Friday, June 6, 2014

TamanNegaraPahang-Akhir

Entry nih pendek sahaja
tapi banyak gambar
maka
tak perlu nak baca panjang-panjang, sebab info kisah kami bercuti
dah wa citer dalam Part 1, 2 dan 3

Lagi sekali
nih apa yang wa nampak semasa cuti di Pahang

nampak pokok yang tinggi
berusia ntah bape puluhan tahun
mungkin cecah ratusan tahun


credit to Cawan
pergi dengan travelmate yang wa rasa serasi
dah kenal
dan 
dah tak kesah perangai sengal masing-masing
(nampak tak kek buah kukus kaler cekelat...haa...tu dtg dari JB homemade by Pae)
dan ofkos..nasik lemak hasil kerjatangan Janggel
*berdoa ada open house sempena raya nanti di rumah beliau*

berendam di Sungai Tembeling
BUKAN kawasan Taman Negara
sipi-sipi je



ertikata lain...BACK TO NATURE
jom masuk tengok hutan

walaupun kaler daun berbeza..namun masih hidup aman damai....
biodiversity 
*amende bio bio nih?*

"The variety of plant and animal life in the world or in a particular habitat, a high level of which is usually considered to be important and desirable" - credit to www.oxforddictionaries.com
wa tak pandai olah bahasa omputih
wa google dan dapatkan info TANPA tukar ayat
lalu wa kreditkan kepada punca mana wa dapat info.
ini apa yang wa faham tentang
memberi kredit dari asal informasi.
*sapa belajar sekolah pondok pun tahu...jika diterjemahkan dan mentafsirkan ayat Al-Quran, 
pasti disertakan surah mana, ayat mana...*
pure basic step on sharing info

wa BUKAN pelajar sekolah pondok mahupun University peringkat tinggi
(sambil letak kapur, lalu padam papan hitam dengan pemadam)
Next
 jom tengok gambo lain
sure bosan baca banyak sangat 'bebelan'...
hahaha.... 

bila usia dah semakin hujung nyawa
jika masih boleh berdiri teguh
maka berdirilah

besarnya pokok nih..cer bandingkan dengan bot belah kiri tu...
kerana satu hari nanti
pasti akan rebah ke bumi
sama dengan manusia
sekuat dan semuda mana pun
satu hari nanti...alam kubur juga 
akan didiami

sepi
tenang
keseorangan
tertakluk kepada amalan seseorang itu

kewujudan kanak-kanak kecil ini
hampir tidak nampak
di hutan yang besar 
(mujur pakai baju kaler kuning)

sama dengan mat salleh sorang tu
nampak tak?
tuuuu...
sebelah sampan tuu...
(sambil wa memoncongkan molot ke arah kanan gambo)
kecik je,kan ?
gitu la keciknya kita dengan kejadian alamNya



corak langit hutan
dan satu lagi

corak langit hutan yang lain
kedua-duanya wa suka 
(boleh jadi corak baju raya tahun nih lah...)


tidak ketinggalan juga
bunga
dan

sekumpulan rama-rama
juga menunjukan corak tersendiri
anda rama-rama kecil dan bercorak lain? 
jangan terasa tersisih...
biasa-biasakanlah bergaul dengan cara baik
nescaya akan diterima di dalam kelompok yang besar  


"mommy...tu..tu..." Aqillah bersuara
setiap umur, setiap masa
kita tidak sunyi dari mempelajari
sesuatu yang baru



begitu juga wa
setiap hari kena sengat dengan lebah  ada sahaja pengalaman baru
info baru
yang wa dapati
walaupun kadang kala
info yang wa pelajari dalam bentuk herdikan, sindiran, mahupun jerkahan

kadang kala
jangan sangka yang si lebah sahaja minat pada anda
lalat pun minat juga
open your heart to anyone come near to you


ulat Selangor
bole?
sebab kaler bendera negeri Selangor
*yakin, rama-rama nya cantik, berdasarkan warna badan ulat itu sendiri*
begitu juga acuan anak-anak sekarang
bagus didikan ibu bapa
cemerlanglah anak-anak itu

Jom kenali kawan-kawan jalan-jalan wa kali ini

pasangan keluarga ChawanNa ...dan Aqillah yang tak leh duduk diam itu 
punca asal terbitnya kisah bercuti di Taman Negara Pahang

masMZ, dengan bantuan kenal abang Mahadi yang berdiri sebelah tuh
sebagai pemandu pelancong
dan menguruskan kami di sini 

sebagai penaja sarapan pagi dan makan tengahari
Janggel jangan diragui kehebatan memasaknya
(sambung berdoa ada le open house raya nanti)

demi keriangan berganda
Pae gigih memandu seawal 5 pagi dari JB
untuk ikuti cuti kali ini
pembekal kek buah kukus yang terkenal di JB
and some even say in Batam
*ok..tu tagline PhuaChuKang*

Aqillah..tidak perlu diperkenalkan
tak perlu bagi gula-gula
bagi kamera, terus suka
terus diam dari merengek kepenatan
*high maintenance aaa anak dara sorang nih*
(pengsan)

ini adalah wa
yang sopan
yang ayu
yang sweet
yang.bebaik sume bagi kat wa lah!
(sukati wa nak puji diri sendiri..nih blog entry wa...kan?)
hahaahahhaha

alo..by doing that, you are a sick person, don' t you know that?  

tak kisah la kalau tanak kawan.....wa buat hal sendiri ....

remember this :
"Making BAD decision is part of our life. 
Blaming OTHERS for your bad decision is IMMATURE
credit to a friend in FaceBook

wa akui..wa mengambil keputusan yang salah
apabila bergayut pada akar pokok
sebab tau kaki memang sakit
ditambah pula jatuh..bertambah sakit
maka
terimalah akibatnya

tapi wa tak salah kan sapa-sapa...
baca balik ayat omputih tadi tu...
faham?
*sapu ubat kat lutut*



"sakit kaki,kan? meh Aqilla tolong pegangkan tangan turun tangga meh..."
"eeeeiii..tak pe...tak pee....bole..bole turun sendiri nih..."
"meh laaa...Aqilla tolong..."

