*ketuk-ketuk microphone pinjam dari stesen TV Bernama*
alo
alo
Bersiaran kembali...haluuuuu semua
(batuk kecil sebab blog nih banyak nau sawangnya)
.
.
.
Pada 29 SEPTEMBER 2016 berlangsungnya penyerahan payung terjun berlogokan "VISIT KL' oleh YBhg. Datuk Seri Haji Mohd Amin Nordin, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan juga merupakan Pengerusi Biro Pelancongan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Tourism Bureau / KLTB) kepada Mr Charley Kurlinkus dari Amerika, merupakan seorang penerjun dengan payung terjun dengan jumlah terjunan sebanyak 2,132 kali.
Acara berlangsung di Lobi Menara DBKL, disaksikan oleh para media
(wa berdiri belakang kamera sebab pemalu yang amat...hiks)
(cuba rampas mic tapi gagal...)
logo yang bakal nampak di ruang udara Menara KL pada 1 Oktober 2016
dan sebahagian barisan para penerjun dari pelbagai negara..ada yang dari Kanada, Denmark, Jerman, Finland, UK dan banyak lagi. Seramai 120 ahli penerjun bakal beraksi di Menara KL.
Selepas sessi makan sarapan , wa pun teruskan perjalanan jumpa kawan-kawan sekitar KL..sesambil belakon acah-acah jadi pelancong di negara sendiri
(panas weh berjalan dari bangunan DBKL ke Bangunan Dayabumi...hahahahah)
Pada 1 OKTOBER 2016...wa gagah dan gigih ke KL dengan menaiki LRT dari Glenmarie Station dan turun Masjid Jamek Station.
Berpagi-pagian la wa berpeluh melalui jalan ini...semata untuk ikuti Majlis Pelancaran yang bakal berlangsung di Menara KL.
Ayuh kaloriku..jangan lupa sila bakarkan diri anda...
*sambil buat aksi zumba di tepi jalan..tapi buat sensorang...gilo apo?*
dah nampak dah tuu...Menara KL...
tu sana tu...
ayuh kita dongak kan kepala teleng ke udara
Sesi 8.00 pagi bermula |
awalnya?
oooo...betul lah..
Terdapat 3 sesi terjunan dibuat sepanjang 1 - 3 Oktober 2016
8.00 pagi - 1.00 ptg
2.00 ptg - 6 ptg , dan
8.00 malam - 10.00 malam
sila lah pilih ikut kesesuaian waktu anda.
Sesambil wa berjalan, wa asyik la mendongak ke atas ...dok wowww...wowww...dalam hati je
sadiskan? tu la bahana jalan sensorang..kikikiii
Tiba sahaja di pagar utama Menara KL, shuttle van dan sedia menanti kehadiran para pelawat yang datang secara jalan kaki, macam wa.
Free je shuttle van tu, toksah risau
Terus wa menuju ke khemah Majlis Perasmian yang bakal bermula selepas melangkah turun dari van tersebut.
Ucapan pembukaan majlis dimulakan oleh En. Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, CEO Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan diikuti pula perasmian pelancaran KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2016 seiringan dengan ulangtahun Menara KL yang ke 20 tahun, oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia.
gimik persembahan kemudian disambung dengan turunnya penerjun dari KL Tower Sky Deck dengan ketinggian 300 meter dari aras laut. Seramai 20 orang secara serentak...terjun dari Sky Deck tersebut...
dan penyerahan payung terjun "VISITKL' oleh Charley Kurlinkus...
kepada Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, yang menanti di Dataran Menara KL.
seterusnya acara penerimaan beg payung terjun dan topi keselamatan oleh salah seorang wakil penerjun dari Malaysia. Berusia 28 tahun, saudara Haziq Azlan telahpun membuat terjunan sebanyak 250 kali dalam rekod peribadi beliau.
28 tahun dah 250 kali terjun ...
wa? 28 tahun..terkial kial baru abis belajar sibuk cari kije masa tu
Jom kita ke KL Tower Sky Deck..
kali pertama ...wa naik lift sekali dengan penari tradisional, penerjun antarabangsa, tukang jaga pintu lift, crew keselamatan dan juga jurukamera...weh..meriahnya la haiiii dalam lift tersebut...hahaha
Setibanya di sini, para VVIP sedang bergambar di dalam Sky Box, kemudian bersarapan dan akhirnya merasai pengalaman pakej istimewa iaitu "Sitting On The Edge"
Amende "Sitting On The Edge"?
Jab..nanti wa tunjuk gambar....
sesambil lihat sekeliling
wa capai la karipap..dah abis makan nasik lemak..perut wa menangis suruh tambahkan kalori
nampak yummy pulak..
tengah belek-belek karipap ...tetiba
"opocot mak ko!!"
suka suka je derang terjun kat situ...
mujur tak terpelanting karipap tadi
(moment yang jarang dapat lihat sebenarnya...hahaha..)
ooo rupanya ada 3 tempat di mana para penerjun bole mulakan terjunan mereka..
satu nih dari atas Sky Deck..yang ada antenna yang tinggi tu...
gayut macam nih
pastu
ko lepaskan tangan....
haishhhhh.....
derang nih memang hati kering laaaa
(kus semangat...urut dada ayam..eh..)
Nampak tak tu...kotak tu..haaa
tu dinamakan Sky Box. ada apa?
pada mereka yang gayat...tak yah la berdiri sini...
wa? semi gayat..maka wa bersila je la...
(hulur henpon kat petugas situ suruh tolong ambik kan gamba wa yang tengah kontrol cuak ....)
