Thursday, November 10, 2011

Halamak, duit tinggal 26 hengget nih??Fattt..tulung

Citer Melben tergendala dan akan disambung selepas entry ini...

Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas


Nama biasa digunakan dalam blog adalah anash = Ana (nama wa) + Ash (nama Bapak wa). Keje makan gaji kat Shah Alam. Seorang yang pendiam bila pertama jumpa tapi akan menjadi tidak pemalu tetapi kontrol ayu (poyo...) pabila ada 'chemistry' bersosial sesama kenalan. Cukup eh? ringkas kan? Suka lepak dalam rumah bila tak de planning / aktiviti nak wat di luar rumah. Bidang yang sebenarnya wa suka adalah tanam pokok, tapi end up tanam paip air (keje makan gaji..gitu le). Tapi wa bercita-cita satu masa nanti wa nak jadi tokey kelapa..ada nampak pesal nama blog rupe gitu? Angan menjurus ke kenyataan....

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Sejak azali. Tak, sebenarnya sejak ke Johor Baharu pada usia 12 tahun, bilamana macam best aje dapat cabut rumput setiap kali lalu daerah yang lain dalam Johor. Cabut rumput tuh (tak kira lalang ke, 'cowgrass' ke, ) buat kenangan, tampal kat buku, tag rumput tuh dgn nama Pagoh, Kota Tinggi, Muar, Simpang Renggam. (Jgn disuruh cari buku yang ada rumput tuh..ntah mana ilang...huhu). Pelik, kan?
Sebelum tuh ke Singapore umur 6 tahun...(ingat lagi sebab beli 2 beg untuk gi sekolah tadika..siap bagitau kengkawan.."beg nih kita beli kat singaporreee tauuu...jauuuhhh"...sambil menjuihkan mulut....bebudak le katakan...
.......pasport tumpang kat mak....
Sejak itu wa nekad simpan cita-cita nak pergi jauh lagi....

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Kalau ikut matematik yang asal, 90% tourist, 10% traveller, kalau ikut hati yang kuat berangan, nak jadi traveller 100% tapi tidak mampu mempunyai hati yang cekal.


4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency


Memandai sendiri jika kena outstation (boleh diterimakah alasan ini? wa suka outstation sebab wa dapat melancong sekali..hahah) atau ikut kawan yang dah biasa pegi dan tour agency bila pening nak pikir itenary.(nampak sangat sifat pemalas di situ...)

5. Siapakah travel partner anda?

Sapa-sapa sahaja yang leh wa ngam dalam group travel tuh. Pernah dengan opismate, saudara mara, kawan2 rapat, schoolmate dan 2 kali travel sensorang (tapi dengan bantuan...) ie gi Umrah (memang tak de sapa wa kenal dlm group Umrah tapi wa tak takut..sebab nak wat ibadah..bukan nak melencong tempat lain), dan ke Melbourne (masih segar dalam lipatan ingatan...).

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Tahun 1979..Singapore la tuh...
(leh kira berapa umur wa sekarang,kan??)

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Wa kategorikan negara kepada 5 benua. Itu matlamat wa selama nih...kalau tak leh cover sume ceruk dunia, wa dapat cover 5 negara pun wa dah suka...(senang betul nak puaskan hati wa...)

(Tahun tertera dalam kurungan adalah anggaran/anggapan sahaja, tapi majority adalah betul..)

Benua Asia : HoChiMin,Vietnam(2008),ChiengMai,Thailand(2007), Singapore(1979,1980,1997), Bandung, Jawa (2007),Bukit Tinggi,Sumatera (2011), Medan, Sumatera (2001), Bali (2000) Mumbai,India (2007), Chennai, India(2008),Beijing, China (2009), Dubai, UAE (2008)
Benua Afrika : Kaherah & Luxor,Mesir(1997)-School trip
Benua Eropah:UK(1995&1997-sebab belajar sana...leh kira tak???+Scotland & Wales),Berlin,German(1997)-school trip, Paris, France(1997),
Benua Amerika: Mexico City & Oaxaca, Mexico(1996)-school trip

Benua Australia/NewZealand : Melbourne (2011)

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Style wa adalah jenis suka pegi tempat/negara tuh, sekali aje..pastu tak de ulangkaji datang kembali. Wa lebih suka pegi tempat wa tak pernah sampai dan teringin nak ke sana.


