Wednesday, July 22, 2015

Clicking with TM - Ayuh kita menderma


asal plak tutup je tingkap nih? Tak de open house ke ????  
 Assalamualaikum semua
Amacam raya ? Meriah kah?
Wa? OK macam biasa, macam raya tahun tahun sudah
Baju raya tak de..tapi tudung baru ada...terus ditabalkan tudung raya 2015
hahahaa... #sismudahpuashati
Kisah raya nanti wa citer ...pada entry lain



semoga perjalanan kita di 'sana' lurus hendaknya  
Nih kisah derma.
Iya...derma...
Agak-agak la korang nak tak pi derma lagi ?
Walaupun bulan Ramadhan dah berlalu, tapi...tak salah,kan...teruskan semangat untuk menderma??
(sambil jeling henbeg yang penuh dengan duit syiling...untuk bayar tol)

Kadang kala kita terlepas pandang dengan keadaan sekitar kita.
Kita lihat mereka..kita cebik kata..."tu la..malas lagi ..tak kije...tu padahnya....bla..bla..bla..."
padahal..kita tak tau kisah disebalik apa yang terjadi sebelum ini.
Masyarakat sekarang cepat melatah untuk jadi juri hakim.
Sedangkan gajah pun boleh kena fitnah..inikan pulak kita...
(eh..tetiba..hehehe...)...

Iya...ada yang kata..."sukati la..duit aku...suka aku nak guna acaner..apa derma-derma nih?"
Jangan la risau beno, wa bukan mintak duit pi hulur masuk dalam akaun ke hapa ke...

cara dia mudah ....
janji jari korang cukup 'sado' dan sasa untuk klik kat website TM nih.
cer baca ...




Sila klik untuk mulakan aktiviti derma :  https://www.tm.com.my/pakcikmisteri

Wa dah cuba...mudah giler...sesambil tengok vedeo TM sediakan...bole je korang dok ikut arahan yang diberi itu...
lagi cepat klik..lagi banyak duit syiling dikumpulkan secara alam maya...

(Baru wa faham apa yang cuba disampaikan dalam iklan TM semasa raya aritu...oooooo.....)


 tidak menjanjikan sekebun bunga untuk mereka yang ikut kempen ini
tapi hati wa berbunga-bunga jika anda cuba klik dan sertai kempen tersebut.
 nah moktan (rambutan) koning khas buat mereka yang berjaya menderma melalui website TM tadi
hahahahah
(sambil lap jus air moktan kuar dari kulit moktan)

apa lagi?
Sila war-warkan pada kengkawan....
Sebab amalan baik hendaklah dikongsi bersama
Mudah sebenarnya untuk ajak buat baik...semudah untuk buat jahat juga...Renung-renungkan diri anda jatuh dalam golongan mereka yang mengajak ke jalan yang lurus...dan bukan jalan bengkang bengkok...

#TMRaya2015
#OrangMemberi
#KitaMerasa
#PakCikMisteri
#AgakAgakBerapa

(Mode sekarang : masuk kerja termenung dalam sejam depan PC sambil cari password ...hahahahaahah...tu la cepat sangat lupa diri dan lupa ingatan bila pi beraya telan ketupat tak hengat donia...)

Tuesday, July 14, 2015

Bulan Ramadhan - Apa wa buat?

Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan hampir meniti ke penghujung hari
 Apa lah yang wa buat sepanjang 30 hari ini
selain dari sibuk tunggu waktu berbuka puasa 
dan juga
sibuk buat apa ntah...hahah

 minggu pertama...wa balik kampung
sebab ada permintaan serai dari pihak opismate
gigih la tahan lapar pi cabut serai dalam 2 rumpun...
DUA RUMPUN je pun...tapi penat dia....ngalahkan DUA EKAR RUMPUN serai!!!
(baru paham ...kije dalam sektor pertanian kena kuat mental dan fizikal..)

alang-alang balik kampung...
nih hasil yang wa dan adik sempat kutip.
kat kampung...main baling-baling kat ayam, biawak, mengkarung, cicak, itik ......
cer bawak ke bandar...tu semua boleh buat duit...

 bila letih...bila bulan posa, tin beskut nih pun nampak yummy sangat.

sempat ziarah mak pada masa hari bapa
Minggu seterusnya....

 bermulalah edisi berbuka puasa di Loji Air....
nih di SSP2, Bukit Badong, Ijok, Selangor.
Mungkin kali terakhir kot majlis sebegini wa boleh join
Tahun depan....mmm...dah tak leh suka suka datang dah...
 
 Satu lagi Loji Air di Sungai Batu, Gombak
Majlis ini selalunya dihadiri oleh anak-anak yatim piatu yang dijemput khas oleh pihak pengurusan.

