Bertabahlah sume
Kerana entry ini ada unsur-unsur cerita zaman batu
dan juga
unsur-unsur bangga sambil menyombongkan diri
oleh tuan empunya entry ini
Segala surat menyurat / email / fax / tweeter / facebook / sms maupun BBM tidak akan dilayan
sekiranyer terdapat ketidakpuasan hati para pembaca.
(Poskad ada stem obe-c diterima pakai)
Kembali pada erra 1996...
16 April 1996 till 23 April 1996 = 8 hari aje
Wa ke sini.
Ikut
rombongan makcik kiah lawatan sambil belajar, anjuran Kajian Senibina dan Alam Universiti mana wa belajar.
Untuk pelajar Senireka membuat report (salah satu matapelajaran wajib mereka)..wa BUKAN pelajar senireka, tetapi telah diajak oleh pensyarah mereka untuk
join the crowd. Apa lagi....aribaaaa!!!
Ko mampu pakai seluar slack dengan baju macam pegi keje?
Pastu pakai tudung ikat ala-ala macam makcik-makcik gi pasar tani?
Wa mampu...
hahaah
nih setibanyer wa di bandar Mexico City.
Dataran Merdeka mereka.
Panas tapi berangin sejuk
.(range 16 - 28 degree celcius)
Pelik? yeap...sebab di kedudukan aras yang tinggi.(
range 2000m above sea level)
Masuk la muzium nasional deme.
Wajib hambek gambo kat papantanda...
Esok, wa dan rakan ke sini.
Nama tempat nih : Teothihuacan
Cedukan gambo dari Wikipedia :
Pyramid of the Mood at Teothihuacan
Nak citer lebih, sila la layari
: kat sini
(wah...dah pandai tepek link...hahaha)
Wa jarang tumpukan perhatian pada apa jurupelancong tuh cakap.
Yang wa ingat lagi, bila matahari berada di satu sudut, pada satu ketika, bayang yang akan terjadi di bucu-bucu tepi setiap piramid, pastu akan terjadi seolah-olah seekor badan naga. Kalau ada 4 sudut piramid, kira ada 4 ekor naga dok belengkar tepi sudut tuh.
ala..payah le nak gambarkan camneh,kan?
Tapi terre le gak pakar astronomi masa tuh.
W cuma bergamba di sini. (wa bukan naga itu)
Di bawah ada orang tempatan dok sibuk jual poskad.
Wa ada beli. Untuk pos diri sendiri, pos kat atuk & nenek dan juga mak & bapak wa. (sungguh kuat tali-kekeluargaan wa di situ , kan??)
Wa juga suka bergamba dengan pokok.
Ntah apa yang menarik kat pokok kektus nih?
Tatau..tapi wa suka pokok.
Lepas makan tengahari, wa begambo dengan mereka...
sebab
wa-tunjuk-muka-wow-native-people-out-there-lah!!
Pegang mende tuh, sengeh2 sket...kena bayar!! hahaha
Padan muka wa...ingat free ke beb???
Tapi I like!!! (namun nak datang sini kembali tidak mungkin lagi laaa...)
Esok, wa pegi...errr..mana ntah nih.
(wa asyik le blurrr sana sini...)
dan malam, gi tabur duit
yen peso di sini
Baju berbentuk guni pun kawan wa sibuk nak beli.
Nampak tak mamat kulit hitam tu (yang dok sebelah kanan wa)
Beliau lah yang pandai cakap spanish, yang tolong kami keluar dari tahanan kastam mexico-yang-tak-reti-speaking-omputih. Leh baca
di sini . (wah lagi...wa pandai tepek link!!)
Thank you brother. Dan kami menjadi lebih akrab sejak dari itu.
Don't underestimate him. Dia adalah frequent flyer with British Airway.
Thanks to him too that we managed to get vegetarian's meal on board within less than 12 hours flight back to UK. Kalau tak...sila telan menu yang tidak menjanjikan 100% halal oleh British Airway itu...
Hari ke 5, (kot), kami ke Oaxaca, daerah luar dari Mexico City.
Kena naik bas...ntah bape jam...dah lupa (ko nih asyik luppppaaa aje...)
Ada apa di sini?
Tapak peninggalan puak Aztec.
wa baru aje baca kat
sini, ...ooo selama nih wa memang buta sejarah.
heheh...
pantang nampak pokok....
kan?
pantang nampak ladang....
dah macam pegawai pertanian.
Sah, wa nih belajar salah bidang. Patut kena gi kursus perladangan, bukan senibina/senireka.
Nih ladang alovera. Pokok alovera derang besar-besar.
Hari terakhir wa di Oaxaca.
Kirim poskad
see the camera.
Amat klasik, bukan? guna filem 36 roll (ada 4 roll bawak masa tuh)
Sila abaikan mata wa yang terpejam
Nih BUKAN hotel yang kami menginap.
Wa cuma suka senibina yang sungguh kolonial itu.
Ini padang gurun
Itu pokok kaktus
Maaf atas kuali kualiti gambar tersebut.
Al-maklum..kamera bukan DSLR.
Nih pulak
sub-tube derang . Train bawah tanah.
Wa tak sempat nak gi pekan ronda naik tren bawah tanah.
Sebab itinary yang direka khas oleh pihak Universiti amatlah padat.
Wa sempat merasa naik bas awam sahaja.
Dan ini di saat wa nak balik Malaya...
eh
balik kampung wa di UK.
(sangat lah kampung lu?)
Tuh classmate wa (pompuan ) yang juga suka berjalan.
Next trip wa gi German, dia pun ada sama.
hahah
...I like go trip with you...katanya...
iyelah ..nih trip kelas...gi German pun sebab trip kelas jugak...memang lah kita sume suke aje...kan?
Inilah kumpulan rombongan sekolah ke Mehico
Sume itu adalah pelajar senibina
Kecuali kami yang Melayu itu
tak perlu serabut kepala buat report balik dari rombongan sekolah ini
yeasss..
hahahaahahah...sengal tak?
Mengimbau kembali 16 tahun dahulu
wa berusia bawah 24 tahun
merebut peluang yang ada
di depan mata sebab wa pasti
wa tak akan datang kembali di sini
Sekian cerita ringkas dari wa di Malaysia.
(entry yang ringkas )