Thursday, November 26, 2015

Glamping di Tanah Aina Farhad, Pahang


 Assalamualaikum
aritu pi kampung nih...
tetiba?
OK lah...memandangkan sendu nyer blog ini tiada entry yang best, maka...terimalah THROWBACK ENTRY bercuti di DALAM Malaysia..iaitu..negeri PAHANG

(kedengaran tepukan gemuruh sana sini disusuli pula lagu gemuruh oleh faizal tahir)

Bulan 5 tahun ini...kami kami kamiiii semua telah pun sepakat membawa berkat berpeluang melancong ke Tanah Aina Fahad, Pahang. Perjalanan kami kena lalu Kampung Peruas, dari lebuhraya karak , kena pandai cari simpang untuk ke sini.   


 back to nature
selama 2-3 jam jugak la perjalanan kami dan setiba nya kami di pintu utama ini, kami disambut oleh para petugas glamping dengan tolong bawak beg-beg-makanan-alat2 memasak-ikan tembakul ke khemah kami.
Apa itu glamping?
kete kena clamp  ..pernah la tengok
katanya 'Glamerous Camping', merujuk pada cara percutian yang glamer..tapi dok dalam khemah.
jom la cuba
jom tengok khemah kami
 
ada 4 katil dalam satu-satu khemah
ada yang 3 katil satu katil baby

 pas isi nama dalam borang kedatangan (dah macam masuk asrama sekolah pulak?)...kami serbu ini
makan tengahari
sedap ok....
nampak santai ...
kami bantai ....
 
 air minuman yang 'free flow'
dah kenyang...ayuh kita pi sungai yang 'free flow' jugak
 
 best weh..tak de orang !!!!!
sungai ini kami yang punya
tak de share-share dengan orang lain
hahahah

memang arus sungai ini deras
maka..penggunaan tali ini untuk kita berpaut di tengah...
dan lepaskan....
maka akan hanyut ke tengah-tengah sungai ikut arus
contoh...aqillah sedang nak mula ke tengah sungai...
pastu...bila lepaskan...

 beliau terus membesar dewasa bila tiba hujung batu itu
taraaa....
ok...itu Pae..bukan Aqilah
ahhahaah
staf glamping akan berada di kawasan tersebut supaya tidak dihanyut tersasar jauh dari kawasan selamat.
 

TengkuZafran juga tidak ketinggalan merasa sejuknyer air sungai ini
dah macam main celup-celup kain je mami Zafran tu
 
 dah puas main air sungai
dah puas mandi air sungai
ayuh kita balik ke khemah
jom minum petang pulak
dah sedia kuih muih untuk kami

 selepas itu..kami buat la aktiviti kami
teamkuning kali ini
ok..tak hagak-hagak wa ambik gambar
macam lawa

 nih hasilnyer????
baik ko hambek guna henpon je lahh...
buat penat panjat kerusi bagai

G tu girl ..kata Aqilah
dan
B tu boy...



 red velvet hasil tangan Aqilah yang gigih siap sehari sebelum pi Pahang
atas 'QA QC' rakansebaya beliau iaitu wa
hahaha

tatau nape nengok Zafran nih senyum macam mat romeo but still comelll...
Pae sejak duamenjak sibuk dengan henpon dia ...sekarang lagi sibuk kot?
Jom tengok ada apa di kawasan khemah ini


anda minat jadi princess?
anda suka buaian gegurl macam nih??
meh la dok berbuai di sini
atau...

 buaian jenis rotan
mengadap sungai
bebaik..jangan tercampak pulak ke bawah
.
.atau


buaian all-time-favourite
hahahah
orang dewasa pun leh naik nih


 dan buaian hammock style
lagi swag....
(swag tu hape?)


 dah terpaksa nyanyi lagu untuk rakansebaya
"Laju..laju..buaiku laju...
pohon beringin, tegaknya tinggi
kalau rendah, menyapu bumi...
aku nak kawen dengan anak rajaaaaaaaaaa......"
(sambil tarik nada pitch G major tinggi-tinggi...)

OK wa semput
dah jom
dah dah
kita pi jalan-jalan tempat lain jom Aqillah



ini adalah kolam dibuat khas bagi mereka yang terasa nak mandi air sungai tapi takut arus kuat
maka mandi je la kat sini
sama je sejuknyer
air sungai disalur tanpa henti...
 
 makan malam
ayuh
sedap jugak weh!!!!!
free flow makanan dengan air
sampai kenyang la

 masa jenjalan nampak ini
sah-sah ada campfire

 campfire dengan boy band
tapi boy band dari indonesia laaa
layannnnnn dangdut la weh!!!!
hahahaha
kami berkaraoke dengan mereka yang buat persembahan life band
nampak tu...air sungai yang masih tak henti-henti masuk dalam kolam (sebelah unggun api)


 dah puas nyanyi
jom kita tidoo

 dan keesokan harinya
mana bilik air????

 wa suka bilik air nih
taraf hotel
sabun wangi bau serai
nyamuk pun tak hingin gigit kami
(ala..lupa nak beli sabun tu kat sana....)

