Sunday, November 25, 2018

NEPAL : 2nd Day - Pashupatinath Temple, Boudhanath Stupa and Monkey Temple

berlokasi di sebelah Sungai Bagmati....
tempat ini adalah tempat suci bagi penganut agama Hindu
Selepas bayar NPR1000 sebagai tiket masuk 
ke kawasan tapak UNESCO ini...
wa dan travelmate pun berjalan ..dengan iringan polis pemandu pelancong

inilah tempat di mana mayat di bakar...
dan abunya ditolak ke dasar sungai...
.
.
.
sungai tak berapa nak dasar sangat 
.
.

 masa wa sampai ...ramai pulak mayat nak dibakar...
wa bole nampak satu satu proses pembakaran mayat ini.
dari yg susun kayu (paling kanan),  yg dah letak mayat dan baru nyala api...(yang tengah),
yang bahan kayu tengah membara (paling kiri)....

dan juga nampak yang dah abis bakar....pekerja ambik penyapu....
sapu bara dan abu masuk sungai
dah
selesai
.
.
.
errr..

 kelihatan beberapa kumpulan keluarga yang datang
wa dok belah sini
bau mayat terbakar?
wa tak sempat nak bau...
heheh

(tahan nafas...)



kami bergerak ke atas lagi
sesambil memandang ke arah seberang sungai


yang nih..kami duduk dan lihat
rasanya nih keluarga kasta tinggi
mendiang dibaringkan kaki julur ke sungai.
sambil ahli keluarga yang lain 
ziarah, cium pipi, letak bunga untuk kali terakhir
tunggu yang lain-lain datang 
sorang 
sorang
pi jumpa sat saudara yang kehilangan nyawa nih


wa bingkas bangun bila pemandu pelancong ajak tengok 
tempat lain 
dia bosan kot
hari-hari nengok mayat bakar bila dia kena bawak pelancong ke sini


kami dibawa ke tempat paling suci oleh penganut Hindu di kawasan Pashupatinath Temple ini
.
.
.
tu dia
nampak tak
lembu emas
.
.
eh
patung lembu emas

   

so, tinjau dari tahap ini sahajalah kami bole sampai
.
.
kat sini
kami disapa oleh pelawat tempatan 

"bro...bro...abang..abang..."
kami berpaling 
"dari Malaysia ke ?"
2 orang mat Nepal tegur kami
.
.
"ha a ..."
(takkan nak ngaku..no..we from hengland..yu know..hengland...not huawei..)
#tetiba
"oh ..kami pernah kerja sana 2 tahun..Malaysia bagus..."

sambil tunjuk jari 'thumb-up'

"oh..haha..tak nak datang lagi kerja sana?" kami bertanya

"kalau ada chance..mau juga.."

kami pun babai mereka selepas kami sign autograf kena tolak oleh peminat ramai nih dan meneruskan perjalanan kami balik ke kereta.

Nampak banyak lembu sana sini
dan juga
burung merpati

Selepas kita ke kawasan Hindu...
ayuh kita
ke kawasan Buddha pula

ke manakah?




The famous big Stupa
dikenali sebagai
Boudhanath Stupa.

Dikhabarkan Stupa paling besar di dunia...

 ayuh kita lihat sekitar kawasan nih
ada gerai jual cenderahati
jom la naik rooftop...minum petang
dari situ leh nampak 'bird eye view'

 "Im watching you"
*letak dua jari kat mata...pastu tunjuk 2 jari ke hadapan*
sambil kunyah french fries....

sesekali nampak kapalterbang lalu atas Stupa nih

dah isi perut lebih kurang
kami turun dan sambung jalan jalan
nampak ada yg bermeditasi
ada yg dok mcm yoga
ada yg baca mentera

kawasan nih lagi bersih dari yang tadi
masuk pun murah....NPR150 je

pun merupakan tapak UNESCO dunia

apa nama nih?
dok ghalit nengok deme pusingkan roda 

sentiasa berpusing 


ayuh...

kita ke destinasi terakhir untuk hari ini
iaitu MonkeyTempe
ehh
Tempe pulak

(Sedapnya makan tempe goreng kunyit panas panas)

Monkey Temple


 di sini
kami nak lihat matahari terbenam
katanya lawa

 sementara tunggu waktu tersebut
ayuh kita kira monyet yang ada
satu
dua
tiga ratus
empat
lima...

pas lima..?


ini adlah dinamakan group photo


 monyet nih tidak agresif
tapi
berhati-hati lah dengan barangan anda
once broken consider sold

eh?


 tapi kan
kita merancang
Allah tentukan

tak de sunset yang lawa....
sebab...tuuu...
jerebu je???
 jom aa balik
sakit lutut panjat anak tangga nih
arghhh


dan malam
kami makan nih
sedap oit
nama kedai?
tatau hahahahahahahaahha
hampeh punya info


esok pagi kemanakah kami?



