Friday, February 21, 2014

Queen Of My Heart

Salam Penghulu Hari buat semua 
aritu wa ada janji nak wat entry khas 
untuk arwah mak wa.

susulan dari entry SINI....

asal kisah...mak cuma demam...panas kepala...
dan bermulanya infection di telinga mak...
kurang pendengaran. 
di kala ini..mak masih mampu makan..bergerak..membuat kerja

Bulan Disember 2013, hampir tiap-tiap hujung minggu wa balik tengok mak
masih tiada kurangnya demam
dan mak mula demam malam
Mujur adik wa cuti sempena cuti sekolah
maka adik banyak memantau demam mak.

Masuk minggu ke tiga, wa terus bawa mak ke KL
dari kampung di Melaka
supaya wa boleh menjaga mak
dan juga 
mak boleh duduk sementara di rumah adiknya di KL


berat dan ringan beban...
 wa dan adik dan saudara mara rapat 
saling bantu membantu
ikut daya masing-masing

mak ditempatkan di Hospital Putrajaya
selepas seminggu di rumah adiknya
tiada kurang demam
makin bertambah melarat.
wa dan adik silih berganti menjaga mak


sesambil itu
wa 'cross-checked' dengan seorang kawan alam maya
yang baik hati
*you know who you are Puan DoktorS*
selepas dari Hospital Putrajaya
kami bawa mak pulang ke rumah adiknya di Shah Alam.
Dekat dengan tempat wa cari rezeki
balik dari pejabat terus ke sana
malam berjaga sebab mak tak boleh tido
dan akhirnya...
Jumaat jam 12.30mlm 
wa bersama adik dan adik ipar
hantar mak ke wad kecemasan HUKM
kami berkampung sehingga jam 8.30 pagi

Di kala 5 pagi (lebih kurang)...wa dipanggil oleh doktor yang bertugas
tentang keadaan kesihatan mak
dan wa dok temankan mak di dalam wad tersebut
dan juga di saat itulah mak berkata...

"Na...lepaskan mak na...mak tak larat rasa sakit macam nih..."
"mak..sakit nih penebus dosa mak...bertahan mak eh...doktor tengah cuba tuh"

wa tatau datang mana ayat wa sebut..tapi di kala ini....wa dah mula rasa lemah..dah longlai ...
ish..jangan plak wa yang tergolek di sini...
bertahanlah...

Jam 11.30 tghari mak dibawa ke ICU RENAL 
(mujur ada katil kosong..kalau tak...lama lagilah mak dok di wad kecemasan tadi)

untuk dialisis buah pinggang
dan untuk ditambah darah 
(low blood)
dan juga dirawat jangkitan paru-paru 


sementara menunggu doktor yang merawat mak membuat analisa tentang mak
wa dok kat ruang tamu...melihat sekumpulan keluarga yang mula sedih...
ibu mereka adalah pesakit sebelah katil mak
sedang nazak

dan pabila doktor panggil wa untuk tandatangan borang
bagi menebuk pinggang mak untuk dialisis dengan segera..
dan memberitahu implikasinya yang sangat sangat sangat risiko
wa...tandatangan borang tersebut...
keluar dari wad
dan terus
termenung 
dan 
automatik...
menanges
....seorang diri....

sambil dikelilingi ahli keluarga orang lain yang sedang bersedih juga atas ibu mereka 
yang sedang menerima rawatan yang sama macam mak wa

Jam 1.30petang dan sehingga 7.30 malam
keluarga, saudara mara, semua tiba melawat mak
wa dah keletihan ketika itu
dan kami balik tido rumah mak saudara
sebab pesakit di ICU Renal dijaga oleh staff nurse dan doctor

Esoknya Ahad...
waktu melawat yang meriah
dengan saudara mara yang datang ziarah
mak boleh bercakap
boleh dengar kami bercakap

Isnin 30 Disember 2013
wa ke pejabat sementara ...walaupun wa cuti sebenarnya
tapi desakan kerja..tetiba wa terlajak dok di pejabat sehingga jam 4 petang
dan wa terus balik Bangi
dan membeli buah kiwi yang dipesan oleh adik
nak disuapkan ke mulut mak

Di kala wa solat magrib..kedengaran bunyi hp
ok
wa mula hilang tumpuan solat
selesai solat..wa cepat2 menalipon adik
"kak...mak panggil akak....mak cari akak..."
wa terdengar suara mak sayup antara dengar tak dengar di belakang adik
"adik..pegang tangan mak...kata akak on the way"

Gegas terus ke HUKM dari Bangi
"akak..heartbeat mak dah mula perlahan"
wa terima panggilan tersebut semasa atas jalanraya.
AES? Speed Trap?
wa dah tak kisah

setiba jam 8.30 malam...adik di luar wad...
CPR pertama dilakukan, sebab dengupan jantung mak jatuh ke 0

wa disuruh baca Surah Yassin...tapi wa tak mampu ketika itu
dapat diselamatkan...
tak lama kemudian
kali kedua
dengupan jantung mak jatuh ke 0 lagi sekali

kali ini agak lama
dan

message kepada kawan wa DrS


bermulalah status ini....

