Monday, September 22, 2014

Lombok - Hari Keempat (Balik M'sia)

macam tak best aje lauk..tapi..
Assalamualaikum..
teruk sangat nak updet kisah cuti kali nih
sampai berbulan-bulan ...
#bertabahlah
(tetiba kuar hesteg..ko dah kenapa?)

Selepas tengok matahari terbenam..kami kami membenamkan diri mandi di kolam renang.
Wa pun apa lagi...kebabom terjun masuk 'slow-slow' dalam kolam itu
walawei!!! dalam nyer!!!!! tak jejak kaki plak lantai kolam???

terus 'PANIC MODE ON'...wa dok pegang la tembok kolam renang.
pakai google..pakai swimming suit (dengan tudung hajaba..ko ade?)..tapi takut berenang...apa kes???
hahahahah.

Selepas tu, tau pulak lapar, kami bersiap untuk makan malam.
pak supir kami bawak ke kedai sempoi-gile-lauk-simple-tapi-masuk-dengan-selera



sempoi,kan? Alhamdullilah..sedap..wa bukan impikan kambeng golek disalai ketika ini.  
Nama kedai? Entah..lupa nak ingat
Selepas makan..baru la ada mood nak pi baling-baling duit di kedai.
Wa sambar t-shirt satu lai..makanan ringan..dengan FM ..dengan keychain (itupun tak cukup...haish)

Balik bilik, kemas kali terakhir..dan tido.
Esok pagi, kena gerak awal...   

itu BUKAN kereta yang kami sewa


makan sarapan secara gelojoh..
telan dulu
pastu kunyah bila perlu
(amende wa merapu?)
kbai kolam-renang-dalam-sampai-kaki-tak-cecah-lantai-tobat-aaaa-nak-masuk-lagi


muka-muka yang kekenyangan dengan sarapan awal pagi


ayuh kita pulang

pak supir dah menanti
perjalanan agak lama.
ada lah kot sejam lebih.
sebab pagi-pagi memang jem.



nih bebudak sekolah pi sekolah sesi pagi
(ayat yang lintang pukang-abaikan)
 Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok tepat untuk di'check-in' selepas beratur lama di kaunter.
Bersabarjelah dengan mereka warga tempatan yang menggunakan khidmat di sini.
Potong 'queue' adalah permandangan biasa dilihat.
Sila bayar 120,000.00 rupiah sebagai 'airport tax' (dulu 50,000.00 rupiah je).


muka-muka 'the-only-orang-Malaysia-kot?' di kala ini....


gigih beli 'seat' demi nak duduk bersama.
boleh 'selfie' sama
kannn?????

tibanya kami di Johor Bahru, adik Pae datang bawa kereta..lalu kami singgah rumah Pae.
Dr Shahrul? mak ayah nya datang ...
Kami..tanpa segan silu...terus bersila makan setibanya di rumah Pae...mengadap makan tengahari disediakan oleh mak Pae..
mavelessssss!!!! dah macam menu kenduri !!!!!
Selepas kenyang, barulah kami (Chawan,Na,Janggel,HangDhamin dan wa) bertolak balik KL...

Tamatlah sudah kisah perjalanan percutian kami.

Total expenses : RM500 pun dah cukup buat wa jutawan (belanja hotel, van, bot, makan dan cenderahati) dengan syarat pi seramai 7 orang, dalam 4 hari 3 malam sahaja.
   
lakaran secara kasar perjalanan kami di Lombok




dan di Gili Trawangan

sebenarnya banyak tempat kami tak sempat pergi.
Maka, sapa yang ada rancangan ke sini..sila la terjah lebih gigih dari kami ini

Tunggu ...ada entry summary yang bakal wa tuliskan
macam biasa
ada kesah di sebalik gambar yang ditepek di sini.
walaupun anda ada kamera canggih
tapi...
guna henpon pun..tiada salahnya
gambar tetap menarik..kan?
tak kira jika anda hidup sebagai lumut
berlatar belakangkan air laut
ataupun
pokok kektus
berlatar belakangkan anyaman dinding rumah
ataupun
pokok kektus baru berbunga
berlatar belakangkan suasana aman 

asal dari benang biasa
pelbagai warna
pandai ditenun
maka
hasilnya
satu corak yang cantik

begitu juga kehidupan kita
asal diri hanyalah janin..yang ditiup roh
pandai dicorak oleh penjaganya
maka
terhasillah seorang insan yang sempurna...

kami telah ke sini
tak..
kami masih tak sempurna
ada lagi yang perlu kami pelajari
tentang kehidupan
dunia dan akhirat

kami ke sini

'enjoy every moment, together'
keseorangan..kadang-kala perlu


beramai..adalaha lebih meriah!!


kita suka mendongak ke langit
tetapi jangan lupa
melihat di tempat kita berpijak


tunggu penggulungan kisah kami di Lombok.
akan wa kupas..eceh..macam kupas bawang le pulak?