Tapi untuk menjawab soklan itu, tempat yang kerap gak wa pegi adalah Sabah....sebab keje punya hal... sambil nyelam telan air...dah ke Pulau Gaya, Poring Air Panas, naik Gunung Kinabalu (sampai checkpoint terakhir..pastu pengsan...hehehe..pilih tempat tinggi untuk pengsan...nyusahkan orang aje)


9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Gambo tak de sebab kamera jenis filem kena cuci, bukan digital.......of course Madinah & Mekah. Kenapa? kat situ nak nangis bagai rak pun..tak de sapa kepoh nak ambik kesah.



10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
1-Agra, India


2-Turki, Istanbul

3-Quebec,Canada
4-Milford Sound, New Zealand

5-New...opsss...terlebih ...sorri


11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Alamak...sume ada manis, sume ada kelakar...Masa berjalan di bandar Mexico, wa dan kawan (5 malaysian, 1 mamat negro) kuar jenjalan saja nak tengok suasana hari Ahad. Jumpa ada minah nih jual cekak rambut, cantik..so kami dengan konfidentnyer, dok tawar menawar...kami cakap omputih, deme tak faham...deme bantai cakap spanish...(bahasa deme), kami plak tak faham...

Pegang kalkulator, tunjuk rege kami nak, pun tak mo gak turun harga...Kawan wa akhirnya terus bersuara

"Ate, ..mahal bebeno nih weh...tak boleh ke deme kurang sket? Kami nih datang jauh, dok tengok barang deme nih cantik, berkenan dek kami..takkan tak leh kurang...?"


Kan dah kuar slang Kampar, Perak .......


Terus kami jadi tumpuan orang ramai, berkerumun nengok kami tengah mencangkung tawar menawar (jangan dibayangkan..memang hodoh)....


Sorang cakap Spanish, Sorang cakap Perak, wa tengah-tengah sengeh-sengeh hanguk-hanguk.. keluar jugak ayat macam nih




"Tak pe la, bukan rugi jual kat kami murah..nih haa ramai datang nak beli,kan?"..penuh konfident wa dok tunjuk kat orang ramai yang datang kerumun nengok kami...
Akhirnya kami berjaya mendapatkan cekak rambut tuh dengan harga yang kami nak..hahahah (agak eh penjual tuh dah tak mampu paham ...ataupun malas dah nak layan kami berdua yang sengal...)




12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti


Kena tahan dek kastam Mexico, gara-gara kawan wa sorang nih simpan rambut panjang tapi tak kemas...pastu nengok pasport wa n kawan warna merah, kastam rasa pelik, terus dirampas dan kami berlima kena dok dalam bilik kastam disoalsiasat...



Jenuh terangkan tujuan kami datang bukan nak beli dadah...pun pak kastam tak percaya..padahal pensyarah wa and schoolmate lain dah elok beratur nak ambik beg dan keluar dari airport....Mujur bilik kastam nih atas dan bercermin, wa sempat lambai 'SOS' dengan pensyarah wa...pada mulanya...pensyarah balas lambaian cemas wa dengan senyuman....aduiii...



Akhirnye, wa menunjukan muka 'Please help us!!!" kepada deme...barulah pensyarah wa perasan kami dalam kesusahan.Pensyarah pun terangkan yang kami pelajar dia, pun tak percaya. Siap tunjuk senarai nama dan nama hotel, pun tak caya.....alahai...kena 'buat bayaran' ker baru lepas???



Mujur sorang kawan (yang negro tuh..) pandai cakap Spanish, tolong kami dan pensyarah..ntah ape dicakap...akhirnya "Welcome to Mehico" sambil serahkan pasport pada kami berlima .Cehhhh......(alhamdullilah...lega tau..cuak le kalau kena tido kat lokap...)




13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?



Yes, kalau ianya tidak mengganggu usus perut wa.



14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
Tak reti nak citer sangat...sedap dan memenuhi citarasa dan tekak wa.

Gambar tak de, leh?

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Beg troli...kalau backpack, pinjam kawan bila naik gunung/bukit....(pastu pengsan lagi atas bukit..huhu)



16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
Troli tengah adalah wa punya. Balik dari Bandung, dah boleh jangka beg akan beranak dengan jayanya. Beg troli ijau paling banyak merata jalan (1997-2008) sampai patah kaki sebelah, masih gagah memberi khidmat pada wa. Beg lenlain tuh, sampingan aje.

dan ini beg troli yang memberi khidmat sekitar tahun 2009-terkini. Akan tetapi beg troli warna hijaulah yang paling banyak kali wa lenjan....walaupun kakinya telah patah...namun cadangan ingin menghapuskannyer tidak pernah terbuku di hati ini. Sentimental value wehhh....