Aktiviti kami esoknya adalah masuk hutan
ini adalah 'optional' sahaja
tak mo masuk hutan pun tak pe

dikawal dan dipandu arah oleh staff yang sama semalam jadi boyband
hahah
derang nih memang multitasking betul
selepas sarapan pagi dan buat sedikit 'streching' karang terkucil pulak urat darah tu...
kami mulakan operasi masuk hutan

 melalui titi ini
dan jalan
jalan
jalan


 errrr...ada bukit
kena pegang tali?
err
ayuh yukenduit

 separuh jalan
see...Zafran pun ada
selama 1jam - 2 jam jugak la kami berada di dalam hutan
sempat lihat baby ulat gonggok kaler putih
dah macam maggie je bila dikumpul banyak2...


 dan akhirnya kami tiba si sini
yes...

 masa nih ko tak sedar
yang ada 5 ekor pacat sedang guling bersuka ria dalam kasut ko
sempat plak ko nak buat 'peace' mcm tu
tunggu la bila bukak kasut...
Aqilah pun kena gigit pacat ...tapi relex je...
ko yang drama???kan??? nak jerit-jerit bagai....

12.00 tengahari, selepas kami mandi sungai lagi sekali...kami pun beransur pulang ke KL
*nanges*



sempat singgah sini tapau rm10 untuk 3 bekas
tapi pakcik tu bagi satu bekas extra
*tak silap lah*

dan sini ..Bentong...ada kedai jual aiskrim yang femes
dan kami tiba KL jam 5 petang
tamatlah sudah kisah percutian Glamping kami di Pahang
Nak tau package yang disediakan, boleh la pi tinjau kat website mereka : SINI


 kiri tu beg Aqilah..kanan beg wa
kali ini masing-masing bawak 'rakantraveller'
(tapi..dinasor kuning tu wa pinjam Aqilah punya..hahah)
Jangan lah muram masam muka wahai kitty

marilah senyum
marilah sengeh
marilah ketawa
 percutian ini bersama rakansebaya wa

 dan juga sama-sama rasa kena gigit pacat

 iya
wa banyak jadi penjaga Aqilah masa itu
 Daun yang kami pijak
kadang-kadang daun itulah yang kami pegang...
 ..buat tutup muka
hahaha

 dah besar sebenarnya Aqilah ini
suka sangat dengan kamera
anak sapa nih?

see...dulu kecik comel je...
pun ada hati nak ambik gambar abam Janggel
hahahaha

PS : ChawanNa ..sila produce another Aqilah Jr and Zafran Jr lagi...
hahah..main order je ko

Begitulah kisah kami bercuti di Pahang
Sekian terima kasih
eh
eh
formal nyer

12 comments:

gadisBunga™ said...

glam camping la kiranya ni ek. tapi wahhh... bilik air dia... kelas satu!!!

takky said...

pergh, khemah harry potter.....

Kay said...

alaaa... kenapa kak Anash yg sampai dulu? kami baru plan nak p kat janda baik punya bulan 3 nnt... tgk khemah cantik cenggini dlm drama korea, tak sangka kat pahang pun ada... baru berangan nak p korea lg sekali sbb nak ber-glamping... hahahaha

Anash said...

gb,
kan..bilik air memang best ...
air kuar cucur dari kotak yang ada buluh tuh

Anash said...

takky,
khemah omputih...hihi

Anash said...

Kay,
Bukan dalam bucketwish tapi kami belasah je book n pi
ok
sila buat review utk Janda Baik eh...

Ren said...

Wow ada penampilan khas di akhir gambar! Hiks

Dr Singa said...

ada ekon tak dalam khemah?
ai tak tahan panas...

Anash said...

Ren,
Mestilah
kata president TA

Anash said...

Dr Singa,
back to nature
big NO to Aircon
hahahahaah
*ngada kata tatahan panas kunun*

Cawanz cawan iz said...

nasib tak kantoi semput.. ha haaa... jommmm camping lagi!!

Anash said...

cawan,
haahhaah
ntah daddy sapa yang semput tu kan?

ayuh