Assalamualaikum....
Kisah Sri Lanka ditunda sementara bagi laluan untuk kisah sebulan sebelum Ramadhan dan juga kisah dalam bulan Ramadhan....
Awas iye..terdapat banyaknya gambar makanan di entry kali ini
bertabahlah
Aritu, kami kami kami dan kami yang telah bertugas semasa kenduri resepsi anak tokey besar syarikat kami bekerja, telah dirai di kedai makan TTDI berhampiran U8, Shah Alam.
Nasi brani lauk ayam dan lauk daging di sini adalah sedap
tak dinafikan sedap..walaupun pada mulanya kami masih ragu-ragu tentang kesedapannye
Thank you mem TBL yang belanja kami makan
sebahagian dari kami yang muka-muka kekenyangan kelihatan seorang 'kumbang' di tengah-tengah 'bunga' memang sengal kumbang itu hahahah |
next, demi membuktikan bahawa Shah Alam mempunyai kedai yang mewakili 13 buah negeri di Malaysia, maka kami kami kami telah mencuba pi makan ....nih adalah masakan dari kedai Sarawak..
nasi goreng apa ntah namanya...
aritu kami pi kedai RelSegamat, kira kedai dari Johor.
Sebelum tu kami ke kedai Mak Nah kedai dari Terengganu.
dan kali nih Sarawak pulak...
nanti nak cuba kedai Kelantan (jeling signboard sebelah kedai Sarawak )
sebabkan tekak teringin nak makan durian, kami kami kami makan durian-mahal-sebijik-RM30 ini berebut antara kami di Seksyen 8, Shah Alam.
Jadi laaaaa.....
Seterusnya aktiviti dari division di pejabat, sessi hari jadi bulan April, Mei dan Jun 2016...
maka, kami kami kami kami teruskan misi mengemukkan diri sebelum tibanya bulan Ramadhan.
dan pabila wa telah di'rojer' oleh kawan setaman...ie Elly, untuk terjah kebun Fiza di Nilai,
kami kami dengan tidak teragak-agak...terus ke kampung Fiza...
menerjah kebun yang menjanjikan sesuatu yang harum...
harumnyer bau durian
hai Elly!!!!
(sambil forward gambar ini di group whatapps 'Kejabab' dikecam hebat sebab pi tak hajak..hahah)
hasil kutipan kami petang itu.
Kebun durian ini sangat-sangat bersih
Wa mudah puas hati
Wa sangat-sangat suka kan keadaan kebun buah-buahan yang berjaga
ini Dr Faizie....
balik dari klinik semasa waktu rehat, semata-mata ingin menyambut kami di sini
dan kembali ke klinik untuk sambung tugasan.
iya...kami kami sangat sangat puas hati makan durian free
gambar untuk memberi ke'jeles'an para pembaca blog ini
hahahahah
sapa suka durian mesti kata "bestnye..sedapnyer..."
sapa tak suka durian, well, kita tak leh paksa dia suka ..kan????
(telan stoberi laju-laju)
masuk bulan posa
bulan mulia
bermulalah solat trawih
(abaikan gambar tu...tak de ke makna la nak bertrawih kat epot Jepun)
hahahah
menghadiri kursus fardu kifayah di pejabat.
mengimbau kenangan menguruskan arwah mak.
perlahan-lahan...air mata mengalir tanpa disuruh..tanpa dipaksa...
cis..malu gak masa tu
#AlFatihah my beloved mom
tengok tu..berbukit tak speggati atas pinggan belah kiri gambar? sapa punya kije letak banyak-banyak tu? Ingat wa kuat makan kot? |
dimulai dengan kenalan di alam maya...
alam tweeter..lebih tepat lagi....
Terima kasih Travel.Doodle atas pelawaan beliau...
sebenarnya wa dipelawa melihat anak pertama beliau...
AhBoy panggilan dari ayahnya
nama dalam surat beranak yang pendek : Saif
dan wa memang tak kenal sapa mamat sebelah wa
siap tanya "dik, ko nih penyanyi ke..pengubah lagu?"
sambil buat muka blur-memang-blur-sungguh-haish
....
bila beliau dah melangkah keluar dari rumah ini
barulah wa dengar lagu beliau melalui youtube .....
"melepaskanmu....bukan mudah bagiku..."
laaaaa...dah terlepas pun!!!!!!
wa termenjerit "hey!!! lagu nih la wa suka!!!'
"kak, penyanyi dia baru je balik rumah dia ...tu la sufian suhaimi..." kata travel.doodle
ARGHHHHHH....apa ke slow wa nih????