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
1-duit/matawang negara itu



2-pasport



3-kamera



18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe



1-laptop



2-barang kemas



3-kunci rumah /kunci kete/kunci pagar/kunci bilik

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)





Sebelum nak pegi, seminggu/sebulan tuh, akan buat list apa yang perlu dibawa dan apa yang perlu dibuat pada hari pertama nak bertolak. Sebab nak elak terlupa dan wa plak cepat panik. So, sesambil nak tunggu hari cuti, belek list tersebut dan update....





Setibanyer di tempat cuti itu, ambek gambar perkara wajib, catit duit yang dah dibelanjakan setiap hari, tulis poskad(selalunya hari terakhir...kalau sempat), nengok senarai nama kawan-kawan yang perlu wa pikirkan (kalau wa berhati mulia), untuk membelikan gift.


20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?



Malu-malu kucing. Kalau bergambar...berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku...hehe. Memang tak reti nak wat pose 'keras atas udara' itu....(badan berat susah nak lompat-lompat)



21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah


nih payah nak nampakkan diva...


ok, layan ajelah

di Mumbai, India (kan..mana reti nak lompat?)

semasa belajar di 'Ulu Kelang'





Di St Andrew, Scotland




disebabkan tak reti nak tepek gambar...wa snap sekaligus untuk 4 gambar...hahaha...so-not-IT-Savvy,kan?




Giza, Mesir




Mexico (tegak lagi berdiri..heheh) btw masa nih muda belia, dalam 25 tahun kot...




...dan ini gaya wa kalau nak hambek gambar dari aras tanah...kamera canon yang biasa wa guna (dah jual pada kawan baik...tinggal kenangan..)

NIH 'REPEAT PAPER' ...kalau tak, cikgu denda....





Nak sangat ke Bukit Tabur...kan dah penat





Vietnam (baru perasan suka warna biru)





Latest photo, Melben 2011
dan akhir sekali....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Zaman remaja ....(sendiri tengok pun..rasa cam ...ntah...ekceli, malu..sebab kena cabar..tepek aje la..)pada opismate wa..korang jangan kutuk lebih-lebih tau..awas kalian...

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

keychain, fridge magnet, t-shirt,

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Family, nombor satu wajib. Kawan-kawan rapat aje yang dapat. (senarai kawan rapat akan dikemaskini setiap 6 bulan atas dasar .....wa pernah sentap/kecik ati dalam skala besar, dengan dia ke tak?)..amatla sensitif jiwa wa,kan?



24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

plastik beg (ada nama kedai & tempat dibeli), poskad, rumput kering...heheh..takkk...tuh masa darjah 6, daun kering kali pertama jejak kaki kat negara omputih, matawang duit siling baki (jika ada), slip bayaran beli barang (kekonon nak jadi auditor).



sampai sekarang simpan...

Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

1) Dubai UAE - Satu kawasan yang padamulanya adalah perkampungan nelayan , terus berkembang maju disebabkan tempias minyak dan juga kerakusan manusia yang ada kuasa, duit dan nama. Wa pergi sana dengan sekumpulan orang asing dan akhirnya menjadi kawan bila balik Malaysia. Wa rasa kalau tak dikawal pembangunan, eco-system di sana akan terjejas kalau bukan sekarang, akan datang. Sebenarnya macam tak sesuai nak wat bangunan besar..kos maintenance tinggi...Nengok pekerja dok basuh bumbung airport Dubai pun, rasa kesian ...seminggu pastu kompom debu balik bumbung tuh...




2) Mumbai, India - Kepadatan penduduk yang tinggi (tak silap , top 10) mempamirkan mana-mana jalan yang wa lalui, tak pernah sunyi dari nengok orang, tak kira masa. Kasta / kelas di antara penduduk itu amatlah jelas kelihatan. Ada shopping centre deme tak benarkan kasta kelas bawahan masuk, manakala kasta atasan dilayan bagaikan menatang minyak penuh (wa tak terkecuali dengan layanan itu..ala-ala pelancong, musti bagi tip nanti). Skill mereka memandu..peeehhh...gile terre...dan kalau nak melintas...larrriiiiii.....(hahahahaaa...)

