Tuesday, February 2, 2016

Sapporo dan Tokyo : teaser


kasut kasut di Tana Aina Pahang
 Hai hai hai
bersua lagi
di sini
kembali

Meh nak share gambo dulu..kasi feel aura sejuk masuk dalam blog ini
heheheheeh

kasut kasut di Shibuya, Tokyo

Kami kami kami kami kami kami kami mulakan percutian #skuadsengkek ke Sapporo dan Tokyo
nape squadsengkek?
sebab memang sengkek masa nih
gigih la korek sana sini mana-mana bekalan duit yang ada
demi impian menjayakan trip ala-ala Narnia / Frozen ini


 
kasut baru beli di GU, Tokyo.
Murah weh!!!
990 yen je (less than RM40/ sepasang)

 pergi secara berjemaah

 dengan ahli jemaah yang paling muda..ie Zafran

 memang comel je bebudak kecik terkedek-kedek jalan dengan baju tebal dan kasut boot.

 pertengahan musim sejuk

 menyaksikan banyak daun luruh hilang dari dahan / ranting pokok

 ketulan ais tersangkut...bole buat ais kepal kot?

 tatau la buah pokok nih boleh dibuat makan ke tak

 melihat ke atas..nampak Tokyo Metropolitan Government Building

 atau melalui Asakusa..tempat baling-baling duit yen beli sourvinearmahaloiii

gile suka bila jumpa pokok ini dengan buah limau tergantung sana sini
nih musim sejuk ke musim bunga???


 dongak ke atas lagi...nampak penguin berenang

 tinjau sangkar harimau

muka serigala yang nampak mistik
nampak garang
dan nampak...spooky
(ensem pun iye)
hehehe

 acah-acah hipster bila minum di sini
sambil ninjau mereka- mereka melintas jalan 
 berjumpa dengan kawan di Sapporo

 sekitar bandar kecil di Sapporo
tengok tebal ais tepi jalan tu....
 tebalnya ais atas bumbung rumah

 malam macam nih pulak

 permandangan sepanjang lebuhraya Sapporo-Furano

nampak ini

 di Zoo Arashiyama, Hokkaido

kepalan ais sana sini
kepalan?
sukati ko la
takkan kimpalan kot?

 di tepi tasik

 simbolik gambar banyak menjurus ranting kayu

 Di Mild Seven Hill, Biei...
terkenal dengan logo rokok mild seven

 maka..sila bersihkan jalan
supaya...
 nampak arah tuju percutian ini

 nanti kan kisah kami di sini

kisah kami membenamkan diri di salji Sapporo dan berjalan santai di Tokyo
(sambung batuk sambil buang hingus...)
Docte..saya nak MC bole?
(hassshummm...)

Wednesday, January 20, 2016

Pon dan Yuka melawat Malaysia

Salam satu Malaya

teruk nyer la hai nak update blog.
sebulan sekali ..
silap-silap ..
bole jatuh setahun sekali updet blog...

Nih adalah entry throwback
hahah

awal Ogos 2015...Pon dan Yuka datang melawat Malaysia.
kan..suka beno Pon datang Malaysia.

Wa dan Pon dah plan nak buat 'kejutan' pada Janggel dan John.
bertempat di KL Sentral, wa 'memancing' Janggel kata ada peminat nak jumpa.
Seram sejuk la Janggel nunggu...muncul Pon dan Yuka di celah-celah orang ramai yang sibuk sana sini berjalan .....ok settle satu kes...
kami ke Restorant Nyonya...menunggu 'mangsa' seterusnya iaitu John
sama jugak modus operandinyer ..wa kata ada peminat rahsia nak berkenalan dengan John...

kedua-dua mangsa telah berjaya dikejutkan oleh Pon dan Yuka..
hahaha
...berani ke Janggel dan John kata 'NO' to me when I instructed them to join and meet 'new friends'????
*eceh*
*simpan balik pisau rambo*
 
muka gembira selepas makan
gembira terkejut jumpa Pon dan Yuka
oh tu awek Pon...nama beliau Yuka binti Yunani...hahah..ntah nama penuh wa tatau

Selepas makan, kami ke Masjid Negara.
Naik teksi sesama..kami di sini


betulkan tudung Yuka
maka
beliau lebih comel dari wa
hahaah

Kemudian, kami berjalan ke Dataran Merdeka
di sini kami bergambar
sakan
melompat
pun sakan

letih..nak makan cendol..kata Pon..
jom ke Central Market
berjalan kaki lah kami
beramai-ramai


dah lupa nama kedai nih
makan ABC
dan
errr...
errr...
*apa nama kuih manis tu?*

Kami berpisah di hadapan Central Market dan masing-masing balik ke rumah.
Pon dan Yuka sambung percutian mereka sambil berjalan di kawasan Petaling Street.

