Showing posts with label Agrofarmstay. Show all posts
Showing posts with label Agrofarmstay. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

Resort AgrofarmStay @ Skill-Tech


Sapa tadi dah terlepas kisah wa di sini leh terjah kat SINI dan SINI
melampau nyer review sampai buat 3 entry.
ahahhahaha..gile kuasa

EH lupa nak tanya....PUASA KER ARI NIH?
.
.
.

meh jengok kisah di balik lensa wa kali ini

meninjau pelajar Utem bergambo sebelum beraksi silat

 bila perantin selfie sendiri di pelamin

Oh ya...ini adalah produk iLHAM Katering & Galeri Perkahwinan
One Stop Wedding Centre - tagline mereka
Boleh layari website derang di SINI kalau nak tau lebih lanjut tawaran terkini .


jom bergambo ramai-ramai jommm...
pandang kat lantai
pastu

 pandang kat langit
heheheh

 apabila peng'kaut' ikan digunakan untuk 'kaut' mangga?

 nih hasil mereka
heheheh
ada juga pokok buahan yang lain seperti....

 




 melihat kambing bebas berlari sana sini

 dan itik ....
 makan secara berjemaah

 dan juga hasil telur itik yang bersepah


melihat pokok teratai


 apa?
tak suka teratai?
ok
pi tenung tasik nih pulak

 apa?
tak suka air tasik?
suka lagi air klorin?
 nah..hambek nih
kelihatan peserta renang berirama sedang beraksi

 Saya suka aiskrim
Saya makan 3 ketul aiskrim ini
Saya gembira
ehhhh
saya?
Nak mereka datang ke majlis anda? sila hubungi no yang tertera di gambo tu

 bubuh sendiri banyak mana 'topping' yang nak.

 satu lagi produk tempatan iaitu Hanis Fancy Chocolate
sila la terjah di SINI untuk kisah selanjutnya.
Wa dah kokak makan bekas cekelat nih..
Tak manis sangat dan memang terasa kecekelatannya weh!!!




Satu lagi produk tempatan yang terkenal di Melaka...Dodol..yeah!!!
Dodol Masyhur diberi nama
boleh dihubungi di : dodolmasyhur@gmail.com
ataupun : 017- 376 9592


gitu la kisah wa di SkillTech Agrofarm Stay Resort, Durian Tunggal, Melaka


 berjumpa lagi ramai ahli blogger yang lain

 
korang nih kelakar...
ada yang sporting
ada yang very welcoming
dan ada yang .....
selamat maju jaya untuk kalian
Dunia Blog adalah kecil...
iya.
Wa cuma wujud sebagai blog kecil di alam maya ini
Silap dan salah tentang entry nih..tolong jangan batch marah aaa...hahah

dan jangan lupa...jika perlukan percutian sempoi... meh la ke
RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH, 
Durian Tunggal, Melaka.
layarilah : www.agrofarmstay.my untuk keterangan lanjut

Next...
wa lapar nak pi pasar ramadhan jab....kbai...
SELAMAT BERPUASA HARI PERTAMA UNTUK SEMUA.



Tuesday, June 16, 2015

AgrofarmTrip - Kisah Wa di sini

 Berlokasi di Durian Tunggal, Melaka...wa terjah sensorang di sini.
(itupun sesat ...hahah...kata orang Melaka tapi bole sesat?-salahkan waze!!)
(tapi pi Indonesia..tak pulak ko reti sesat?kan? kan? )

Atas undangan pihak pengurusan di sini (sebeno nyer ganti blogger LilyRiani yang bertugas di luar negara ketika ini)...maka wa gagah melalui onak duri lautan berdarah menghadirkan diri.
Katanya review...tapi bila baca banner ....alamak...Bloggers Day????
.
.
(terkulat-kulat termenung depan banner tersebut)
.
.(bior betul...)

Selepas daftar nama, wa ditempatkan di Bilik 'River View'..dorm untuk 6 orang.
Sempat berkenalan dengan 2 orang blogger muda dalam bilik itu. ok..ada lagi 3 orang yang belum tiba.

Selepas Magrib, para blogger dibawa untuk menikmati makan malam dan juga mendengar taklimat tentang apa itu Agrofarmstay, konsep Perkahwinan di sini dan juga produk tempatan yang disediakan.
 
err..nampak tak apa yang wa nampak?
hehehe



Penyampaian 'doorgift' dari Pengerusi Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech Encik Ahmad Bashiruddin.
eh
eh
iya....wa gemuk
kbai!