But again, make me feel how wonderful me staying in my home country. Oh ya, sempat nengok pintu belakang rumah Amitha Batchan..siap ada guard nak kejar kami sebab kami nampak amat pelik pada ketika itu (ala..kedekut..nak hambek gambar rumah pun tak boleh..)

3) Mexico City, Mexico - Dengan rata-rata mereka berugama Roman Catholic, maka amat pelik melihat wa dan kawan wa bertudung. Hari Ahad, hari mereka bersantai dengan keluarga di taman....nak 'buat' keluarga kat taman pun, no hal...terang-terangan wehhhh.....(benak otak dalam 44 minit lepas tuh...heheh..sebab terserempak dengan 'mereka' ini..). Melalui tempat yang wa lawat, memang mengkagumkan, bangunan yang mereka (zaman dolo) adalah seperti 'Pyramid of the Sun' dan 'Pyramid of the Moon'. Ada gak penduduk Mexico ini tau di mana Malaysia...bila sebut datang dari Malaysia..deme kata "oooo...Mahathir...he's good...he's good..I know him". Wa sengeh aje...
26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Saya berangan nak kaver 7 tempat ajaib dunia (7 wonders of world)-mana-mana yang termampu...dan harap sapa-sapa nak jadi soulmate wa pun, suka berjalan macam wa.



Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Pasport kat rumah,stamp yang paling suka adalah "You cannot enter US within 6 months from this date" dichop oleh kedutaan US di UK, sebab masa tuh ada apa ntah...tetiba aje tahun 1997 tak boleh ke US dari UK...nak jugak pegi, kena balik Malaya dan apply visa dari sana...

ala...macam la wa hadap sangat nak ke US...(padahal..dalam hati ...merintih kesedihan...)

menchi...eh.silap jawab nih...

Untuk menjawab soklan tuh, stamp pasport yang wa suka adalah dari Arab Saudi & Mesir (tulisan arab) dan India (tulisan urdu) ...(sebenarnya dah lupa sebab tak de paspot depan mata nih...)

Dah siap cikgu Fatt.....(fuhh...3 hari mencabar jiwa...)
dah siap (again) cikgu Fatt..(additional 1 hour choosing the right pictures..)










34 comments:

Ely Hasrul said...

jap jappp assalamualaikum..

xabis baca tapi markah dh tinggi giler pasal cabut rumput buat tag tu!!! OMG mmg superb xpenah tpikir.. suka suka suka hahahhaha (ekceli bagus sbb bende nih mudah dan murah aje hahaha)

Anash said...

ely,
heheh..kan? leh buat lenkali nih...
masa tuh budget giler...nak beli cekelat dingdang pun kena anta proposal kat mak mintak duit..hahaha...
teruskan pembacaan anda...tq for the markah tinggi..i like..hehe

Fatt said...

sori kak, sy baru smpai umah. td gi menikah...eh silap...tgk org menikah. tu yg lambat approve komen. sy dah baca sekali harung, wah bleh tahan otai rupanya..

kak, nape byk spacing ni? jauh bebeno jarak antara perenggan. kasik rapat skit spacing dia?

haaa...lagi 1, sume org tayang muka so akak kena tayang muka..mandatori. sy nanti pun akan tayang....ni sy tgh siapkan sy punya jwpn...kasi tukaq naa! nti sy datang balik spotcheck

Ren said...

Akakkkkkkkkk kaghhuummmm gileeerrrrr ngan akakku inewwwwwwww........ *ssedih mengenang kekurangan diri....

Mana gambo muka otai tu!!!! Tak aci ni, fatt kata mandatori! Plsssss akak kan mix mak saleh hehehheheeh....

Sila edit balik! Hahhahahaahaaaaa

Saya rasa cite akak paling layak menang!!! Wacth out Fatt!!! Ely!!! Pastikan akak aku menang tau!!!!! Markah dia tinggi!

####sambil jegil jegil mata kat Fatt dan Ely!

Anash said...

Fatt,
halahaiii..kena 'repeat paper' rupanya...huhu...mandatori ek???ok...sebelum 13hb nov kul 8pagi akan diamendkan...tunggu eh teacher...

Fatt said...

janggel, takleh..selagi rules tak follow aku takleh nak accept. kena fair & square sume org..takde yg dpt spesel pengecualian ok!

so baik amend dan buh gmbr yg jelas...jelas ok, bkn jauh sebatuuuu

Ren said...

Ohhhhhhh fatt okay, nanti aku pesan kat kak anash suh dia buat repet paper hahahahaah... Gagal jugak kak anash rupenya.....

Anash said...

