Thursday, October 30, 2014

Hong Kong - Hari Pertama : Avenue Of Stars

Assalamualaikum.
Terus citer kisah wa #travelsolo di KLIA2-HK International Airport.
Jam 6.30 pagi dah terpacak tepi kaunter tiket ERL Putrajaya Central.
Wa 'simpan' kete di Putrajaya Central.

Dah drop beg di sini, wa melihat sekitar kawasan.
Kata newbie..maka, wa agak terpinga-pinga baca papantanda di sini
(untuk mereka yang nak check-in luggage di AA, dinasihatkan datang awal..dah ada kes yang tertinggal flight ..dengan jauhnya menapak pi Gate )

Oh ya..wa sempat jumpa blogger tersohor ie bondaIxora..Biqque dan Shahrul, yang ke Nagoya, Jepun.
hahaha..kelakar..terkejut deme tengok wa sensorang di situ.
Biqque plak pi cari Janggel kot-kot ada di sekitar.Motif cari Janggel??
Macam tak percaya wa travel sensorang kali ini kah???
kikiki...

selama 3.5 jam di dalam kapalterbang
wa sampai di Hong Kong
dan personal assistant wa menyambut dengan senyuman tepi pagar
lalu kami pun pi beli Otopus Card terus topup HKD250.
naik tren
ke Tsim Sha Shui Station
kuar situ yang paling hampir ke hotel yang bakal kami rasa limpahan kemewahan
*uhuk...*


sumenyer sibuk tengok henpon
aiponsik ker?
ntah
Personal Assistant wa sedang diberi taklimat oleh staff hotel tentang tempat-tempat menarik di Hong Kong
kami disambut mesra oleh tukang sambut beg dan buka pintu.
cepat jugak mereka layan kami di kaunter resepsi
sempat berjumpa seorang staff bernama Budi, seronok nengok kami yang datang dari Malaysia.
terus otomatik kami tak cakap omputih....hahaah..kebebasan berbahasa!



jom minum
jom makan
jom rehat jab
jom bancuh teh guna timer tu (ehh?)
(campak badan atas katil julur kaki ...)

Jam 4 petang
kami pun mula keluar dari 'sangkar emas' tadi
berjalan ke Avenue Of Stars
lalu di sini


memperkenalkan ...itulah personal assistant wa...
Hai Pae!!!!
hahaah..memandai je kata dia PA ko
Hai Pae!!! (again)

lalu sini


bacalah
malas nyer nak pi gugel tepek sini
hehe


besarnyer cruise tu!!!
kami tiba sini
untuk tengok pertunjukan light amende ntah
katanya jam 8 malam bermula.
Kami jalan-jalan di sini
dengan santainya

kalau kamera cun..sure gambar lagi cun
kan
kan
kannnn.....
*padahal sendiri tak pandai guna kamera...*


makin malam
makin ramai yang datang
nih rombongan dari Indonesia
bukti dah sampai sini
hehe
tak sejuk ker abam tak pakai baju nih?
heheh


tengok ramai nau pijak kat sini
maka
wa pun pijak jugak laaa


tak larat plak nak letak tangan kat situ


jangan tatau..di sini WIFI pun ada
kami siap duduk lepak
Whatapps kengkawan di kampung (abislah kena petir..kampung katanya?)
sengeh-sengeh sesama sendiri
sehinggakan kami ditegur oleh couple matsalleh dan minah salleh (berusia 60an)
"are you talking to each other?"
"huh???" kami pandang penuh pelik
"are you talking to each other?" tanya mat salleh itu sambil pandang kami ....senyum
"oooooooohhh... I know!!!!! ok..I get it....hahahahah" ...wa gelak
dan mereka pun sambung gelak dan pi kacau pelancong lain ambik gambar

(mat salleh tu perli sebenarnya..wa dan Pae tak bersuara tapi kami berwhatapps..tu yang dikatanya kami 'bercakap sesama sendiri')

eh paham tak?
tak?
abaikan lah



"akak pi ke tempat yang ada patung pompuan berdiri tu utk tengok pertunjukan lampu tu "
John sempat whatapps ke kami
ok
hui ramainya

dan bermulalah persembahan lampu


ada plak iklan kereta lalu?
15 minit sahaja ...jam 8.15 pm, kami pun beredar dan ke...ladies market
lalu sini
dan kami pun hambek subway
(belek peta..kejab-kejab pusing kiri..kejab-kejab pusing kanan..terasa pelancong nyer wa!!)


