sambung lagi
kesah demam campak tak abis citer
(ni bila pulak masuk "Yeay..dah sampai Nepal" nih?)
.
.
Selepas 19 hari tak masuk pejabat , hari ke 20 wa jumpa ada seorang Dokter Cun
(tetiba bodek cun? dah kenapa?)
Sebenarnya plan ke Nepal adalah plan rahsia
tak ramai yang tahu
(rahsia la sangat..kan dah kena demam macam nih ..padan muka ko)
So, dengan Docter Cun nih la wa pun bagitau nak pi Nepal
dan meminta pendapat
adakah wa dah fully recovered dari virus cinta chiken pox nih?
"OK dah nih kak..bole dah naik kapalterbang. Akak nak saya buat surat medical kata akak sihat?"
"haish..tak yah la dik. Karang helok2 bole masuk negara orang..tup tup kena tahan sebab kan surat medical tu...tak pe tak pe...Thank you very much for the concern. "
Aribaa....let's go to Putrajaya
.
.
.pulak?
bila nak pi Nepal nih?
.
.
pasport ....dah mati..kena la hidupkan balik
.
.
(ramai pulak org Nepal kije kat Putrajaya nih)
(seharian jugak di sini...bole pulak lagi 2-3 org depan ko..tetiba off-line?)
Off-Line!!!!
sabar...banyak sangat la rintangan
Tu la yang tetiba dapat 'Kaunter Khas' (sila rujuk gambar di atas) gara-gara mereka nak cepatkan proses baharui pasport....hehehe
tiba masanya....
Flight adalah waktu 10 pagi (rasanya la) dengan Malindo Air.
Disebabkan adik wa punya kawan kerja bahagian 'check-in' Malindo Air, beg wa aje yang dapat Business Class Priority Tag...dengan alasan, di airport Nepal, selalunya beg tiba lewat di ruang conveyer belt tu, kecuali yang ada Business Class tag.
Bole laaa....dah bersyukur sangat dah tu..
ergh..sysss...syss...
untung le beg wa dapat 'kelas perniagaan'
Nengok jam..ada lagi 30 minit ...ok jom jalan santai di KLIA.
setibanya Boarding Gate...tu dia...semua rakyat Nepal yang berjemaah balik kampung.
Beratur panjang sebab...memasing nih nak kena buka tali pinggang la..dengan beg lebih dari 3 la, dengan nak buka jaket la, dengan dok selfie sana sini...
ko?
(beratur dengan senyap...senyum tak, gelak pun tak..muka..er..neutral..)
secara rawak (wah bahasa matematik), wa nampak ada 4 org Malaysian (india lelaki 3, cina 1) dan rasanya deme nih dok Business Class.
Wa tengok pulak warganegara Nepal nih...ada 2 org perempuan di kalangan ramai-ramai tu.
Budak pompuan melayu? Ko sorang je terhegeh-hegeh nak pi Nepal...
hahaahhaahah
rasanya kalau flight hari Jumaat ke..mesti ada nampak muka-muka pelancong.
nih wa ambik flight hari Rabu..?
.
.
.
.
(garu bekas chiken pox)
Naik flight pun satu azab.
tak seazab Supermeng Malaya yang ada 'technical problem' pada flight beliau naik ...
(motif petik nama beliau di sini?)
beli tiket dapat duduk sebelah tingkap...bole pulak seat ko ada warga lain duduk sambil tengok-tengok luar tingkap?
Wa 'eksuiseme' kat dia, sambil tunjuk tiket wa...
.
.
'
"yu getdau from my sit!!!!!Now!!! I dun care..now now!!!" wa jerit histeria sambil pukul-pukul kerusi...
.
.
.
.
.
.
.
malangnya insiden tadi tu tak pernah terjadi
.
.
mamat tu bangun dan duduk sebelah. Kira beranjak satu seat
Tapi masih lagi dok sebuk tengok tengok luar tingkap wa...
hoii ko dah kenapa nih ???
tak pernah tengok tingkap kapalterbang ke???
.
Hangin jugak wa, sambil tengok kekucar-kaciran yang lain-lain dok berangkat beg besar letak atas compartment bagasi....
dengan pramugari pun pening dok suruh ...."please give way, please seat, "
.
.
Tetiba datang pulak seorang mamat Nepal...dok tunjuk pulak tiket dia...
tapi pada mamat sengal la..bukan kat wa.
.
.
.
Rupanya mamat Nepal sengal tadi dah salah baca tiket...
Seat dia sebenarnya sebelah tingkap juga tapi belah SANAAAAAAAA....
ibarat wa kat F..dia adalah A
aduiiiiiii...padanlah heboh naw nak tengok tingkap kapalterbang....
.
.
dan bertukarlah mamat Nepal lain yg dok sebelah wa.
Mujur yang nih mudahcara,...duduk je..terus nak tido.
haaa helok nih...
4jam 30 minit perjalanan ...wa tak tido sebab sibuk nak tunggu untuk lihat banjaran Himalaya...
nampak..tapi..disebabkan gambar tu ada dalam iPhone..dan iPhone dah crash abis data tak sempat nak simpan dalam laptop..maka..tak de la gambar banjaran tu dalam blog nih...
