Kisah hari kedua....
kami keluar dari Hotel Toyo selepas bersarapan magie-bawak-dari-kampung
mengangkut 'anak-anak tapir' kami
kembali sambung berjalan
mengikut arus mereka yang hendak pi kerja
kiri atas:permandangan stesen keretapi-bersihnyerrrr!!! kanan atas: kami gigih berjalan di tengah-tengah kota Osaka bawah: landasan keretapi berhampiran Hotel Toyo |
Destinasi kami seterusnya adalah KOBE
Ntah bape kali dok turun naik keretapi
wa dah lupa
*asyik seluk poket henbeg cari duit syiling nak bayar tiket*
cer tengok gambo yang besar tu..
auntie auntie muka garang
(ekceli wa takut nak duduk sebelah mereka..dengan galas beg besar-besar cengitu)
tapi selepas mereka tegur wa tanya dari mana
(speaking england to me...not speaking japanese..not speaking jawanese olso)
wa kata "from Malaysia"
"oooo...haitt..haiitt"
terhanguk hanguk sengeh la wa dok hait hait balik
dan terus kami bergambo sambil tunjuk 'peaceee yoooo!!!"
sesungguhnya masih ada sifat mesra terselit di hati mereka ini
heheh
lagi suasana keretapi
semua buat hal masing-masing
iya..gambo yang atas tu..wa suka tengok muka minah Jepun sebelah Byya
sweeettttt...
flawless je muka
wa yakin dia pernah kije kat kilang SKII ??
*ala..gamba tak sharp le pulak*
pastikan anda berada di landasan yang betul
ok
betul la tuh..
ada tulis Kobis Kobe di situ
setibanya kami di bandar Kobe, kami mencari pusat informasi
bertanya pada sukarelawan (gambo kiri atas) dan beliau bawa kami terus ke tempat yang kami hajati
dari situ, kami dapat peta , lengkap dengan tunjukarah dan mercu tanda bangunan
Sebab kami hanya ada 1 hari sahaja di Kobe, maka
tak semua tempat kami akan terjah
maka...tanpa buang masa
ayuh..jom jalan
huhuhu...
oh ya
'anak-anak tapir' kami telah kami susun dalam loker berbayar di stesen keretapi
destinasi kami kali nih ada 3 tempat sahaja:
1- Kubota (eh tu nama mesin jalanraya) Ikuta Shrine
2- Kobe Mosque
3- Port of Kobe
sepanjang kami jalan ke Ikuta Shrine, wa kagum nengok kebersihan kawasan ini
tu lorong kecil je tapi bersih ya amat!!!
ringkasan tempat yang kami terjah mengikut turutan nombor
sempat wa tengok iklan penthouse/ studio apartment sini
kot la
kot la nak beli 2-4 butir sekaligus
*demi pelaburan menguntungkan*
(sambil tekan kalkulator kuat-kuat)
kata nak blend dengan local? kan Janggel kannn???
patut John pun kena usung briefcase...pakai coat kije...
*tolak tepi kasut merah tu jab*
hehehe
akhirnya kami dah sampai
ada ape sini?
pepandai la google.
malas nak tepek info
bole gitu?
kelihatan beberapa keluarga datang ziarah di sini
ada upacara apa la agaknya
bayar nazar?
alahai...cute nyer budak tuuu
iya
itu wa yang berkepak
sebab bebas dari pikul 'anak tapir'
hahhahhahha
sempat John bergambo dengan budak comel itu
hehe
dan mereka mereka gigih mencari tempat baekkk untuk bergambo
di kala ini
wa rasa penat
hahah
talking about age...
melihat keluarga ini dukung anak baru lahir
dalam 2-3 bulan usia agaknya
majlis cukur jambul kah?
Jpop pun datang???
mmmmm....
(sambung duduk tepi pokok)
dah? dah abis rehat?
jom pi kawasan belakang temple nih
ada apa?
wah ada Tori Gate?
nih yang bersaiz kecik...
tatau la bape usia pokok nih?
besarnyerrr...nampak henpon wa kecik cinonet je
wa jalan jalan tepi bangunan
sambil tengok banyak gambar lukisan digantung
hasil kerja budak-budak tadika kemas di sini
peraduan ker???