Sunday, November 18, 2018

NEPAL : 2nd Day - Durbar Square & Thamel

Bersua lagi kita di arena blog ini
meh throwback sket gambar di KLIA masa beratur dengan mereka-mereka yang nak balik kampung


(masa nih buat muka toya sebab pelik nampak sorang budak pompuan terselit beratur kat sini..mesti netizen kata...."eleh..ikut pakwe nepal le tu balik jumpa bakal mak mertua kenal kenal...")

ada wa kesah?

(sambung buat muka sombong)


Sejejak nya kaki keluar dari bilik sewa, kami ke pejabat tourist guide kami untuk berbincang dan bayar package yang bakal kami dapat dari service beliau nanti.
jalan kaki je ke pejabat beliau 

malam , kami pi kedai makan (nama dah lupa)
terjumpa sekumpulan otai hikers baru balik dari Annapurna ? ke ABC? ke ntah...
deme sembang baikkkk punya kencang tentang trip hiking mereka sana sini
wa senyum je
sama dengan teammate wa
kami meng-iyakan sahaja
kegagahan mereka itu
(wa pun tak gagah...so..dendiam la ko..jangan nak menyampuk )

tapi teammate wa tak berapa nak suka dengan gebang mereka
.
.
biarlah ..lantak la..janji memasing selamat pergi dan balik dalam setiap aktiviti hiking mereka.

wa nak hiking?
.
.tak do dah...sey ponek...
eh
..
.

Keesokan harinya
Hari Ke Dua 
   


 jom jalan jalan di Thamel Square

 pelbagai hasil kraftangan dipamerkan

 rutin harian mereka pagi pagi
berniaga


iya..malam ke dua kami jumpa kumpulan para medic dari Mercy Malaysia
adik adik nih bagus...
helok je tuturkata 
hakak bagi satu 'like' kat IG klu ko bagi IG account kat akak 

pendekata ..kedai nih memang rata-rata orang Malaysia akan datang makan di sini
(but still..cant recall the name of that restaurant...cis cis..short term memory tul laa)



 tadi citer makan malam...
lupa nak citer sarapan pagi
nih haa...best makan kat luar sambil cakap ...molot kuar asap sebab sejuk

 makan bawah pokok cenggini adalah best untuk diri ini
tatau ..suka nau wa dengan pokok buah
aaaaaaa......
(tenung balik pokok buah nih)

 nama kedai?
haa tu ada tulis ...mujur dlm IG ada
heheh
oh ya...
entry Nepal kali ini banyak guna gambar IG dan gambar ehsan travelmate kali ini
sebabnya
gambar banyaaaaakkkkk dalam ipongsik...dan
ipong itu dah crash out tak bley detact gambar
(nanges tanpa irama)
dalam kamera pun sendu sendi je stok yang ada
jadinya..bertabahlah..mujur kamera travelmate mahal..maka gambar dia pun kebabomlawaoittt
hahahahah
(tak jadi nak nanges lelama)


dah kenyang? ayuh kita mulakan perjalanan



stop kami yang pertama
Kathamndu Durbar Square
dan di sini ada Hanuman Dhoka Durbar Square - merupakan muzium istana diraja
Hanuman : "Hindu Monkey God"
Dhoka : "Door".

apa lagi
(sambung baca wikipedia)


 2015, ada gempa bumi melanda
maka
ada bangunan x selamat dibuka untuk orang awam dan pelancong
.
.
kami ambik gambar jauh jauh
tapi ada juga yang kami berani ambik gambar dekat dekat
(mcm dekat di hati awak...cia cia cia......)


#tetiba? nak cia cia pehal ko?


 dalam tu ada gambar setiap muka raja
seram gak
dah macam
deme-deme pulak tengok kita datang

 nih bukan raja Nepal
mahupun pemaisuri Nepal
.
.
.

 best kan...
ada tukang hambek gambar professional

ko sua je muka
dia tolong hambek kan

hahahahahahah
suka suka suka hakak klu macam nih

(dik..ko delete mana-mana gambar  yang nampak akak gemuk eh?)


 puas jalan dan ambik gambar
kami ke sini
masih dalam kawasan Kathmandu Durbar Square

 antara view yang popular di sini
nampak panas
padahal
sejuk wehh


beburung bertebangan
sana sini


jalan dan jalan 
ambik gambar dengan henpon
(pastu.... x de gambar dah dari henpon tu....hahahah padan muka ko)
.
.

