Monday, March 28, 2016

Sapporo : Snow Play Land, Furano


Assalamualaikum...
lama jugak tak update blog
Aritu rasa dah ada semangat nak buat tiap-tiap minggu
tetiba
sibuk ntah hapa-hapa
terus lupa
hehehe

Ok berbalik kepada kisah kami di sini
hari yang ke ..berapa????
lantak laa
nanti tengok balik kalender kuda

Selepas kami check out dari Log Yukari, kami ke sini....

depan Prince Grand Resort Furano
tak..kami tak main ski...

kami terlebih teruja dengan pakej macam nih
hahahahhaha

Pendaftaran untuk mencuba permainan musim sejuk dijalankan di sini
(dijalankan? apa la ayat tu?)
Masa nih punya la serabut dengan pelancong dari negara China
Kecoh tul..kita nih elok la tunggu sampai derang pun selesai ambik tag la ambik kasut la...
Tengah kita dok berurusan dengan jaga tiket nih...datang lagi sekumpulan geng China yang lain..
tak nyabar-nyabar nak ambik tu la..ni la...haisshhhh semakkk oit!!
*terasa-rasa nak siku siku je deme nih*



marilah kita bergumbira
kami cuba ini..Tandem ...

dibawa oleh petugas...wa dok depan
wa nak bawak sensorang???
ada jugak la kuar dalam sokabar tempatan : Seorang pelancong malaysia tergolek jatuh dari Tandem lalu tertimbus bawah runtuhan salji
Nauzubilah...

wa dibawa ke celah-celah pokok ini dalam 30 minit .
terasa cam dalam citer jebon (james bond 007) masa hero dikejar penyangak di banjaran Alps...
wa asyik la menjerit bila potong tang corner...

Best!!!!!!


semua merasa..kecuali Aqilah...maka, ayahanda Aqilah pun layan nih dengan anakanda tersayang...
pun dah gigil gigil suka Aqilah tu
hehhe

ada juga banana boat
kami tak naik nih

ada ski kalau nak
tapi bukan extreme park
kami malas nak guna banyak tenaga
maka
kami tak ambik pakej ski ini

Wa ambik gambar je la
oooo ternyata wa tidak tinggi
hahahah
(apa kes kalau batang ski sama tinggi sampai ketiak wa?)


kami dok perhati yang nih
macam best je
tak leh jadi nih..kena cuba

Sledding...selama sejam kami diberi masa
ayuh kita semua

pasang kekuda

1,2,3...weeeeeeeeee

kami kami sahaja yang monopoli kawasan sledding tersebut
pelancong-pelancong China tadi dah balik makan nasik agaknya

"Cawan!!!!!! tepiiii!!!!!!"
wa nyaris tak langgar cawan masa nih
kalau tak...dengan Zafran jugak tertiarap golek
kus semangat

muka kontrol ayu..padahal ..letih naik bukit ...
turun memang best..
naik ..meletihkan
huhuh

kan..kawasan ini jajahan kami sahaja
yang lain..sila ketepi
hahahaah

snowman yang tak de rupa snowman
dah salji kat sini jenis gebus gebas...
kelihatan Aqilah layan diri sensorang di sana

"jom Aqilah..balik jom..."
"jab...satu lagi....jom laaa..."
"ok...ok kak anash tunggu sini eh..."
"ok....!!!"
turun sensorang

puas hati le tu kot?

ayuh kita balik
lapar rasanya
semalam datang sini main slide ...
ooo macam nih rupanya kalau siang

dan ini adalah Ningle Terrace bila waktu siang
cantik jugak...

kedua-dua nya terletak bersebelahan antara satu sama lain
ooo tak de la jauh mana sangat rupanya

Kami balik ke Log Yukari nak pulangkan kunci rumah ke tuan rumah
sempat main slide depan rumah free ....tuan rumah bagi pinjam slidge
haahahah
best jugak
 
ok bai Log Yukari
sesungguhnya dok di sini macam dok di Kanada
*tetiba?

babai Furano Town
till we meet again?

dalam perjalanan ke Sapporo, kami jumpa nih
lalu je
tak singgah
boleh nampak besar patung Buddha tu dari jauh..

