Salam Penghulu Hari buat semua
aritu wa ada janji nak wat entry khas
untuk arwah mak wa.
susulan dari entry SINI....
asal kisah...mak cuma demam...panas kepala...
dan bermulanya infection di telinga mak...
kurang pendengaran.
di kala ini..mak masih mampu makan..bergerak..membuat kerja
Bulan Disember 2013, hampir tiap-tiap hujung minggu wa balik tengok mak
masih tiada kurangnya demam
dan mak mula demam malam
Mujur adik wa cuti sempena cuti sekolah
maka adik banyak memantau demam mak.
Masuk minggu ke tiga, wa terus bawa mak ke KL
dari kampung di Melaka
supaya wa boleh menjaga mak
dan juga
mak boleh duduk sementara di rumah adiknya di KL
berat dan ringan beban...
wa dan adik dan saudara mara rapat
saling bantu membantu
ikut daya masing-masing
mak ditempatkan di Hospital Putrajaya
selepas seminggu di rumah adiknya
tiada kurang demam
makin bertambah melarat.
wa dan adik silih berganti menjaga mak
sesambil itu
wa 'cross-checked' dengan seorang kawan alam maya
yang baik hati
*you know who you are Puan DoktorS*
selepas dari Hospital Putrajaya
kami bawa mak pulang ke rumah adiknya di Shah Alam.
Dekat dengan tempat wa cari rezeki
balik dari pejabat terus ke sana
malam berjaga sebab mak tak boleh tido
dan akhirnya...
Jumaat jam 12.30mlm
wa bersama adik dan adik ipar
hantar mak ke wad kecemasan HUKM
kami berkampung sehingga jam 8.30 pagi
Di kala 5 pagi (lebih kurang)...wa dipanggil oleh doktor yang bertugas
tentang keadaan kesihatan mak
dan wa dok temankan mak di dalam wad tersebut
dan juga di saat itulah mak berkata...
"Na...lepaskan mak na...mak tak larat rasa sakit macam nih..."
"mak..sakit nih penebus dosa mak...bertahan mak eh...doktor tengah cuba tuh"
wa tatau datang mana ayat wa sebut..tapi di kala ini....wa dah mula rasa lemah..dah longlai ...
ish..jangan plak wa yang tergolek di sini...
bertahanlah...
Jam 11.30 tghari mak dibawa ke ICU RENAL
(mujur ada katil kosong..kalau tak...lama lagilah mak dok di wad kecemasan tadi)
untuk dialisis buah pinggang
dan untuk ditambah darah
(low blood)
dan juga dirawat jangkitan paru-paru
sementara menunggu doktor yang merawat mak membuat analisa tentang mak
wa dok kat ruang tamu...melihat sekumpulan keluarga yang mula sedih...
ibu mereka adalah pesakit sebelah katil mak
sedang nazak
dan pabila doktor panggil wa untuk tandatangan borang
bagi menebuk pinggang mak untuk dialisis dengan segera..
dan memberitahu implikasinya yang sangat sangat sangat risiko
wa...tandatangan borang tersebut...
keluar dari wad
dan terus
termenung
dan
automatik...
menanges
....seorang diri....
sambil dikelilingi ahli keluarga orang lain yang sedang bersedih juga atas ibu mereka
yang sedang menerima rawatan yang sama macam mak wa
Jam 1.30petang dan sehingga 7.30 malam
keluarga, saudara mara, semua tiba melawat mak
wa dah keletihan ketika itu
dan kami balik tido rumah mak saudara
sebab pesakit di ICU Renal dijaga oleh staff nurse dan doctor
Esoknya Ahad...
waktu melawat yang meriah
dengan saudara mara yang datang ziarah
mak boleh bercakap
boleh dengar kami bercakap
Isnin 30 Disember 2013
wa ke pejabat sementara ...walaupun wa cuti sebenarnya
tapi desakan kerja..tetiba wa terlajak dok di pejabat sehingga jam 4 petang
dan wa terus balik Bangi
dan membeli buah kiwi yang dipesan oleh adik
nak disuapkan ke mulut mak
Di kala wa solat magrib..kedengaran bunyi hp
ok
wa mula hilang tumpuan solat
selesai solat..wa cepat2 menalipon adik
"kak...mak panggil akak....mak cari akak..."
wa terdengar suara mak sayup antara dengar tak dengar di belakang adik
"adik..pegang tangan mak...kata akak on the way"
Gegas terus ke HUKM dari Bangi
"akak..heartbeat mak dah mula perlahan"
wa terima panggilan tersebut semasa atas jalanraya.