(tak reti baca tulisan jepun)
kagum dengan kretiviti mereka...yang seawal 3 tahun pun ada yang melukis nih!
ibarat juri menilai hasil karya lukisan
ehhe
dah ?
puas hati?
tak leh lama-lama sangat.
masa suntuk
jom kita ke destinasi seterusnya
Kami berjalan patah balik macam nak pegi ke pusat informasi
tapi kali ini
kami akan naik City Loop
tu..sila beratur ikut garisan ini
nanti ada bas antik datang hangkut kita semua naik
bayaran? sila bayar 200 yen bila sampai destinasi tersebut
yeayyy
bas dah sampai
suasana dalam bas
sepanjang perjalanan, 'pramugari' yang tunggu tolong buka kan pintu tu
asyik la beri keterangan
tentang tempat yang akan dilalui
wa tak fokus pun
sebab deme cakap dalam bahasa Jepun
baik wa layan permandangan dari tingkap bas
sambil tengok belek belek peta
Dari tempat kami turun bas, kami bertanya lagi arah masjid Kobe
jalan kaki
iya akhirnya kami nampak kubah masjid
tak de orang pulak dalam masjid nih?
mmmm...jom solat
wa sempat tengok gambar ini
terus teringat Masjid di Aceh yang juga tidak roboh dilanda tsunami satu ketika dulu
*Allahuakbar*
padahal, tahun 1995, tak silap, bandar Kobe pernah digegarkan dengan gempabumi
abis satu deretan tiang jambatan jalanraya ranap tumbang
*terus berdoa semoga sepanjang cuti wa di sini, tiada malapetaka alam menimpa*
(aminnnn)
.
semoga sinar Islam terus gemilang dan cerah di bumi Kobe ini
dan kami teruskan perjalanan
lapar dah weh!!!
mesti ada kedai muslim / halal food berdekatan
kami jumpa....
kedai runcit berunsurkan oriental!!!
ada magie
ada beras
ada tomyam pes
wahhh
terus wa tak teragak-agak menjadi model pegang beras
*dan kami beli 500 grm beras untuk bekalan hari tua makan kami nanti di Kyoto*
iya
itu kedainya
mudah jumpa
di kala ini salah seorang pekerja 'part-time' kedai ini telah kenalkan kami
kepada kawan beliau yang mengusahakan kedai makan Turnisia
sebenarnya waktu nih 2.30 petang
adalah waktu dimana kedai makan tutup
untuk mereka menyediakan makan malam untuk ahli keluarga
errr.
pelik plak wa rasa...
tapi mujur mamat baju biru tuh sudi buka kedai untuk kami makan
jom kita pi kedai dia
sekadar untuk mengurangkan lapar
kami jamah
secara berjemaah
*jangan tanya nama menu makanan*
dah makan?
kita bergambo bersama
dan kami teruskan perjalanan kami
kembali ke tempat di mana
bas hijau tadi menurunkan penumpang
sempat buat pose gedik
*sila tahan muntah anda*
bas dah datang yeaa yeaa...
jom naik bas...yeaa..yeaa...
destinasi kami yang terakhir agak jauh dari Masjid Kobe
hampir nak terlelap la jugak wa
tapi tahan bijik mata nih
sayang wooo tido dalam bas di sini
bukan selalu datang pun
*terus makan gula gula dengan harapan jangan tertido*
disebabkan malam nih ada pesta halloween
dah macam-macam jenis hantu leh nampak tepi jalan
macam-macam fesen ragam baju
wa tak sempat nak rakam gambar sebab separa sedar
*ngantuk le tu*
eee ada kabel kar?
mmm
lalu je
mana?
tuuuu....
melihat lagi bandar Kobe
kalau la labu tu boleh pungut buat cekodok labu..kan best?
akhirnya kami sampai di sini
penghujung stesen untuk bas hijau ini
inilah Port of Kobe
suasana petang beransur-ansur menganjak ke malam
kami bergambar
dan bergambar
dan bergambar lagak aksi model
*sapa ntah?*
model ker???
melihat burung terbang bebas
*tutup kepala takut-takut kena 'tuttt'*
haiiii...kalau la kamera wa sihat ketika ini
OOTD wa kali ini
model iklan 'safety shoe'
(mujur la ko tak kelebet kasut style PhuaChuKang)
sampai ke malam kami disini
pastu? kami ke mana?
next entry
huiii..letihnya nak taip!!!
hahahaha....
(padahal bukan banyak pun citer ko?)
nota kaki: maaf atas ketidak jelasan pada gamba kali ini
wa sendiri pun tak puashati entry ntah apa-apa punya gambo.
namun wa nak buat balik? re-post entry sama?
NOOOOOO....
heheheh
so...layan je le entry tak best nih
(lari masuk bilik sedih kesal dengan hasil entry malam nih)
drama
31 comments:
Meriah kak coco dengan jaket hijau beliau :D
Labu tu kalau kat m'sia belum sempat besar dah hilang hahahaaa..
