sambung balik kisah throwback 5 tahun lepas
2012 menjanjikan apa?
Dapat la duduk dalam bilik selepas beberapa tahun workstation wa adalah di luar bilik.
Dapat la nengok bumbung Giant Shah Alam hari hari...
dan dapatlah wa bela nyamuk dengan pokok pokok yang ada...
(ok tu tipu..)
bole juga tengok langit gelap...
yang nih moment sangat jarang dapat lihat
suspen pun ada gak
errr
eh nih BUKAN view dari tingkap pejabat...
BUKAN..
tahun di mana wa merasa pi dok Marina Bay Sand Hotel di Singapura gara-gara mengantikan ketidakhadiran seorang pengarah ke sana....
jangan pikir wa jadi pengarah ..ok?
tak de layanan VVIP pun...
tapi bersyukur la dapat merasa ke sana
nengok orang mandi kat kolam rooftop
hahaha itu dikesahnya?
ada 3 entry tentang wa di Singapore.
tu adalah tarikh lahir dengan waktu yang sama wa dilahirkan, beberapa tahun dahulu...
tapi sebenarnya waktu nih wa sedang merenung henpon sambil menangis
mendapat perkhabaran staff kesayangan meninggal dunia jam 4.00 pagi...
terus tak leh tido dah
terus baca doa niat berpuasa dalam bulan Ramadhan dan bersiap untuk ke pejabat..
ziarahi rumah arwah..sehingga ke Tanah perkuburan di mana beliau disemadikan..
#AlFatihah arwah Fitri...
terpaksa terima hakikat beliau telah tiada...lama jugak la nak lupakan kenangan dengan arwah sebab kami rapat walaupun dia kadang kala bole perlekehkan arahan bos dia nih?
Kita akan bersua kembali dik...di 'sana'..
wa teruskan khidmat di pejabat
menjadi penyambut tetamu pada majlis Raya AidilFitri di Loji Bukit Badong, Kuala Selangor
kiri wa...dah tak kije di opis ..pindah kije tempat lain
kanan wa...arwah Kaza...meninggal tahun 2016...juga seorang yang peramah dan baik..
#AlFatihah arwah Kaza
tengok balik gambar nih..
haaa jadi penyambut tetamu pulak kat Loji Langat untuk sambutan Raya di situ
kiri kanan bodyguard wa ketika itu memang sengal...
sekarang tatau mana ntah derang kije
mmmm
dari menjadi penyambut tetamu
kita beralih pula merasa menjadi tetamu
merasa datang ke majlis anak pengerusi eksekutif opis ini
oooo...macam nih rasanya kat majlis orang kaya...
(jeling jeling kot2 jumpa future hubby ?)
nan hado
ok tak pe nexttt
nih memang sengal
ko ikut Cikgu Siti Hajar ke program TV nih tapi tak reti nak behave
On Air tu...
(sekup muka dalam beg kertas sebab malu)
masuk treasure hunt
dapat adiah no 2 pakaian terbaik
jadi la wehhhh dari tak de apa2 dapat..penat jugak jalan sambal cari jawapan
acara penutup 2012 wa mencabar diri sendiri
pi join aktiviti anjuran pejabat di Janda Baik
rentetan inilah lutut wa sampai sekarang asyik terkucil sakit
sebab ?
terhantuk kat batu di sini
hahahahah
advanture le sangat
hambek laaa
2013..dimulai dengan ikuti perarakan Maulidur Rasul di Putrajaya
terus rasa suci je muka
(sambal gosok2 lutut yang ada lagi kesan sengal sendi)
pastu dapat voucher pi check jantung kat IJN sebab usia wa dah hit 40an...
pun sama baru tau
ko perlukan semangat kesukanan yang kental
eh
bukan
kena rajin pi exercise kata doctor sana
baiklah ....mmmm
overall report : OK
(Alhamdullilah..)
dan penghujung tahun 2013 adalah paling sakit bagi diri wa
sangat
sangat
sangat
pergi tak kembali
#AlFatihah my dearest mommy...
.
.
.
.
.
.
sampai sekarang masih teringat-ingat panggilan arwah takala wa sedang memandu kereta selaju yang mungkin untuk sampai HUKM dari Bangi
tapi tak sempat jumpa
.
.
.
tak sempat jumpa
2014
lama jugak wa nak ambik feel yang kuat
untuk bangun dan terus bangkit
wa jadi AJK petugas di Taman Botani Shah Alam untuk event pejabat
wa BUKAN jadi mascot burung tu
jangan macam-macam
dapat cabutan betuah
dalam treasure hunt
hahahah terkejut gak sebab selalu nya tak la rasa bertuah bab cabutan bertuah nih
nasib tak terbalik meja sebab terkejut nombor sendiri naik
(ok ko memang over...)
my birthday celebration with my officemate friends
eh pehal nak speaking?
dapat 'travelling bear' yang bakal wa bawak sana sini
katanya
tapi kalau beg penuh
tinggal jugak beruang tu kat rumah
hahahah
opss
thank you korang
jom ke tahun 2014 pulak
Family Day di Nexus , Port Dickson
layan je la
mak tak de
maka
wa bawak kakak nih
she is part of our family since my childhood time
sebab masa kecik2 ko dijaga oleh beliau di rumah masa arwah mak pi kerja
my next tumpang kasih manja dengannya
ingat lagi kesah wa bawak kawan dari Jepun beraya ?
heheheh
ok
kita skip yang nih
sorang demi sorang kawan dalam pejabat meninggalkan opis itu
Majlis perpisahan untuk kawan ie Nadia , yang bakal berkahwin dan berhijrah nun jauh di London....
