Assalamualaikum...
para peminatku
(eceh)
atas permintaan salah seorang peminat tegar wa..(koff..koff..batuk le pulak)
maka wa updetkan lah kisah kami ini
rentetan dari entry blog yang dok heboh 'Black-Out-Day' itu...
kami-kami-kami-kami ke Pahang
sempena cuti raya cina aritu
nak tengok gajah katanya
perjalanan hampir 1.5 jam dari tol Gombak menghala exit Lanchang, di Pahang
wa, Lily, Janggel, Maszuber dan Dan Arif = naik lori 'tak-baru' Dan
ChawaNa, Aqilla, Biqque dan Shahrul = naik lori 'baru' Biqque & Shahrul
Keluarga Bahagia Elly, Hasrul, Sami dan Suci = kereta deme
disebabkan kami tiba jam 11.00 pagi di Kuala Gandah...dan persembahan gajah bermula petang,
maka kami pergi terjah Taman Rusa
dan juga
disebabkan masing-masing lapar
kami bentang tikar lalu meng'piknik'kan diri di celah-celah lokasi lori yang kami parkir
ala-ala picnic back to nature konon nyer
*kena gigit kerengge..dah memasing dok bingkas bangun...hahahah*
jangan kata kerengge...
semut pun boleh pengsan angkat 6 kaki tergolek tengok makanan manis-manis nih
dah sume pakat bawak makanan berunsurkan tepung gandum
mujur ada yang bawak nasik lemak, bihun goreng, sandwish telur (baru teringat..wa tak rasa la itu sandwish!)
korang pernah..bawak donut dalam balang???
haaa....Biqque pernah tau!!!!
hahahah
*ampun bonda*
dah kenyang.?
jom pi bayar entrance fee nam hengget untuk dewasa dan kanak-kanak cuma pat hengget
(simpan belen makanan dalam kete/lori untuk tindakan selanjutnya)
iya..nak tengok rusa
kat sini..akan dibekalkan ubi keledek
untuk buat keledek goreng
eh
bukan..bukan
untuk bagi rusa makan
belum apa-apa lagi
dah sibuk memasing tangkap gambar
dasar blogger!!!
*makcik pakai topi hitam tu..blogger jugak ker?...*
gaya Ayahanda Shahrul bagi makan rusa |
Rusa sini memang ganas
lapar kot
suspen tau bila sua keledek tu...geli pun ada
gaya Elly dan Suci tak pedulikan rusa...(Suci takut rusa..dan rusa pun takut Suci) |
macam menyanyi berirama la pulak wa tengok?
nampak ayam nih |
tak nampak bijik mata...haiii...gebunyer ko? |
muka bukan kanak-kanak yang ...........
manakala
muka kanak-kanak yang....?
*pepandai la korang pikirkan*
bole pegang kalau tak geli
tengok dari jauh..alalalalalal....comeiii |
Cawan yang ..........
manakala Hasrul yang ........ |
Diva Aqilla yang .......? dah kenapa wa tak reti susun ayat? haishhh... |
apa ke nama binatang nih?
lupa weh!
selepas itu..dah abis pusing satu Taman Rusa sambil tengok binatang lain,
kami bergegas ke Taman Gajah
untuk keterangan lanjut..leh tengok blog JANGGEL yang gigih updet tentang Taman Rusa.
Bab Taman Gajah...beliau dijangkiti mood malas dengan tiba-tiba
dan diselangseli dengan mood sedih ....
*doakan untuk MH370*
jadinya..ntah zaman bila la bakal beliau nak updet kesah Kuala Gandah?
wa pun tatau...
*agaknyer selepas beliau berjumpa 'crush' beliau?*
kita nantikan episod beliau nanti..
(ok..nih dah merapu ..kisah rusa ker..kisah Janggel???)
SNAP OUT!!!
Jom pi Tengok Gajah Jom!!!
Kami kembali ke sini...jam 1.00 tengahari...(lebih kurang...wa lupa..)
kerana pertunjukan para-para gajah bermula jam 2.00 petang (kan? kan?..haiya..lupaa lagi)
datang awal weh
nak cari tempat letak kete payah!
mujur kami naik lori...dengan gagah letak lori tengah-tengah laman jalan!!!
hahaha...
(tak..kami pastikan kenderaan kami tidak menghalang laluan kenderaan yang lain)
tampal stiker kat lengan baju masing-masing
dan kami mulakan langkah masuk
ke kawasan simpanan gajah...
do and don't
sebahagian daripada kami
gembira bagaikan tak pernah tengok gajah
dah sampai...
kawasan dijaga dengan bersih
ada jual tebu / pisang / stoberi / avocado
untuk diberi kepada gajah makan
sebahagian daripada pondok / wakaf yang ada.
sebabkan penuh...kami dok je la atas rumput...
hai..sayalah gajah
di sini bakal pengunjung melihat
aksi seksi gajah mandi
kami dok sini
*sila bawak tikar tau...*
Miss Aqilla the Diva-looked |
kami sambung makan
minum petangkah?
ntah.
kami lapar ...sambil tunggu pengumuman dari pihak jaga microfon
kata gajah dalam perjalanan keluar dari hutan
kami makan belen jajan yang ada
OK!!! Penguin Gajah dah sampai !!!!!
jom bangun jom
Jumlah gajah yang ada sekarang adalah 26 ekor sahaja.
dari 26, 4-5 ekor gajah dibawa keluar dari hutan ari nih
untuk dimandikan..dan membuat sedikit pertunjukan
ramainya!!!!!!
ala..leh nampak ke aksi gajah tu mandi?