Janggel...(and MasMZ)
...(sambil memegang piala pusingan dewan bahasa dan pustaka)...saya amat terharu dengan sorakan dan sokongan padu yang diberikan oleh peminat-peminat tegar saya..tidak lupa...etc..etc...
wehhh...takut akak laaa...extreme betul siap jegil mata kat ely n fatt...
relex...relex...
apa plak ada kekurangan...usia muda lagi ..buat apa yang kita suka....akak dah kena slow dwn, takan asyik nak MIA dari opis..bahaya wooo...

(nih utk masMZ: akak nak reply sms, bateri kaput..."ishh..payah jugak kalau dah ada peminat nih...hahah")
Sudah..akak nak tido la...good nite (dan tido muka tersenyum...)

Anash said...

Fatt,
ok no hal...jangan rebut2..ok?
heeheheh(pening nak letak gamba mana..sume comel-comel belaka nih...duuii..)-perasan!!
Janggel,
TQTQTQ for the support...
TQTQTQ jua to MasMZ...

Ren said...

Akak..............


















Sebenarnya......








Sebenarnya................ (Bukan lagu yuna tu tau)

















Saya nak kapkek akak yg digembar gemburkan sedap tu.......... :p



*sambel kelip2 mata doploh kali.

masMZ KaKiJaLaN said...

hahahahhaa...... semalam kira sekali aaaa kami wat konperennnnnn erk! ingatkan nak kacao wat sesama, tup2 dah kuar!!!!!

hahahahaha kak Otaiiiii, ni baru betul otai sebab dah kuar muka!!!! hihihihihi..... Fatt, aku undi kak Anashhhhhhhhhhhhhhh.... muahahahahaha

masMZ KaKiJaLaN said...

*kapkek kapkek *kapkek kapkek......


siput babi takmao, taknak siksa diyer... t diyer lemas dalam sampul surat... siput babi takleh anto byhand, malas nak samak! erk?! ahahahahahaha

Ren said...

Wahhhhh!!
Akhernya akak dah kuarkan mukaaaaaa!!!!! Tahniah!!! Markah tinggi ni!

Ren said...

Baru pasan, gambar akak main seleji yang last skali tu ayu sesangat!!!! Hehehheheehheehheheh *sambil tengok patplohpat kali.

Anash said...

MasMZ,
nape meracun Janggel mintak kapkek?? Dabel trauma tau...
err...nih ada buka undian ker? bukan juri datang dari fatt dan ely? ...(konfius akak..)
memang betul semalam kira konferen...hehe..
Janggel,
Hamboi..main kelip2 mata patplohpat kali nengok akak muda eh? tu le pasal..time akak ayu..tak mo plak boifren akak takel betul2..time akak dah macam nih..boifren lari.....haiya...(hehe..)

Fatt said...

YAYAYYY!! Kak Anash dah tunjuk muke...sporting la akak...cayala!! *alamak, skrg aku plak yg gelabah sbb tak siap lagikkkk*

kak, nti sy komen naaa...sy tgh gelabah ni...hapak pun tak siap lagi ni haaaa...hapa cerita pihak penganjur tak jawab lagi ni ha??? T___T

nti naaaa....detik yg tinggal beberapa jam ni amat menggelabahkan saya..fuh! fuh! fuh!

Fatt said...

akak pasaipa jauhnya spacing dari soalan #9 dan seterusnya? pening nak baca...kasik dekat skit leh tak? (banyak nau komplen kena ketuk nti baru tau...hihihi)

bleh eh? *kebil2 kan bijik mate**

Unknown said...

Wah akak dah sampai Mehico, bestnyeeee...

Heheheheh salam berkenal-kenalan..

P/s: woi fatt, ko ckp betul2, ko p tengok org bernikah ke atau KO YANG P NIKAH???? jgn cover line beb!!!! huhuhuhu

Chibi Maruko said...

ph teringin nak pi quebec yea, me duduk kat quebec city, best tau duduk sini heheheh

Biqque said...

hahahaha part cakap perak tu memang kalakoooooo!

bestnyer gi mehicoooooo! tapi tu la, kalo belajar obersi, best kan, merasa pi sana sini waktu belajo...

*bakar MARA*

Ren said...

Hahah fatt, kalo nak tau, pesen akak anash ni nulis blog memang suka spacing sepelaung sepelaung, kasi orang jerit-jerit bile baca. Kalau dia tulis rapat2 nanti orang baca bisik2 je.

Anash said...

