Showing posts with label Kobe. Show all posts
Showing posts with label Kobe. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

DAY 3 - Kobe - Kyoto

gigih la haiii wa nak updet citer Jepun nih cepat-cepat.
Bole ker abis sebelum habisnya tahun 2013?

Dengan nak updet kisah kenduri kawen kawan2
Dengan nak updet kisah kucing beranak pastu tak reti jaga anak
Dengan nak updet kisah pokok jambu wa yang berbuah rendang
Dengan ....haisshhh ...banyak sangat nak citer..dah kenapa kepoh semacam wa nih?
sume mende nak citer?

ok
jom kita baca kisah kami di negara matahari terbit 
iya
(sila hambek perhatian John & Janggel atas penggunaan iya itu)

Selepas bersarapan ala kadar di Hotel Capsule (makan maggie lagi?)
kami bergerak ke stesen keretapi

cantik kan lampu tuh? dah rupa orang berdiri
bersihnya jalan!!!



siang, baru la wa nampak papantanda hijau tu
malam tadi tak perasan plak...al maklum..banyak 'hantu' keluar demi halloween...

Dah beli tiket keretapi?

jom naik keretapi ini.
perjalanan kali ini agak jauh
dalam 20-30 minit kot???
ke mana?


permandangan yang boleh dilihat dari tingkap keretapi 
nih loji apa?
air?
kumbahan?
nuklear?
minyak?
batu arang?
batu kapur?
batu bata?
*sambung termenung*

kami keluar dari stesen keretapi, pastu naik subway (iya? ala..dah lupa...) kuar ikut lorong ini.. 
akhirnnya kami sampai
di destinasi
jalan punya jalan
aduihaiii....
jauhnya lorong nih!!!!
(anak tapir masih melekat di badan depan dan belakang)
masa nih wa dah mula rasa cam nak seret je kasut
atau nak tukar pakai selipar jepun


lorong tadi akhirnya mengarahkan kami ke 
sini!!! Bakpak Gion Hostel
nama kelakar
mudah ingat,kan?
salah sebut akan jadi cenggini

"apa nama hostel yang ko dok di Kyoto?"
"Bapak Giant Hostel"

kan???
sebut betul-betul...
BAKPAK GION HOSTEL
review dah dibuat oleh KakiBerangan..sila klik SINI

oleh kerana lum masa untuk check-in, kami tinggalkan 'anak tapir' susun tepi koridor
dan terus melompat kuar jelajah bandar ini

sebagai seorang blogger tersohor, beliau suka baca peta


dan wa? ikut je..jangan banyak songeh..kena tinggal karang, padan muka
dan sebagai ketua rombongan kali ini, mereka-mereka berdua sangat serius 
melihat peta dan henpon
demi memaksimakan masa yang ada
....apa?...
tak faham arah?   

"go staright..dont belok belok.."
tanya je la rakyat tempatan
payah sangat dok pusing-pusing peta tuh
heheh


KYOTO-here we come
berbekalkan masa 3 hari 2 malam
kami terjah bandar KYOTO pula

untuk kegunaan seharian, sila beli one-day-pass ini dalam harga 550 yen
sangat berbaloi
turun naik bas tidak menjadi masalah dalam tempoh satu hari  
tempat yang pertama kami singgah adalah NIJO CASTLE

dah beli tiket 600 yen
jom masuk 
tengok apa ada dalam nih


melintas tali air / parit

ada apa?


apa? ada shogun???
mana?
ada lagi ker shogun zaman sekarang???
replika shogun
sapa derang nih?


jom la kita mulakan eksplorasi di Nijo Castle
bunga kekwa yang besar
waaa...


OOTD wa untuk hari ini
Outfit Of The Day ..kata orang jawa
mari cari kekasih bernama 'shogun' ini

adakah beliau??


err... bukan kot...
iya
(tengok, penggunaan ayat iya berulang kembali)
mari kita masuk muzium shogun


di sini bermula kami kena buka kasut
demi menjaga kebersihan lantai papan istana ini
yang menarik, lantai papan istana nih berbunyi -bunyi bila kita dok jalan pijak lantai
bunyi macam...err...*squit..*squittt...*squittt....