Setibanya kami di bandar Sapporo, kami hantar beg dan 'check-in' lagi sekali di TheStaySapporo.
Selepas itu, Pae, John, Janggel dan Masmz terus hantar kereta sewa tadi ke kedai, dan menuju ke kedai cenderahati di Sapporo
Wa dan keluarga Chawanna? kami berjalan sahaja menuju ke Tanukikoji Shopping Mall. Di situ kami berjanji untuk jumpa kembali.




Dalam perjalanan kami ke sana, ntah ada apa berlaku...kebakaran? paip gas bocor?
tangkap ular?
tatau la

kelihatan Cawan yang teruja melihat kereta bomba di sini
hehehehe
jangan marah Cawan...

kami tiba di sini : Tanukikoji Shopping Mall. terkenal dengan barangan cenderahati...
mahal nyer la hai barang di sini
huhu
Kami berjumpa kembali ...dan di kala ini wa telah pun sempat berjanji dengan Pon dan Yuka untuk berjumpa lagi sekali ...
Wa mencari Pon...sesambil sempat tengok TV ni...
 
oooo 0 darjah malam tu
ok bole bertahan
letak air kat luar pasti jadi ais...

"Hai coco!!! here!! here!!!" wa di sapa Pon takala tengah tercengang cengang melihat sekitar mencari Pon...dah sume muka jepun...
.
"haii Pon!!! eh where is Yuka?"
"she's on the way..."
"oh ok..hey..let's meet others..they are waiting for you"

iye..memang menunggu Pon untuk tolong bacakan isikandungan biskut yang kami beli

Aqilah leka tengok Pon dok belek-belek bekas biskut tu

selepas membeli apa yang nak dibawa balik, kami beredar ke kedai shushi
apantah nama kedai nih
rasanya ada cawangan di KL
masa nih Yuka dah tiba dari habis kerja
nih set wa ode
sedap..makan macam nih kenyang ???
kenyang tau!!! jangan tak caya
 
yeay...ini kami
Pon dapat pua kumbu dari Janggel tanda terima kasih

dan gambar kenang kenangan sebelum mereka-mereka pulang ke TheStaySapporo kemas dan tido.
Pae memang keletihan..memandu seharian kot ...
Kami yang lain?
Apa lagi...hit the Sapporo Road!!!!!
Kami berjalan mencari StarBuck Sapporo...
berjalan sana sini
bergambar tengah-tengah jalan raya
sume dah macam orang gila
ahahahah


"This is Sapporo's Bukit Bintang" kata Pon
hahahah
ni adalah Susukino District Area di Sapporo


melalui taman Odori...nampak Sapporo TV Tower (gambo tak de sebab kabur..)
dan kami akhiri dengan balik ke hostel ..Pon dan Yuka hantar ...
sebenarnya adalah menjadi kesalahan 6 orang penumpang dalam satu kenderaan...
mujur tak de police road block ketika itu

Kami ucapkan terimakasih pada Pon dan Yuka atas kesudian melayan kami di sini..
sedih pulak nak berpisah...huhu
ok bai korang...kami akan datang lagi
hahaaha




esoknya
kami pun ke Sapporo Station.
Keluarga Chawanna dah bergerak awal sejam dari kami sebab flight mereka tak sama waktu dengan kami.


melihat kali terakhir bandar Sapporo ini
hui ada tram

pagi hari....


di Sapporo Station
menaiki pesawat Jetstar...kami ke Tokyo
babai lapangan terbang New Chitose, Sapporo....

selamat datang Tokyo!!!

dan bermula lah perjalanan kami di bandar ini...

hui..panasnya nampak????
langit biru
tapi
tak de salji
waaaaaaaaaaaaaaaaa........
*start missing hokkaido*
(dramanyer ko?)