(pasrah dengan ketinggian sendiri)
mana gajah tadi?
alo..hoitt...hoiiittt..tak nampak aaaaaaa.....
bro...lu jangan halang wa..bole
wa tak nampak nihhh
sambil mengjenket kaki wa yang comel
(betul ke ejaan jengket tu?-blasah la...)
nih yang wa dapat lihat
*sambil terus nyelitkan diri ke depan lagi*
tu diaaaa......
sakan depa noooo....
ada la kot dalam 15 minit mandi
kendian..gajah-gajah yang dah suci mandi itu
membuat persembahan yang mudah (wa tak tengok...sebab tak nampak..huhu..)
sapa-sapa yang pernah pi Phuket ker..Chiang Mai ke..Madagascar ke...
jangan la korang pi bandingkan dengan persembahan gajah-gajah kat sana ...
tu gajah level expactrate... nih gajah tempatan je
masuk tengok gajah nih pun free...banyak cantik korang nak tengok gajah buat show gempak
nak? pi la tengok sarkas Royal Landen !!!
kikiki
*sambil gigit tebu*
....eh..eh...patut bagi gajah makan, kan?...
*sambung kokak tebu kembali*
tersnap plak gambo hero hindustan nih .... |
di kala nih persembahan gajah pun dah abis
dan pengunjung diberi peluang bagi makan yang telah disediakan
so...hulurkan makanan tu kat belalai gajah
maka
tamatlah sudah persembahan gajah-gajah tadi
jom lah kita balik
suasana tempat letak kereta yang terhad.
sila datang awal sebelum pertunjukan
kalau tak..datang selepas 3 petang..akan menyebabkan anda dan keluarga
terpaksa letak kereta di sepanjang jalan
dan menapak jauh...
dah lah jauh...show gajah pun dah abis
tengok je la gajah yang ada dalam kandang tu..jadi laaa....
Kami singgah di salah sebuah masjid
menunaikan kewajiban
dan terus bergerak pulang ke KL
mengikuti arus permodenan jem yang masih boleh kami gagah tempuhi
kami singgah di Pak Wahab kedai cendoi femes di Wangsa Maju
berborak
dan borak
dan borak
sambil kunyah cendol
sambil telan rojak...(eh..ada sapa ode rojak masa tuh?)
begitulah kisah kami
pegi trip satu hari sahaja
tengok gajah
tengok rusa
dan
tengok orang ramai
itulah kami
yang tiada mengikuti kami kali ini
adalah Masmz, Byya, Dr Shahrul (niih tah bila nak ikut lagi ntah?) dan
mantan President kami- John
*untungla John..leh tengok konsert BSB kat Birm*
kami tengok gajah je kat sini...
(kesat air hidung)
apa lagi? cuti sekolah masih berbaki tu...
pi la tengok gajah !!!
16 comments:
oooo....
macam tu ropa gajah yer...
baru saya tau..hehehehe
Blog akak ni 18sx laa...sbb ada adegan mandi tanpa pakaian...
hahahahaha...
WAhh..ramai betoi org g tgk gajah..ehh..mana kak anash ni..scroll sampai ke bawah tak jupe..mano pulak dia semunyi
nak mandi dgn gajah tak dapat, sbb masa tu air sungai tinggi
huawaaaaaa jelesnyaaa! kbaiiiii!
Hafiz,
mmg gajah itu seksi sebab tak berbikini!!!
hahahaahah
sabojela
jari Manis,
tuuu..gambo last tu kan akak ade...
tak pe...
gambo janggel ada haa
hahaah
Kay,
masa bila kay pergi ?
tinggi sangat paras air sungai?
John,
kami juga rindu john
kami juga jeles john pi jln2 sana
waaaaa....
kbai
Kami pergi Dec, 2011... musim hujan masa tu...
Ala cuti sekolah dah abes...tak sempat nak nengok gajah kat negara sendiri. Huks
Hai akak! assalamualaikum :)
tak pernah tahu tempat nie wujud sebelum nie!
tak sangka ramai rupanya yg datang sampai kena berebut parking..
saya nak tengok gambar tuan punya blog kat sini tetapi sedikit hampa :(
Bukan gajah semata2 tetapi rusa dan juga ayam yg gebu serta binatang lain yg segan nak buka mata hahahaa..
( suka tengok hero hindustan tu hahahaa ... ) kalau amik berlakon laku tu :D
OOOO macam ni ke Gajah kat Kuala gandah? baru tauuuuu....
chop..
raya cina bulan berapa eh..?
* cari kelender kuda *
sekarang bulan berapa eh..?
* masih selak kelender kuda.. *
Kay,
ooo musim hujan tuh...
bior je la gajah tu mandi..kan?
syieda,
tak perlu tunggu cuti sekolah
hujung minggu pun boleh
sila lawati website rasmi kuala gandah tuh dulu
mrs smile,
Msia nih ada lagi tempat yang
cantik tapi kita sahaja yang tak nyempat2 'explore'
tu cuti raya cina, sebab tu ramai
aik? tak nampak akak?
last picture tuh...akak tercongok duduk depan???
Time Traveller,
tu bukan segan.
tu ngantuk namanya...
heheh
alo...hensem sgt ker hero hindustan tu???
Ren,
iya
itu lah rupa gajah sebenar
kbai
DrSinga,
ok
ok
ok
tau aaa lambat buat entry...
huhuhu
oh mai... muncung saya...
tushee saya....
eh! gambar last nak copy boleh? pleaseeeee.....
Lily,
hahah...
nak gambar last?
bukan ker dah email?
cer check your email
Post a Comment