(gigit hujung meja sambil pegang dahi)
mmm...udahlah jangan dikenangkan lagi...ntah jumpa lagi ke tak pas nih...
dia femes..ko tak...
*nanges*
Next..aktiviti berbuka puasa keluarga Travelholicawsome
payah jugak nak kumpulkan semua....
venue : Okid Thai Restorant Seksyen 9 Shah Alam
cer tengok..meja 2 bijik nih la masih tak nampak bayang tuan empunya badan datang...
padahal meja lain dah riuh rendah berbukan posa makan minum capai lauk kunyah nasi hirup sup...
tapi bila dah sampai..hambek haa dah macam pirannah....
terkam apa yang ada...
dengan kuih muih beli dari pasar ramadhan stadium Shah Alam...
dah sume nak sumbat segala
Big Apple tu ada kesahnya...
dibeli oleh DrShahrul (iya...beliau datang dari Johor Bahru...)
Pada mulanya..kedengaran meja hujung menyanyikan lagu 'Happy Birthday'....
dan pastu..meja sebelah pun nyanyi lagu 'Selamat Hari Jadi' jugak...
aik...ramai pulak yang sambut birthday ????
kami berpandangan....tetiba, Shahrul letak kotak Big Apple atas meja..dan terus kami menyanyi:
"happy birthday to you...happy birthday to youuuu....to Aqilah..."
terpinga-pinga Aqilah tapi tetap diva control ayu sengeh sana sini
Keji kan kami????
tak leh blah...
hahahaha...bukan birthday Aqilah tapi tak mau kalah dengan 2 group yang memang ada kek...
kami? Big Apple pun jadi laaa...
lauk yang kami pesan
signature dishes...squid salted egg...
sila ode ini bila datang ke restorant ....highly recommended...
inilah kami meja besar...
dan inilah kami ...
yang tiada, Shahrul...sebab kena gerak awal ke kenduri kawan India di Kampung Baru, KL
dan juga family Ely & Hasrul...
tambahan kawan : Pae datang dari Johor Bahru...
Kalau tak, Travelholicawsome dah cukup kedatangan ahlinya...
oh ya..Zafran pun tak de ...
patpluhpat kali dok kata "jom balik...ok bai... jom balik..eh kete letak mana?...ok bai.."
tapi lima juta kali sambung borak....
kat luar kedai pulak kami boleh sambung borak
Itulah kisah kami berbuka posa...
Next, aktiviti pejabat...
kami kami kami kami menjadi mak hangkat
kepada golongan anak yatim dan asnaf di Sek. Men. Puncak Alam,
membawa mereka ke Mydin USJ
seramai 5 bas...mereka diberi RM250 untuk dibelanja
sempena untuk nyambut raya nanti
dari seramai ini....
inilah anak hangkat wa selama 5 jam...
seramai 20 orang kesemuanya...
hahahah...wa ber 'wefie' supaya wa kenal anak hangkat wa yang mana satu bila dilepaskan 'shopping' dalam Mydin....
tapi akhirnya..wa pun tak leh kawal dah derang..memasing dah besar...
yang wa tau..wa lantik 2 orang dari mereka sebagai ketua kumpulan....(form 5) untuk kumpulkan 'adik-adik' mereka bila dah selesai berbelanja...
mudah kan kije wa?
hahahahahahahaah
bijak..bijak...
'ketua kumpulan' yang lebih besar dari wa....
suasana pabila dah selesai beli barang di Mydin
kelihatan juga syarikat koperat yang lain menaja anak-anak ini
comel je cara derang tarik bakul sana sini
untuk event berbuka puasa pulak
anjuran felda dan storm rider...
selepas solat magrib, jom makan........
dah tak jadi mak hangkat dah
ayam? kambing? lembu? ikan?
sume bergasak masuk dalam usus ini.
Seterusnya, venue setiap tahun tak boleh miss....
berbuka di rumah kawan-sepanjang-usia
pun sama...
banyaknya makanan
berpeluh jugak nak abiskan
ehheheeheh
kawan seasrama tingkata 4 dan 5...
kami rapat...tiap-tiap tahun bila berjumpa, kami akan tukar-tukar hadiah tanpa dipaksa...
dari sekecik brooch sampai sebesar towel...pun kami rela
hadiah yang memang kami guna pun.kannnn...
Thank you korang Eyda and Bad...
Seterusnya..
hahah
kan dah kata..entry nih kisah makannnn je...
walaupun bulan Puasa...