Tuesday, March 8, 2016

Sapporo : Biei

ayuh sambung lagi kisah jejak kami di Pulau Hokkaido
ntah hantu mana wa kena rasuk suruh abiskan cepat-cepat entry jepun...
antu jepun kot?
err...errr....
*padahal takut cepat lupa butir-butir kisah percutian ini*
*telan kismis sebanyak mungkin*

Tu gambar kete luar rumah sewa


 nampak tak semangat ke-supir-an Pae membersihkan sisa sisa kristal salji yang membentuk hablur jisim jisim kepadatan yang bertepek di atas cermin kereta.
manakala..semangat Na sambil tangan 'sado' dukung Zafran sebelah dan pegang camera-bukan-D6-masa-ni untuk ambik gambar Pae buat bukti ...ahahah

Kita nak pi mana kali nih?
kita nak pi Biei...
apa?
Bae?
haippp!!!
BIEI laa....

selepas masing-masing sempat upload IG sementara berada di kawasan rumah sewa tadi (walaupun kami dalam kereta..'pancaran' WIFI tuan tanah bagi sangat kuat...berterabur IG memasing upload tak sabar-sabar nak like sesama sendiri...hahahahahah

Dah dah..Pae, sila jalankan tugas..kita ke....

 sini..ambik info dan peta untuk ke Biei
berhampiran dengan pusat main ski..kami asyik la nampak orang lalu bawak batang ski ..
ada juga yang bawak snowboard
kami terkebil-kebil je dok dalam kereta
Malas nak kuar ..sayang dengan kepanasan badan dalam kereta..
tunggu Masmz, Pae dan Na ke tempat pertanyaan dalam bangunan ini.


Dah dapat peta?
dah dapat info?
ayuh kita mulakan ekpedisi kita
selama 20-30 minit jugak la kami berada di jalanan...
terlajak sana sini
tu biasa sebab tempat baru..nih Biei ok..bukan pi Balakong Cheras nuuu...

dan akhirnya kami tiba tempat pertama... 

mempersembahkan
Mild Seven Hill....
wa tengah nganga dari dalam kereta...
wow

jom turun jom
park kete tepi jalan tu
jom tak sabar nak ke sana...

tengok balik
wow..
Subahanallah
nampak kecik je orang tu
 setiap sudut nampak lawa
wa suspek nih ladang gandum kalau musim bunga
diletak tali supaya tak pi melintas kawasan ladang ini

 nah korang baca

 mmmmmm.....sah nih bukan tapak kaki serigala

tanpa model...hambar lah gambar
hahahahah
dah macam dalam studio je rupenyer
the landscape is.......

 

gambar secara berjemaah pulak
yes..kami dah sampai sini
ok jom pi tempat lain jom

sila tahan diri jangan kencing merata
ish..tengok balik la buat kali terakhir...
macam tak puas mata memandang nak tengok lama-lama di sini

 kbai mild seven hill
Alhamdullilah langit biru
cantik cantik cantik ciptaanNya....Subahanallah...

Kita cari spot lain...

 sebahagian permandangan di sini

 tebal tak salji tu?

 ok next ...

 kat sini..pernah popular sebab buat iklan komersial kereta..
Ken and Mary Tree nama tempat ini
Wa masa nih malas nak turun dari kereta..so ambik gambar pun memain dari tingkap kete.
Sambil layan citer perfect pitch dengan Aqillah...hahaah

Kami terus ke Shirogane Blue Pond..tapi bukan kawasan sini...
kami tak sempat ke Seven Star Tree dan Parents & Child Tree sebab masa musim sejuk cepat pendek waktu siang nyer..karang tau tau dah gelap..eh? 
Nak tau acaner ke Biei, leh baca link INI

sekitar permandangan yang kami nampak

kayu api buat bakar lemang raya nanti
*alamak..lum abis bayar utang posa...*
kompom kalau jalan atas nih mau terbenam sampai paras pinggang


oleh itu sila jalan mengikut kawasan yang sepatutnya...
jangan memandai nak lalu tempat yang bukan laluan..sebab kita tak tahu longkangnya kat mana...
*jeling seseorang itu sebab beliau dah rasa acaner sebelah kaki masuk longkang sampai paras hampir pinggang*


dah sampai sini
eeee mana la tasik tu...
berhenti jab sini nampak lawa dengan deretan pokok yang tinggi-tinggi 
ais di mana-mana
tengah sibuk ambik gambar ..lalu pulak lori nih
opocot ko
terkejut kami
terus ke tepi...
rupanya...

