Wednesday, March 26, 2014

Kuala Gandah tengok Gajah

Assalamualaikum...
para peminatku
(eceh)
atas permintaan salah seorang peminat tegar wa..(koff..koff..batuk le pulak)
maka wa updetkan lah kisah kami ini

rentetan dari entry blog yang dok heboh 'Black-Out-Day' itu...
kami-kami-kami-kami ke Pahang
sempena cuti raya cina aritu
nak tengok gajah katanya

perjalanan hampir 1.5 jam dari tol Gombak menghala exit Lanchang, di Pahang

wa, Lily, Janggel, Maszuber dan Dan Arif = naik lori  'tak-baru' Dan
ChawaNa, Aqilla, Biqque dan Shahrul = naik lori 'baru' Biqque & Shahrul
Keluarga Bahagia Elly, Hasrul, Sami dan Suci = kereta deme 

disebabkan kami tiba jam 11.00 pagi di Kuala Gandah...dan persembahan gajah bermula petang,
maka kami pergi terjah Taman Rusa
dan juga
disebabkan masing-masing lapar
kami bentang tikar lalu meng'piknik'kan diri di celah-celah lokasi lori yang kami parkir
ala-ala picnic back to nature konon nyer
*kena gigit kerengge..dah memasing dok bingkas bangun...hahahah*


jangan kata kerengge...
semut pun boleh pengsan angkat 6 kaki tergolek tengok makanan manis-manis nih
dah sume pakat bawak makanan berunsurkan tepung gandum
mujur ada yang bawak nasik lemak, bihun goreng, sandwish telur (baru teringat..wa tak rasa la itu sandwish!)
korang pernah..bawak donut dalam balang???
haaa....Biqque pernah tau!!!!
hahahah
*ampun bonda*

dah kenyang.? 
jom pi bayar entrance fee nam hengget untuk dewasa dan kanak-kanak cuma pat hengget
(simpan belen makanan dalam kete/lori untuk tindakan selanjutnya) 


iya..nak tengok rusa

kat sini..akan dibekalkan ubi keledek
untuk buat keledek goreng
eh
bukan..bukan
untuk bagi rusa makan


belum apa-apa lagi
dah sibuk memasing tangkap gambar
dasar blogger!!!
*makcik pakai topi hitam tu..blogger jugak ker?...*

gaya Ayahanda Shahrul bagi makan rusa
Rusa sini memang ganas 
lapar kot
suspen tau bila sua keledek tu...geli pun ada

gaya Elly dan Suci tak pedulikan rusa...(Suci takut rusa..dan rusa pun takut Suci)

macam menyanyi berirama la pulak wa tengok?


nampak ayam nih

tak nampak bijik mata...haiii...gebunyer ko?

muka bukan kanak-kanak yang ...........
manakala
muka kanak-kanak yang....? 
*pepandai la korang pikirkan*

bole pegang kalau tak geli

tengok dari jauh..alalalalalal....comeiii

Cawan yang ..........

manakala Hasrul yang ........

Diva Aqilla yang .......?

dah kenapa wa tak reti susun ayat?
haishhh...

apa ke nama binatang nih?
lupa weh!

selepas itu..dah abis pusing satu Taman Rusa sambil tengok binatang lain,
kami bergegas ke Taman Gajah 
untuk keterangan lanjut..leh tengok blog JANGGEL yang gigih updet tentang Taman Rusa.
Bab Taman Gajah...beliau dijangkiti mood malas dengan tiba-tiba
dan diselangseli dengan mood sedih ....
*doakan untuk MH370*
jadinya..ntah zaman bila la bakal beliau nak updet kesah Kuala Gandah?
wa pun tatau...
*agaknyer selepas beliau berjumpa 'crush' beliau?*
kita nantikan episod beliau nanti..
(ok..nih dah merapu ..kisah rusa ker..kisah Janggel???)

SNAP OUT!!!
Jom pi Tengok Gajah Jom!!!