*squit di sini bukan maksud sotong *

bukan macam bunyi  papan lantai kat rumah kampung yang biasa kita dok lompat lompat sana sini
(ok..yang lompat-lompat tu...zaman wa jadi kanak-kanak, suka lompat atas lantai papan)

berbalik kepada bunyi squitt tu...
katanya untuk mengetahui samada ada penceroboh datang masuk istana
pijak lantai papan
terus leh dengar bunyi tu
dan bole la deme tangkap penceroboh itu dengan berjaya..
sekian terima kasih

ini kami
bukan penceroboh citer wa tadi
hehehhe

sepanjang masuk istana, kami tak leh hambek gambo
tengok je
ada susunan patung zaman shogun
macamana rupa bila bersidang / bermesyuarat / bilik-bilik 'gelfren' shogun
sejuk je dalam istana tu 

eh..betul ke zaman dolo-dolo shogun ada 'gelfren' ? memandai je ko???(tetiba teringat citer The Last Samurai?)
lagi permandangan dari luar

selepas tawaf sekali istana ini,
kami pun keluar
di saat wa tengah dok terhegeh-hegeh sarung kasut berat itu
wa ditegur oleh seseorang
"Assalamualaikum..."
eh..ada orang Jepun muslim ker??? sebab sebelum tu wa dengar bahasa Jepun 
toleh...senyum..
"waalaikumusalam"....
dan kami bersalaman 
terus la jadi cenggini 


mereka juga bercuti bersama
mengejar masa mengejar tempat..ada banyak bandar di Jepun yang mereka hendak lawati
untungnya mereka...mereka pandai berbahasa Jepun

"k bai korang...esok sampai Malaya.. sms la wa..."
wa berpesan pada mereka
*dan kata dikota, 2 minggu lepas, mereka sms wa yang mereka dah balik Malaysia*
(thanks & welcome back)

  
pelbagai usia sebenarnya datang ke sini
ramai sungguh
ish tatau mana datang ntah

walaupun sakit lutut
masih gigih dengan semangat
untuk ke sini
*pegang lutut sendiri*

sesungguhnya kawasan istana nih sangat bersih
dan sangat cantik dengan pokok
dan juga landskap yang dijaga rapi

tadi kami masuk dalam bangunan tuuu...
besar..kan?

jom sambung jalan
nak cari pokok kaler kuning


nampak panas...tapi nyaman je


sebahagian dari bangunan yang ada di kawasan istana ini
hadoii..
besar pulak taman nih rupanya??


cantik je lumut bawah pokok

haaa..dah nampak pokok bercirikan kaler kuning / cekelat / oren itu

jom naik atas tembok ..lihat kawasan sekelilingggggg....
haiii semua pokok-pokok
I is like you alls!!!!
(genggam kamus dwibahasa) 


dah jom turun dari tembok tadi
dan terus berjalan

kalau la sume dah luruh?
pastu ada salji?
waaaa
henhauuuu!!!
eh..tu mandrin
kawaiii
*belasah je la ..*


dan kami pun keluar dari Istana Noji ini
dan menuju stesen bas 

sila tunggu dengan tabah
next destination is...
Kyoto Castle
hai..sume jenis istana nak terjah?

berjalan di sini

mmm macam besar aje?
larat lagi ker nak jalan?

jom la...

ternampak kanak-kanak sekolah lari merentas desa

petang menghampiri ke malam
ok..Kyoto Castle dah tutup rupanya
jam 3.30 petang kami tiba
jam 3.30 petang tu la istana ini ditutup
*hampa+baru perasan tak makan lagi?*

kami meneruskan perjalanan pulang ke Bapak Giant Bakpak Gion Hostel

wa sempat nengok nengok pokok nih...
ada apa?

kena bakteria pun masih kekal simpan dahan pokok???
wa musykil di sini
*sambil jalan sambil pikir*


setelah kami rehat seketika
di bawah pokok ini
dan terus bertanyakan arah naik bas di mana 
pada pekerja jual makanan-dah-tutup-nak-kemas-balik-rumah-makan-sushi
"tiket-tooo..anoooo..bas tooo...."
dok ber 'anooooo...anooooo' dengan kami pabila nak jelaskan mana arah 
kami pergi dapatkan perkhidmatan bas.


di kala ini 
5.00 petang
dan kami tiba di kawasan Gion, berhampiran hostel ..
dan kami meneruskan perjalanan 
demi mencari makanan
lapar wehh!!!! dah la sejuk...
huhuhu
*entry drama bersiri*

Sunday, December 1, 2013

DAY 2 - Kobe to Capsule Hotel

Sambung dari entry sebelum
masih dalam DAY 2 di KOBE
kami ber'sun set' di tepi pelabuhan ini

nampak bangunan ini dengan kapal ...er..apa ntah
kapal selam ker?
overcraft?


bas yang kami naiki berhenti di sini.
Tukar shift 
dan merupakan shift terakhir . 
Pastu dah tak de perkhidmatan bas selepas jam 5 petang



dongak ke atas
boleh naik ker?
ada apa?


oooo..ada panorama view
mmmm tak pe..kita layan view dari tepi pelabuhan

bila malam
cenggini rupanyer?
lama kan kami lepak sini
kami buat apa?