.
.
.
hahhahaahahahahahaahampeh.
.
.
..
(nanges)
so bertabahlah eh korang yang membaca blog nih kalau tengok gambar tak lawa...sume ambik gambar dari instagram. Tapi bila ada gambar lawa semacam tu...credit to my 'teamtravel'.
nih gambar dari instagram tapi ambik guna kamera
hahah
teruk betul kan nak up blog kesah Nepal nih
.
.
Bila dah nampak bangunan macam ni
maksudnya
dah selamat melepasi gaung / jurang / banjaran yang ada di sekeliling kawasan epot Nepal
Antara runaway yang paling pendek, maka, kami selamat mendarat di epot Nepal.
selepas 5-6 kali kapalterbang buat pusingan....
ala-ala macam burung helang nak mendarat atas air tangkap ikan...
kan pusing-pusing
.
.
dalam kes nih , kami tak mendarat atas air.
.
Sekali lagi..azab nak keluar dari kapalterbang...
.
.
Sebaik saja roda kapalterbang cecah landasan, masing-masing dah heboh bangun ambik beg, betulkan baju, betulkan rambut, betulkan urat tengkuk.... Yang ON handphone pun ramai.
Wah..banyak meriah korang sume eh??
"Please be seated...please be seated..please be seated" bunyi suara si Pramugari yang masih duduk di tempat tapi geram memandang 'klien' yang tak sabar-sabar kuar kapalterbang...
.
.
.
.
"SILA DUDUK!!!!!!!!!!! DUDUK SEMUA!!!! JANGAN BANGUN!!"
jerkah si Pramugari tadi yang mulanya ayu
dah tukar garang
.
.
.
Sume pakat duduk
terus diam
.
.
.
La, faham bahasa malaysia rupanya
bahasa omputih deme tak faham
(masa nih wa tahan gelak)
.
.
.
(sambung garu kudis ciken pox kat hujung jari)
Wa tunggu semua turun dulu..baru la wa bangun ambik beg.
"Selamat datang ke Nepal Puan" kata pramugari garang tadi dengan lembutnya
Wa senyum
"Good luck" wa balas
*pehal ntah ko nak good luck kan dia?
apa-apa lah.
OK sekarang it's all yours.
Berdebar nak tempohi epot Nepal sensorang
.
ooo naik bas shuttle ke epot dari kapalterbang...
memandangkan wa yang terakhir keluar dari kapalterbang
maka
wa org yang pertama keluar dari bus shuttle tersebut
sebab dapat berdiri depan pintu keluar bas tadi
.
.
jalan tak pandang belakang ala-ala lari lari anak...
sebaik sahaja masuk bangunan epot itu
mata melilau baca papantanda
.
.
ok buat Visa On Line
dengan adanya 4-5 buah kiosk..maka memudahkan anda buat Visa
.
.
Serabut tak faham dengan cara guna kiosk ini?
akan ada mereka staff airport yang sudi membantu
mereka akan tunggu di sebelah anda sambil pastikan anda berjaya lulus 8A dalam SPM dapat Visa
.
.
wa berjaya, anda bila lagi?
(tetibah)
.
.
Pembayaran VISA melalui kaunter selepas anda berjaya dapat visa tadi
ada staff bole cakap Bahasa Malaysia
wah, nampak sangat dia pernah kije di Malaysia
katanya,
bole bayar dengan matawang USD atau RM
wa bayar USD sebab bila kira balik, RM jadi mahal
Staff tu siap bodek kata duit RM lawa..warna warni la...
eleh
nak duit wa le tu
no
no
ambik nih USD
dah
.
.
namastee...
Selesai je laluan kaunter kastam, maka wa pun dapat SMS dari 'travelteam' wa yang dah tunggu di luar airport. Memang betul, beg wa sahaja di conveyer belt manakala yang lain-lain sedang tunggu beg deme tak keluar-keluar dari perut kapalterbang
tatau la memang mcm nih ke atau beg deme besar-besar dan berat maka lambat la nak sampai ke conveyer belt tu
.
.
(tarik beg troli dgn tag sambil kembang hidung dengan riak)
(sempat flip tudung)
(garu kudis jari kanan)
.
elok pulak masa wa keluar dari bangunan epot tu
ada crew TV mana ntah tengah buat shooting filem
.
.
.
mm... masuk pulak muka wa dalam drama tempatan derang
.
.
(apa nih? apa nih? no press..no media..no no...)
.
(tutup muka dengan sokabar Tamilnesan)
.
.
Pic : Credit to Ajip
yes..akhirnya wa reunited dengan teamtravel wa
eceh
reunited kunun
.
.
muka parut chiken pox tak leh blah nak jugak pi Nepal
.
.
ayuh kita
Pic : Credit To Ajip
ke manakah dulu?
tunggu kisah selanjutnya...
Hambek haaa kisah nak ke Nepal pun ambik satu siri..
bertabahlah kalian.
.
.