Fatt,
relex fatt...jangan gabra..kan ok aje entry tuh...hehe
BlueEwoke,
hehe..sementara ada peluang pergi, rembat aje..pikir susah nak masuk negara nih..
...selamat berkenalan jua...
Chibi Maruko
haaa...kat Quebec ker? haalllaaaa...bestnyerrrr...tolong hambek gambar musim luruh leh? suka sangat warna kuning/oren itu..(daun..)

Biqque,
Ada gak yang belajar obesi-tapi tak suka ke mana-mana pun...lumrah, tak sume yang suka berjalan/travel...(bakar la mende lain...ayam ke, steak ke..)
that part 'Perak' memang kelakar..dan malu gak tetiba jadi 'centre of attraction'..hehe

Janggel,
puas akak dok delete..tak mau gak ayat tuh rapat2...pesal ntah...

Lee said...

Hi Anash, Now I know....was always wondering about your name.
Hey....that's a nice maple leaf you have there.
It's the last days of Fall here and everywhere autumn leaves, like a golden carpet everywhere.

I enjoyed looking thru the pics here, and you sure good one good looking lady.
Have a nice day.
Lee.

Anash said...

Uncle lee
hehheh
i'm blushing now...
hahahah
now you know my name..and my face...
heheh
Actually i'm not really like to expose myself by putting the 4 pictures of me (with face!!)..but been ask to do so..and being a sporting person..yea...why not..(and all the sudden my list of followers increase..wow...heheh)
that is maple leaf? I never know!! haha...

Ain Mardhiah said...

assalamualaikum akak tuan rumah!

series, saya sakit perut guling2 gelak tang keluor bahasa peghok tu. Ate gemana la ghupanyer yer? mesti bangga semua tak paham. haha..

nak testing gak ler. ;p

sy teringin gak nak pi amerika tapi tiket masha allah macam nak kasi org muflis terus. isk2.. sy simpan buat hadiah wajib honeymoon je lah nnti. haha, aci tak? ^_^

Anash said...

Ainul
hanimon kat amrika? waaa...manyak syok wooo...
bagus..bagus...
tang perak di mehico...memang akak rasa lawak sebab org sekeliling tak faham amende yang kawan akak cakap...akak pun berani cakap melayu depan derang pas tuh..
heheh

Anis said...

Hai anash,
Adoi part kena tahan kat Mexico tu seramnya... nasib baik ada member tu kan...Tapi nak jugak gi mexico tu.. kan.. cam menarik .. anash dh sampai tu bestnya..

Ako Retna said...

prghhh byk gak tempat2 akak dah pegi.. kagum kagum..

erkk psstt cabut rumput tu pastu buat apa ek ngan rumput tu?

psstt pastu rumput tu x tumbh akar dah ek? hehehe ;-)

salam kenal kak

Anash said...

Anis,
Peluang terbuka ke sana oleh pihak 'sekolah' (ekceli, kajian kat uni yang anjurkan untuk student Architect..anash BUKAN architect eh..), so dah pensyarah ajak...pantang nih..terus join group tuh..heheh, tu la sejarah anash ke sana..

Anash said...

Ako @ retna,
soklan rumput nih...mmm..payah gak nak jawab..
sebab selepas akak cabut, tampal dlm buku..tak sampai sebulan, buku tuh ilang...(waa..)..so tatau sempat ke tak berakar...(lain le pokok daun setawar..letak dlm buku mesti idup..hehe)
Akak pun kagum pada sume2 yg masuk soklam SPM fatt nih..(akak layan beg troli aje...)
Salam perkenalan jugaaaa

gadisBunga™ said...

akak, kagum ah daun lama tu tu masih elok lagi! baru teringat saya pun suka press daun dalam buku buat collection kalau ke mana2, tapi sejak asyik berpindah randah ni daun2 saya banyak yang dah jadi debu. sedih!

Dr Singa said...

gigih wa baca entri ini...

Anash said...

GadisBunga,
tak sume suka nak kutip daun wat kenangan..akak pun heran leh lama sangat tak makan usia daun kering tuh..kira dah boleh ambik PMR tahun depan daun kering tuh..(makkk aaaii...)..
tq for kagum...kuasa Allah..

Dr Singa,
Wa ucapkan syabas atas kegigihan lu...(hehe..rock kapak le pulak..opss..saja lawak ...)

Cawan said...

Salam, wahhh smlm brkenalan secara ringkas, terus kan berblog lagi ye..

ChawanNa.