Monday, October 20, 2014

Jakarta dan Bandung - Summary

permandangan yang kelihatan di Jakarta. Banyak rupanya bangunan yang tinggi-tinggi  

Assalamualaikum
lagi 2 hari nak raya Deepavali
yeay!!
*yeay sebab cuti..heheh*

entry nih merangkumkan pemerhatian wa sepanjang cuti-pendek-yang-wa-layan-sempoi-sebab-gaji-tak-terima-lagi-masa-itu-maka-berhemahlah-kamu-sesungguhnya.





tanpa kasut
tapi
tanpa rasa penat
lelaki ini berjuang untuk meneruskan kehidupan
ini adalah contoh ujian yang diberikan olehNya



ada juga yang dilahirkan di atas pinggan bertatahkan berlian
mewah
jangan leka
kemewahan itu juga satu ujian


mencari botol-botol kosong
wa memerhati dari tingkap van dengan lama
*sebab jem ...haiii...*
hensem gak mamat nih
hahahaah .....sempat lagi?
(megong)
*terus terpikir kisah seorang pengemis di China yang dijadikan model pakaian..kot? ntah..wa nih ingat-ingat lupa je*
melihat ini
lukisan dipamirkan di tepi jalan
menuju ke Pasar Baru, Bandung
siap ada frame, pasti hasil lukisan ini datang dengan harga

Bagaimana pula hasil lukisan yang dibawah ini?
tanpa frame?
adakah ianya juga berharga?


peace yooo....
melihat anak-anak kecil ini mencari nafkah untuk keluarga
menari di hadapan mereka,
sambil diperhatikan oleh para penunggang moto dan pemandu
sambil diawasi oleh ibu bapa mereka dari tepi jalan
iya...exploitasi anak-anak terselah di situ
keadaan semasa membuat terhasilnya suasana sebegini
yang memang normal bagi mereka di Bandung
indeed.
anda di dalam van pun mengeluh sebab jem
mereka di luar sana?
permandangan di luar Pasar Baru, Bandung
Beliau memikirkan untung nasib hari ini
dan hari esok
dan esok
dan seterusnya
esok

takala menunggu mereka membeli minyak wangi
wa yang tidak-ada-budget untuknya
menghabiskan masa duduk di tepi jalan raya
melihat sekitar


"mbak..mau beli mangga? manis.....murah saja..."
sapa pakcik ini
"tak apa...makasih iya..."
wa senyum berbalas


diikuti pula yang ini
tak pasti jual apa
wa perhatikan sahaja
di seberang jalan nun di sana
juga kederat manusia digunakan


sebuah beca lalu


iya..nampak pakcik nih bawa belon
untuk dijual
untuk menceriakan anak-anak yang lain
untuk menyambung kehidupan keluarga pakcik ini
wa pasti
ini corak kain sulam
cantik kan?
ini corak batu-bata dan batu hiasan di dinding rumah
pelbagai, kan?
ini corak susunan makanan di kedai
menarik,kan?
oleh itu, janganlah kita sesekali
membandingkan corak kehidupan kita dengan orang lain
kerana setiap manusia yang diberi corak kehidupan itu
berdasarkan dengan kemampuan manusia itu menanggung corak kehidupannya.
*sila tukar ayat 'corak kehidupan' = 'ujian'*
masih membawa erti yang sama, kan
inilah kawan wa yang ajak wa pi sini
Eyda...nama panggilannya
nama penuh ada Ir. di depan
hahaah abisla ko dikenali, wa canang satu donia
Eyda adalah kawan wa sejak tingkatan 4 (zaman rockkapak Search dan Wing  femes-Taman Rashidah Utama, Sejati,..errrr...)
*olskol*
"jom na...ikut aku ke Indon..."
"err...ok"
hahaah gile senang..padahal terkial-kial wa dok pikir mana nak korek duit hoit!


iya..itulah kami
jangan dilepaskan peluang terbuka di depan mata
sementara pintu belum ditutup rapat
Puan Norayati-ketua rombongan kali ini
terima kasih kerana sudi menerima wa sebagai sebahagian ahli rombongan
Kali pertama wa jumpa beliau
Ternyata...beliau mudah diajak berborak
Puan Zaiton dan En Adam
satu-satunya pasangan yang boleh peluk-peluk macam nih dalam rombongan kami
hahaha
Disebabkan Puan Zaiton sama bidang dengan wa, maka..perbualan kami sangat-sangat mudah
'same wave length of talking' bak kata orang Sepanyol
*mula dah merapu*
dan En Adam lah 'bodyguard' wa takala kami terpaksan tunggu 4 jam di Airport sebelum balik ke KL.
eheheh
Thank you !!!
mereka satu pejabat


dan juga masih 'satu pejabat' bila mencari sesuatu di sini
tebar..jangan tak tebar...
heheheeh