 Satu lagi lokasi berbuka puasa di tengah-tengah bandar KL.
Lebih mudah..di KL Sentral.
Wa rasa serabut nak ambil makanan takala yang lain-lain berebut beratur menceduk lauk.
Maka, wa lepak di surau sambil melihat permandangan ini.
Subahanallah...tenang rasanya...
Dan sempat jaga anak seseorang yang ibunya sedang solat.
Sambil agah-agah muka baby tu...comel gelak sampai angkat-angkat kaki..haha
Tak kenal sapa ibunya..tapi kami berbual sahaja...

 nih ibu baby tersebut.
Uztazah Syarifah rupanya...dan wa yang selalu blur...tak kenal beliau????
Terus minta maaf sebab tak kenal..hahaah..megong.
Tailor Swift ko kenal pulak, kan? dasar......

Minggu seterusnya, menerima jemputan berbuka puasa sebagai wakil staf dari ibu pejabat.
Wa dan 3 orang lagi ...di'arah'kan pergi hadiri majlis tersebut di seberang Laut Cina Selatan
Dari 4 orang, 2 orang tak dapat hadir..
Wa tak dapat hadir? silap besar laaa.....nih le masanya wa dapat pi Kuching tanpa perlu buat kerja-kerja luar kawasan..tapi pi Kuching untuk......MAKAN!!!!! hahaha.

wa bersama gadis Sarawak (staff pejabat)

 sempat singgah di tasik biru, Bau, Sarawak.
Selepas buat 'site visit' di Skiat Baru, Batang Kayan dan Jagoi di Zone 1, Sarawak

 dan sempat singgah di sini
sebelum balik KLIA.

ada pulak air katira di sini?

berada 1 malam dan 2 hari di Kuching
melihat naik nya matahari dari sini....
sambil bergulung dalam selimut...
adalah nikmat duniawi....


 Minggu yang sama, wa sesat barat untuk datang dengar seminar di kawasan ini
Wa tak suka ke KL semasa bulan puasa sebab...jem sana sini
selepas dapat tertidur barang 10 minit dalam seminar, wa gegas ke ....
 sini..Putrajaya
untuk hadiri majlis berbuka puasa anjuran pejabat juga


makan lagi???

Dan kemuncak acara bulan puasa...adalah Majlis Perasmian Masjid Puncak Alam


kelihatan Sultan Selangor bersalaman dengan para rakyat jelata

 memberi duit raya kepada warga tua
semua nih wa tengok dalam TV ..dalam dewan makan.
oh ya..wa bertugas sebagai penyambut tetamu dalam dewan makan.
best..ada aircon..
eh eh

 nih suasana di luar dewan makan
tu pentas utama...
 ini lah kami
mana satu wa?
cer cari

 dan kadang-kadang.....
tergaru juga tangan nih nak pegang kamera harta syarikat
padahal...butang 'on' pun ko tak jumpa cari
pastu blur....
pastu buat muka macam tu...
sebab eye-sight ko dah...ehem...blur..
kan?

walaupun mata dah kabur
tapi wa boleh bezakan
antara kawan
antara lawan
mata hati wa masih tidak kabur
 "Aku tanya apa khabar?..aku tanya apa khabar?..aku tanya apa khabarrrr....semuaaaa...."
*sambil pegang microfon
kucing gebu ini BUKAN wa punya
tapi wa suka usap gebubulunya itu
hihi
 
Ingat puasa nih tak letih ke hoit????
hahaha..ternampak kucing nih tido di celah-celah meja di Masjid Puncak Alam


 dari makan nasitomatoberbungkus ini
dan airkelapalautsedaptakmanis
wa syukur dengan rezeki yang ada
dan makan ramai-ramai juga meriah
itu tak boleh disangkal nikmat makan sambil borak sambil kunyah sambil gosip dan sambil tersedak

 dan pabila apa sahaja rezeki diletak di hadapan anda
bersyukurlah
iya..wa #mudahterhibur
#mudahpuashati
#mudah.com.my...eh?

 melihat awan cenggini rupa pun boleh buat wa nganga tak ingat diri
depan rumah di kampung
tayah pi jejauh

akhir kata...
wa cuba nak 'tiru' duit RM 10 itu sebagai duit raya tahun ini
tapi impian usaha wa terbantut..bila tengok ada gambar bunga raflesia....jenuh huit nak lukis matawang nih ...
hahahahahahaa..terimalah kenyataan bahawasanya ..lu bukan ada seni, ok?

Selamat Hari Raya Buat semua para pembaca blog ini
Maaf dipinta sepanjang coretan wa yang kadang-kalanya tak terniat nak kekwat dan poyo serta riak takabur ..dah la riak..poyo pulak..pastu..belagak...phuiii...
eh
ok itu terover...

jangan lupa photocelen itu...kalau sudi sahut cabaran tersebut..kami rela tadah dengan hati terbuka...heheh

Ada lagi berbaki 3 hari puasa dalam Bulan ramadhan....Jangan sia siakan sisa sisa hari itu...
sebab
manalah tau..bulan Ramadhan nih yang terakhir buat kita?
.
.
.
 