Kami kembali ke sini...jam 1.00 tengahari...(lebih kurang...wa lupa..)
kerana pertunjukan para-para gajah bermula jam 2.00 petang (kan? kan?..haiya..lupaa lagi)


datang awal weh
nak cari tempat letak kete payah!
mujur kami naik lori...dengan gagah letak lori tengah-tengah laman jalan!!!
hahaha...
(tak..kami pastikan kenderaan kami tidak menghalang laluan kenderaan yang lain)

tampal stiker kat lengan baju masing-masing
dan kami mulakan langkah masuk
ke kawasan simpanan gajah...


do and don't

sebahagian daripada kami
gembira bagaikan tak pernah tengok gajah


dah sampai...
kawasan dijaga dengan bersih

ada jual tebu / pisang / stoberi / avocado
untuk dimakan begitu sahaja
untuk diberi kepada gajah makan

sebahagian daripada pondok / wakaf yang ada.
sebabkan penuh...kami dok je la atas rumput...


hai..sayalah gajah


di sini bakal pengunjung melihat
aksi seksi gajah mandi


kami dok sini
*sila bawak tikar tau...*


Miss Aqilla the Diva-looked 
kami sambung makan 
minum petangkah?
ntah.
kami lapar ...sambil tunggu pengumuman dari pihak jaga microfon
kata gajah dalam perjalanan keluar dari hutan
kami makan belen jajan yang ada

OK!!! Penguin Gajah dah sampai !!!!!
jom bangun jom


Jumlah gajah yang ada sekarang adalah 26 ekor sahaja.
dari 26, 4-5 ekor gajah dibawa keluar dari hutan ari nih
untuk dimandikan..dan membuat sedikit pertunjukan



ramainya!!!!!!
ala..leh nampak ke aksi gajah tu mandi?
(pasrah dengan ketinggian sendiri)


mana gajah tadi?
alo..hoitt...hoiiittt..tak nampak aaaaaaa.....
bro...lu jangan halang wa..bole
wa tak nampak nihhh

sambil mengjenket kaki wa yang comel 
(betul ke ejaan jengket tu?-blasah la...)

dan tolak brother yang halang wa tadi , ke tepi, dengan tanpa belas kasihan

nih yang wa dapat lihat

*sambil terus nyelitkan diri ke depan lagi*


tu diaaaa......
sakan depa noooo....

ada la kot dalam 15 minit  mandi

kendian..gajah-gajah yang dah suci mandi itu
membuat persembahan yang mudah (wa tak tengok...sebab tak nampak..huhu..) 
sapa-sapa yang pernah pi Phuket ker..Chiang Mai ke..Madagascar ke...
jangan la korang pi bandingkan dengan persembahan gajah-gajah kat sana ...
tu gajah level expactrate... nih gajah tempatan je

masuk tengok gajah nih pun free...banyak cantik korang nak tengok gajah buat show gempak
nak? pi la tengok sarkas Royal Landen !!! 
kikiki
*sambil gigit tebu*
....eh..eh...patut bagi gajah makan, kan?...
*sambung kokak tebu kembali*



tersnap plak gambo hero hindustan nih ....

di kala nih persembahan gajah pun dah abis
dan pengunjung diberi peluang bagi makan yang telah disediakan
so...hulurkan makanan tu kat belalai gajah
maka
tamatlah sudah persembahan gajah-gajah tadi
 jom lah kita balik


suasana tempat letak kereta yang terhad.
sila datang awal sebelum pertunjukan
kalau tak..datang selepas 3 petang..akan menyebabkan anda dan keluarga
terpaksa letak kereta di sepanjang jalan 
dan menapak jauh...
dah lah jauh...show gajah pun dah abis
tengok je la gajah yang ada dalam kandang tu..jadi laaa....

Kami singgah di salah sebuah masjid
menunaikan kewajiban
dan terus bergerak pulang ke KL
mengikuti arus permodenan jem yang masih boleh kami gagah tempuhi
kami singgah di Pak Wahab kedai cendoi femes di Wangsa Maju
berborak
dan borak
dan borak
sambil kunyah cendol
sambil telan rojak...(eh..ada sapa ode rojak masa tuh?)


begitulah kisah kami 
pegi trip satu hari sahaja
tengok gajah
tengok rusa
dan
tengok orang ramai


itulah kami
yang tiada mengikuti kami kali ini 
adalah Masmz, Byya, Dr Shahrul (niih tah bila nak ikut lagi ntah?) dan 
mantan President kami- John
*untungla John..leh tengok konsert BSB kat Birm*
kami tengok gajah je kat sini...
(kesat air hidung)

apa lagi? cuti sekolah masih berbaki tu...
pi la tengok gajah !!!


Tuesday, March 25, 2014

MH370-fasa seterusnya

"...ended in Hindi Ocean"
PC jam 10.00mlm 24 Mac 2014


di Tanjung Papuma, Pulau Jawa
kami melihat Laut Hindi tersebut
tahun lepas
bukan tahun ini



*masih tiada mood untuk naikan entry lain-lain*

Pewaris mangsa MH370
Anda sememangnya berhati KUAT
kerana dugaan ini sangat BESAR
begitu juga kepada SEMUA petugas dari pelusuk negara
yang jalani operasi mencari
dan
mencari
dan
terus mencari