Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

100 Plus Heat Buster Truck dan Masjid Negara, KL

Assalamualaikum dan Salam satu malaysia
Lama jugak tak buang sawang di sini
anak labah-labah pun beranak pinak
kot

ok..aritu..14 September 2014, wa dan kawan-kawan ke sini
Atas jemputan untuk merasa naik lori nih sebelum dibuka untuk orang awam
Wah
VVIP sangat ko????
*tangan letak kat bahu ...mata pandang ke langit*
 

muka tak boleh blah...geram kunun..kikiki
 dah..toksah layan perasan diva wa tadi
sebelum masuk lori tu..jom masuk sini...pi 'tangkap' bola yang dilambung di dalam kebuk udara ini
(kebuk udara? betul ke penggunaan tatabahasa nih?)

abaikan kekesatan kulit wa -tanda penuaan kelihatan jelas di situ
 dah dapat bola?
yeay..jom pi dapatkan chop sebegini
dan
ayuh kita masuk dalam trailer 'sejuk'
ada apa?
Wani sedang mencuba nasib
 masuk kan tangan dalam ais selama 10 saat...dan cari tin 100plus
dapat tak hadiah tertulis di belakang tin tersebut?
tak?
tak pe...pi next aktiviti...
*untungla ada orang tu dapat pen*...sapa ntah




 sesambil baca semua info yang ada
ambik tau sket tentang cecair yang ada dalam tubuh kita nih
next...

 ambik gambar di sini
arahan akan dikeluarkan oleh petugas comel-comel itu
heheheh

 *ada orang tu...menang RM100....hahahah...rezeki beliau..Alhamdullilah*...
kan Hapiz kan...?
opssss....

#mukagembirasebabdapatambikgambardandapatfreeairtin100plus
kikiki...
tu pun wa boleh suka


iya...kami ke sini
Hapiz dan Wani-peneman wa kali ini


 pagi....
dan
 di kala tengahari
kat mana?
Berjaya Time Square, KL
roadshownya ada lagi

• Orang ramai boleh mengunjungi trak pada masa dan lokasi berikut:


Tarikh Masa Rantau Lokasi

13-14 Sep

12:00tgh – 8:00mlm Kuala Lumpur Pintu Masuk, Berjaya Times Square

20-21 Sep Selangor GM Klang

27-28 Sep Johor Bahru KSL Mall

4-5 Okt Selangor Pintu Masuk Biru, Sunway Pyramid

11-12 Okt Melaka Makhota Parade

18-19 Okt Pulau Pinang Lokasi Akan Ditentukan

haaa....tu la jadual mereka..bulan Oktober ada lagi tu...pi le terjah
untung-untung dapat RM100...sapa nak bagi,kan?

Selepas kami ke sini..kami pi tengok taman tema CosmoWorld kat dalam Berjaya Time Square nih.
Sesaja cuci mata...(nak berbelanja sangat..tak kot...tengah bulan..hahahaah...)
*kong..kong..*


 tengok je
kendian, kami ke sini...
 lama weh tak jejak kaki di sini
adalah...dalam...errr....errr.....ishhh...lama dah tak datang
.
.
.
seriusly..memang tak hingat kali terakhir bila melawat sini...darjah 6 kot...
.
.
.
.
(sah...short term memory lost)



kita tengok orang
dan
orang tengok kita
tengok siling
terpana jenis corak yang ada


 mat salleh itu nampak cute
hehehe

 kedudukan kereta ini sama paras dengan jenazah dalam kubur...kan?

 jom ke Makam Pahlawan
tetiba teringat blogger DrSinga buat entry nih
blog dia lagi best -gambar cun melecun meletopz
(motif ko nak bodek DrSinga..kenapa?)



4 Oktober 2014- tambahan seorang lagi ahli di sini
Ibunda Datuk Seri Hishamuddin iaitu Tun Suhailah Mohammad Noah
Al-Fatihah
tinggal lagi 2 liang lahat yang kosong
*kita pun tatau mana lokasi liang lahat kita sendiri..kan? Jadi..jangan tak sedar diri plak*


 itulah kami
dengan percutian sehari di Kuala Lumpur sahaja
tanpa pasport
tanpa tukaran matawang asing.
 wa tatau apa sebab kasut disusun begini
di perkarangan Masjid KL
nape eh?
hehehee

nih adalah kasut kije wa
daif sangat
tapi masih boleh digunakan
*jangan lepas nih ada pulak opismate pi sibuk nak belek kasut wa..sudah......*

begitu juga kehidupan
hargailah nyawa masing-masing
cintailah jiwa masing-masing

(macam tak best je ungkapan tadi...)


"walaupun anda dicantas, dipotong dan dibotak kan...jika tiba masa untuk berbunga...anda tetap cantik..tetap menarik.... sayasayangpokokini..sayasayangdirisaya"-Instagram wa

iya...
pokok ini teruk wa cantas..sebab selalu sangat cocok mata wa bila lalu nak tutup pagar...
tapi
tetap berbunga...untuk wa tatap...
diberi tuba..tapi dibalas dengan madu..
paham tak?