deme nak scoop salji kat kawasan kami berhenti nih
laaaa..
mesti driver traktor marah
"dah sapa pulak pi letak kete kat sini...hishhh...."


ada 2 jenis..satu scoop out the ais...
satu lagi jentera yang ada macam mesin grind ..hancurkan ais yang keras ...
wa melopong sat sebab wa biasa pi site construction nengok yang korek-korek tanah tu
nih korek ais...
*sambung melopong dengan kadar ayu* 
jab...ada kereta lalu...


jab..ada lori lalu
tunggu
haaa...dah clear...
jom jom



kami di sini ingin mengucapkan....
selamat berpuasa bagi seluruh umat Islam di dunia
Aqilah mana? dia malas nak bergambo...dok dalam kereta


moh mencari tasik Shirogane Blue Pond
mana la nih


opsss..opssss dah sampai
opppp
belok kanan
oppp


kami bersaing tiba dengan geng mat mat salleh ini.
oleh kerana mereka laju je jalan..manakala kami pulak terkial kial nak pakai sarung tangan la
pakai kasut la
ikat tali kasut la
cari kamera la
cari biskut la (sebab lapar)
...
by the time we near reaching the area, the guys said to us " just a frozen pond with snow...not much to see"
*hamboi ko? entry bahasa omputih nampak?*
 
kalau waktu bukan musim sejuk, begitu la gambar tasik tersebut...


tu la tasiknya
nampak tak?
mana? mana?

kalau tak cakap tu tasik...kami pun tak kan tau
sebab serupa macam tak de tasik..diliputi salji ...mmm
di balik deretan pokok nih la tasiknyer...
dalam tasik tu?
ish idak le teman tau...

jom la ambik gambo Aqilah lompat-lompat
hahah



terjumpa para pekerja sedang membersihkan kawasan ini
tengok? tebal tak tebal salji tu
tapi memang halus..macam main tepung gandum je berderainya
iya
kami main baling-baling ais di sini

selepas kami tiba sini, sekumpulan rombangan dari china kot...naik bas...hahaha mujur la kami nak balik dah
kalau tak....ambik gambar je mesti ada muka-muka deme
jom balik jom

pembacaan peta dititikberatkan sebab gps asyik ok asyik tak ok
kadang2 cakap omputih
kadang2 cakap jepun
kadang2 langsung tak cakap apa
kadang2 kuar lagu belaian jiwa.... #tetiba
tension jugak kalau nak pi kije pepagi kena buang ais atas jalan
buang ais atas bumbung kete
last-last ko memanjang la EL kot?


dari siang beransur ke malam
padahal baru je kul 4.30 petang

dari langit biru tadi...bertukar menjadi muram
terasa...shahdu nengok gambo nih ..ntah nape

Malam itu kami perlu tabur-tabur duit yen beli barang sourvinear untuk diri sendiri.
mahal oit


zafran kena dok situ sengeh sengeh
yang lain-lain belek barang di kedai
tak jumpa pulak kedai macam di arasuka tokyo tu


di luar..ada open playground untuk main sledge...
Aqillah dok main bersungguh-sungguh TANPA guna sarung tangan...
memang seronok ....dgn yang lain-lain pun join sama...
padahal..malam tu adalah negatif 13 darjah celcius
tetiba Aqillah rasa kebas yang amat sangat...terkejut kami tengok nanges tak henti-henti..terus bawak naik kereta...panas-panaskan tangan beliau...
 
Balik rumah , kami makan ...hahah
senang citer...kan?
Dah kenyang..kami keluar lagi sekali ..ke sini...
terletak di sebelah Ningle Terrace, kami layan tempat ini

ada cafe jual air dalam igloo..
ahahah
kami tinjau je sebab ada banyak pulak serve botol arak
ok tak jadi masuk...

jom la main tubing jom


menjerit sekuat hati sepanjang naik mende alah nih
hahahahah
best oit
best best

even Zafran pun dapat naik sama dengan ayahandanya
hehehehe


yeayy kami dah sampai sini
a mini funland for family

esok? kita main lagi menan (mainan) musim sejuk waktu siang
mana?
apa?
tunggu...



teaser for next entry