Wa tak sangka ada peminat wa 'bising' suruh updet blog.
(..kedengaran bunyi ayam hutan bersahutan di belakang rumah...)
ok..ok..
Selepas pemergian arwah datuk wa pada Sept'2006, maka arwah nenek wa menjadi ketua keluarga kami
tuh tempat duduk arwah datuk
sejak itu, kami sekeluarga menjaga nenek ...membawanya ke sana sini ...
tengok belon kat putrajaya
nengok anak cicit . 5 Generasi dah kami pada masa itu
|
logo B di beg adalah nama Bomia..bukan Bonia-jgn tertipu |
Menjadi bodyguard wa
hehe
jaga harta duit wa dalam henbeg itu
dan tahun ini
nenek dah tak larat ke mana-mana
tapi masih larat buka angpau
3 minggu sebelum ...
nenek wa berjaya makan
tanpa tersedak
tanpa terbatuk-batuk
nenek : "sodap kuih bakar nih. sapo buek?"
cucu-pemalas : "errr....boli kek pasar tani yo...sodap ko nek??"
nenek :"sodappp....pandai sapo buek nih...maniss"
cucu-curi tulang : "hehe..nak laie???"
nenek : "buleh...ado laie??"
cucu yang tak rajin : "ado...."
separuh dari kuih bakar itu nenek wa makan
dan wa bagaikan suka melihat nenek begitu
nampak sihat
nampak bertenaga
tapi sebenarnya wa terasa nampak agak ganjil di situ
seminggu sebelum...
sempena hari jadi mak wa
nenek bersifat pendiam kembali
pasif
tapi bagi kami
tu adalah normal
sebab nenek akan banyak jawab
"Ontah..."
bila disoal
Tanggal 13 Oktober 2012, jam 8.30malam
Nenek wa menghembuskan nafasnya yang terakhir
selepas 3 kali suapan bubur
3 kali tersedak
nenek sesak nafas
dan terus ..................................
Ketika itu Mak Lang wa di samping nenek
kerana mak berada di rumah wa di Bangi
Padan la mak dok sibuk kata ...
"jom balik kampung cepat...risau mak lang ko sorang2 jaga nenek...jom..jom"
Naluri anak kepada ibu yang dijaga selama 6 tahun
benar-benar terkesan di hati mak wa
takala wa keluar dari dapur, wa nengok muka adik wa dah merah
dan mak bersuara "nenek dah tak de"
"huh??"
"nenek dak tak de..." mak bersuara lagi...
Wa terus tinggalkan pinggan mangkuk tak berbasuh atas sink
Rembat baju selai dua
dan kami terus ke Alor Gajah, Melaka
Sepanjang perjalanan mak wa menjadi receptionist
menerima panggilan
dan membuat panggilan
kawan lama menjenguk nenek
dan juga auntie di depan kawasan rumah nenek
iye
nenek zaman dulu ramai kawan yang berbilang bangsa
malahan...mereka inilah yang rajin menjenguk nenek sejak nenek dok di kampung
bawak buah lai, bawak gula sekilo
wa terharu dan malu gak sebab kekerapan mereka datang lebih dari sebahagian anak -cucu nenek sendiri
ke tanah perkuburan
selepas dimandikan dan disembahyangkan di rumah ini
di semadikan di sebelah pusara arwah datuk
kiri arwah nenek, kanan arwah atuk, yang nampak ada papan hadang, arwah sepupu wa
sekampung mereka disemadikan
dulu
wa suka pegang tangan nenek
yang masih panas...
13 Oktober 2012
wa tetap nak pegang tangan nenek
walaupun dah sejuk
(bergenang jugak mata wa ketika itu)
empty bed, but full with memories
malam itu, wa tido dengan peluk bantal putih itu
nenek...pemergiannya wa redha
sesekali rindu menjenguk jiwa
|
wa sangat suka nengok gamba ini...sangat-sangat-sangat suka |
seminggu sebelum
nenek wa berkata kepada mak wa
"ayah ko balik kampung sensorang ..sapo nak masak kan?"
mak memandang mak lang sambil berkata...
"ayah lamo tak do mak...."
nenek wa terdiam
72 tahun
bukan 7.2 tahun
bukan 72 bulan
bukan 72 hari
nenek bersama datuk : suka duka, susah senang
usia nenek 13tahun (selepas darjah 7 kata mak) dilamar atuk yang berusia 23 tahun.
..nenek menemui datuk di 'sana'...
akhirnya
entry ini menceritakan sebahagian cerita atuk dan nenek masa wa sempat berborak
sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek dan datuk wa
dan juga
semua arwah umat islam
arwah saudara mara
arwah kaum keluarga
arwah kawan-rakan-teman-kenalan
kerana kita juga
PASTI
mengikuti jejak mereka
Again, I'm been blessed to be one of granddaughter of a beautiful lady..
Hajjah Meriam Ab Rahman
you will be missed by me..always..