*terus peluk pokok*


#dah kenapa entry hambar?
#tu la...lambat-lambatkan lagi updet blog...kan dah hilang skill
#habis lari peminat wa....(ade ke peminat???meraih simpati kunun...phuiiii.... )

ape-ape pun..thanks Hapiz dan Wani sebab sudi teman percutian unggul di KL...yeayyyy!!!!
.
.
.
.
.
*itupun suka? haish....*
untuk edisi Hafiz..sila terjah di SINI


assignment entry menyusul:
-summary Lombok
-Jakarta & Bandung Adhoc trip
-20 perkara tentang percutian oleh diri ini (cish..kena tag oleh Janggeltrekker...cis..cis..)

arghh..banyak plak ....
(sambung tarik selimut-kbai)


Wednesday, September 10, 2014

Merdeka 2014

paginyer..mereka dah sampai sini
Assalamualaikum.
Bukan..nih BUKAN di LOMBOK.
Kisah Lombok di hentikan seketika, bagi memberi ruang mereka-mereka-mereka tu updet blog dengan kadar segera..(kalau la updet..haiii)
Sempena nak rai Hari Malaysia 16 September 2014 nanti, meh wa suntik semangat patrotik negara di sini.
Jom layan gambar jom


sorry-gambo gegar..sambil jalan sambil ketip gambo..haha
Seawal pagi selepas subuh, wa ber'car-pool' dengan mereka-yang-nak-sambut-hari-merdeka.
Siapakah mereka?
tunggu hujung entry.


wa sangat suka lagu yang bermula dengan lirik "di sini lahirnya sebuah cinta"
baik lagu lama..mahupun lagu baru
yang sedang dikeudarakan saban hari
'catchy' kata omputih.

tadi pukul 7.30 pagi
nih dah hampir ke 8.00 pagi
dah mula nampak kemeriahan di sana sini
sebahagian wargakota membanjiri ruang tembok
sesungguhnya..meremang bulu roma wa di sini
aura nya lain
dibandingkan dengan dok depan TV sambil makan nasik lemak di kala melihat perarakan merdeka.
Iya..KALI PERTAMA wa ke sini untuk lihat sambutan Hari Merdeka
Kali pertama wa lihat sambutan Hari Merdeka peringkat Kebangsaaan adalah di Melaka..Nasionalisma Teras Perpaduan - tema pada tahun 1983 (wah! ingat lagi wa rupanya?)


untuk mendapatkan posisi yang bagus..kami kami kami kami kami berdiri di tembok
yang ada lampu limpah (sportlight) menghala ke tiang bendera gergasi Dataran Merdeka
wa panjat (dengan pertolongan)
adui lututku...huhu


tak sia sia..leh nampak ini
dan ini
ok..lense tak canggih..nih je wa leh zoom
jom tengok gelagat manusia
duck face?


antara yang menjadi tumpuan
dan rebutan untuk bergambar sama

generasi baru
yang bakal menjaga negara kita
Insyallah
berdoa agar muka wa tak masuk
dalam mana-mana sokabar tempatan.
wa suspek..derang nih adalah reporter
agak je la

lagi tumpuan di sana
lawa gaun tu
gigihnya para ibu bapa
tudung pun bendera coraknya
ko hade?
Yang Dipertuan Agong dah sampai
wa dapat tengok dari jauh
sesekali mata menjuling..eh..menjeling ke arah skrin besar di Dataran ini


bermula persembahan dari budak sekolah

semua pantas bergerak
ramainyerrrr
dalam ramai-ramai tu..tak de plak yang terjatuh terguling?
wa kagum

pas nyanyi lagu negaraku dan lagu lagu lain
dan siap berikrar
bermula lah perarakan
ok
jom kita turun
tembok nih tetiba ramai plak yang sama-sama panjat
tetiba rasa sesak dengan orang lain


kalau nak interframe masuk TV...
lalu lalang lah belakang mereka ini
tak..wa tak buat
wa is the shy camera

ada monopod?
sila guna


sasanyer abang adik nih
hehehe


nih adalah port wa untuk ambil gambar pembaris perbarisan yang paling dekat wa boleh berdiri
pesal plak dapat permandangan belakang nih?
ala



pun sama...makin lama...

makin jauh plak wa kena 'tolak' ke belakang...
dah nampak muka orang lain..
haishhh...


percubaan mengambil gamba secara jengket kaki hulur tangan ke atas dan ketik
apa hasilnya?
tudung gB
hahahah

pakcik polis yang nampak tangan itu sangat garang
wa takut
wa terus pergi berdiri di belakang orang lain


celah manusia
nih je?

eh kuda...
eh...mata
eh...apa la gambar nih?


disebabkan wa dok berdiri belakang mereka-mereka yang tinggi
maka
wa hanya leh hambek gambar nih
sambil baca di bahu mereka 

dan baca


dan melihat anak orang lain

dan anak gadis orang lain


sebab kenderaan bomba ini tinggi..maka 
wa leh tengok dari jauh


mereka akan mulakan persembahan mereka
ehhh..sapa plak berdiri belah kiri tuuu

noted


berjumpa Iskandar.
comel budaknya
sangat bersemangat patrotik dengan baju kebangsaan bendera Malaysia
jom tunggu sambil lihat di ruang udara



yang nih...
bunyinya
pehhhhhhhhhhh!!!!!!


kali kedua
mereka lalu
wa zoom
dan lagi sekali
bunyi .........................
gugur uban barang selai dua...kot

abis dok berjemur di atas Dataran Merdeka
kami turun
ke bawah Dataran Merdeka
makan sarapan!!!
ayuh!!

dah makan?
jom balik


balik jom
wa ada kenduri kawen plak kat Sungai Panjang pasnih

nak tau sapa mereka yang wa ikut pi Dataran Merdeka?


sama-sama melihat orang ramai di sini?

itulah mereka...
DrSinga, CiKSuzILawA dan GadisBunga
nak tengok dari sudut kacamata mereka? sila klik kat blogroll belah kanan 


terima kasih atas ajakan Merdeka 2014 kali ini
tahun depan???
Insyallah...dipanjangkan umur dimurahkan rezeki
kita buat lagi!!!
heheheheh
next entry
LOMBOK!!! episod hari ke3
sebelum itu
SELAMAT HARI MALAYSIA (in advance)