Wednesday, December 4, 2013

DAY 3 - Kobe - Kyoto

gigih la haiii wa nak updet citer Jepun nih cepat-cepat.
Bole ker abis sebelum habisnya tahun 2013?

Dengan nak updet kisah kenduri kawen kawan2
Dengan nak updet kisah kucing beranak pastu tak reti jaga anak
Dengan nak updet kisah pokok jambu wa yang berbuah rendang
Dengan ....haisshhh ...banyak sangat nak citer..dah kenapa kepoh semacam wa nih?
sume mende nak citer?

ok
jom kita baca kisah kami di negara matahari terbit 
iya
(sila hambek perhatian John & Janggel atas penggunaan iya itu)

Selepas bersarapan ala kadar di Hotel Capsule (makan maggie lagi?)
kami bergerak ke stesen keretapi

cantik kan lampu tuh? dah rupa orang berdiri
bersihnya jalan!!!



siang, baru la wa nampak papantanda hijau tu
malam tadi tak perasan plak...al maklum..banyak 'hantu' keluar demi halloween...

Dah beli tiket keretapi?

jom naik keretapi ini.
perjalanan kali ini agak jauh
dalam 20-30 minit kot???
ke mana?


permandangan yang boleh dilihat dari tingkap keretapi 
nih loji apa?
air?
kumbahan?
nuklear?
minyak?
batu arang?
batu kapur?
batu bata?
*sambung termenung*

kami keluar dari stesen keretapi, pastu naik subway (iya? ala..dah lupa...) kuar ikut lorong ini.. 
akhirnnya kami sampai
di destinasi
jalan punya jalan
aduihaiii....
jauhnya lorong nih!!!!
(anak tapir masih melekat di badan depan dan belakang)
masa nih wa dah mula rasa cam nak seret je kasut
atau nak tukar pakai selipar jepun


lorong tadi akhirnya mengarahkan kami ke 
sini!!! Bakpak Gion Hostel
nama kelakar
mudah ingat,kan?
salah sebut akan jadi cenggini

"apa nama hostel yang ko dok di Kyoto?"
"Bapak Giant Hostel"

kan???
sebut betul-betul...
BAKPAK GION HOSTEL
review dah dibuat oleh KakiBerangan..sila klik SINI

oleh kerana lum masa untuk check-in, kami tinggalkan 'anak tapir' susun tepi koridor
dan terus melompat kuar jelajah bandar ini

sebagai seorang blogger tersohor, beliau suka baca peta


dan wa? ikut je..jangan banyak songeh..kena tinggal karang, padan muka
dan sebagai ketua rombongan kali ini, mereka-mereka berdua sangat serius 
melihat peta dan henpon
demi memaksimakan masa yang ada
....apa?...
tak faham arah?   

"go staright..dont belok belok.."
tanya je la rakyat tempatan
payah sangat dok pusing-pusing peta tuh
heheh


KYOTO-here we come
berbekalkan masa 3 hari 2 malam
kami terjah bandar KYOTO pula

untuk kegunaan seharian, sila beli one-day-pass ini dalam harga 550 yen
sangat berbaloi
turun naik bas tidak menjadi masalah dalam tempoh satu hari  
tempat yang pertama kami singgah adalah NIJO CASTLE

dah beli tiket 600 yen
jom masuk 
tengok apa ada dalam nih


melintas tali air / parit

ada apa?


apa? ada shogun???
mana?
ada lagi ker shogun zaman sekarang???
replika shogun
sapa derang nih?


jom la kita mulakan eksplorasi di Nijo Castle
bunga kekwa yang besar
waaa...


OOTD wa untuk hari ini
Outfit Of The Day ..kata orang jawa
mari cari kekasih bernama 'shogun' ini

adakah beliau??


err... bukan kot...
iya
(tengok, penggunaan ayat iya berulang kembali)
mari kita masuk muzium shogun


di sini bermula kami kena buka kasut
demi menjaga kebersihan lantai papan istana ini
yang menarik, lantai papan istana nih berbunyi -bunyi bila kita dok jalan pijak lantai
bunyi macam...err...*squit..*squittt...*squittt....

*squit di sini bukan maksud sotong *

bukan macam bunyi  papan lantai kat rumah kampung yang biasa kita dok lompat lompat sana sini
(ok..yang lompat-lompat tu...zaman wa jadi kanak-kanak, suka lompat atas lantai papan)

berbalik kepada bunyi squitt tu...
katanya untuk mengetahui samada ada penceroboh datang masuk istana
pijak lantai papan
terus leh dengar bunyi tu
dan bole la deme tangkap penceroboh itu dengan berjaya..
sekian terima kasih

ini kami
bukan penceroboh citer wa tadi
hehehhe

sepanjang masuk istana, kami tak leh hambek gambo
tengok je
ada susunan patung zaman shogun
macamana rupa bila bersidang / bermesyuarat / bilik-bilik 'gelfren' shogun
sejuk je dalam istana tu 

eh..betul ke zaman dolo-dolo shogun ada 'gelfren' ? memandai je ko???(tetiba teringat citer The Last Samurai?)
lagi permandangan dari luar

selepas tawaf sekali istana ini,
kami pun keluar
di saat wa tengah dok terhegeh-hegeh sarung kasut berat itu
wa ditegur oleh seseorang
"Assalamualaikum..."
eh..ada orang Jepun muslim ker??? sebab sebelum tu wa dengar bahasa Jepun 
toleh...senyum..
"waalaikumusalam"....
dan kami bersalaman 
terus la jadi cenggini 


mereka juga bercuti bersama
mengejar masa mengejar tempat..ada banyak bandar di Jepun yang mereka hendak lawati
untungnya mereka...mereka pandai berbahasa Jepun