Sejak kami rasa keciwa dengan SS2 PJ, (buffet durian dah abis), kami diviralkan dengan kisah buffet durian RM10 di Sungai Buluh...
berbekalkan waze landmark Ecosave Sungai Buluh, kami kami kami kami kami kami tiba di sini...
harga dah naik
RM15/pax.
durian kampung
sedap!
orang tak putus-putus datang..
yang bungkus bawak balik pun ada.
gigih ayu berjubah ...
padahal..makan durian..ko boleh ayu ke???
tak de makna la...
semua ini adalah kawan alam maya
menjadi kawan alam realiti
Hai Umar!!! selamat berkenalan dik!!!
kisah wa seterusnya berkisar kije...
kije yang tetiba kena masuk site ...
Bulan posa, masuk site..ko rasa????
letih oiiii....
sedangkan tengok lori cendol pun wa bole teruja
huhuhu
panas lagi
bertabahlah wa...
Disebabkan site nih dekat dengan rumah ChawanNa, maka wa ber'homestay' di sini
Zafran yang suka gigit tudung wa tau la tak puasa |
si Debot yang comel dah gigit..suka la puas hati hahah |
wa tumpang bilik 'rakan sebaya' wa ie. Aqilah...
Nuzul Quran kan cuti? maka wa banyak membuta dalam bilik
nikmat dunia tu..hahahaha
"kak anash nih asyik tido je...jom la main sama-sama...." kata Aqilah...
tak kuasa la ...tido adalah best Aqilah weh!!!
Bulan Puasa juga wa sempat jadi model tak bergaji
untuk pakai tudung ini
limited edisi
oleh doodlebyRen
pi la terjah IG beliau
kali pertama tudung nih tiba di KLCC.
Jenuh jugak rupanya nak ambik gambar angle cun cun
TQ untuk adik wa yang sudi jadi amatur photographer via Henpon...
hahahah
dan aktiviti kemuncak bulan puasa di pejabat adalah....
peraduan dekodekoraya di kalangan department
hadiah pertama : RM1000....
oit..sapa tak mau hadiah oitt...
dah semua department mula kan tugas memasing
gigih nyer
nih Admin..kot?
nih tingkat 10...?
nih tingkat 6
banyaknya props
department?
siap baju raya sangkut situ
ada cermin lagi
department : Compensation and Benefit
angkut patung sebagai prop
mampu?
Admin Department nih
Department wa?
dengan tikar mengkuang masih bergulung
dengan ranting kayu bungkus dah macam pocong sebelah tiang tu
ko rasa?
ok..ok...buat la sket
campak dulu props yang ada.....
adeh..kije banyak lagi nih
memang tak de masa nak buat dekoraya nih laaaa
wa meng'conteng' ini
sebagai permulaan tiup semangat
sambil pikir nak wat apa lagi.
Kami sebenarnya amat-amat sibuk dengan tugasan hakiki...
terbahagi kepada 2 team...satu team sibuk dengan tender..satu team sibuk pi site.
Wa team pi site...3 minggu berturut2 wa ke KL...
so..bila masa kami kami satu department ada masa untuk membuat dekorasi raya?
akhirnya
kami setuju bersengkang mata sehingga 11.30 malam
demi hias department kami, hias sekadar mampu
*pinar jugak mata wa buat mende nih*
dan tampal di tiang
hahahahaahahah
sempoi tak?
untuk gambar seterusnya..tunggu entry baru
adakah kami menang?
sapa yang menang?
di kala ini kami lum tau sapa yang bakal rembat RM1000 itu
tunggu keputusannya nanti
iya..bulan posa bulan makanan mudah rezeki murah
tak kira makan di rumah atau di hotel
berpinggankan noritake atau queen anne
ataupun beralaskan kertas sokabar
rezeki tetap di depan mata
rezeki ada untuk dijamah
Ada yang bersahur di dunia, berbuka di syurga
(pray for syria / turkey / palestin )
sila amalkan
bulan puasa ini jugak menyaksikan wa menerima pembayaran dari penjualan sesuatu
sesuatu yang menjanjikan hasil yang Alhamdullilah tidak semewah mana
tetap bersyukur
dan kawan
juga anugerah rezeki
selain kesihatan
sihat tubuh badan
kawan yang boleh menenangkan kita
di kala kita sedih
eh tetiba
dan juga kawan
yang juga menghantar kita ke liang lahat
jika ditakdirkan maut datang sebelum jodoh
just a story to ponder
OK sekian kisah bulan posa.
hui..ngantuknya berjaga lewat malam sampai awal pagi nih
Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog ini
Maaf Zahir Batin
*kesat mata sebab pedih*