Nadia adalah kakak kepada arwah Fitri...
iya...kami rapat sehingga ke keluarga mereka...
arwah Fitri selalu bercerita tentang wa dengan mak beliau dan Nadia...
that's where Nadia always call me whenever her mom invites to come over for dinner at their house...
(dah mula dah speaking landen...duhhh..)
yeap ...the more things to be done 2015
tapi tatau la kepala dah mula rasa...blank cepat
bosan dah kot?
baru nak layan bosan bosan...
Oktober 2015....
wa dikejutkan yang 2 staff wa kena ikut Selangor State
kami terbahagi kepada dua kumpulan
satu masih berada di naungan pengerusi eksekutif
satu lagi kena ikut bergabung dengan Splash, Abbas dan Syabas
pengambilalihan pengurusan air Selangor....
perpisahan demi perpisahan berlaku
ini adalah majlis perpisahan department wa
dan juga department lain terjejas juga
babai korang bahagian finance
wefie demi wefie
mana-mana ada
setiap department
setiap level pejabat
dan juga wa dapat jam
atas anugerah long award service di pejabat ini
Alhamdullilah
Nampak tak kotak tu..haaa derang tengah kemas barang nak pindah..
huhuhu sedih lahaii
tak lama kemudian
dapat pulak memo
suruh kosongkan bilik
errr
laaa apa nih?
baiklah..saya yang menurut perintah
dapat jam dah kan...
ok kami nak ambik balik bilik tu
hambek aaaaa.....
wa lagi suka dok balik tempat asal
sudut pejabat
tak tengok dah bumbung Giant lagi
tapi bila dah duduk sini, ramai staff rajin bertandang
masa dok dalam bilik..tak de staff sangat yang nak datang
OK dah faham
hahahah
2015- 4 tahun kami bersama
kumpulan yang best walaupun ada kalanya hujan panas mercik merasa sana sini
kalau kami boleh kekalkan uhkhuwah selepas 7 tahun...maksudnya..kami serasi
yeah
sebabkan kumpulan itulah..muka wa ada dalam sokabar
arwah mak sempat siap laminate keratan sokabar nih
thanks mommy
miss you
hahahahahahaha
dah jumpa keratan sokabar tamil
sapa pandai baca tamil, tolong translatekan nih...
ada masanya wa gatal nak menulis
maka
nih la hasilnya
terbitan majalah pejabat (untuk edaran dalaman sahaja)
wa BUKAN seorang jurutera
#tetiba
dan akhirnya 2016....satu demi satu farewell treat untuk wa
kisah 2016 dah buat entry baru-baru ni maka malas la nak citer balik
nih LINK dia kalau nak baca
wa akan rindu makan kambeng di Kelang dengan geng ini
pelbagai department
dari EMCEE yang terkenal di pejabat ini
heheheh
antara geng yang rapat
farewell dari group suka makan
hahahahah
"pas nih sila doodle banyak-banyak"
tu yang wa dapat pen
dah tak merasa jadi bos kepada immediate bos sendiri
hahahah
pasrah je bos wa jadi driver masa nih sebab wa kata nak elak fitnah wa dok belakang..bole tak bos?
hahahahhah
miss him too..
a good bos
miss my old 'kitchen cabinet'
pokok sebagai pembekal oksigen
manakala
makanan sebagai pembekal tenaga
logic kan?
begitulah kisah throwback wa dari 2006-2016
10 tahun
bekerja pada tempat yang sama
usia tak banyak tinggal sisa sahaja
tangan dari 4 generasi
arwah nenek...arwah mak...myself...my niece
kalau ikutkan turutan..apakah maksudnya?
maksudnya wa masih berusia 20 tahun....
.
.
.
.
.
.
.
apa punya sengal ko kan?
tak sedar diri sungguh
.
.
.
.
terima kasih sebab abiskan 15 minit baca entry panjang kali ini
pada ex-opismate wa.....wa miss kalian sangat sangat
pada ex-boifren wa...eh..banyak sangat..lantak la (hahahah)
"Dialah yang telah mentadbirkan mati dan hidupmu - untuk menguji dan menzahirkan keadaanmu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amalan kamu) lagi Maha Pengampun( bagi orang-orang yang bertaubat)" - ayat 2, Al Mulk
Salam Jumaat