dah sampai
awat macam Petaling Street je?
bermula lah kami genggam purse
disini..tips nya..pi survey dulu
jangan terus pi beli di kedai pertama
lagi jalan terus..lagi murah barang ditawarkan

buat-buat jual mahal masa nak beli..
last-last dia akan bagi harga murah
tapi jangan gatal tak beli bila dah tawar
jangan cari gaduh ..tau..nih negara orang nih
tak pasal tak balik Malaysia plak
dan jalan
dan jalan dan tengok dan tengok
malam di sini sangat meriah
lampu sana sini
terang weh!
Kat sini boleh terserempak dengan pelancong Malaysia...yang wa pelik..mesti ke kekwat??
Nyampah tau!!
tau la wa mampu pi HK naik AA je.
(jalan perlahan-lahan menuju bucu katil lalu meraung kesedihan)

malam...balik tido di sini...dan kami tido sangat-sangat-sangat nyenyak
kaki rasa macam nak tercabut sebab banyak jalan tadi..kot?
(padahal katil tu yang super empuk...hehehe)
esok kami ke mana?
kami ke sini
nengok bangunan ini dari luar
lalu taman ini
naik trem ini


nengok ini
*sejuknyer angin *
yeay...
I been here!!!

tunggu kisah kami berkelana berdua di Kowloon.

Monday, October 27, 2014

Teaser - Sepetnya mata dia

Assalamualaikum wahai para pembaca blog yang sudi singgah baca di sini
pejam celik pejam celik celik dan celik
lagi 2 bulan lagi nak abis tahun  2014
apakah pencapaian kalian sepanjang tahun 2014?
ke...macam tu je???


*sah..apa yang wa merapu di awal mukadimmah entry nih??*
*abaikan*


newbie di KLIA2 - wah..teruja tengok AA bersepah sana sini
 Aritu..24 Oktober 2014..kali pertama wa ke KLIA2

aritu jugak
kali pertama wa jejak kaki di negara ini

 tengok tengok railing tangga ini
 usap usap railing tangga ini
 gosok gigi basuh muka mandi gala sume buat kat sini

iya...kali ini wa kekunun nak terbang lagi tinggi
terbang lagi jauh


 lalu di tepi tepi bangunan ini

 mengaum..eh silap...
mengagumi ciptaanNya

 yes...for me
indeed this 2 nights 3 days stay is for me
to enjoy

 light
camera
action!!!!
*tak..wa bukan pelakon*

 dan juga..wa bukan pembaca berita
wa cuma blogger biasa
yang suka merapu
yang suka berangan
yang suka makan

errr....


errr

perjalanan #travelsolo wa bermula
tunggu kisah wa di negara Jet Li ini

wasalam

*iye le tu travelsolo???phuii...sangat*

Monday, October 20, 2014

Jakarta dan Bandung - Summary

permandangan yang kelihatan di Jakarta. Banyak rupanya bangunan yang tinggi-tinggi  

Assalamualaikum
lagi 2 hari nak raya Deepavali
yeay!!
*yeay sebab cuti..heheh*

entry nih merangkumkan pemerhatian wa sepanjang cuti-pendek-yang-wa-layan-sempoi-sebab-gaji-tak-terima-lagi-masa-itu-maka-berhemahlah-kamu-sesungguhnya.





tanpa kasut
tapi
tanpa rasa penat
lelaki ini berjuang untuk meneruskan kehidupan
ini adalah contoh ujian yang diberikan olehNya



ada juga yang dilahirkan di atas pinggan bertatahkan berlian
mewah
jangan leka
kemewahan itu juga satu ujian


mencari botol-botol kosong
wa memerhati dari tingkap van dengan lama
*sebab jem ...haiii...*
hensem gak mamat nih
hahahaah .....sempat lagi?
(megong)
*terus terpikir kisah seorang pengemis di China yang dijadikan model pakaian..kot? ntah..wa nih ingat-ingat lupa je*
melihat ini
lukisan dipamirkan di tepi jalan
menuju ke Pasar Baru, Bandung
siap ada frame, pasti hasil lukisan ini datang dengan harga

Bagaimana pula hasil lukisan yang dibawah ini?
tanpa frame?
adakah ianya juga berharga?


