Tuesday, October 23, 2012

Kisah Seorang Wanita Cantik Bagi Diri Saya

Wa tak sangka ada peminat wa 'bising' suruh updet blog.
(..kedengaran bunyi ayam hutan bersahutan di belakang rumah...) 
ok..ok..

Selepas pemergian arwah datuk wa pada Sept'2006, maka arwah nenek wa menjadi ketua keluarga kami 
tuh tempat duduk arwah datuk

sejak itu, kami sekeluarga menjaga nenek ...membawanya ke sana sini ...

 tengok belon kat putrajaya

 nengok anak cicit . 5 Generasi dah kami pada masa itu

logo B di beg adalah nama Bomia..bukan Bonia-jgn tertipu 
Menjadi bodyguard wa
hehe
jaga harta duit wa dalam henbeg itu

dan tahun ini
nenek dah tak larat ke mana-mana
tapi masih larat buka angpau


3 minggu sebelum ...
nenek wa berjaya makan
tanpa tersedak
tanpa terbatuk-batuk

nenek : "sodap kuih bakar nih. sapo buek?"
cucu-pemalas : "errr....boli kek pasar tani yo...sodap ko nek??"
nenek :"sodappp....pandai sapo buek nih...maniss"
cucu-curi tulang : "hehe..nak laie???"
nenek : "buleh...ado laie??"
cucu yang tak rajin : "ado...."

separuh dari kuih bakar itu nenek wa makan
dan wa bagaikan suka melihat nenek begitu
nampak sihat
nampak bertenaga
tapi sebenarnya wa terasa nampak agak ganjil di situ 

seminggu sebelum...
sempena hari jadi mak wa
nenek bersifat pendiam kembali
pasif
tapi bagi kami
tu adalah normal
sebab nenek akan banyak jawab
"Ontah..."
bila disoal  

Tanggal 13 Oktober 2012, jam 8.30malam
Nenek wa menghembuskan nafasnya yang terakhir
selepas 3 kali suapan bubur
3 kali tersedak
nenek sesak nafas
dan terus ..................................

Ketika itu Mak Lang wa di samping nenek
kerana mak berada di rumah wa di Bangi 
Padan la mak dok sibuk kata ...
"jom balik kampung cepat...risau mak lang ko sorang2 jaga nenek...jom..jom"
Naluri anak kepada ibu yang dijaga selama 6 tahun
benar-benar terkesan di hati mak wa
takala wa keluar dari dapur, wa nengok muka adik wa dah merah
dan mak bersuara "nenek dah tak de"
"huh??"
"nenek dak tak de..." mak bersuara lagi...

Wa terus tinggalkan pinggan mangkuk tak berbasuh atas sink
Rembat baju selai dua
dan kami terus ke Alor Gajah, Melaka
Sepanjang perjalanan mak wa menjadi receptionist
menerima panggilan
dan membuat panggilan

kawan lama menjenguk nenek

dan juga auntie di depan kawasan rumah nenek
iye
nenek zaman dulu ramai kawan yang berbilang bangsa
malahan...mereka inilah yang rajin menjenguk nenek sejak nenek dok di kampung
bawak buah lai, bawak gula sekilo
wa terharu dan malu gak sebab kekerapan mereka datang lebih dari sebahagian anak -cucu nenek sendiri

ke tanah perkuburan
selepas dimandikan dan disembahyangkan di rumah ini


di semadikan di sebelah pusara arwah datuk

kiri arwah nenek, kanan arwah atuk, yang nampak ada papan hadang, arwah sepupu wa
sekampung mereka disemadikan

dulu
wa suka pegang tangan nenek
yang masih panas...
13 Oktober 2012
wa tetap nak pegang tangan nenek
walaupun dah sejuk
(bergenang jugak mata wa ketika itu) 

empty bed, but full with memories
malam itu, wa tido dengan peluk bantal putih itu


nenek...pemergiannya wa redha
sesekali rindu menjenguk jiwa
wa baca balik entry ini , dan juga di sini



wa sangat suka nengok gamba ini...sangat-sangat-sangat suka
seminggu sebelum
nenek wa berkata kepada mak wa
"ayah ko balik kampung sensorang ..sapo nak masak kan?"
mak memandang mak lang sambil berkata...
"ayah lamo tak do mak...."
nenek wa terdiam

72 tahun
bukan 7.2 tahun
bukan 72 bulan
bukan 72 hari
nenek bersama datuk  : suka duka, susah senang
usia nenek 13tahun (selepas darjah 7 kata mak) dilamar atuk yang berusia 23 tahun.
..nenek menemui datuk di 'sana'...
akhirnya
entry ini menceritakan sebahagian cerita atuk dan nenek masa wa sempat berborak

sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek dan datuk wa
dan juga
semua arwah umat islam
arwah saudara mara
arwah kaum keluarga
arwah kawan-rakan-teman-kenalan
kerana kita juga
PASTI
mengikuti jejak mereka

Again, I'm been blessed to be one of granddaughter of a beautiful lady..
Hajjah Meriam Ab Rahman
you will be missed by me..always..


