Monday, August 5, 2013

Pre Raya

hohh....
esok raya
eh
Salam sejahtera buat semua
nak raya dah,kan? kejab beno rasanya posa kali nih
anda rasa camneh?


kad raya dan kad arijadi wa terima tahun lepas dari DrSinga-thanksss
tahun lepas..birthday wa jatuh dalam bulan Ramadhan
tahun nih...birthday wa jatuh dalam bulan Syawal
*hint..sapa nak bagi peresen kaler pensel tahun nih utk wa?*
hehe

percubaan biskut raya homemade...lemau???? (nanges jab) 
tahun nih
wa tak ode pun kuih raya
sebab? 
wa nak cuba buat...
dan juga akhir-akhir Ramadhan nih..wa dapat kuih percuma  
samada sebalang / sebekas / mahupun  cukup untuk wa makan sensorang
ehsan kawan kawan sekeliling
thanks korang!!!



tahun nih juga...bulan posa...wa dapat pecahkan pinggan roket rekod sendiri
iaitu tidak minum kopi selama 24 hari
tidak minum teh tarik selama 22 hari
kekonon nak nyah-toksid dalam badan
konon-konon la
(ntah jadi ntah tidak) 

dan juga 
tidak berbuka puasa di mana mana kedai makan
apatah lagi berbuka di hotel
tidak sama sekali
*anti sosial*


rezeki berbuka wa tak menentu
kadang-kadang makan roti
dengan air buah
sensorang....
eh..bukan kadang-kadang
memang selalu berbuka sensorang
*anti sosial,kan???*
dan juga berbuka di dalam kereta
mahupun di surau rehat dan rawat dengkil
ataupun berbuka di ruang rehat hospital
ataupun berbuka takala sedang berjalan menuju ke tempat parkir kereta



ada kalanya berbuka dengan kawan
merasa kuih buah melaka
koleberasi bersama kawan di dapur kawan
kami makan bersama pabila dah bersalut dengan kelapa parut
lagi puas hati dari beli di pasar ramadhan


dan kumpul ramai-ramai kawan kawan
lagi banyak juadah terkumpul bersama

wa rasa...
ada kalanya ...
juadah yang kita hadap...bukan yang kita nak
dan juga ada kalanya ..kita tak pasti rezeki bentuk apakah bakal jadi juadah berbuka puasa kita esoknya


makanan di hukm
wa hanya tengok saja
pabila petugas hukm mengagihkannya kepada pesakit



hanya ini yang mampu menjadi bekalan makanan buat sementara
jika tak mampu makan 
sapa sakit?
BUKAN wa sakit


mak saudara wa
mesti tanya...yang mana satu?
sakit apa?


yang tuh...no 2 dari kanan.
gambar nih adalah tentang entry wa menang potocelen raya 2012

sila klik entry lama wa dalam bulan 8 tahun lepas...
(tahun nih tak de potocelen raya sebab pihak penganjur sibuk dgn kerja hakiki)


sepanjang mak saudara wa sakit
wa berkesempatan bermalam satu hari sahaja
tido-tido ayam atas lantai bertikar merah
melihat darah kuar mengalir ke tiub
melihat bahan makanan kuar melalui tiub
dan melihat air kumbahan kuar melalui tiub
dan mendengar nadi jantung pesakit pesakit keliling wa sepanjang malam

sesungguhnya wa bersyukur diberi nikmat sempurna badan cukup anggota 
mak saudara wa sakit usus kanser
semoga beliau sihat dengan segera
*please pray for her speedy recovery*
bulan Ramadhan kali ini memberi wa peluang
berulang alik seminggu sekali atau dua kali  ke hukm
melihat khabar mak saudara wa
dan juga melihat pesakit pesakit lain silih berganti tukar

jika bekalan cahaya makin pudar
makin gelap suasana dirasai
hanya satu yang diharapkan
cahaya dari Ilahi

tahun lepas, kita sihat..kita bole ketawa..kita bole makan
tahun nih, kita sakit, kita kurang senyum...kita kurang makan
kita tak tahu nasib kita akan datang, kan?
(tunjuk kat diri sendiri)


meh tinjau industri kampung wa dan mak wa buat

selama 2 hari di kampung
memproses serai secara kecil kecilan
(sambil tampar pipi dan lengan kena kokak dek nyamuk)

sempat lagi pi pangkas pokok limau purut
daun besar besar...heran sebab wa tak plak letak baja...
mmm...tangan sejuk...
(sambung tampar kat kaki nyamuk hinggap)


iya...
pelik, kan? jual serai?
macam dah tak de mende lain nak jual?
tapi nih la yang wa usahakan
setiap kali tibanya Syawal
memang la tak boleh bawak kaya raya macam usahawan Taman Tema Genting nuh


keadaan pada waktu jam 6.55 pagi...
kejab kejab wa lari lari anak hambek henpon
tangkap gambo nih
*kamera? memori kad...dua dua keping tertinggal di pejabat*
dasar pelupa...(kena beli lagi memori kad buat spare???)


jam 7.55 pagi
padan lah solat sunat dhuha digalakkan pada ketika ini
cerahnya suasana
begitu cerahnya harapan hambaNya ketika sujud meminta sesuatu 
tak caya? cuba buat...cer la... 

iya
wa sangat sangat setuju 
anda bagaimana? 

oh ya
wa dah baca buku ini
dalam kurang 4 jam abis baca
best
sebab lengok susunan ayat yang mudah dihayati dan difahami
sila dapatkan
(nih bukan entry marketing ke hapa...just share knowledge...)
gitu la entry pre-raya wa kali nih
3 hari sebelum raya
wa masih gigih kerja di pejabat
pss...iye ker keje????huh???

