yeap...bukan salah blog
ini memang blog coconutz
tapi bukan kisah berjalan
tapi kisah di celah-celah kehidupan berjalan
Permulaan tahun baru 1 Muharam 1436 Hijrah
wa dan 'kuncu-kuncu' telah mendaftarkan diri suka suka menjadi ahli sukarelawan
ke kedai Enelza Empire di TTDI, Shah Alam
Kami ingin merasa kelainan
Lari dari rutin harian
mengadap kerja di pejabat
tukar ke ngadap kedai sahabat.
(tadi tu pantun tau..hihi)
dari berbuku-buku mentega ini
kami kami tukarkan ke.....
ini..blondies
apa itu blondies?
macam brownis tapi BUKAN Cholate
leh google cari maksud blondies ini
Dari jam 10.30 am sehingga 2.00 petang sessi kami berjalan dengan lancar.
Dari 2.00 petang hingga tatau kul bape abis, sessi orang lain pula yang sambung.
dan pada 15 Oktober 2015, jam 8.30 malam
bertempat di tanah persendirian tempat letak kereta di celah-celah bangunan Jalan Tuanku Abdul Rahman...
kami berada di sini
dan bermula lah episod 'FeedingThe Needy'
dalam keadaan gelap
berpandukan cahaya lampu dari kereta
dan bateri kereta yang ada
lampu digunakan
pengagihan bermula dengan kumpulan orang-orang tua
kanak-kanak kecil / bayi bersama ibu mereka
dan kumpulan dewasa : lelaki dan perempuan
Setiap dari mereka akan dapat makan malam, roti bun sebungkus, karipap, blondies dan air mineral.
Pemerhatian wa masa itu : -
mereka lebih teruja mendapat air mineral ....
mmmm......
tak henti-henti mendapat ucapan : terima kasih, thank you dari mereka yang beratur mendapatkan makanan ini.
Malam itu ada sambutan hari jadi kepada kanak-kanak yang ada...
menurut mereka yang selalu hadiri menjadi sukarelawan, acara sambutan hari jadi akan dibuat tiap-tiap bulan...maka kedengaran lagu nyanyian "Happy birthday to you........."
kanak-kanak diberi 'goodies bag' sebagai hadiah harijadi
Jam 10.30 kami akhiri dengan nyanyian "Happy Birthday to you.." jugak kepada salah seorang ahli sukarelawaan yang aktif...(alamak..lupa nama...hahahah..sori aaaaa...)
FTN- FeedingThe Needy
pun dalam gelap
hehehe
kek tu sedap hoit!
hahaha
I is ketot rupanya? |
"err..nak la ambik gambo dengan dia....bole?" wa bersuara memalu kucing
(sambil dok pegang kek dengan tisu)
akhirnya kami pun bergambo di bawah suluhan lampu kereta
hahahaah
jadi laaa
(ok..muka wa sangat berminyak sebab berpeluh? or sebab gabra berdiri sebelah beliau? eceh....)
Sinarkan cahaya kegembiraan
Walaupun seketika
Mampu memberi senyuman
Walaupun sementara
Penglibatan wa adalah untuk kali pertama
Tapi tak mungkin wa berhenti untuk libatkan diri seterusnya
"looking from eye of heart is better that bare eye"-me saying
Lupa pulak nak cerita kisah ini:-
Selepas pengagihan makan selesai, kami dibahagi kepada 3 kumpulan
untuk membuat operasi kutip sampah di kawasan yang telah diberikan.
Wa join kumpulan kutip sampah di jalan utama.
Semasa kutip itu..kami sentiasa terima ucapan terima kasih dari mereka yang mula menyesuaikan diri untuk tido di depan kedai.
Wa senyum je...sama-sama..kata wa.
Seorang lelaki tetiba berkata " kak...saya sebenarnya nak balik kampung. Duit tambang pun tak de. Bole tak akak bagi?"
"Kampung mana dik? "
"Pahang...Benta...tambang RM 13 je kak...dapat RM13 pun cukup buat tambang balik. Saya nak balik jumpa anak dan bini"
kepala wa tengah bermain-main dengan soklan 'what if..."