Alhamdulillah ada juga masjid dan halaal food kat sana..
Sehari suntuk di Kobe.. berjalan jer.. tak penat ker .. :D
Nape gambo kolaj tu pecah?
Kbai
Huntungla da sampai kobe.
makin bersemangat nak trebel ke jepun ni pas baca blog ni. hahah
ok...kena simpan duit mulai saat ini
tak nak komen byk..kak anash cantik menarik dan tertarik dengan winter coat hijau tu..(tak minta apa2 balasan..ikhlas ni heeee)
mcm cantik je..mcam comel je..oppssss...
Kak, makan berjemaah tu berapa RM?
kelas la masing2 dgn handbag sekali angkut jalan-jalan
nanti nak pinjam skaf rambu ramba OOTD buleh..?
ha ah ..
gedik..!
hahahhahaa!
jadiktaujadiktaujadiktaujadiktauuu!!
hahahaha! setahun lagi tapi!!!
Time Travel,
iya..seharian kami berjalan di Kobe.
Tak de makna istilah santai
hai..labu tak sempat masak dah kena sapu?
Alhamdullilah..sinar Islam masih gagah bertahan di Kobe
meriah eh warna ijau tuh?
cer tunggu warna lain plak..
Janggel,
tu la rasa sedih gambo tak cun
huhu
iya! dah sampai Kobe.
Anda bagaimana?
kbai
Rei,
sila terjah Jepun
selamat datang komen di sini
sangat berbaloi untuk mereka yang suka berjalan & bergambar...
PS: nice picture in the blog!
Jari Manis,
terima kasih atas pujian ikhlas tu JM.
Kurniaan Allah
Alhamdullilah cukup sifat sempurna anggota
thanks again
Kay,
total? err...lupa sangat
tunggu entry Janggel / John untuk perbelanjaan tersebut.
Sorry Kay
salah satu accessories untuk bergamba adalah henbeg...heheh
DrSinga,
nak pinjam?
hahahaah
malu aaaa...rambu rambai tuh
setahunhanyasekali
hehehe
wahhh...best sangat2...
gedikzz giler akak...but i likee....meletop2 macam bertih jagung gituwww..kikikiki..popular lagi la akak lepas ni...
Piz,
best ! sangat !
gedik ! sangat !
giler ! sangat !
hahaha
popular ? tak aaa
hahahah
cantik TRENCH COAT ituuuuuuuu *larikkkk*
kagum tgk ada masjid di kobe tu...hehe tak cuba kobe beef yg femes tu ke kak?hehehe
wow!!! bergayanya tansree coco nih! mesti mahal baju tu. sesuai dgn tansree. bestnyaaaa !
Biqque,
ha a..cantikkkk sangatttt!!!!
errrr
*halamak*
DJ,
yes ada masjid di Kobe
KObe Beef tu jumpa tapi idak le nak merasa...
was was pulak
Henry Fox,
memang MAHAL ok trench coat tuh!!
memang SESUAI dgn title TANSREE
hahahaah
(nyorok)
baju lawa, stailista sgt g jepun..hehe
yayanrahman,
sesekali melawa
sesekali pi jepun
(lipat baju kurung dalam lemari)
Ooo rupanya kat sana pukul 2:30 kedai makan tutup untuk masak makanan family pulak? Istimewa betoi la. Tapi nasib baikla ada jugak mamat baju biru tu sanggup nak bukak kedai.
Comei tau adik pakai kot hijau yg berkepak2 kat kawasan Ikuta Shrine tu, kihkih!
kak dinas,
ntah sebenarnya tu kali pertama anash dengar.
hehe
mujur la ada yang sudi masak utk kami
*lambai mamat pakai baju biru itu*
hahaha..mujur tak terbang sebab kepak bersungguh..
kiki
kimsalam kat awek yg bertrench coat hijau tu ya..
*menyanyi lagu seiring dan sejalan..
syafiq sholihin,
awek tu jawab
"waalaikummusalammmm...."
hui...uji rashid & hail amir?
olskol
ps; bila nak belanja makan deroyan kat penang?
kak anaaaaash!! comeynya gambar2 akak
kemain lagi bergaya dengan trench coat hijau tu!
mrs smile,
iyaaa..panggil akak kuat2 tuh nape?
hahahaha...buang tebiat cenggitu jadinyer
Akak, kasut tu jenama apa? beli mana?
Akak, kasut tu jenama apa? beli mana?
Nordianan Abd Hadi,
Timberland
akak beli kat bukit Bintang, KL
tak pasti ada lagi ke design camtu ...sebab dah lama beli
Post a Comment