahah
bermain dengan anak-anak opismate

 slide nih bagi wa adalah 'scary'
wa menjerit sepanjang lalu dalam terowong ini
dan jeritan wa bukannya sweet macam suara kanak-kanak
hahahaaha
mujur badan wa tak tersangkut ..kalau tak...
"Major Renovation - the place is temporary close"

kikikiiii

"

tak puas...
main lagi slide
yakin...dengan bermain main di sini sambil jerit sana sini...kalori wa terbakar dengan jayanya
terus seluar rasa longgar...
*penat jugak layan kanak-kanak riang nih*

selepas jadi kanak-kanak, wa ke UPM
beli bunga
hahaha
tak la

 bunga untuk seseorang
BUKAN wa yang beli

 kali pertama wa pi konvokesyen yang bertemakan hujan petang yang lebat
yeap..wa pi UPM
gelagat family nih mencuit hati wa..
comel je photographer tu
without sandals, there will be no high heels...nampak tak?
tanpa mak beliau..tiadalah kejayaan anaknya

eh..wa bukan meraikan family ini
wa datang atas jemputan / ajakan keluarga ini

 4 orang adik beradik yang dapat datang ke majlis konvo
dari 11 orang adik beradik
dan ibu mereka adalah baik
sangat sangat baik

tahniah dik Alif atas graduasi ini
hujan tuuuuu...
dan kami ke...IOI Mall untuk makan malam
*ko dah kenapa asyik pi IOI Mall je?*
dah situ paling dekat kalau dari UPM?


melihat pameran #thebestinyou2015
baru perasan
November Rain is coming
padanlah asyik hujan petang je wa nengok cuaca di Msia
janji jerebu dah hilang

tu je aktiviti wa hujung minggu
mudah dan santai
janji ada orang ajak, wa free...jom ajelah!!!
itu..gambar meja wa di pejabat, atas arahan suruh keluar dari bilik sebab wa dah tak layak dok di situ
pasrah dengan arahan pihak pengurusan
wa selamatkan pasu bunga wa terlebih dahulu
sebelum selamatkan file kije
ahahahah
keji
kan

Selamat bekerja untuk semua