dari kawan-kawan rapat

di Instagram

kawan pejabat

kawan luar pejabat
beliau pernah jumpa mak wa di istana negara semasa wa bawa pi melancong...

entry di SINI

sepupu wa

dan sepupu wa yang lain

iya...arwah mak wa sangat suka guna kalendar kuda
untuk catatan harijadi 


dan rentetan ini berlarutan ....


juga ucapan takziah dari kenalan seberang lautan...


perginya seorang jelitawan

wa tertido semasa menunggu untuk memandikan arwah mak
wa terdengar suara mak
panggil..seolah-olah macam ada kenduri..mak suruh siapkan pinggan mangkuk bawak keluar
nak hidang...
macam biasa..kecoh-kecoh kenduri..
tak sampai 10 minit wa tersedar..
jenazah mak telahpun sedia untuk dimandikan

basah kain basuhan untuk mak
sama basah
dengan muka wa oleh air mata





iya...wa mesti teruskan apa yang mak wa selalu lakukan
bila wa balik kampung


ada kalanya wa tersenyum 

untuk kali pertama tak silap wa...
pihak pengurusan pejabat mengerjakan solat jenazah Ghaib
wa terharu...



dan ini buku yang terakhir arwah mak baca


arwah mak ada diari.
tulisan arwah mak memang cantik

dan di kala ini
arwah mak mula sakit demam
dan terhentinya isi diari di sini.

wa selongkar
terjumpa duit dari gaji pertama wa dapat
wa bagi kat arwah mak
rupanya arwah mak simpan
sahaja....tak digunakan......


buah kiwi yang tak sempat dijamah


raya tahun 2013...wa jumpa gambar nih
wa pakat adik beradik
susun kembali dan bergambar

dan ini adalah Raya terakhir dengan arwah mak
rupa-rupanya
entry boleh baca di SINI


arwah mak sempat melawat abang sulungnya yang juga uzur
semasa arwah mak sakit di HUKM, pak long datang melawat...dengan bantuan kerusi roda

peringatan: tak semesti yang berusia yang akan meninggalkan kita dulu...
manakala..
yang muda tetap tidak dimamah usia...
(talking to myself) 

dan kali terakhir wa sambut BIG 40 bersama arwah mak

entry di SINI

yes...indeed a true phase


Travelholicawsome datang ziarah pusara mak-thanks korang!!
having say that...
with family with me
with relatives with me
with friends with me
I'm been blessed

walaupun pergi Tesco pun wa boleh nanges

Hit me hard to get along without the love one


Redha dengan ketentuanNya
wa kena lalui
dengan tabah
*selalu jugak kecundang tumpah air mata dikala sujud*


as always
no doubt about this

Al-Fatihah to my mom
Puan Noor Rahmah Hj Mohd Shariff
maaf kan anakanda mak.... panggilan mak yang terakhir...tak sempat anakanda nyahut...

adeh..
pedih mata wa..





36 comments:

Supermeng Malaya said...

Al Fatihah.

Ann said...

pedih juga mata sy kak..pagi dh merah mata bace entry kak ni...

berat mata memandang berat lagi bahuyg memikul..tp sy tau akak strong!sy doakan arwah ditmptkan dlm golongan yg beriman..

Dr Singa said...

* nangis*


al fatihah untuk Arwah Makcik Rahmah..

SuzieLAWAti said...

Al Fatihah buat Mak akak...

semoga arwah di tempat kan dlm golongan yang ber iman... dan di berkati Allah...

akak memang sangat tabah.. ;)

DJ said...

Al-Fatihah...moga akak terus sabar...

Kay said...

**nangis teresak-esak**

sayang mak dunia akhirat...

semoga mak akak diampunkan dosa, diringankan seksaan kubur, dan bersama dengan orang-orang yg dirahmati Allah... aamiin

kak, nak tanya, mak akak sakit apa?

Anash said...

Supermen Malaya,
terima kasih atas doa dan ingatan...

Ann,
pi basuh muka. karang orang tya plak nape mata merah

huhu

thanks dik..akak harap begitu juga.


Anash said...

Dr Singa,
*hug you tighter*

thanks awak for the help
and the doa as well


CikPuanLawa,
thanks dik. harap juga akak tabah sebagaimana disangka kan.

*hug you too*

Anash said...

DJ,
thanks dik.
perlu sangat kesabaran tersebut


Kay,
*nak tisu...tarik nafas*

amin and terima kasih atas doa yang panjang .
Mak akak kena jangkitan kuman di paru-paru dan kerosakan buah pinggang.

Mie said...

Ai-Fatihah buah arwah mak Anash...

Biqque said...

moga arwah mak2 kita tenang disana dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin.

Nanatron said...

saya pulak yang sedih *kesat mata


Al-Fatihah..

Hafiz Yusof said...

Air mata hampir menitis bila membaca N3 akak ni...

semoga arwah ibu akak ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..ibu akak amat bertuah kerana dikurniakan anak yang solehah seperti akak..insyallah..

Al-fatihah
Maaf sbb saya tak dpt mengunjungi akak ketika akak memerlukan sokongan rakan-rakan...semoga akak tabah menerima ujian Allah ini...