Sapa nak pi tengok video, pi google kat you tube, cari nama Hang Dhamin - Lombok.
Wa tak tepek kat sini. sebab wa...malas..
(padahal tak reti....kuikuikuiiii)

buat sementara waktu...wa akan naik kan entry kesah apa wa buat 2 minggu lepas.
BUKAN
wa tak masuk bilik nih
tapi wa lalu di sini
demi ini.
wa bercuti di Kuala Lumpur pada 14 September 2014
wow? di Kuala Lumpur????
.
.
.
.
.
.
*krik..krikkk...*
-bunyi cengkerik di celah pokok kelapa sawit

17 comments:

DJ said...

saya baru terkagum tadi nengok korg pi lombok naik hondar crv...hehehe nice lombok, tapi takde sapeee yg nakpi sebab sume bajet comel takut dilarikan oleh abam lombok....hehehe

Anash said...

Dj,
masmz dan byya kawan kami pergi berdua sahaja ke Lombok dari Bali.
Alhamdullilah mereka ok je.

Lombok = disamakan dengan cara mereka melarikan anak perempuan..dah itu tradisi mereka.

hehe..crv? sila sediakan ongkosnyer lebih iya mbak

Hafiz Yusof said...

wahhhh...
cantik sungguh keindahan alam semula jadi ciptaan NYA...

waiting for next entry...summarry..summarry...summerry..hihihi

Dr Singa said...

wa memang tertunggu-tunggu ayat-ayat summary...

lu dulu BM masa SRP [ yaa.. SRP .. wa tau .. hahahhaaa... ] dan SPM dapat A + eh?

Izzati Ghafur said...

bestnya lombok

Anash said...

Hafiz,
entry summary? kena gigih susun ayat selari dengan gambo.
hahaha
sabo eh


Dr Singa,
SRP wa tak de paper yang bocor.
SPM ade..tapi kuaranteen 2 jam je ...
kuikuikui..
SPM tak dapat A+..huhu


Izzati Ghafur,
murah juga kosnya.
sila lawat
salam kenalan

mrs.smile said...

lama saya berhenti kat ayat ni

satu corak yang cantik

begitu juga kehidupan kita
asal diri hanyalah janin..yang ditiup roh
pandai dicorak oleh penjaganya
maka
terhasillah seorang insan yang sempurna...

pastu dah lupa apa nak komen..yg pasti saya tunggu entry summary

mie said...

mkanan lombok sedap...
hihihi

Iza Hyun J @ paE said...

Fokus bunga nampak pae.. cisss. jd background jer haku.... hihihi.
Nice pic kak!!

The Travelling 3o said...

X lama lagi nak plan g lombok boleh la refer sini. hehe

btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

Terima kasih!!

Anash said...

mrs smile,
lama tuuu stop kat ayat tersebut..
apa le gamak nyer nak komen.kan?

summary? tunggu dulu..lama sket penggulungannyer..hehe


mie,
Alhamdulillah..kami tidak alami keracunan makanan..hehe

Anash said...

Pae,
gigih tau akak dok melutut bagai
walaupun lutut 50-50 ok
hahah
bertabahlah jadi model 'bokeh'


The Travelling 3o,
sila lah terjah lombok
murah sahaja kos nya.
Insyallah..akan saya terjah blog anda sekalian

Thanks for dropping by

Nadiah Amalina said...

Hi.salam.sy dan kwn2 plan nk ke lombok awal tahun depan.nk tau jugak berapa total cost ke sana?tix mahal tak?hehe tenkiu :)

Anash said...

Nadiah Amalina,
Hi dik

kami dapat tix tak sampai rm200 pergi balik JB-Lombok-JB (tak silap la)

RM500 sahaja akak bawa utk trip ini tak termasuk kos bilik sewa dan supir/pengangkutan.
Bole refer blog : janggeltrekker untuk info lebih lanjut

Norazihan Ayub said...

assalamualaikum boleh saya tau awak sewa kereta dari mana dan berapa harga. saya macam mencari kereta sewa jugak tapi nak bandingkan harga.. boleh contact saya di 012706993 - zihan

Anash said...

Norazihan Ayub,
Waalaikumusalam...
sewa kete tu kawan yang uruskan. Boleh baca di blog Janggeltrekker (di sebelah sideblogroll) untuk info tentang kereta serta no untuk dihubungi.
Maaf tak hubungi via hp..huhu..jgn marah

A Z I E I S M A I L said...

salam,if you dont mind to share with me tour guide u .. any contact number .. email me lafuziah@gmail.com . thanks