Next ..kita ke mana?
haa
kali nih kita pi jauh sket, kena naik kereta.
pemandu pelancung dah tunggu untuk kami ke....


sini
tengok deretan mayat dibakar
di mana?
best ke?
 tunggu kesah selanjutnya
heheheh

Tuesday, October 16, 2018

NEPAL : Pre-Travel Story (lagi)

sambung lagi
kesah demam campak tak abis citer 
(ni bila pulak masuk "Yeay..dah sampai Nepal" nih?)
.
.
Selepas 19 hari tak masuk pejabat , hari ke 20 wa jumpa ada seorang Dokter Cun 
(tetiba bodek cun? dah kenapa?)
Sebenarnya plan ke Nepal adalah plan rahsia
tak ramai yang tahu
(rahsia la sangat..kan dah kena demam macam nih ..padan muka ko)

So, dengan Docter Cun nih la wa pun bagitau nak pi Nepal
dan meminta pendapat 
adakah wa dah fully recovered dari virus cinta chiken pox nih?

"OK dah nih kak..bole dah naik kapalterbang. Akak nak saya buat surat medical kata akak sihat?"

"haish..tak yah la dik. Karang helok2 bole masuk negara orang..tup tup kena tahan sebab kan surat medical tu...tak pe tak pe...Thank you very much for the concern.


Aribaa....let's go to Putrajaya
.
.
.pulak?
bila nak pi Nepal nih?
.
.

pasport ....dah mati..kena la hidupkan balik
.
.
(ramai pulak org Nepal kije kat Putrajaya nih)

 ok dah dapat pasport.
(seharian jugak di sini...bole pulak lagi 2-3 org depan ko..tetiba off-line?)
Off-Line!!!!
sabar...banyak sangat la rintangan
Tu la yang tetiba dapat 'Kaunter Khas' (sila rujuk gambar di atas) gara-gara mereka nak cepatkan proses baharui pasport....hehehe

tiba masanya....
Flight adalah waktu 10 pagi (rasanya la) dengan Malindo Air.
Disebabkan adik wa punya kawan kerja bahagian 'check-in' Malindo Air, beg wa aje yang dapat Business Class Priority Tag...dengan alasan, di airport Nepal, selalunya beg tiba lewat di ruang conveyer belt tu, kecuali yang ada Business Class tag.
Bole laaa....dah bersyukur sangat dah tu..dengan dapat 'jump que' check in...
ergh..sysss...syss...
untung le beg wa dapat 'kelas perniagaan'

Nengok jam..ada lagi 30 minit ...ok jom jalan santai di KLIA.
setibanya Boarding Gate...tu dia...semua rakyat Nepal yang berjemaah balik kampung.
Beratur panjang sebab...memasing nih nak kena buka tali pinggang la..dengan beg lebih dari 3 la, dengan nak buka jaket la, dengan dok selfie sana sini...

ko?

(beratur dengan senyap...senyum tak, gelak pun tak..muka..er..neutral..)

secara rawak (wah bahasa matematik), wa nampak ada 4 org Malaysian (india lelaki 3, cina 1) dan rasanya deme nih dok Business Class.

Wa tengok pulak warganegara Nepal nih...ada 2 org perempuan di kalangan ramai-ramai tu.

Budak pompuan melayu? Ko sorang je terhegeh-hegeh nak pi Nepal...
hahaahhaahah
rasanya kalau flight hari Jumaat ke..mesti ada nampak muka-muka pelancong.
nih wa ambik flight hari Rabu..?
.
.
.
.

(garu bekas chiken pox)

Naik flight pun satu azab.
tak seazab Supermeng Malaya yang ada 'technical problem' pada flight beliau naik ...
(motif petik nama beliau di sini?)

beli tiket dapat duduk sebelah tingkap...bole pulak seat ko ada warga lain duduk sambil tengok-tengok luar tingkap?
Wa 'eksuiseme' kat dia, sambil tunjuk tiket wa...
.
.
'
"yu getdau from my sit!!!!!Now!!! I dun care..now now!!!" wa jerit histeria sambil pukul-pukul kerusi...
.
.
.
.
.
.
.
malangnya insiden tadi tu tak pernah terjadi
.
.
mamat tu bangun dan duduk sebelah. Kira beranjak satu seat
Tapi masih lagi dok sebuk tengok tengok luar tingkap wa...
hoii ko dah kenapa nih ???
tak pernah tengok tingkap kapalterbang ke???
.
Hangin jugak wa, sambil tengok kekucar-kaciran yang lain-lain dok berangkat beg besar letak atas compartment bagasi....
dengan pramugari pun pening dok suruh ...."please give way, please seat, "
.
.
Tetiba datang pulak seorang mamat Nepal...dok tunjuk pulak tiket dia...
tapi pada mamat sengal la..bukan kat wa.
.
.
.
Rupanya mamat Nepal sengal tadi dah salah baca tiket...
Seat dia sebenarnya sebelah tingkap juga tapi belah SANAAAAAAAA....
ibarat wa kat F..dia adalah A