SALAM AIDIL FITRI PADA SEMUA PEMBACA
dan maaf zahir batin dari wa
yang merapu bagai..yang ntah apa-apa ayat diletak di sini
sesungguhnya tiada sapa yang sempurna

(tetiba teringat arwah Fitri...semoga rohnya sejahtera di sana...)

22 comments:

jarimanis said...

Selamat hari raya kak Anash..

Banyak betul pengalaman kak Anash dalam bulan Ramadhan ni kan..lepas baca entri ni timbul keinsafan dalam diri..Alhamdulillah syukur masih sihat

Serai?..segar2 serainya..kalau Syawal tiada serai tak best..rendang tak menjadi :-)

Time Traveller said...

Selamat hari raya kak anash..
senyuman, tangisan pilu, gelak ketawa kenangan.. akan timbul di ingatan pada hari raya.. mohon maaf zahir dan batin ..
Jual serai kecil-kecilan dulu.. nanti dah besar boleh la buka taman tema serai hehehee.. :P

dzuchan said...

selamat hari raya kak coco
maaf zahir batin
*sishug*
walaupun tak dapat kita berbuka together2 macam yang diplan kan..
rumah I sentiasa terbuka utk u datang beraya :-D

drive carefully, ingatlah orang tersayang

Janggel / Rain said...

Untungla bakal usahawan Taman tema Serai.

Selamat Hari Raya.
Maaf zahir batin.

MystoryPic said...

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Anash....

Jadi tauke serai pun tak pe maaaa..... janji masyuk

Dinas Aldi said...

Salam Anash. Serai adalah penting, kalau takdak serai, banyak masakan yg tak menjadi. Teruskan usaha! *goncang pom pom*

Jaga orang di sepital memang syahdu bagi akak. Selalunya memang payah la nak lena bila dengaq orang tu mengeluh sakit, orang ni mengerang, ada nyonya panggil nurse mintak tolong nak minum air, etc..sayu. Semoga mak sedara Anash segera dikurniakan kesembuhan olehNya, amin.

Selamat menyambut Aidilfitri & maaf zahir batin dik.

Henry Fox said...

Selamat Hari Raya akak!!! Semoga hari raya ni ceria2 slalu. xmo sedih2 tau. Maaf Zahir & Batin. ;))

mrs.smile said...

Selamat Hari Raya kak Anash..
memang terasa kejap sangat bulan pose tahun ni mcm bullet train ceewah kemain contoh takmo kalah heheee

time2 cengini serai most wanted yaaww!

SheLa^^ZuL said...

Selamat hari raya kak..
Tahun nih x dpt la nak tangkap gambo lompat sana sini..hikhik...

SheLa^^ZuL said...

Selamat hari raya kak..
Tahun nih x dpt la nak tangkap gambo lompat sana sini..hikhik...

Milan Imran said...

Selamat hari raya kak....
Elok2 drv balik kampung tuuu...Minta ampun minta maaf jika ada salah dan silap,gurauan terlampu,terlanjur kata ataupun tulisan..menyusun 10 jari memohon maaf....selamat ali laya.....

Teringat arwah fitri jugak...dah setahun dia pergikan..semoga rohnya ditemptkan bersama-sama orang2 yang beriman...amin..

Anash said...

jarimanis,
bila kita hilang sesuatu
barulah kita hargainya

Salam hari raya buat JM jugak

apa? nak ode serai ker?
apa? nak bagi akak rendang?
ala...buat susah aje JM nih tau..
hehe

Anash said...

TTB,
Salam hari raya juga
Iya..sume perasaan bercampur baur timbul bila tetiba teringat sekaligus ...
Taman Tema Serai?
idea menarik tak pernah terpikir...
hahah...
geliga otak!

Anash said...

dzuchan,
tak de open house or ada...kalau dijemput..Insyallah akan cuba tunaikan jika kesempatan masa itu ada.
salam hari lembaran to you too
*hugback*

kalau nak plan makan2 ...bole diaturkan kembali..tapi awas..akak memang pendiam di luar kotak blog ini...heheh

Anash said...

Janggel,
aminnn...doa tuh jadi pegusaha Taman Tema Serai
...
heheh
suka plak akak dgn title tuh

dan akak suka jugak dapat kad raya dari 'pegawai alam sekitar'...
Salam Aidilfitri juga

Anash said...

Janggel,
aminnn...doa tuh jadi pegusaha Taman Tema Serai
...
heheh
suka plak akak dgn title tuh

dan akak suka jugak dapat kad raya dari 'pegawai alam sekitar'...
Salam Aidilfitri juga

Anash said...

MyStoryPic,

Terima kasih ...Salam Hari Raya jua

nak jadi tokey funfair tak mampu..serai pun..seraii laa...kan..

Anash said...

k dinas,
(baling pompom lagi dengan popcorn kat akak)...
thank you for the support from far...

tanpa serai..tiadalah rendang...(gitu?)

sangat betul suasana hospital...sebijik sama...

mak saudara tengah nak recover ...

thanks and selamat hari raya aidilfitri jua buat akak di utara

Anash said...

Henry Fox,
Selamat Hari Raya jua
sket sket je sedih john...
dejavu kata orang

balik KL hati-hati tau

Anash said...

mrs smile,
bullet train? wow..Jepun tuh!!
hehhee

iya..serai most wanted...

salam aidilfitri buat mrs smile..keep the smiling on!!!

Anash said...

ShelaZul,
salam hari raya
elok aaa tak de lompat2
nih dah 'tercedera kaki'...
huhu

Anash said...

Milan Imran,
sama la jugak ...salam lebaran di hari raya

iya..semoga tenang ruh arwah di sana..
setahun berlalu
macam semalam akak rasai