AES? Speed Trap?
wa dah tak kisah
setiba jam 8.30 malam...adik di luar wad...
CPR pertama dilakukan, sebab dengupan jantung mak jatuh ke 0
wa disuruh baca Surah Yassin...tapi wa tak mampu ketika itu
dapat diselamatkan...
tak lama kemudian
kali kedua
dengupan jantung mak jatuh ke 0 lagi sekali
kali ini agak lama
dan
message kepada kawan wa DrS
bermulalah status ini....
dari kawan-kawan rapat
di Instagram
kawan pejabat
kawan luar pejabat
beliau pernah jumpa mak wa di istana negara semasa wa bawa pi melancong...
entry di SINI
sepupu wa
dan sepupu wa yang lain
iya...arwah mak wa sangat suka guna kalendar kuda
untuk catatan harijadi
dan rentetan ini berlarutan ....
juga ucapan takziah dari kenalan seberang lautan...
perginya seorang jelitawan
wa tertido semasa menunggu untuk memandikan arwah mak
wa terdengar suara mak
panggil..seolah-olah macam ada kenduri..mak suruh siapkan pinggan mangkuk bawak keluar
nak hidang...
macam biasa..kecoh-kecoh kenduri..
tak sampai 10 minit wa tersedar..
jenazah mak telahpun sedia untuk dimandikan
basah kain basuhan untuk mak
sama basah
dengan muka wa oleh air mata
iya...wa mesti teruskan apa yang mak wa selalu lakukan
bila wa balik kampung
ada kalanya wa tersenyum
untuk kali pertama tak silap wa...
pihak pengurusan pejabat mengerjakan solat jenazah Ghaib
wa terharu...
dan ini buku yang terakhir arwah mak baca
arwah mak ada diari.
tulisan arwah mak memang cantik
dan di kala ini
arwah mak mula sakit demam
dan terhentinya isi diari di sini.
wa selongkar
terjumpa duit dari gaji pertama wa dapat
wa bagi kat arwah mak
rupanya arwah mak simpan
sahaja....tak digunakan......
buah kiwi yang tak sempat dijamah
raya tahun 2013...wa jumpa gambar nih
wa pakat adik beradik
susun kembali dan bergambar
dan ini adalah Raya terakhir dengan arwah mak
rupa-rupanya
entry boleh baca di SINI
arwah mak sempat melawat abang sulungnya yang juga uzur
semasa arwah mak sakit di HUKM, pak long datang melawat...dengan bantuan kerusi roda
peringatan: tak semesti yang berusia yang akan meninggalkan kita dulu...
manakala..
yang muda tetap tidak dimamah usia...
(talking to myself)
dan kali terakhir wa sambut BIG 40 bersama arwah mak
entry di SINI
yes...indeed a true phase
Travelholicawsome datang ziarah pusara mak-thanks korang!! |
having say that...
with family with me
with relatives with me
with friends with me
I'm been blessed
walaupun pergi Tesco pun wa boleh nanges
Hit me hard to get along without the love one
Redha dengan ketentuanNya
wa kena lalui
dengan tabah
*selalu jugak kecundang tumpah air mata dikala sujud*
as always
no doubt about this
Al-Fatihah to my mom
Puan Noor Rahmah Hj Mohd Shariff
maaf kan anakanda mak.... panggilan mak yang terakhir...tak sempat anakanda nyahut...
adeh..
pedih mata wa..