aduiiiiiii...padanlah heboh naw nak tengok tingkap kapalterbang....
.
.
dan bertukarlah mamat Nepal lain yg dok sebelah wa.
Mujur yang nih mudahcara,...duduk je..terus nak tido.
haaa helok nih...

4jam 30 minit perjalanan ...wa tak tido sebab sibuk nak tunggu untuk lihat banjaran Himalaya...
nampak..tapi..disebabkan gambar tu ada dalam iPhone..dan iPhone dah crash abis data tak sempat nak simpan dalam laptop..maka..tak de la gambar banjaran tu dalam blog nih...
.
.
.
hahhahaahahahahahaahampeh.
.
.
..
(nanges)

so bertabahlah eh korang yang membaca blog nih kalau tengok gambar tak lawa...sume ambik gambar dari instagram. Tapi bila ada gambar lawa semacam tu...credit to my 'teamtravel'.


nih gambar dari instagram tapi ambik guna kamera
hahah
teruk betul kan nak up blog kesah Nepal nih
.
.
Bila dah nampak bangunan macam ni
maksudnya
dah selamat melepasi gaung / jurang / banjaran yang ada di sekeliling kawasan epot Nepal

Antara runaway yang paling pendek, maka, kami selamat mendarat di epot Nepal.
selepas 5-6 kali kapalterbang buat pusingan....
ala-ala macam burung helang nak mendarat atas air tangkap ikan...
kan pusing-pusing 
.
.
dalam kes nih , kami tak mendarat atas air.
.

Sekali lagi..azab nak keluar dari kapalterbang...
.
.
Sebaik saja roda kapalterbang cecah landasan, masing-masing dah heboh bangun ambik beg, betulkan baju, betulkan rambut, betulkan urat tengkuk.... Yang ON handphone pun ramai.
Wah..banyak meriah korang sume eh??

"Please be seated...please be seated..please be seated" bunyi suara si Pramugari yang masih duduk di tempat tapi geram memandang 'klien' yang tak sabar-sabar kuar kapalterbang...
.
.
.
.
"SILA DUDUK!!!!!!!!!!! DUDUK SEMUA!!!! JANGAN BANGUN!!"
jerkah si Pramugari tadi yang mulanya ayu
dah tukar  garang
.
.
.
Sume pakat duduk 
terus diam
.
.
.

La, faham bahasa malaysia rupanya
bahasa omputih deme tak faham
(masa nih wa tahan gelak)  
.
.
.
(sambung garu kudis ciken pox kat hujung jari)

Wa tunggu semua turun dulu..baru la wa bangun ambik beg.
"Selamat datang ke Nepal Puan" kata pramugari garang tadi dengan lembutnya
Wa senyum
 "Good luck" wa balas

*pehal ntah ko nak good luck kan dia? 
apa-apa lah.

OK sekarang it's all yours.
Berdebar nak tempohi epot Nepal sensorang
.
ooo naik bas shuttle ke epot dari kapalterbang...
memandangkan wa yang terakhir keluar dari kapalterbang
maka
wa org yang pertama keluar dari bus shuttle tersebut 
sebab dapat berdiri depan pintu keluar bas tadi
.
.
jalan tak pandang belakang ala-ala lari lari anak...
sebaik sahaja masuk bangunan epot itu
mata melilau baca papantanda
.
.
ok buat Visa On Line
dengan adanya 4-5 buah kiosk..maka memudahkan anda buat Visa
.
.
Serabut tak faham dengan cara guna kiosk ini?
akan ada mereka staff airport yang sudi membantu
mereka akan tunggu di sebelah anda sambil pastikan anda berjaya lulus 8A dalam SPM dapat Visa
.
.
wa berjaya, anda bila lagi?
(tetibah)
.
.
Pembayaran VISA melalui kaunter selepas anda berjaya dapat visa tadi
ada staff bole cakap Bahasa Malaysia
wah, nampak sangat dia pernah kije di Malaysia
katanya,
bole bayar dengan matawang USD atau RM
wa bayar USD sebab bila kira balik, RM jadi mahal
Staff tu siap bodek kata duit RM lawa..warna warni la...
eleh
nak duit wa le tu
no 
no
ambik nih USD
dah 
.
.
namastee...