peace yooo....
melihat anak-anak kecil ini mencari nafkah untuk keluarga
menari di hadapan mereka,
sambil diperhatikan oleh para penunggang moto dan pemandu
sambil diawasi oleh ibu bapa mereka dari tepi jalan
iya...exploitasi anak-anak terselah di situ
keadaan semasa membuat terhasilnya suasana sebegini
yang memang normal bagi mereka di Bandung
indeed.
anda di dalam van pun mengeluh sebab jem
mereka di luar sana?
permandangan di luar Pasar Baru, Bandung
Beliau memikirkan untung nasib hari ini
dan hari esok
dan esok
dan seterusnya
esok

takala menunggu mereka membeli minyak wangi
wa yang tidak-ada-budget untuknya
menghabiskan masa duduk di tepi jalan raya
melihat sekitar


"mbak..mau beli mangga? manis.....murah saja..."
sapa pakcik ini
"tak apa...makasih iya..."
wa senyum berbalas


diikuti pula yang ini
tak pasti jual apa
wa perhatikan sahaja
di seberang jalan nun di sana
juga kederat manusia digunakan


sebuah beca lalu


iya..nampak pakcik nih bawa belon
untuk dijual
untuk menceriakan anak-anak yang lain
untuk menyambung kehidupan keluarga pakcik ini
wa pasti
ini corak kain sulam
cantik kan?
ini corak batu-bata dan batu hiasan di dinding rumah
pelbagai, kan?
ini corak susunan makanan di kedai
menarik,kan?
oleh itu, janganlah kita sesekali
membandingkan corak kehidupan kita dengan orang lain
kerana setiap manusia yang diberi corak kehidupan itu
berdasarkan dengan kemampuan manusia itu menanggung corak kehidupannya.
*sila tukar ayat 'corak kehidupan' = 'ujian'*
masih membawa erti yang sama, kan
inilah kawan wa yang ajak wa pi sini
Eyda...nama panggilannya
nama penuh ada Ir. di depan
hahaah abisla ko dikenali, wa canang satu donia
Eyda adalah kawan wa sejak tingkatan 4 (zaman rockkapak Search dan Wing  femes-Taman Rashidah Utama, Sejati,..errrr...)
*olskol*
"jom na...ikut aku ke Indon..."
"err...ok"
hahaah gile senang..padahal terkial-kial wa dok pikir mana nak korek duit hoit!


iya..itulah kami
jangan dilepaskan peluang terbuka di depan mata
sementara pintu belum ditutup rapat
Puan Norayati-ketua rombongan kali ini
terima kasih kerana sudi menerima wa sebagai sebahagian ahli rombongan
Kali pertama wa jumpa beliau
Ternyata...beliau mudah diajak berborak
Puan Zaiton dan En Adam
satu-satunya pasangan yang boleh peluk-peluk macam nih dalam rombongan kami
hahaha
Disebabkan Puan Zaiton sama bidang dengan wa, maka..perbualan kami sangat-sangat mudah
'same wave length of talking' bak kata orang Sepanyol
*mula dah merapu*
dan En Adam lah 'bodyguard' wa takala kami terpaksan tunggu 4 jam di Airport sebelum balik ke KL.
eheheh
Thank you !!!
mereka satu pejabat


dan juga masih 'satu pejabat' bila mencari sesuatu di sini
tebar..jangan tak tebar...
heheheeh


'live band' semasa kami makan malam
kenyang sampai boleh sandar untuk beberapa jam kemudian
Alhamdullilah
thanks korang
eh..tu Encik Lazli..juga salah seorang 'tulang-belakang' rombongan ini

dan juga Mr Lingam- Happy Deepavali !!!!!
may you and your lovely family enjoy the festival...
and thanks for your great hospitalities shown in this trip-I did enjoy!!


inilah kami
masing-masing sporting.
Ada juga 'hiccups' sana sini
tapi tiada muka sentap terselah...wa is liking this!!! heheh
terpilih untuk ikuti percutian kali ini, wa rasa bersyukur.


the more the merrier
nih le satu-satu gambar kami berdua
yang nampak kurus
hahahahaha


di KLIA
wa dok babai babai anak kecil itu
BUKAN babai babai bapaknya eh...


aktiviti wa dok langut di lapangan terbang antarabangsa Jakarta
melihat gelagat orang
Islam itu mudah bukan?
jangan kita buat ianya susah
secara 'otomatik' wa jadi photographer
merakamkan setiap detik lawatan mereka di sini
hehehe
itulah wa
ada sapa yang masih tak kenal wa lagi?
*krikkk...krikkk...*
(bunyi cengkerik sedang berborak dengan siput khinzir) 

Tamat lah sudah kisah wa di Indonesia
Next trip?
tunggu...
(hitung hari...kbai Malaysia)