"k bai korang...esok sampai Malaya.. sms la wa..."
wa berpesan pada mereka
*dan kata dikota, 2 minggu lepas, mereka sms wa yang mereka dah balik Malaysia*
(thanks & welcome back)

  
pelbagai usia sebenarnya datang ke sini
ramai sungguh
ish tatau mana datang ntah

walaupun sakit lutut
masih gigih dengan semangat
untuk ke sini
*pegang lutut sendiri*

sesungguhnya kawasan istana nih sangat bersih
dan sangat cantik dengan pokok
dan juga landskap yang dijaga rapi

tadi kami masuk dalam bangunan tuuu...
besar..kan?

jom sambung jalan
nak cari pokok kaler kuning


nampak panas...tapi nyaman je


sebahagian dari bangunan yang ada di kawasan istana ini
hadoii..
besar pulak taman nih rupanya??


cantik je lumut bawah pokok

haaa..dah nampak pokok bercirikan kaler kuning / cekelat / oren itu

jom naik atas tembok ..lihat kawasan sekelilingggggg....
haiii semua pokok-pokok
I is like you alls!!!!
(genggam kamus dwibahasa) 


dah jom turun dari tembok tadi
dan terus berjalan

kalau la sume dah luruh?
pastu ada salji?
waaaa
henhauuuu!!!
eh..tu mandrin
kawaiii
*belasah je la ..*


dan kami pun keluar dari Istana Noji ini
dan menuju stesen bas 

sila tunggu dengan tabah
next destination is...
Kyoto Castle
hai..sume jenis istana nak terjah?

berjalan di sini

mmm macam besar aje?
larat lagi ker nak jalan?

jom la...

ternampak kanak-kanak sekolah lari merentas desa

petang menghampiri ke malam
ok..Kyoto Castle dah tutup rupanya
jam 3.30 petang kami tiba
jam 3.30 petang tu la istana ini ditutup
*hampa+baru perasan tak makan lagi?*

kami meneruskan perjalanan pulang ke Bapak Giant Bakpak Gion Hostel

wa sempat nengok nengok pokok nih...
ada apa?

kena bakteria pun masih kekal simpan dahan pokok???
wa musykil di sini
*sambil jalan sambil pikir*


setelah kami rehat seketika
di bawah pokok ini
dan terus bertanyakan arah naik bas di mana 
pada pekerja jual makanan-dah-tutup-nak-kemas-balik-rumah-makan-sushi
"tiket-tooo..anoooo..bas tooo...."
dok ber 'anooooo...anooooo' dengan kami pabila nak jelaskan mana arah 
kami pergi dapatkan perkhidmatan bas.


di kala ini 
5.00 petang
dan kami tiba di kawasan Gion, berhampiran hostel ..
dan kami meneruskan perjalanan 
demi mencari makanan
lapar wehh!!!! dah la sejuk...
huhuhu
*entry drama bersiri*

11 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

eh yang first ni ke????

akak... untungla ada pakcik join ootd akak! hahahaahaha...

masMZ KaKiJaLaN said...

ok nak hapdet blog.... kbai ;)

Dr Singa said...

lu panjat tembok!!?

makin cun aa sekarang..!

dzuchan said...

berenti buat keja kejap

scroll gambar

gelak2 (gambar OOTD dengan pakcik tu)

gelak2 lagi

scroll gambar lagi

dah
sambung keja...

lawanya Kyoto

Jari Manis said...

byk nya nk citer kat blog..haha yg pasti habiskan dulu citer jepun ni..JM nk curik info hahaha..

Sarapan Megi?..itu biasa..JM pun pernah buat benda yg sama..megi sentiasa di hati kalau travel..kalau kt msia...tak pandang pun hahah

sayup je tgk lorong tu..naper tak ada org..ahaha.."Bapak Giant Hostel"..kelakar lah akak ni

Ohh..ada hati nk ngorat pak cik hhaha..kak NAsah ni buat JM senyum sorang2 lahhh

BEST!!..nak tggu next siri lak



Unknown said...

Wah akak punye ootd hari ni dah macam lady biker..kelas uols..kyoto memang cun.ramai org ke, takde org ke..hahahha

Memang beso castle ni, saya dh 2 kali pegi kyoto tak jejak ke sini lagi..jom ripit? eh ehehehehe

Ren said...

Huntungla OOTD berjemaah dengan pakcik lokal.

Anash said...

masMZ KakiJalan,

dah
pi updet blog laju-laju
banyak sangat ketinggalan tuh!!!

hi five dgn pakcik





DrSinga,
panjat tangga tepi tembok je
(hambek oksigen)
oh..gambo itu berjaya diedit supaya wa nampak cun
(tutup muka maluuuuuuu)

hehe

Anash said...

dzuchan,
awat aaa suka gelak time waktu kerja?

bahaya

mengundang fitnah

huheheheh




JariManis,
nak cilok idea sini?
bole aje
magie memang idaman setiap traveller bila keluar negara.
heeheh

sila tunngu dengan tabah entry berikut



Anash said...

ChawanNa,
macam biker cuma takde moto besar
(mcm cawan nyer moto)

huhu
jom ripit aaaa

hehehee

Janggel,
sapa punya idea ntah OOTD dgn pakcik itu?

Time Traveller said...

tetiba terfikir.. jalan kesana sini sakan benor.. waktu malam mesti terlentang jer kan hehehee... :P

Pokok kene bakteria tu sebab mereka amik berat dgn alam semula jadi :D