gile kan? mujur tak kena 'speed trap'..dan mujur masih selamat tak kena kemalangan... |
nih adalah entry #balingbelakang ie #Throwback
tu yang banyak tepek gambar dari Instagram
Dari kisah wa pi luar Malaysia, meh kita pi dalam Malaysia pulak...iaitu...ZOO NEGARA MALAYSIA!!
Awal bulan December 2014, kami kami kami kami kami kamiiiiii ke Zoo Negara untuk mengeluarkan keringat. Sesudah subuh wa
wak jan, selaku ketua rombongan operasi 'marilah kita pi bersihkan Zoo'..dan dipenolong-ketua-kan oleh...
...DrSinga...dan dianggotai oleh yang lain seperti Auntie Justiffa (sebelah wa) dan juga Syamimi dan Fifi dan anak DrSinga dak Nina.
kali ini juga ada serombongan pelajar dari UKM / UM / U mana ntah? ikut serta dalam operasi ini
Jam 8.30 pagi, sedikit taklimat diberi oleh pihak pengurusan Zoo Negara, dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil...
Kumpulan kami ke kawasan Savannah!!!!!
yeaaa...pi Afrika la kami!!!
yeaaaa......
dan dari kumpulan kawasan Savannah ini, kami dibahagikan lagi kepada kumpulan lagi kecil...
Kandang Lembu Ankoli - Wak Jan dan Syamimi dan ada pelajar U tadi laaa...
Kandang Badak Sumbu - Nina dan Fifi
Kandang Zirafah - DrSinga, Auntie Justiffa dan wa!!!!
tempat pertama kami berkumpul adalah di tepi kandang ini
sementara memilih sarung tangan
oh ya..sila pakai stokin, takut melecet...sebab kasut
kan..dah macam pekerja kerja kontrak sapu-sapu tepi jalan
hahahahahah
hambek ko
nak sangat kije kat Zoo, kan?
Tugas kami?
Mudah je..pi sapu buang taik / dauh-daun kering di kandang Zirafah.
Ikut arahan 'mandor' kami..ie penjaga kandang Zirafah...
bersihkan / keluarkan ranting-ranting dahan makanan zirafah..
*peluh??? ..abis sume toksid badan mencurah-curah kuar dari liang roma *
Jam 10.00 pagi, kami berhenti untuk minum pagi
(ingat tau..pi ambik sarapan awal2 sebelum masuk 'bertugas'..karang pengsan plak)
Jam 10.30 pagi, kami sambung kerja kami..sehingga jam 11.30 / 12.00 tghari
Kami diajar cara ikat dahan makanan zirafah. Oh ada cara rupanya...ok..dah pandai..dah boleh updet CV kije...
"kelebihan : pakar ikat dahan makanan zirafah"
(terus anta CV ke syarikat carigali minyak di Uganda)
sebabkan kami nih terlebih 'efficien' buat kije, maka, 'mandor' kami bagi peluang kami bagi makan zirafah.
"mari..mari.." katanya sambil bawak sebaldi makanan buah betik / pisang / lobak merah
apa lagi? jommmmm!!!!
memang kami menjerit-jerit GELI bila lidah zirafah tu membelit tangan kami
hahah
apa punya sengal daaaa...
nih adalah kali kedua kami diberi peluang memberi makanan
sebahagian pelajar U yang ikut kumpulan savannah ini
yang lain..kawan-kawan derang pi tempat lain...ada yang ikut naik lori semata untuk edar makanan binatang
ada yang ikut pi sangkar burung (kot?)
memang...'ZOO volunteer' ini dibahagikan kepada serata bahagian di Zoo ini
panggil Velan, si zirafah jantan
ada 3 lagi zirafah betina..lupa dah nama derang...
masa nih, tetiba wa rasa gerun...tengok zirafah datang dekat..dan makin dekat..
macam gerun tengok dinasor datang pulak
hahahaah..ko dah kenapa over sangat ??
"eee..dapat tak tadi gambar I ?" tanya wakjan teruja
"dapat laaa...banyak tau snap gambar bagi makan zirafah tadi" kata..sapa?
"ok..ok..i is liking this.." ehheeh
smile!!!
"ada jugak yang pi telan hp derang nih..."
binatang yang lawa
yang cantik
bulu mata dia...terpikat !!!!!!
sebenarnya muka wa masa ini sangat tak senonoh sebab asyik tahan geli ....
panjang tu weh lidah dia!! dengan basah..dengan kesat...
menjerit ntah berapa kali
hahahaha...marah pelawat yang datang...cari zirafah..rupanya tengah berkerumun makan tempat kami
yeayy...
our tired activities ended with fruitful moments
jika pi zoo, bahagian savannah inilah para pelawat boleh nampak zirafah tersebut
di belakang semak adalah deretan kandang-kandang binatang lain
yang masih tidak dibebaskan mungkin atas dasar kesihatan / rawatan dan lain-lain.
Kami sempat lihat kandang-kandang tersebut
Selesai tugasan kami ...kami pun meronda la zoo negara...
tak masuk tengok Panda sebab kena bayar lainheheeh
tengok je la panda 'tipu' nih...
nih bukan unta 'tipu'
asal aku tengok minah baju hijau nih macam tak puas ati je dengan aku?
kecik besar kecik besar je budak baju hijau nih aku perati dari jauh...mmmm...
agaknya wa ada bau zirafah kot? tu yang singa tadi dok tengok wa macam tak puas hati...hahahah
maka...
bersyukurlah yang kita tak buat kije yang memerlukan fizikal yang banyak.
jangan nak ngada komen sana sini dengan kerja yang ada sekarang...
(taip CV lagi laju....hahahaah)
wa suka gambar nih..cute!!! |
tapi pengalaman ....priceless...
sesungguhnya ciptaanNya sangat sempurna
babai zirafah..sehingga kita ketemu lagi...
Untuk keterangan lanjut tentang cara menjadi 'ZOO Volunteer' , boleh layari di SINI
dan entry dari DrSinga, leh tengok di SINI
PS: Semalam pi tengok Puteri Gunung Ledang In Concert...
nanti wa citer..
nih banyak entry tertunggak menanti
hahahah