Thursday, February 26, 2009

CHAP 5 : HCMC

Salah satu 'gift product'


Ada sapa2 nak kopi perisa kacang tanah???.....


Pengangkutan utama di HCMC...ada gak nampak seat cover corak LV....peh ..mesti terasa macam orang kaya walaupun naik moto je ....



Permandangan dalam pejabat pos...




Duit Dhong (RM3.6=17,000 dhong=1USD)

Setiap yang mula pasti ada akhirnya...
Kami pun balik menjejak kembali kaki di bumi malaya pada 10hb Feb'09 dengan selamatnya.Alhamdullilah...
Kesemua kos abis dalam RM400/tiket MAS (gi&balik), RM160/pax kos hotel, RM1000 bawak duit nak belanja sana..++RMmisc..sume tak sampai RM1,600.00

Percutian yang dikategorikan sebagai 'BudgetTravel' sebab masak sendiri di hotel (siap bawak'rice cooker' & 'heater' untuk masak air). Menu kami : sotong sambal, rendang (chap Brahim), tomyam, nasik goreng, sop sayur. Itenari pula : Free & easy...
Balik malaysia dok la fening sebab vitamin B komplek dari opis tak muncul2 lagi dalam akaun bank...waaa.....

Chap 4 : HCMC

Depan bangunan pejabat pos yang tekenal dengan senibina zaman penjajahan perancis


Depan Ben Thant Market waktu senja (sementara tunggu 'night market' dibuka..)



tengok gaya pegang kamera pun dah tau ke'amatur'an seseorang.....hhehehehe. Kamera 'kompak' je...lain la yang lagi dua juruambikgambar tuh...apa ke jenis eh...slr??...haaa camtuh le kot jenama kamera depa



Petua melintas di sini : dengan muka konfiden rasa2 tak kena langgar...kena terus lari-lari anak ke tengah jalan, sambil tangan kanan tunjuk signal seolah2 'bercakap' dengan penunggang :"slow le sket bawak moto tuu.."..dan jangan sesekali patah balik sebab takut nak teruskan lintasan...sebab penunggang motosikal akan elak dari belakang badan pejalan kaki... A BIG NO if tetiba kita nak gostan balik tak jadi nak lintas...haa..masa tuh boleh le merasa dok sepital kat Saigon....

Kali ni agak panjang "chapter : HCMC " sebab banyak gambar menarik yang nak disumbangkan dalam blog....Ini adalah kerana wujudnya 3 orang / tukang ambik gambar yang minatnya sama...ie. ambik gambar ...heheheeh.Kombinasi 3 jurutera ini , eh ..juruphoto amatur tersebut mengakibatkan banyak gambar 'candid' (tak de dalam blog nih...saja tak nak upload..) dan gambar permandangan di HCMC dirakamkan sepanjang dok sana selama 3 malam 4 hari....

Chap3: HCMC




Datuk bandar Ho Chi Minh zaman 1800an mesti rasa bangga (kalau dia masih idup lagi la), sebab "proposed town planning " dia terbukti berjaya mengekalkan 'ketinggian' dan 'kehidupan' pokok hutan tersebut di dalam bandar .......


Thursday, February 19, 2009

Chap2 :HCMC

Bersungguh dengar cite minah salleh nih..(sweeden) yang suka merantau (yang tinggalkan laki dia kat kampung sweeden tuh..ala, yang depan rumah dia ada tanam pokok cili ...ala, takkan tak kenal..heheh..merapu la..) ..Sempat promote suruh dia datang ke malaysia pas gi vietnam nih...bagitaula tentang KLCC, KLIA, F1, F2, F3...bla...bla....



Salah satu perangkap yang dibuat oleh pihak askor Vietnam untuk meng'cover'kan diri dari askor Amrika.

Salah satu lubang keluar dari terowong yang dikatakan berskala kecil, tapi mat saleh nih boleh aje kuar...



Mamat ni namanya 'Duke', ketua pemandu pelancong yang beriya-iya menceritakan kedudukan terowong nih...dan kita beriya-iya tak paham sebab dia guna bahasa omputih dialek vietnam....
sekali pandang macam main kat pool table je mamat nih...hek
Separuh hari ke Chu Chi Tunnel...melihat kesan sejarah peperangan antara Vietnam dan 'Amreka'(America)..sory la tak ber'ilmiah' sangat tentang sejarah peperangan nih. Cuma tak leh bayangkan diri sendiri berada di waktu tersebut...sah2 tak survive langsung

Chap1 :HoChiMinhCity,Vietnam




Lukisan yang dijahit (bukan dilukis) dengan jarum dan benang....





Feb 6, 2009 : menjejakan kaki di bumi venice... ehh..perasan laaaa..bumi vietnam...tiba dengan pesawat MAS kali nih dengan rege tiket gi balik RM400/pax..(tapi kena la booked awal 6 bulan sebelum...huii)
Ben Thant market - tempat membeli belah yang popular di kalangan pelancong. nak jumpa orang Malaya senang bangat di sini...cuma nak tegur atau tak je depa nih...kekadang ada yang belagak tahap cipan...padahal setakat gi melancong vietnam, merasa guna duit USD, toksah le nak belagak, ntah apa2 la maknusia macam nih..(ek..emo la pulak..sori)..
Bebalik pada citer bejalan nih...penjual sini agak garang orangnya...nak mintak diskaun, kita kena berdiplomasi tapi kalau dah nego, pastikan barang tu dibeli..karang tak pasal depa leter bahasa ibunda depa....(walaupun tak faham tapi ekoran mata diaorang tuh....menusuk kalbu weh...), pas beli cepat je la beredar gi tempat lain .