Minggu berikutnya...
disebabkan masih dalam bulan Syawal, maka...  

wa bawak mereka pi beraya di jamuan hari raya Loji Rawatan Air Salak Tinggi, Sepang, Selangor



merasa la ketupat , rendang dan juadah raya ....
Paling suka..adalah satay
siap pi dapur tolong kipaskan satay ...
hahahaah lantak korang la ....

 
iya..kami dah kenyang
Pon dan Yuka dapat bawak balik biskut raya sorang sebekas
Terima kasih le staff loji yang sudi layan kami datang bertandang ini..

Wa sempat tunjuk pokok 'King of Fruit'.
dan elok pulak ada yang dah masak????


"is this durian? the smelly fruit?"
tanya beliau ...
"yes..."
wa jawab...
"oh ok..."
lalu beliau letak balik ke tanah
"hey..just now you want to taste the durian, right? that's the one..."
"oh..i just have to pick up from the ground?"
" of couse...it's ready to be eaten..fresh from farm"
Pon terus kutip dan bawa ke wa.
Wa sempat mintak izin kat staff loji sebab ambik durian tu untuk rasa.
  
  


cantik kan?
ok belum merkah...
jom kita letak kat bonet kete
pastu memasing bakal pening kepala dengan bau durian ini.
kesian Pon dan Yuka..terpaksa terima bau durian tersebut dalam kete.
*bertabahlah*

Kami ke Arashiyama, Kyoto.

tarra...cantik kan?
padahal...
kami pi Alamanda Putrajaya je
hihihi
Pon dan Yuka hendak membeli sesuatu untuk bawak balik pulau Hokkaido
Sempat sambar sirap ros sebotol (kata nak buat air bandung di Jepun) , cholate dan magie cap kuali.
Hahahah..tak sangka deme suka magie cap kuali tu..siap gugel tunjuk gambo.
"I love ramen without Japanese taste" kata Pon.
Korang mesti macam heran..aaa? ada ke magie cap kuali? Pi la korang cari...
hahahaahhahaahahahaahh.....   
Pastu kami ke sini


tahun sudah, Pon tak dapat masuk sini sebab dah tutup.
Maka, ari nih mereka dapat masuk sampai ke ruang tengah yang dibuka untuk para pelawat.


ok done
next


mereka bergambar lompat di sini




masa hujung minggu ramai pulak perantin berphotoshoot di Putrajaya
sempat Pon dan Yuka ambik gambar bersama mereka tu...


ke monument memorial kemerdekaan
wa tunggu kat bawah je


ke Jambatan ini
pun pi bergambar di tengah-tengah jambatan

kemudian, wa bawak ke PICC

di sini puas jugak bergambar
iya wa kali pertama tiba masa nih
pelancong sangat wa nih kan???


ke pusat rekreasi sukan di Precinct 8
di sini..wa pun...

lompat dengan ayu
hahahahaah
bergegar jugak la jeti kayu tu kami kijekan
hahahaah
sila belajar cara-cara lompat sambil lipat kaki ala Islamic Compliance
hahahahahah..
*adeh lutut*
dah abis jalan sana sini, durian tu pun merekah dalam bonet kete
ok ayuh makan
Yuka makan sebijik buat syarat rasa...itupun muka beliau dah merah padam sebab menahan bau.
Pon? selamba makan separuh dari durian tersebut.
Bersungguh ....muka pun merah padam jugak tu...
dok kata nice..nice..but smelly...

ahkir sudah percutian mereka di Putrajaya
semoga mereka gembira dengan layanan kami di Malaysia.



next kisah?
kasut ini akan pijak bumi luar Malaysia
tunggu......

kisah kami ...adakah best? adakah penuh drama? adakah penuh sesalan?
nantikan episod seterusnya
*oittt..baju bajan tak pack lagi nih!*