Keesokan harinya, selepas makan sarapan pagi sedap-huit-nasi lemak kami dibawa untuk menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di sini.
Kira macam mock-up unit la..hehe
Pengantin pun dipilih dari model je.
 
disajikan pertunjukan silat


dari pelajar Utem



'perantin' diarak ke dewan tertutup Lily
yang boleh muat 80-100 pax sekali masuk.

sepasang perantin...
ada lagi perantin lain jugak


diberi sedikit kisah tentang busana baju pengantin tersebut


nih pula konsep pelamin tepi kolam renang
haaa..senang je kan..klu x cukup air mawar untuk direnjis...
pi ceduk je air kolam renang tu ..
heheheh


yang belah sana tu..pelamin untuk bertunang

kalau dari pelamin tunang...nih lah permandangan nyer
nih pula dari arah bertentangan

Selepas itu, kami pi la makan tengahari. lapar kot memasing

Dah makan...dah..dah...pi tido...
Santai gile cuti macam nih
hahahahahah
Petang...kami dibawa untuk berjalan-jalan sekitar kawasan, sambil diberi penerangan fasiliti yang ada..seperti...
beribadah di tempat yang dikelilingi pokok teratai.....tranquility needed...
sebelah tu pulau tempat itik datang makan dan bertelur...
sangat unik
kambeng dua ekor bebas berkeliaran...
Nampak tu..kuda belah kanan tuuu...
eh..kuda kena tambat..sebab karang ada pulak bawak balik nak bela kat rumah memasing
ngeh...
taman herba in-the-making

Pet House 
Villa - yang ada 7 bilik. Sesuai beno dengan family day / kegunnaan korporat / keluarga ramai

ada 10 batang pokok kurma dalam proses 'tumbuh'.
belakang Villa tadi


kami di bawa ke kawasan Chalet.
1 buah Chalet = 10 pax (max)


ada pokok derian. ada BUAH DERIAN!!!!!!!
tapi bukan rezeki kami
tak de yang gugur lagi
(sambil goyang-goyang pokok tu...)
sebahagian Chalet tersebut


rumpun buluh yang menarik
kalau tak mampu pi Bamboo Grove kat Jepun ..pi sini je lah haiiiii....
cantik weh kalau buat photoshoot....tak tipu


Keterangan demi keterangan dikongsikan
tu...dewan terbuka Palma...boleh muat 150 pax

dah jalan sana sini...
terus rasa lapar
jom makan pisang goreng dan ubi ketuk goreng
di....

sini...


mari..mari...
dan petang itu kami akhiri dengan ...menyaksikan beberapa persembahan acara renang berirama oleh sekumpulan para pra-ahli-olimpik di kolam renang tersebut
hahahaahah.....gambo akan ditunjuk pada entry penggulungan
(entry penggulungan? apakah itu???)


"bro..ada orang ikut kita dari belakang la ..cepat jalan,mcm itik pulang petang je ko nih bro...."
"aku memang itik la...yang ko? fefeeling ko sekor merak ker?"
"ergh..."

iya..macam nih la permandangan di sini...
binatang-bukan-megastua bebas berjalan sana sini
megastua? betul ke ayat tu? lantak la ...
(sila gugel)
pesal ntah nampak mangga itu lebih yummy dari itik....
mmmmm
dan kami pun balik ke bilik memasing
bersiap untuk makan malam nanti
oh ya nih adalah permandangan dari bilik 'River View'

malam pulak...kami makan!!!!
dan ada birthday suprise party untuk salah seorang blogger di sini
yahooo...makan kek !!!! I like!!!
(pastu sentap bila orang tegur ko gemuk)
phuiii ....
suasana makan malam
masa nih dah ramai beransur
ada pi karaoke, ada nak kuar jalan-jalan ke pekan Durian Tunggal

dan lagi view nyer
my dessert

esok pagi..pas sarapan..kami ada telematch


macam terre padahal....hampeh...hahahahahahahahahahahahahahaha
(merujuk pada diri sendiri)
tapi wa takde hal ..
wa is ok je....
I just do at my own way...my own style

eskrem buatan tempatan
sedap
wa telan 3 ketul
nama eskrim nih? entry satu lagi akan wa kenalkan produk tempatan ini

alololoooo cute tutup telinga....
heheheh
oh ..masa nih wa tak join dah game...sebab dah mula berpeluh sana sini
so, wa ..pi merayap sat ke...


dalam bilik karaoke
hahahah
ada ekon sini
apa? nyanyi?
tak laaa
ambik gambo je
tu...deme guna touch-screen nyer gadget
lagu banyak jugak yang up-to-date

jom keluar dari bilik karaoke

laa...dah selesai satu lagi acara
mesti tiup tepung cari gula-gula?
que-putih que putih..baru la putih...
penutupan telematch
poco poco....
wa?
dok tepi....sambil nyangkung macam si comel tu buat


hahahaha..cute je buat hal sendiri ...

acara penutupan majlis oleh pihak pengurusan En Abdul Bari, dan kami pun 'check-out' tengahari .
Dan memasing balik dengan arah jalan tersendiri.
Tamat
eh..tu je


tunggu penggulungan entry seterusnya
jika perlukan info lebih lanjut tentang fasiliti yang ada di sini

inilah kisah 'coconutz' yang pergi buat review....
ntah apa-apa punya review wa letak...
tunggu entry seterusnya
.
.
.
janji tunggu tau!!
.
.
PS: lagi sehari nak posa!!!! yahoyabedabedu tak sabar!!!!