23 comments:

Dr Singa said...

kita sedih.. buat kali yang ke-2


al fatihah

Hafiz Yusof said...

al-fatihah....

Ren said...

Nak nanges jap.






ok dah






Al-Fatihah







Semoga dia tenang di sana.




.

dzuchan said...

entry ni buat saya menagis depan autocadd drawing (buat keja smbil baca blog)

Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah

gadisBunga™ said...

saya sedih.

saya nangis baca entry ni.

nenek pasti sedang berbahagia di sana

alfatihah..

Biqque said...

sigh...i know how it feels...coz i've been in ur shoes before...

alfatihah.

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah buat arwah nenek dan datuk dik Anash serta sekalian umat Islam yg telah pergi..

abbazeef-wanderlust said...

al-fatihah kak.

tetiba kita rindu sgt dgn nenek kita...

Anonymous said...

we will miss this lady sooo much...

Anash said...

Dr Singa,
AL-Fatihah..
thanks for understanding

Hafiz,
Al-Fatihah jua,,
thanks

Janggel,
Gitu jua harapan akak ...nenek tenang di sana...
Al-Fatihah
Thanks

Anash said...

dzuchan,
buat autocad sambil baca blog?
ada 2 PC ker?
mesti teringatkan arwah kawan baik?
thanks..

GadisBunga,
mmm...akak nak draft blog nih pun bape kali akak kena stop dulu...
hambek nafas panjang2...
mmm..

Biqque,
in your case..your's much heavier than me. more tougher ...which make you stronger now. Al-fathihah to your arwah mom too...

Anash said...

K Dinas,
thanks for the doa
Iya..untuk semua umat Islam jua...

abbazeef-wanderlust,
thanks dik drop comment
sama-sama la kita rindu nenek masing-masing
sedekahkan Al-Fathihah pada beliau.
Jika masih ada, sila melawat

Adik,
yeap. definately dik..of course

abbazeef-wanderlust said...

Dah xde kak. Lama dah.

Btw maaf tanya, akak org nogori ke? Sy pilah n rembau.

Anash said...

abbazeff-wanderlust,
oo..sama2 sedekah al-Fatihah untuk arwah nenek adik.

akak org melaka. cuma nenek dok ALor Gajah, tuh yg leh cakap nogori sket2..hehe
pilah & rembau..tak jauh mano pun..

abbazeef-wanderlust said...

Tula. Alfatihah utk beliau.

No wonder lancar nogori eh. Hehe. Adolah ese kawan kat dunio blog ni ha nak cakap nismilan cmni hehehe

Anash said...

hahaha...
kono dengan orang eh..memang laju jo..
akak pun ado kawan dok kek pilah dgn rombau..
skulah pun kek seromban
hehe

abbazeef-wanderlust said...

Hahahahaha

Gempaklah kak! Hehehe

Bdosup telingo ni donga eh.. Hahaha

Anash said...

heheh...
bedosup telingo..lamo tak guno ayat tuh
hahaha

abbazeef-wanderlust said...

Hahahaha

Try cmpr 'wa' n 'lu' pastu ckp nismilan. Wow! Hahah

Ely Hasrul said...

al-fatihah

(terus bangun jenguk papi yg demam)

Anash said...

Ely,
semoga papi and suci and samyboi sume sihat..termasuk mamisuci

ilyani said...

ni dedication post yg terbaik saya pernah baca.. syabas :) very heart touching.
my nenek kembali ke rahmatullah 2 minggu after my wedding.. jangan kan nak buat dedication blog post mcm ni, blog pasal wedding pun jadi terbantut berbulan2.. sgt2 hilang semangat..
al-fatihah utk nenek akak..

Anash said...

thanks ilyani...
ish...that's really hurt..
Al-fatihah jua buat arwah nenek ilyani...
bet she has showered you with full of loves and sweet memories..and successfully shaped her granddaughter with strong heart.