Selesai je laluan kaunter kastam, maka wa pun dapat SMS dari 'travelteam' wa yang dah tunggu di luar airport. Memang betul, beg wa sahaja di conveyer belt manakala yang lain-lain sedang tunggu beg deme tak keluar-keluar dari perut kapalterbang
tatau la memang mcm nih ke atau beg deme besar-besar dan berat maka lambat la nak sampai ke conveyer belt tu
.
.
(tarik beg troli dgn tag sambil kembang hidung dengan riak)
(sempat flip tudung)
(garu kudis jari kanan)
.
elok pulak masa wa keluar dari bangunan epot tu 
ada crew TV mana ntah tengah buat shooting filem
.
.
.
mm... masuk pulak muka wa dalam drama tempatan derang 
.
.
(apa nih? apa nih? no press..no media..no no...)
.
(tutup muka dengan sokabar Tamilnesan)
.
.

Pic : Credit to Ajip 

yes..akhirnya wa reunited dengan teamtravel wa
eceh
reunited kunun
.
.
muka parut chiken pox tak leh blah nak jugak pi Nepal
.

ayuh kita 

Pic : Credit To Ajip
ke manakah dulu?

tunggu kisah selanjutnya...


Hambek haaa kisah nak ke Nepal pun ambik satu siri..
bertabahlah kalian.
.
.

Monday, October 15, 2018

Nepal : Awal Kesah Pre-Travel

Assalamualaikum.
Pembuka  bicara
(berdebar nih nak update..sebab dah 3 kali draft tetiba bole hilang draft tu walaupun dah 'saved'...)

Bismillah...
.
.
Blank dah hahhaah...ok ok kita mulakan ...

*********************************
"Assalamualaikum kak...nak pi Nepal tak?"
"haaa?"
"pi Nepal..NEPAL..nak tak?"
"err..bukan ke A*** nak pi hiking sana? "
"haa..pas saya balik hiking, ada masa lagi ronda Kathmandu. Jom la..sementara saya  ada di sana. Akak pun tak pernah sampai Nepal,kan?"
.
.
rasa-rasa, bila ada orang sudi melayan ko?
.
"ok ..jom..tapi bole tak tolong belikan tiket pi balik?  akak bank in kan duitnya "
(see..punya la ngada kan? itu pun tak reti beli tiket Online)
.
sesungguhnya ..bertabahlah sapa yang kenal diri ini
hahahahha

"ok kak..saya belikan."

**************************
Kisah ini berlaku 1-2 bulan sebelum wa berangkat ke negara Banjaran Titiwangsa Himalaya.
Manakala 'teamtravel' wa bergerak untuk hiking seminngu awal sebelum wa ke sana.

Perfect plan pada mulanya.

Tiket flight : DONE
Insuran : DONE
Visa : ok buat di sana (VOA) Visa On arrival.
Pasport : err..perlu renew. tak pe sempat lagi.. 

Akan tetapi
ko pandai merancang
Allah Maha Mengetahui




wa kena chicken chop.
eh chop chop
chiken pox
hambek ko...usia 40an kena demam campak?
Mau tercampak sume plan





sapa ada pengalaman kena demam campak tau kot sengsara kena kuarantin.
Mujur adik cuti bulan Disember, maka dia datang untuk 'hangkut' akaknya yang dah terkulai
demam sendi bagai nih..balik dari Kuala Terengganu ke KL.

Iyela
wa kat Kuala Terengganu, sapa pulak nak nengok wa, jaga makan wa....hahahhaha
memang demam nih mencampak semua kekuatan wa...
huhu..

Apa kesah seterusnya?
dapatkah wa pi Nepal saat-saat terakhir ?
(sambil garu kudis ....)
tunggu kesah seterusnya
ahahhaahahahah
bersabarlah ..kesah Nepal nih akan jadi bersiri ...
(actually wa masih risau..nih tengah taip panjang-panjang..hilang balik draft wa...)



tunggu episod seterusnya.
janji
episod seterusnya takkan lama peram....

Thursday, October 11, 2018

Sila pilih


kan
sekali ko update
tetiba
ko rajin naw nak  update selalu?


nak minta pendapat
pilih antara satu 
nak baca kesah wa berkelana di ......



Padang, Sumatera, Indonesia..awal tahun 2017...


ATAU

kesah wa berkerjaya berkelana di ...


Nepal, akhir tahun 2017
.
.
.
.
.
nak yang mana satu dulu?


tu je

hehe