Tuesday, November 26, 2013

DAY 2 - Osaka to Kobe

Kisah hari kedua....
kami keluar dari Hotel Toyo selepas bersarapan magie-bawak-dari-kampung
mengangkut 'anak-anak tapir' kami
kembali sambung berjalan 
mengikut arus mereka yang hendak pi kerja

kiri atas:permandangan stesen keretapi-bersihnyerrrr!!!
kanan atas: kami gigih berjalan di tengah-tengah kota Osaka
bawah: landasan keretapi berhampiran Hotel Toyo
Destinasi kami seterusnya adalah KOBE
Ntah bape kali dok turun naik keretapi
wa dah lupa
*asyik seluk poket henbeg cari duit syiling nak bayar tiket*

cer tengok gambo yang besar tu..
auntie auntie muka garang
(ekceli wa takut nak duduk sebelah mereka..dengan galas beg besar-besar cengitu)
tapi selepas mereka tegur wa tanya dari mana
(speaking england to me...not speaking japanese..not speaking jawanese olso)
wa kata "from Malaysia"
"oooo...haitt..haiitt"
terhanguk hanguk sengeh la wa dok hait hait balik
dan terus kami bergambo sambil tunjuk 'peaceee yoooo!!!"
sesungguhnya masih ada sifat mesra terselit di hati mereka ini
heheh
  

lagi suasana keretapi
semua buat hal masing-masing
iya..gambo yang atas tu..wa suka tengok muka minah Jepun sebelah Byya
sweeettttt...
flawless je muka
wa yakin dia pernah kije kat kilang SKII ??
*ala..gamba tak sharp le pulak*


pastikan anda berada di landasan yang betul
ok 
betul la tuh..
ada tulis Kobis Kobe di situ
setibanya kami di bandar Kobe, kami mencari pusat informasi
bertanya pada sukarelawan (gambo kiri atas) dan beliau bawa kami terus ke tempat yang kami hajati
dari situ, kami dapat peta , lengkap dengan tunjukarah dan mercu tanda bangunan 
Sebab kami hanya ada 1 hari sahaja di Kobe, maka
tak semua tempat kami akan terjah
maka...tanpa buang masa
ayuh..jom jalan
huhuhu...
oh ya
'anak-anak tapir' kami telah kami susun dalam loker berbayar di stesen keretapi
destinasi kami kali nih ada 3 tempat sahaja:
1- Kubota (eh tu nama mesin jalanraya) Ikuta Shrine
2- Kobe Mosque
3- Port of Kobe  

sepanjang kami jalan ke Ikuta Shrine, wa kagum nengok kebersihan kawasan ini
tu lorong kecil je tapi bersih ya amat!!!


ringkasan tempat yang kami terjah mengikut turutan nombor

sempat wa tengok iklan penthouse/ studio apartment sini
kot la
kot la nak beli 2-4 butir sekaligus
*demi pelaburan menguntungkan*
(sambil tekan kalkulator kuat-kuat)


kata nak blend dengan local? kan Janggel kannn???


patut John pun kena usung briefcase...pakai coat kije...
*tolak tepi kasut merah tu jab*
hehehe

akhirnya kami dah sampai 
ada ape sini?
pepandai la google.
malas nak tepek info
bole gitu?


kelihatan beberapa keluarga datang ziarah di sini
ada upacara apa la agaknya
bayar nazar?
alahai...cute nyer budak tuuu

iya 
itu wa yang berkepak
sebab bebas dari pikul 'anak tapir'
hahhahhahha

sempat John bergambo dengan budak comel itu
hehe

dan mereka mereka gigih mencari tempat baekkk untuk bergambo
di kala ini
wa rasa penat
hahah
talking about age...



melihat keluarga ini dukung anak baru lahir
dalam 2-3 bulan usia agaknya
majlis cukur jambul kah?


Jpop pun datang???
mmmmm....
(sambung duduk tepi pokok)

dah? dah abis rehat?
jom pi kawasan belakang temple nih
ada apa?


wah ada Tori Gate?
nih yang bersaiz kecik...



tatau la bape usia pokok nih?
besarnyerrr...nampak henpon wa kecik cinonet je

wa jalan jalan tepi bangunan 
sambil tengok banyak gambar lukisan digantung
hasil kerja budak-budak tadika kemas di sini



peraduan ker???
(tak reti baca tulisan jepun)
kagum dengan kretiviti mereka...yang seawal 3 tahun pun ada yang melukis nih!