Dr Aqillah yang prihatin
(sehari sebelum kejadian sakit kaki, Aqillah sempat agih-agihkan plaster untuk wa guna
 takut-takut kaki wa berdarah kembali)

"letak tepi bantal tau,..ok?" kata Aqillah takala agihan plaster dihulur pada wa
alahai...

cedera
ada sahaja yang mengambil kisah
iya..wa nampak tak selesa berjalan 
pabila lutut membengkak
tapi
tetap ada yang memimpin wa jalan
perlahan-lahan
*thanks korang korang*

dunia nih penuh dengan 
cabaran dan godaan
menulis blog pun
godaan jugak
ke arah riak pun ade
bahaya....kan?
(terus mentelaah buku "bila hari kiamat")


pertembungan Sungai Tahan yang jernih dengan Sungai Tembeling yang keruh.
Masing-masing adalah sungai
Akan tetapi tidak bercampur secara mendadak warna sungai itu
Begitu juga hati manusia
Jika bersih jiwa, bergaul dengan kalangan mereka yang berjiwa tidak tenteram
Masih boleh senyum 
Masih boleh menikmati cara hidup yang aman

wa mengambilkisah
seekor kura-kura yang tetap berjalan..
perlahan..lahan..walaupun di kiri kanan jalan itu
ramai kawan-kawan lain tegur
kata 
tak pandai
tak kuat
buang masa je jalan
tak sampai ke tempat yang dituju 

akhirnya kura-kura itu sampai ke garisan penamat
kerana kura-kura itu PEKAK
dan kawan-kawan beliau tadi
terus diam

aman,kan?

kadang kala ditemui
sungai cetek

walaupun menyusuri sungai yang sama
ada kalanya sungai itu dalam

blog wa perlu ada ruang penambahbaikan
room for improvement kata omputih
tapi buat sementara waktu ini
biarlah wa menulis dengan cara wa tersendiri
ie. merapu...
  

kami dah sampai
anda, bila pula?
jom terjah Taman Negara Pahang

untuk mereka yang suka aktiviti lasak
Gunung Tahan sedia menanti kehadiran kalian
wa?

mintak maaf la banyak-banyak
wa dah tak leh nak panjat-panjat gunung dah
letih


aktiviti kami
diuruskan oleh syarikat itu
*abaikan model baju merah tu*

big steps begin from small steps
go..explore the nature


sapa kata Malaysia tak de tempat cantik?

selepas nih
ke mana wa pergi?



(pergi standby tunggu bulan Ramadhan..dah..dok dendiam..ok?)

akhir bicara wa...

"wisely humble people are never afraid to admit they were wrong.
When they do, it's like saying
they're wiser today than they were yesterday"
quoted by :John C. Maxwell, 2013

salah dan silap, tolong maafkan
berdoalah agar kita masih boleh jumpa Bulan Ramadhan tahun ini 

14 comments:

Dr Singa said...

oit!!
makan obat !!
sapu-sapu tak lut!!

Dr Singa said...

paham kan ' lut' ?
tak paham .. tukar IC -04- tu !!

Hafiz Yusof said...

ooooo...gituwww gamaknyaaa.....

mrs.smile said...

Akak...mendalam sangat entry nie!
Alhamdulillah sebab akak berjumpa dengan sahabat-sahabat baik!

mis chimei said...

best!! ^^ V

gadisBunga™ said...

antara sebab nape wa suka blog ni adalah kerana kerajinan kak anash bercerita di sebalik gambo. kene aje cerita dengan gambo walau nampak merapu. aishhhh!

Dinas Aldi said...

Kura2, I feel you. Ehh. Tetiba.

Tulih dengan gaya tersendiri tu yg best. Lawak. Kedengaran macam merapu TAPI sebenarnya penuh isi. I like.

Thank you for sharing, dik. Spiking landen sket, kikiki.

Anash said...

DrSinga,
ok ok...makan ubat..
sapu ubat memang tak 'lut'.
iya..wa faham itu 'lut'
(belek surat beranak)


Hafiz Yusof,

Sila belajar dengan tekun!
hahaah

Anash said...

mrs smile,
dalam lagi di sudut hati ini
kikiki
Alhamdullilah mereka semua baik-baik belaka

mis chimei,

Taman negara Pahang memang best!
Pi la explore

Anash said...

gB,
blog merapu memang macam nih
pulak disokong dengan gambar
tak perlu hurai lelebih
hehehe



K Dinas,
nah kura-kura seekor, buat pet
bagi makan kangkung je tau..

welcome home from Landen kak!!
(kata speaking omputih?)

hahahaaaa

EijA:) said...

best! smg ramadhan yg bakal enjelma bukan ramadhn yg terakhir buat kita semua.

Anash said...

EijA.

iya...
semoga bukan ramadhan terakhir dik

Chawanna said...

Tumpang sengih baca entry ni hehehehe

Anash said...

Chawanna,

bole..sila sila sengeh..heehee
*deep