Friday, July 10, 2015

MyTeksi Tu Amende ?

Teksi di Chennai 

Assalamualaikum semua . Amacam puasa? lebih berkualiti dari tahun-tahun sudah?

Memulakan bicara pada kali ini (amboi ayat...melampau skema nya)...jom kita tengok teksi.
apa?
teksi?
ha a... teksi laaaa....bukan citer pasal bas, pasal keretapi, pasal kapalterbang (yang nih kompom ramai suka skodeng tiket bila murah..kan..kannnn...)

Dolo-dolo ...(asal macam terbayang dodol pulak haish....), masa zaman tak de kereta...(tak mampu, almaklum baru abis diploma...), wa banyak belasah naik bas mini (nih zaman 1990an tau..) untuk pi kije dan untuk pi jogging shopping barang dapur.
Tapi bila masa perkhidmatan bas mini dah abis dalam jam 12 tengahmalam, tak kan la wa gagah berani balik dari pejabat jalan kaki ke rumah sewa????

Maka..di situ bermulalah wa selalu berurusan dengan pakcik teksi .
Dengan kegigihan demi sesuap nasik masa tu wa selalu kena buat overtime di pejabat.
Dan wa tidak ada rasa suspen (zaman tu la....) dengan pakcik / uncle teksi yang hantar wa balik.



Permandangan di pekan kecil sekitar Chennai
Keselesaan dan jaminan keselamatan naik teksi di Malaysia adalah perkara utama, kan?
Kalau dapat teksi macam dalam gambar nih, agak-agaklah...korang sanggup ker gayut macam tu?
Kalau wa...samada selipar sebelah akan tercicir..ataupun wa sendiri akan jatuh tercicir tengah jalan.


Abang Beca di Jepun
ok..kalau macam nih, wa rela naik teksi beca nih HARI-HARI...
hahahahaah
ko memang ....

eh eh
berbalik kepada kisah teksi
Taukah anda, purata pemandu teksi di Malaysia nih bekerja 16 jam di jalan raya?
Ko yang kije 8 jam pun..asyik la dok jeling jam kat pejabat..kata bila la nak balik golek atas tilam tido..kan???kan???

Mempunyai seorang pakcik bekerja sebagai pemandu teksi di KL, wa selalu sahaja mendengar cerita penat lelah beliau bekerja. Diakui, kena kejar 'target sale' setiap hari untuk bayar sewaan harian kereta sewa sebanyak RM40 adalah susah. Belum tolak duit minyak, duit tol, duit makan masa tu dan lain-lain lagi. Kereta rosak lagi? Diri sendiri demam tak sihat?? Agak-agak la..16 jam tu cukup ker?

Cer tengok video nih...

http://bitly.com/MyTeksiFamilyDay
#TakYahMafan  
@myteksi

tak pernah sampai US, maka tengok je la teksi nih kat USS, Singapore
Oleh sebab itu, kempen MyTeksi telah diperkenalkan bagi menambahbaiki mutu perkhidmatan teksi di Malaysia.
Nih wa panjangkan kisah MyTeksi lebih lanjut:

" Founded in 2011 by two Malaysian Harvard Business School graduates, MyTeksi is a Malaysian startup company that aims to revitalize the taxi industry. The company was the product of hard work and dedication of these two individuals that got us the recognition in the Harvard Business plan competition. MyTeksi is currently providing its services in cities throughout Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam and Indonesia with over 75,000 drivers registered in its fleet across Southeast Asia.


At MyTeksi, we believe our solution to revitalize the taxi industry will also bring significant improvements to Malaysia’s national productivity through improved taxi allocations, and also public transportation efficiencies. Our efforts are solely to improve the quality of our taxi services for our fellow citizens and also to our fellow tourists."


Teksi di China

Did you know?


 MyTeksi provides both budget and executive taxi services.  MyTeksi increases safety perceptions by enabling a mechanism whereby the customers can track the whereabouts of their current booked taxi.  MyTeksi carefully pre-screens all drivers and monitors their performance based on feedbacks from passengers daily.  The four simple steps to book a taxi with MyTeksi App,

1. Type in the destination you want.

2. The app will then locate a driver for you.

3. You will then receive your assigned driver.

4. You or your loved ones are able to track your booked drivers’ whereabouts throughout the travel.

Apa lagi, cer guna MyTeksi App tu...sangat praktikal dan menjimatkan masa serta tenaga anda.
(eh..macam iklan TV plak haaiiii...)

Akhir kata...selamat berpuasa di hari-hari akhir di Ramadhan, dan juga jangan lupa, MyTeksiApp, ntah-ntah balik kampung kali nih naik teksi???
kan??? manalah tau....