ibarat juri menilai hasil karya lukisan
ehhe
dah ?
puas hati?
tak leh lama-lama sangat.
masa suntuk


jom kita ke destinasi seterusnya
Kami berjalan patah balik macam nak pegi ke pusat informasi
tapi kali ini
kami akan naik City Loop


tu..sila beratur ikut garisan ini
nanti ada bas antik datang hangkut kita semua naik
bayaran? sila bayar 200 yen bila sampai destinasi tersebut

yeayyy
bas dah sampai


suasana dalam bas
sepanjang perjalanan, 'pramugari' yang tunggu tolong buka kan pintu tu
asyik la beri keterangan
tentang tempat yang akan dilalui
wa tak fokus pun
sebab deme cakap dalam bahasa Jepun
baik wa layan permandangan dari tingkap bas
sambil tengok belek belek peta

Dari tempat kami turun bas, kami bertanya lagi arah masjid Kobe
jalan kaki
iya akhirnya kami nampak kubah masjid

tak de orang pulak dalam masjid nih?
mmmm...jom solat


wa sempat tengok gambar ini
terus teringat Masjid di Aceh yang juga tidak roboh dilanda tsunami satu ketika dulu
*Allahuakbar*
padahal, tahun 1995, tak silap, bandar Kobe pernah digegarkan dengan gempabumi
abis satu deretan tiang jambatan jalanraya ranap tumbang
*terus berdoa semoga sepanjang cuti wa di sini, tiada malapetaka alam menimpa*
(aminnnn)
.

semoga sinar Islam terus gemilang dan cerah di bumi Kobe ini


dan kami teruskan perjalanan
lapar dah weh!!!
mesti ada kedai muslim / halal food berdekatan

kami jumpa....


kedai runcit berunsurkan oriental!!!
ada magie
ada beras
ada tomyam pes
wahhh
terus wa tak teragak-agak menjadi model pegang beras
*dan kami beli 500 grm beras untuk bekalan hari tua makan kami nanti di Kyoto*


iya 
itu kedainya
mudah jumpa
di kala ini salah seorang pekerja 'part-time' kedai ini telah kenalkan kami
kepada kawan beliau yang mengusahakan kedai makan Turnisia
sebenarnya waktu nih 2.30 petang
adalah waktu dimana kedai makan tutup
untuk mereka menyediakan makan malam untuk ahli keluarga
errr.
pelik plak wa rasa...
tapi mujur mamat baju biru tuh sudi buka kedai untuk kami makan


jom kita pi kedai dia

sekadar untuk mengurangkan lapar
kami jamah
secara berjemaah
*jangan tanya nama menu makanan*

dah makan?
kita bergambo bersama
dan kami teruskan perjalanan kami


kembali ke tempat di mana
bas hijau tadi menurunkan penumpang
sempat buat pose gedik
*sila tahan muntah anda*

bas dah datang yeaa yeaa...
jom naik bas...yeaa..yeaa...
destinasi kami yang terakhir agak jauh dari Masjid Kobe
hampir nak terlelap la jugak wa
tapi tahan bijik mata nih
sayang wooo tido dalam bas di sini
bukan selalu datang pun
*terus makan gula gula dengan harapan jangan tertido*

disebabkan malam nih ada pesta halloween
dah macam-macam jenis hantu leh nampak tepi jalan 
macam-macam fesen ragam baju
wa tak sempat nak rakam gambar sebab separa sedar
*ngantuk le tu* 

eee ada kabel kar?
mmm
lalu je


mana? 
tuuuu....


melihat lagi bandar Kobe
kalau la labu tu boleh pungut buat cekodok labu..kan best?


akhirnya kami sampai di sini
penghujung stesen untuk bas hijau ini
inilah Port of Kobe
suasana petang beransur-ansur menganjak ke malam
kami bergambar 
dan bergambar
dan bergambar lagak aksi model  
*sapa ntah?*
model ker???


melihat burung terbang bebas
*tutup kepala takut-takut kena 'tuttt'*
haiiii...kalau la kamera wa sihat ketika ini



OOTD wa kali ini
model iklan 'safety shoe'
(mujur la ko tak kelebet kasut style PhuaChuKang) 


sampai ke malam kami disini
pastu? kami ke mana?
next entry

huiii..letihnya nak taip!!!
hahahaha....
(padahal bukan banyak pun citer ko?)

nota kaki: maaf atas ketidak jelasan pada gamba kali ini
wa sendiri pun tak puashati entry ntah apa-apa punya gambo.
namun wa nak buat balik? re-post entry sama?
NOOOOOO....
heheheh
so...layan je le entry tak best nih

(lari masuk bilik sedih kesal dengan hasil entry malam nih)

drama




Thursday, November 21, 2013

DAY 1 - Nara to Osaka

sambung dari entry lepas.
*huiii..ingatkan bole rangkum 1 hari = 1 entry, rupanya tak leh....*
sebab banyak gamba wa yang comel untuk diceritakan

..ehem..