Hafiz Yusof said...

Air mata hampir menitis bila membaca N3 akak ni...

semoga arwah ibu akak ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..ibu akak amat bertuah kerana dikurniakan anak yang solehah seperti akak..insyallah..

Al-fatihah
Maaf sbb saya tak dpt mengunjungi akak ketika akak memerlukan sokongan rakan-rakan...semoga akak tabah menerima ujian Allah ini...

Unknown said...

Al Fatihah.. :(

mrs said...

Tak mampu tahan....akhirnya tumpah juga airmata nie *sebak

Moga akak terus kuat, walaupun kadang-kadang tewas juga dengan perasaan sendiri....stay strong ye kak! *hug ketat-ketat

Al-fatihah untuk arwah mak akak, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

PM said...

Al-Fatihah...

Takziah k.anash, moga tabah dengan ujian-Nya itu

Jari Manis said...

Sambil baca air mata menitis tanpa sedar alfatihah buat beliau dan semoga arwah bahagia d sana aminnnnn alfatihah

Sesungguh nya syg kpd mmg mak tiada tandingan nya

shah_rule said...

orang yang membaca pun boleh nangis ape tah lagi si penulisnya..

takziah kak anash,
be strong

Anash said...

Mie,
terima kasih atas kiriman doa itu



Biqque,
aminnn...sama-samalah kita doakan yang terbaik buat kedua-dua arwah mak kita...

Anash said...

nana tron,

sabar dik..

thanks for the doa...


Hafiz Yusof,

tak pe...iringan doa dan ingatan pun dah cukup bagi akak di kala ini
Semoga akak tak tersasar dari landasan menjadi insan baik..
Tegur akak jika ada yang 'tak kena' eh...

thanks dik

Anash said...

chawanNa Na,
Thanks Na...*hugs*


mrs smile,
akak baca entry nih pun tah bape kali tumpah 'empangan air mata'

pedih gak mata

*hug back to you*

thanks for the doa dik!!

Anash said...

PM,
terima kasih dengan doa dan ucapan tu
iya..semoga berolehi kekuatan selepas ini


JM,
kasih ibu sampai ke Syurga.
kasih ayah membawa kita ke pintu syurga..

thanks JM untuk doa tersebut.

Anash said...

Shah_rule,

terima kasih dokte..
semoga kita tak leka dengan tanggungjawab kita pada kedua orang tua...

*bagi tisu kat org JB*

Time Traveller said...

Al - Fatihah.. moga doa untuk ibu akak sentiasa dikirimkan.. saya doakan moga roh beliau di tempatkan bersama2 golong orang bertaqwa dan para syuhada dan para ulamak amin..

Pape pun akak kuatkan semangat.. yg hidup kene terus kehidupan.. moga peringatan ini kita semua amik iktibar..

Nanti makan roti jala sama2 :D

Lily Riani said...

I can understand kak, sebak baca.

My late dad passed away lepas seminggu deman sebab ada virus dalam otak (6 yrs back). sudden death.... The pilu will never go-away kak, never. Sbb tuh kalau orang cerita parents meninggal I will walk away, takut nangis. and i am never good with words bila benda cam ni jadi... but i truly understand.

Unknown said...

tetiba ada staff dok buat rajin, tumbuk bawang dalam opis pulak! aiyork!!

al-fatihah ya akak ..

EijA:) said...

al-fatihah~~
moga arwah mak k.anash ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.amin

Ren said...

Sambil baca tetibe nanges teresak2... nasib baik dah kunci pintu kat opis ni..

Al fatihah untuk arwah mak akak.

Anash said...

Time Traveller,
thanks dik for the doas...
hanya itu yang akak termampu buat setakat ini-doakan yang terbaik untuk arwah mak akak....
dan juga
kuatkan semangat yang kadang2 pudar dimamah ujian...

huhu

roti jala? jgn lupa janji tuu...


muhammad Taufik,
terima kasih kerana kunjungan anda.



Anash said...

Lily,

we have the same feeling and same sadness story..hope we can face the world ...

the sorrow will never be faded away...
thanks lily..

shafiq solihin,
staff opis nak masak sambal kot?? tu yg tumbuk bawang...*mata merah tak?*

thanks dik...

ren,
betul dah kunci pintu??
tuu..sapa bukak pintu tu???

thanks ..dah jgn sedih eh..karang akak sedih balik...



Time Traveller said...

janji " jom makan" tapi siapa bayar tu nanti la yer hehee :D

K keep strong and brave kak :D

Time Traveller said...

janji " jom makan" tapi siapa bayar tu nanti la yer hehee :D

K keep strong and brave kak :D

Anash said...

Time Traveller,

thanks dik..sedang kuatkan hati nih


jom makan???
(tang belanja..no problem)

Don't Afraid to Try said...

kak anash,

maafkan sy br godek2 blog akak...semoga arwah mak akak ditempatkan di kalangan org yg beriman...

Anash said...

Dont Afraid to Try,
thanks dik. no worries. sedang bina semangat sket-sket..

Amin...