mmmm..
addicted with photos
and modelling photoshoots???
what?
sapa model?

tuuuu...sorang

demi sorang


dan sorang lagi..
apa? penat berjalan?
kita duduk aje


duduk pose
kan senang?
apa? gamba wa?

errrrrrr...
*
*
*
*
*



(operasi agihan plastik beg muntah dimulakan)

heheheheh
iya..tu kasut besar...dan juga berat

ehhh
bukan kami aje yang nak bergambar di sini


kami juga beri khidmat percuma untuk warga tempatan 
yang teringin bergambar disini
dan juga 

kami pun mintak derang bagi perkhidmatan free
err
tolong hambek gambar kami, bole? bole?
thanks 
arigato!!! hait hait!!!
*tertunduk tunduk kembali dengan bersungguh*

dah pun malam.
kami pun berkemas
dan sempat updet 
Facebook / Instagram
dan updet citer alo alo dengan mereka di Malaysia via Wasap
sebab di Kobe Port tu ada WIFI Free
weeeeeeeee.....pantang tul, kan?

kami berjalan balik ke station keretapi
di mana kami telah susun 'anak tapir' kami di dalam loker
lalu ChinaTown... 

pose lagi?
asyik asyik muka dia ajeee

apa ada di sini?

kedai cenderamata

jumpa gerai jual Kobe Beef tu yang glamer
tak terasa nak makan
tengok je
*iye ke tu Kobe Beef? nampak daging je terus kata Beef...hahah*


di tengah-tengah kawasan ChinaTown
ok
tak de la ramai sangat
akhirnya kami tiba di stesen keretapi dan bermulalah angkutan 'anaktapir' kami tersebut
*adeh* 

suasana orang balik dari kije

suka tengok stesen keretapi 
ada lebih dari 5 keretapi disusun di sini
lantai pun bersih

apabila kami keliru / sesat / tanya orang tempatan pun tak leh nak jawab
maka
pelbagai jenis orang kami tanya
kali ini kami terus tanya mamat hitam manis ini...sah sah leh kabo dalam bahasa omputih,kan??

keperhatinan mamat yang berasal dari Texas, US nih sangat bagus
sambil sorong beskal, sambil ikut kami jalan sama-sama
ke arah di mana Hotel Capsule tu terletak
"dont worry..we are going to the same direction. It's not a hassle to us"
pabila wa tanya kot kot la kami nih menyusahkan

sepanjang perjalanan kami bertujuh ini
wa nampak macam2 jenis hantu yang lagiii banyak keluar 
halloween night!!!
dengan makeup-tengkorak la, dengan muka berdarah la
kami tak larat nak tangkap gambo derang
tengok ajela gelagat deme deme nih
*tercari jugak..tak de ke yang nak buat style macam pocong?*


yeaa dah sampai
yeaa...akhirnya


kaunter depan

tu diaaa..tempat tido!!!
tempat tido KASUT...
hahaha
sila letak kasut di sini
dan berstokin di dalam hotel ini

camneh rupa katil capsule di hotel nih?



nak ker??
dah macam bilik mayat di spital kah?
wa sempat baca 'DO and DON'T regulation' untuk penyewa bilik macam nih
ok..sangat tidak praktikal jika dapat penyewa macam kami nih
maka
perbincangan 'ayam dan itik' berlaku
diantara en John dan Cik Byya dengan penjaga kaunter tadi


akhirnya kami berjaya dapat bilik rupa cenggini



yeaaa...


keadaan katil
ok
kompom tak sesak nafas 
haha  

nak ada ruangan persendirian?
sila tarik bidai ini
dan tido le sepuas hati mu

loker dalam bilik kami
yea...tak kongsi dengan penyewa yang lain
bilik ini kami yang punya

jom tengok apa yang ada dalam hotel ini


tempat tengok TV
common area
tempat dapat WIFI juga
dan 
tempat kami makan magie
hhahah



peta bangunan hotel ini

anda suka membaca?
ada haaa ruang membaca
ok
wa letih
dah tukar baju yang hotel sediakan
maka jom kita 
tidooooooooooooo 


untuk kisah hotel review ini dengan lebih lanjut, sila baca di SINI....
esok?
kami ke mana?


melihat pokok
sambil melihat bangunan
dan melihat orang
dan orang melihat kami 


melihat kedai 
sambil tabur tabur duit yen
persis orang kaya


wah
banyak sungguh kami nak terokai
sume sume tempat nih kami nak terjah
tapi
tak semua kami berpeluang
huhu

oh ya
ingat lagi tak 
yang wa kata ada orang jepun tu cun?
wa tepek balik gambo tu

dah nampak?
sweet  kan
tu je 
ehhe