berbalik pada kisah kami berlima 
mencari Nandaimon Gate la...Daibutsuden Hall la..
wa?
tak faham amende tu sume
ikut ajelah mereka-mereka ini
*sambil jalan sambil skodeng pokok-pokok sekeliling*

melintas pabila lampu 'kata' boleh lintas
toksah memandai main lari-lari kat sini ehhh...
babab karang


bayangkan la kalau daun hijau sume bertukar menjadi 
kaler daun kuning /  cekelat / merah
mesti cantikkkkk
tak pe..dah sampai sini dengan selamat pun, dah kira seribu nikmat dah weh!!


kiri kanan ada sahaja tenuk rusa yang bebas berjalan
makan
melihat kami
dan kami melihat mereka
hai..jernihnya air nih...longkang ke anak sungai?


di sini
mereka sangat hargai alam
tu la sebab wa suka pokok
mendamaikan
*terus peluk tiang letrik...ehh...silap...peluk pokok*


kalau buat pre-wedding photo mesti cun
kalau la
ala..Maszuber dan Dan Arif dah kawen
so...sapa next? 
who next-to-wed wanna be in 'the group'?
*krik...krikkk...*


dah macam patung main-main aje rusa tu duduk tepi mesin tuh...
haus?
jangan risau
vending machine macam nih belambak
siapkan duit je

kami sambung berjalan
dan jalan
dan selang seli
bergambo
dan gambo
dan gambo sengeh-sengeh

sebahagian pokok yang mula tunjuk 'autumn is just around the corner'


besar tak taman Nara nih?
*urut kaki yang mula membina otot-otot perkasa*

lalu di kawasan di mana
ada jual cenderamata
dan juga makanan ringan
teringin merasa aiskrim
ode la 
bukan hari-hari belasah es-krim jepun pun,kan?
(di kala ini otak wa gagal berfungsi sebagai kaunter forex)
dah bayar baru sibuk kira dalam hati
"eh 300 yen nih sama dengan bape Ringgit Malaysia?"

"akak...tu seploh hengget punya rege aiskrim tau"
kata John
oooooooooo
(tumpang garuk kepala rusa sat)

ha a laa...
ok.ok...jom makan..
jangan biarkan walau setitik aiskrim cair jatuh atas tanah 
jangan membazir tau
heheh...

ramai kan pelawat masa nih?
elok aje rusa nih tak merusuh ke apa ke


dengan budak sekolah 
kat sini wa perhatikan pelbagai jenis baju seragam ikut jenis sekolah kot?
ada macam tema citer katun "bob the builder'' la.."sailormoon" la..
comel comel belaka

kadang-kadang macam nak tunggang aje rusa nih
MACAM NAK TUNGGANG aje
TAPI tak buat pun
apatah lagi nak DUKUNG rusa nih?


aktiviti mengikut rusa ini
saja saja

nampak tuu langit dah mula gelap
iya
kami dah seharian di sini
pukul 5 petang dah kira malam
masa nih dah beranjak pukul 4 petang


'golden moment'kah?


bergambar dengan kawan lama
balik kampung sok nak tunjuk kat jiran tetangga


kami tak ke Daibutsuden Hall itu
masa suntuk
kami pun keluar dari Taman Nara
bergegas ke Namba Station punggut 'anak-anak tapir' kami di locker
dan menuju ke Hotel Toyo


sampai sini
fuh lega
baru jalan 1 hari
tapi letih mengalahkan jalan dah sebulan?
*ko memang tak fit, eh?*

ruang legar hotel ini
sempoi
dan malam itu, kami makan nasi berlaukan sambal bawak dari Malaysia
nasi beli kat kedai serbaneka
panaskan di microwave

nikmat lapar sebenarnya berbaloi
sebab baru tau
nikmat kenyang tu camneh rasanya

sebab malam masih muda...eceh
kami keluar jalan-jalan tengok Osaka waktu malam


ada plak musim halloween...mmm...
masa nih kami keluar pi minum kopi kat MacD
dan juga
sambil kira-kira duit 
sambil agih-agih duit
sambil budget-budget duit
dan sambil bincang plan esok

kami pulang selepas dapat lepak di dalam MacD
dan kami dah tak sabar
untuk terjun tiruk di....

sini!!!
yaaahhhhhh....dapat julur kaki...legaa...
selamat dah hari pertama kami di sini
dan esok?
kami ke???

di Kobe, Negeri Sembilan
dan apakah ootd wa?
jab
amende ootd tuh?
Outfit Of The Day

ootd wa yang pertama
sebuah epic yang fail!!!
sebab?
pi lipat seluar jean tuuuuu....
hahahaha

sapa-sapa yang nak lebih lanjut kisah sistem keretapi di Jepun (kawasan Kansai sahaja) leh pi klik kat sidebar bloglink atas nama KAKI BERANGAN
manakala

sapa nak dengar wa buat voiceover celah leher rusa
leh klik blog JANGGELTREKKING

huh? voiceover???