"aku relakan kau pergi...dari sisi hatiku...
begini lama setelah..tiada jalan penyudah..."
.........
(tarik beg troli lalu terus jumpa bangunan nih)
Istanbul aku datang!!!!!
yaaaaaa!!!!!!
suka suka
Assalamualaikum semua
sapa tak kenal Fauziah
Bukan!!! wa BUKAN ada apa-apa dengan lagu tuh...saja saja 'perangatkan' entry kali nih
Sebenarnya, pada 27hb Oktober 2013, wa ke sini melihat badan beruniform beratur ramai-ramai.
pakcik nih melihat dari jauh je
begitu juga akak ini
eh
ada apa?
bergambar nak tunjuk kat cucu di kampung
yang atuk pernah berkhidmat dengan pasukan ini
*sambil wa sambung melihat sekitar kawasan*
dikala ini
wa sorang aje
yang letak kamera atas jalan lalu 'klik'...
sambil pegang pinggan plastik ada kuih ...
cer bayangkan
senonoh ke tak wa masa tuh?
ada lagu patrotik...lagu apa ntah? wa lupa
see? told ya!!!!!
tu dia..Pengarah baru sudah tiba
membalas tabik hormat
*wa? sambil menghabiskan sisa kuih tadi*
kumpulan belah kiri-bukan pegawai
kumpulan belah kanan-adalah pegawai
wa? berdiri dalam bangunan dapat rasa aircon
*puteri lilin-tak tahan panas*
sebenarnya wa datang sini
temankan kakak saudara wa dapat sijil penghargaan
dia nebes sebab kena naik pentas ambik sijil
wa pun free Ahad itu..so, wa temankan beliau.
(dah macam tengok konvo pulak rasanya....)
disebabkan attire wa pada pagi itu nampak sopan ie berbaju kurung...
dan manakala ramai isteri isteri ahli RELA berpakaian santai ie jeans tshirt
maka, wa disalahertikan sebagai
isteri salah seorang pegawai?
errrrr......tak pasal wa dapat layanan masuk dewan nih lambat
sesaing dengan pegawai kehormat
dan duduk di bahagian tengah di sini?
haish????
apakah petanda ini????
wa bagitau yang wa datang tengok kakak saudara wa
tapi isteri-isteri-isteri pegawai tetap suruh wa join group mereka
lagipun mereka tak ramai, kira wa nih meramaikan crowd mereka
.
.
.
musykil ? tak perlu!
relex and enjoy the event!!!!! hehehe
selepas sejam mendengar taklimat ucapan dasar kata kata aluan dari Pengarah RELA yang baru
akhirnya masa yang ditunggu telah tiba
wa, dengan malu malu alang...turun ke tepi pentas
sebab wa nak hambek gambo
sebahagian yang hadir
lupa plak nak bagitau dewan nih terletak di mana....
weeewwwittt!!!! kakak saudara wa!!!!!
habis upacara penyampaian sijil, kami semua keluar dewan untuk makan.
dikala ini wa dijemput ke meja VIP
tapi wa dah rasa tak senang hati
maka
wa terus beratur pi ambik nasik lauk sebagai rakyat marhaen...
dan join makan dengan meja bukan VIP
ahhahahaha...
megong,kan?
tapi wa tak blah cenggitu je majlis ini.
wa sempat salam isteri isteri pegawai RELA.
*PR kena bagus..iya murid murid...mana tau pasnih nak mintak bantuan RELA...?*
(agak-agak,lepas nih ada tak konvoksyen kat Balai Bomba pulak?)
iya..kakak saudara wa jadi anggota RELA.
bukan full time
sebab beliau bukan 100% sihat
*masih melawan penyakit kanser*
tapi wa tabik beliau
sebab diri jiwa jati beliau sangat sangat kental
dan beliaulah yang mem'baby-sitter' kan wa
takala wa berusia seawal setahun lebih
takala mak dan bapak bekerja
bertugas sebagai anggota RELA
wa dapat dengar dari beliau
macam macam hal dunia
macam macam perangai manusia
macam macam corak cerita
being alone
being strong
being well-managed
being blessed
wa melihat beliau sebagai role model seorang yang tinggal sendirian tapi
dikelilingi oleh
anak buah
anak saudara
anak angkat
walaupun miskin harta
tapi jiwanya kaya
so...lagu Fauziah Latif tu ada kena mengena ker dengan wa?
hahahaahaha....
tak de, kannnn????