'live band' semasa kami makan malam
kenyang sampai boleh sandar untuk beberapa jam kemudian
Alhamdullilah
thanks korang
eh..tu Encik Lazli..juga salah seorang 'tulang-belakang' rombongan ini

dan juga Mr Lingam- Happy Deepavali !!!!!
may you and your lovely family enjoy the festival...
and thanks for your great hospitalities shown in this trip-I did enjoy!!


inilah kami
masing-masing sporting.
Ada juga 'hiccups' sana sini
tapi tiada muka sentap terselah...wa is liking this!!! heheh
terpilih untuk ikuti percutian kali ini, wa rasa bersyukur.


the more the merrier
nih le satu-satu gambar kami berdua
yang nampak kurus
hahahahaha


di KLIA
wa dok babai babai anak kecil itu
BUKAN babai babai bapaknya eh...


aktiviti wa dok langut di lapangan terbang antarabangsa Jakarta
melihat gelagat orang
Islam itu mudah bukan?
jangan kita buat ianya susah
secara 'otomatik' wa jadi photographer
merakamkan setiap detik lawatan mereka di sini
hehehe
itulah wa
ada sapa yang masih tak kenal wa lagi?
*krikkk...krikkk...*
(bunyi cengkerik sedang berborak dengan siput khinzir) 

Tamat lah sudah kisah wa di Indonesia
Next trip?
tunggu...
(hitung hari...kbai Malaysia)

16 comments:

Anonymous said...

Amboiiiii....promote aku...kellassss gitewwww...anyway...best best best...len kali kalau aku jenjln sensorang tanpa laki...aku ajak ko lagi eh....

dzuchan said...

entry kak coco membuatkan saya insaf sekejap..
ada keja elok2 pun kadang2 masih x bersyukur dan x puas hati...

huhuuu...

mesti lama perjalanan sampai pikir banyak2 dlm kereta hehe

Anash said...

Eyda,
hahaha..memang aaa promote ko..ada sebab..kikiki
*tolak laki ko tepi next time klu ada trip cenggini lagi*
hahah keji nyer aku!!

Anash said...

dzuchan,
kita senang leka
tu yang kena saling beringat
kikiki...

akak paling byk pikir ttg duit cukup ke tak sepjg perjln dalam van tuh...haru tul!!

Hafiz Yusof said...

keinsafan terserlah..
menerimaa ujian keje baru yang belambak..hiihi...

ooo..dah kenal dah kak coco...mcm tu rupa ayu kak coco yek...
so sweet...

kak jom lepak minum kopi sambil menghitung gaji bulan depan..hihihi

zarul farhana said...

setiap orang mmpunyai gaya hidup ter sndri...
kadang2 kita di atas... org lain dibawah...

Anash said...

Hafiz,
terima dengan cara hati terbuka sebagai seorang newbie di department itu.
Semoga anda mudah menguruskan kerja.
jom...minum kopi sambil share sedu kira belen gaji..huhu

Anash said...

zarulfarhana,
...dan selalunya yang di atas lupa untuk melihat lihat yang di bawah...

salam kenalan!

syieda said...

Kak saya pun selalu terpikir cukup ke tak duit nih. ..kikikiki
amboiii terbang lagi ke kak. ...jeles nya. ..

mrs said...

giler terasa entry nie!
memerhati dari tingkap van agak lama..oh saya tak nampak mamat hensem kutip botol tapi nampak bikin gigi palsu hhihi
hai kak anash..kemanakah destinasinya? selamat bercuti kakak :)

Anash said...

syieda,
akak terbang sini sini je
tak caya..tanya kastam kat klia2 nanti eh
hehe
cukup duit kita jalan lagi..dan lagi..dan lagi...

Anash said...

mrs smile,
idea mencurah tiba sebab bahana dengar ceramah tentang maal hijrah kot
terasa eh? akak pun terasa gak!!
haha.sendiri nulis sendiri sentap..
mamat tu bole tahan la..

mana? ikutilah IG akak nanti eh..
(promote kunun)

Diana Ishak said...

HI Anash, found your blog dari my live traffic.

Nak tanya la, yang gamba budak2 menari tengah jalan depan traffic tu kenapa ya?

Anash said...

aveo757,
Hi there diana...
(ok..gigil nak jawab sebab terkejut ada artis drop komen di sini)hehe

yang budak2 menari tu untuk cari rezeki tampung kos hidup di Bandung. selepas menari lebih kurang..adik2 yg lain dok tadah tangan dari para pemandu minta derma/sedekah ikut ikhlas memasing, sebelum trafik lite tukar jadi hijau.
mak ayah ada dok perati dari tepi jalan.

Syed said...

Suka yr people shots. Nice :)

Anash said...

en Syed,
hehe, saya suka-suka je tangkap gambar orang.
kadang2 takut gak ..takut kena marah..
thanks