Wednesday, November 16, 2011

22 tahun baru jumpa

Mini gathering dibuat di sini...

Mengimbau zaman tingkatan 1 , 2 dan 3 wa sebagai seorang pelajar di sekolah berhampiran dengan laut dan Perkampungan Portugis, Melaka..



..siap dengan 'live band' ..tapi kami yang baru berjumpa setelah lebih duploh tahun 'terpisah', bila borak, 'piching' suara masing-masing lagi tinggi dari mamat 'santiago' nih...hahaha....



Senarai kawan-kawan lama yang hadir...

Kan satu Malaysia..berbilang kaum datang nih...


..masing-masing mempunyai kehidupan yang berbeza, ada masih dok di Melaka, yang berhijrah ke KL, Shah Alam (wa le tuh...ek ele..) dan Singapore (wink...wink..ada peluang nih nak ke sana..kawan dah ada..heheh..)



Cikgu Wong (merah) yang hampir nak pencen dan Cikgu Lee (biru) yang dah pencen.

Kedua-duanya cikgu sukan....

Yang berdiri tuh, kawan wa (proud owner of kindergarden in Malacca) dan wa (proud owner of this sengal blog)...

pss...ewahh,dah berani paste muka kat blog nampak???


Co-organiser yang sibuk kira duit nak bayar makan malam nih..(selepas kutip dari sume yang hadir)
Dan selepas memekak dan berborak selama 3.5 jam (leh tahan jugak tenaga yang terhasil dari bercakap tak henti-henti..), kami pun wat group photo...


..tarraa...ad-hoc mini gathering dibuat khas untuk pemain hoki sekolah sebenarnya..dan wa BUKAN pemain hoki....tapi terselit di kalangan mereka yang sporting...

Wa dijemput oleh co-organiser sebab dia teringin nak jumpa ...bukan selalu dia dapat dtg sini dari Singapore...dan dia antara kawan wa yang selalu saing naik beskal ke sekolah pada ketika zaman dolo-dolo....

Ala-ala citer Awie dengan Erra naik beskal gi sekolah...(sembelit?..sembilu...??)

haaa...

Nota terakhir: Deme masih ingat muka wa sebab tak banyak berubah,kata deme...

"Baby face' rupanya wa nih.....suka sangat....hahaahhahaahahaaaaa.......(sambil cubit pipi sendiri)

6 comments:

Ren said...

Hamboihhh akak...ni la rupernya gath yang dicakap tu eh! Bestnya...ops dah ada muka sendiri!! Kemajuan nh!!!!

Hahahah bagus2!

Eq Melaka yang tepi A Famosa tu kan?

Anash said...

Janggel
haaa,,betul la tuh..
sebab tu la akak terpaksa tolak tawaran nak jumpa di bukit jalil..
tu la
tertepek dengan sengaja..camneh nih?
betulll, eq melaka ni tepi A Famosa...dan sek ren akak tepi Memorial Kemerdekaan...

masMZ KaKiJaLaN said...

Wah wahhhhh..... terus daaaa enterpremmmm muka dalam blog sendiri.... Hihihi....

Kalao inilah gathering yang menyebabkan akak meninggalkan kami, kami sukeeeee.... Seronokkan dapat jumpa semula kengkawan lama....

Anash said...

MasMZ,
terpaksa tinggalkan korang berdua sebab nak jumpa kawan lama...
tapi...jangan risau..kot ada hot ballon lagi..leh jumpa...
hahahah...(tak yah tunggu hot ballon pun tak pe...kan..)

masMZ KaKiJaLaN said...

TAkpe..... anytime, janji bawak kapkek!!!!!! HAhahahahaha BLiNk.BLiNK

Anash said...

MasMZ,
(terus buat2 tido ....)
hehehe..
Insyallah..ada rezeki korang nanti...
tungguuuuu