Entry kali ini akan menke'tengah'kan tentang makanan.
kepada yang tengah posa..tak yah le nengok entry ini
hehe
kecuali kot laaa nak dapatkan idea ..nak berbuka apa petang nanti..
kan?
Aritu, kawan opis wa paksa makan nasik kukus ayam goreng berempah di sini.
Di selang dengan cendol
dan disudahi dengan rojak mamak.
Wa rasa macam anak gajah pada ketika itu.
Tapi, wa pasrah sebab free...(dia nak belanja wa...)
Di seksyen 9 Shah Alam, kat kawasan parkir kereta.
Bersebelahan / berdepan dengan restoran cili merah (or is it cili padi...wa suda lupa)
Sila datang awal untuk mengelakan anda kecewa tidak mendapat tempat duduk untuk makan...
Hari esoknyer, wa dipaksa...(dalam kes ini dicolek) ke Empire Subang Jaya...
Wa ke sini untuk makan
Daun pudina dengan limau kasturi
Sedap
Butterprawn - pun sedap.
Abis licin wa belasah makan sensorang beramai-ramai.
yummy weh!!
Again, feeling-feeling macam adik kepada mak gajah dah ...
Thank you for the treat dear friends...
Esoknyer, wa balik kampung nenek wa
Ada kenduri kawen.
Lihat itu...wa pakai baju kurung dengan ayu sekali...menempuh jem 30 minit sahaja nak kuar dari Tol Alor Gajah.
(aik..ada plak perkataan 'Gajah' di situ??)
Selepas 'mengajahkan' diri makan di kenduri kawen, wa dan mak dan adik bergegas balik ke rumah nenek.
Ada tetamu dari Kedah nak check-in Homestay.
"Maaf iye...lambat nak kemas rumah nih...sebab penghuni sebelum tuh tak cek-out..."
"Tak pe..kami tunggu ..."
"Terima kasih ...maaf lagi sekali"
sambil wa terhangguk-hangguk kepala macam pelakun dalam drama Jepun 'Oshin'..
Hati pelanggan perlu dijaga....
Hait!!!
Malam itu..sekali lagi wa mengajahkan diri...
wow
makanan .....di rumah Mak Lang wa.
Berbarbeque segala binatang laut....dan juga binatang darat...
Senak perut...tapi wa kontrol dengan ayunyer...
Kan...dah sendat!!!
ibarat itulah wa rasa...
Walaubagaimanapun, itu ada lah jambu batu hasil tuaian wa balik kampung.
Esok pagi wa bersarapan dengan ini. Ditemani 2 jelitawan ie. mak wa dan adik wa.
Kami bayar tak sampai RM7 utk 3 orang makan.
Kami terus ke Jaya Jasco Melaka.
Pabila anda pegi sopping di Jaya Jasco hari Isnin pada pukul 10.00 pagi, anda akan dapati :-
1) Tiada pelanggan yang ramai ketika itu
2) Mendapat tempat letak kereta berhampiran dengan pintu masuk
3) Boleh lari 100m sana sini tanpa langgar manusia
4) Tak perlu beratur panjang bila nak bayar kat kaunter
5) Terserempak dengan kawan lama . Dalam kes ini, mak sedang borak dgn kawan lama merangkap jiran lama.
6) Berdiri tengah lorong pun orang tak marah.
7) Di tegur "selamat pagi, selamat datang" oleh staff JJ
8) Nak belek baju , nak gi fiitng room , sume atas ikut-sukati-masa-ko-lah.
9) Ada barang terlupa nak beli boleh patah balik ke tingkat itu tanpa rasa berasalah sebab tak perlu tunggu lama nak bayar.
10) Layanan staff JJ di bahagian service counter (electrical goods) cemerlang sebab tak de orang lain yang menunggu untuk dilayan kecuali kami.
Balik ke opis, selepas 1 hari coti, wa dihadiahkan sebungkus sampul isi dodol dari Terenganu.
Wah...makanan lagi...
wah..free lagi...
TQ dear Liyana...
dan juga 3 bekas berisi 3 jenis homemade kek...
wah ...free lagi
wahhhh....waaahhh...wahhhhh...
Thank you to alll.....Kak Suzy, Mazura & Hafiz...
Gitu serba sedikit wa meng'gajah'kan diri.
Wa cari gambo gajah tak jumpa..
tepek la gambo kanggaroo nih
Thank you Janggel for make me feel sexy...awwww.....
hahahahaaaa
sekian entry Gajah.
(Di sini bukan citer Gajah di Kuala Gandah, Pahang...)
Pesal rasa senak perut?
adeh...honggeh dan mongah!!














