jom sambung kisah di Furano
Dah letak beg, dah dapat makan selepas gigil lapar dan gigil sejuk, kami ke sini...
Ningle Terrace
amende tempat nih?
merupakan tempat soping barang kraftangan .
Setiap cottage tu ada orang buat kraftangan comel comel...
Terletak depan New Furano Prince Hotel, ianya percuma untuk dilawati
tadi gambar nampak hambar tak de model
nahhhhh...model tak sedar tali kasut tak ikat
dan lagi model berupa beruang kutub
sipi sipi beruang panda kalau ada tompok hitam dan putih
dan bila gile pose...macam nih la jadinya
ishhh
anak sapa nih weh!
bila kami sampai sini...ada lagi 30 minit untuk kami bergambar sana sini sebab nak tutup...
hahah tu la kuar rumah lambat sangat
tak silap..tutup kul 8.45 malam.
Yang best ..tak ramai manusia..maka bole la nak pose tergolek telentang macamana pun orang tak marah
comel kan krafnya
tulis open..tapi kami tengok dari luar je la
yen kami pegang erat
tak mo tabur2 kat sini
kami kedekut
hahah
malam tu memang sejuk lain macam...
ada satu rumah tu khas untuk mereka nak memanaskan badan seketika
kelihatan zafran dan ayahnya ie Cawan disitu...
credit to Pae |
pastu
kita tumpang pokok di situ
kita = wa
nampak sangat kan wa tunggu ehsan kamera para kawan-kawan
hahaha
bila malam, wa tak reti setting kamera
selalu fail
ok jangan gerak eh senowman
*pegang hp depan muka tapi mata je yang nampak*
di kala ini dah mula dengar lagu suruh balik
lagu yang slow motion sedap didengari
macam dalam citer 'fairy tale'
sooo...soothing moment
inilah kami
Aqillah nampak mata je masa nih
peta tunjuk kedudukan kedai yang ada
dah jum kita balik
tengok Juara Lagu 2016
pintu utama masuk homestay Log Yukari
tebal tak tebal snow di kiri kanan pintu
rasa nak buat ABC..pi cangkul je depan pintu
hahahah
nih tuan tanah Log Yukari
tengah tunjuk cara-cara cari rancangan TV tempatan
keadaan ruang tamu
sini la kami lepak ramai-ramai sebab sini je la ada pemanas
tangga ke bilik tido
tu katil wa tido
mujur masa tido tak ngigau golek turun tangga
bilik atas adalah untuk tido semata
tak de untuk main futsal ehhh
nampak tu..katil rapat-rapat...
masa tido kami sume dah macam kepompong ...
sebab dalam bilik nih langsung tak de pemanas
kejung tak kejung kami masing-masing
hahahahah
tapi jangan risau...memang selesa berbungkus bagaikan popiah dalam duvet / selimut tebal...
ini bilik air
air sah sah panas..
nih tandas
sejuk punggung
best ooooiii lauk panas panas makan dalam cuaca sejuk
diikuti dengan John..pun tolong masak
beruntung la haiii sapa dapat berlaki kan beliau
dah la pandai beli tiket kapalterbang online, pandai memasak dan pandai uber
*tetiba*
*sisjualkawan*
*haraplaku*
heheheh
inilah kami muka-muka gembira melihat makanan
tengok stategik tak kedudukan wa?
dekat dengan heater
hahahaah
malam seterusnya geng perempuan pulak yang masak
wa?
jaga Zafran
heheh
ngelat
ish gambo terbalik pulak
tak pe ..nak tunjuk menu kami ...
ada bahan makanan kami beli di kedai bilamasa kami jumpa dalam perjalanan .
dah macam kumpulan hantar bahan makanan ke tempat bencana alam je kan?
penggunaan plastik di sini adalah hampir tiada.
Memang suruh guna kotak...environment friendly ...
,
malam seterusnya
tapi untuk malam pertama...demi nak tengok Juara Lagu ...nih la aktiviti kami
penggunaan hp Janggel di kala ini amat dihargai
(weh..laptop sapa nih? Masmz ke John?)
lagi lama nak tunggu sapa pemenang...
dengan makin larut malam..kami kesejukan
ada dah jadi kepompong terus
bawak turun selimut dan dok berhibenasi dalam tu
hahahah
kelihatan 2 kepompong dewasa dalam gambar nih..nampak tak?
ini pulak permandangan biasa dilihat
jika situ ada pemanas..situ la jua longgokan stokin dan sarung tangan
dan hari hari kami bila bangun , akan dihidangkan permandangan seperti :-
tingkap bilik atas
tingkap bilik sebelah tandas
tempat di sini memang ala-ala back to nature
dengan pokok tinggi
nih kat luar rumah
lawa kan?
berapa kami sewa?
Untuk 2 malam 3 hari , lebih kurang RM1,400..dan seorang bayar RM200 sahaja.
Itulah untungnya jika ramai2 kongsi rumah ini
murah,kan???
dengan syarat
sekepala..hihi
pi la gugel lagi tentang Log Yukari ini
Esok..kami ke?????
nah wa belanja satu gambar
kat ne?
tunggu entry berikut
hahaha
gigihnyer wa kali ini
laju je up entry
mode sekarang : overnight kat opis sambil lemau ni
huhu