"jab eh dik,bagi akak abiskan kerja nih , bole?" sambil kutip sampah masuk dalam plastik...
"ok bole kak..."
.
.
.
.
selesai sampai hujung jalan, wa berpatah balik ke tempat kumpul sampah...lalu depan lelaki tersebut...
"nah dik..nih derma dari arwah mak akak...gunakanlah sebaik mungkin....balik kampung jumpa isteri dan anak....balik tau.."
"terima kasih kak..terima kasih banyak-banyak.."
dan wa pun berjalan perlahan-lahan..sambil melihat permandangan KL waktu malam yang adanya kumpulan keluarga yang bergelandangan bermalam di situ...
kelihatan kanak-kanak riang bermain bersama-sama kawan mereka
kelihatan ibu-ibu duduk bersembang dan makan
kelihatan yang kurang dewasa..duduk tepi jalan, melihat kereta lalu...
lama jugak wa berdiri di situ..dengan beg plastik sebelah tangan wa..dan sarung tangan plastik belum wa buang...
"kak..." sapaan dari tepi...
"eh..alamak..apa hal pulak mamat nih datang berlari ke wa?"
"kak...er..nama mak akak apa?"
"hah?"
"nama mak akak...siapa?"
"Noor Rahmah.."
"huh..noorrr...ra.."
"noor......rahmah..."
"Noor rahmah...Noor rahmah..noor rahmah...ok...ok..dapat.." sambil angguk-angguk kepala..lelaki itu pergi...
....pergi ke tempat tido beliau...
...di tepi kedai...
...situ beliau tido...
.
Malam itu, wa balik dari KL, wa tetiba rasa sebak bila wa dah berada selamat baring di atas katil dalam bilik berkipas siling...
tatau kenapa...
begitulah kisah wa 3 jam di Kuala Lumpur.
dah macam novel pulak kan?
hehe...entry insaf katanye nih
To owner of Enelza Empire, thank you from bottom of my heart, giving the opportunity to join the volunteer programme which is a priceless experince ever.
To others, just remember, you dont have to be very rich in material to donate.
enough of having rich in senses and humarities ...even a sweet smile can be consider a donation to other...
Salam Hari Jumaat.
Ayuh mulakan nyah-kedekut anda itu
14 comments:
bestnya dpt buat program mcm ni..
ramai rupanya orang yg takde tmpat tinggal kan..
kdg2 tertanya2 juga, mereka tu takde sedara mara ke..keluarga ke..
hanya mereka dan Allah je yg tahu.
menarik aktiviti nih kak...sesapa pun boleh join eh...
selalu gak baca orang join aktiviti bagi makan gelandangan ni, tapi tak tercarik plak info cemana nak join lagi...insyaAllah lepas ni leh usha-usha info kalo ada yang area-area sini plak... =D
kim salam kat Syed Azmi... eh!
maaf komen mcm tak insaf
cepat2 gugel ape itu blondies..nampak mcm yummy!!
bagus dia tu selalu nampak buat aktiviti mcm tu, hari tu nampak
dia kasi minuman kat orang2 yg bermalam di epot.
julie shahril,
mereka datang dari pelbagai masalah
jangan terkejut, ada yang berpelajaran tinggi.
cuba dengar kisah mereka.
An eye opener to me on this programme.
DJ,
akak terjebak sebab ikuti kawan akak yang buat blondies tu.
Kalau tak..tak merasa kot.
Team FTN nih bagi makan setiap Khamis malam Jumaat.
dalam IG bole tengok #feedingtheneedy
Kay,
ala..
akak dah x jumpa dia
melainkan
akak join balik group nih
hehe
mrs smile,
amboi cepat je gugel klu bab makanan..
hahah
iya..akak ikut juga sket2 cara dia
bagi orang senyum dan suka
walaupun hulur nescafe kat org kije tol
mahupun belanja kopi di rnr utk peronda plus
kalau lah entry ini ada tanda like telah ku tekan beribu-ribu kali.
Lynn Nasir,
hahahah
nih bukan FB eh
heheheh
cam kenal je akak tu...
Ren,
akak mana???
errr
next time ajak kita eh!!
DrSinga,
bole..kalau kita ikut kawan kita tu lagi
hehehe
Post a Comment