Next...
jom tengok aksi mereka
dilepaskan ikut giliran
dari pentas ini...
Yahoooyabedabeduuuu....
ewah seronoknya bagaikan melantun melayang atas udara...
meh kita tengok pakej "Duduk di Ledge" / "Sitting On The Edge"
dah nama pun faham acaner rupanya,kan?
ada bran?
(baca bismillah 44 kali)
errr...
untungla ko...pakwe tolong pautkan
wa?
Selepas dengar taklimat keselamatan dan dipakaikan safety harness , wa pun beranikan diri...duduk di tempat yang disediakan...
Mercik peluh dingin keluar untuk 5 minit pertama....
Uittt..kegilaan apakah yang wa buat nih?????
Wa tinjau kembali pada minit ke 10....
berdebar toksah citer laaa...dah macam2 wa pikir..
apa jadi tetiba wa terlepas jatuh ke bawah
apa jadi tetiba wa jadi penerjun secara spontan
apa jadi tetiba raksaksa jahat datang serang KL pastu ultraman tak sampai-sampai lagi
*ok ko dah terlebih berhalusinasi*
tu..dah turun sorang...
dah macam gaya baring atas katil pun hade...
sesekali wa nampak ada yang terjun dari balkoni atas tu...
maka, ada 3 tempat..satu di balkoni tu..satu bergayut pun kat kawasan balkoni dan satu lagi yang wa sedang tengok depan mata...
turun lagi seorang
wa berjaya dok sini selama 45 minit...bertreksuit ke sini... hahahaah ahli sukan sangat la kononnya
iya,...tiket dijual untuk orang awam adalah seperti berikut :
RM98/pax tanpa safety harness
RM128/pax tanpa safety harness (bukan pemegang MyKad)
RM158/pax dengan safety harness
RM188/pax dengan safety harness (bukan pemegang MyKad)
Pakej disediakan termasuk tiket ke Sky Deck dan Observation Deck,Safety Harness (utk pakej yang disediakan), Foto Sourvenir 6R, T-Shirt KLTIJM 2016, air mineral dan produk premium Menara KL.
tak dapat selfie dengan penerjun..wa selfie je la dengan mamat belakang wa nih
jadi laaa...
jom tengok lagi
terjun secara berduet pulak
gitu la kedudukan kami
gimme an "L"
Sila Belok kiri
Opppp...tingginya la pulak
(suka suka je ko nak bagi caption kann?)
"bai korang..jumpa kat kedai nasi kandaq eh..wa gerak dulu..pape rojer.."
jangan tersangkut kat pokok udah
nih lawak...bole saling pegang tangan...lalalalalalalal..pastu terjun sesama
issshhh...
"kita kawan kan?"
"ha..a..."
"jangan kawan dia tau"
"ok"
eheheheh
superman and ???? layman??
gini pun bole
jadi macam tu pulak
dan lagi
dan lagi
aksi lipat
aksi terbang lagi
aksi "aku bole, ko mampu?"
aksi "kalau wa..mau muntah pelangi tiba bawah"
Nota tambahan : usia mereka sekitar 26 - 60 tahun...
Ada yang pernah buat terjunan mencapai 3550 kali untuk rekod persendirian.
Ko? setakat terjun dari katil double-deck pastu tangan kena simen...
baik tak yah la nak tunjuk terrer ...
dah abis dah..jom balik
(terus balik bilik sewa tepek bedak sejuk tebal tebal)
Abis acara, wa pun pulangkan safety harness tadi dan sempat berborak dengan crew yang bertugas.
Mereka mengajak wa untuk join sky jump pulak.
Uittttttt!!!!! Ingat wa nih ahli penerjun ke???
Maka tamatlah kisah wa berkelana di Menara KL
(berkelana ? ek ele..)
berjumpa dengan muka muka baru
Hai dik Fira dan dik Cyda
Hai abam Charley
Berjumpa dengan mereka bertugas di Menara KL..
Hai Puan Salina (eh betul ke nama tu...ampun kalau salah...huhu) dan Puan Min
berjumpa dengan abang abang 'Safety Officer', Krew Bertugas, dan juga Abam Bomba...
hai semua..terima kasih jaga keselamatan adinda ini
eh
adinda la sangat
Hijrah itu satu pengorbanan
kalau dah kena lompat...sila la lompat...
keciknya ko di mata dunia....
tapi berani nyerrrr!!!!!!!
sah...sah...kalau jenis nih..naik rollercoaster mesti siap tido nyenyak..kan?
Special thanks to adik Rajasherilameera atas kesudian melayan kerenah akak ini.
dan juga Puan Eiley Sahad (corporate communication manager, Menara KL Sdn Bhd) juga tidak ketinggalan...terima kasih banyak banyak.
Next entry : SriLanka yang ter...sangkut kisahnya
sabar sabar..jangan merusuh iya...
4 comments:
untunglah saya baca blog artis... kalau dpt terjun tu best ek
Kay,
blog artis? tinggi sangat levelnya
x mo la kalau suruh terjun...sakit jantung akak nanti
bestnye experience duduk kat edge of menara kl...skyjump kat menara kl ni mcm bungy ke? hehe...teringin nak gi event ni tapi xtau prosedur..boleh walk in je ke?
ili ruzana,
"sitting on the edge' berlangsung 1-3 oct 2016 sahaja sempena event ini.
bole sahaja walk-in dgn bayaran yg disediakan..tunggu event tahun pulak eh..
nih mesti bukan kaki gayat, kan? terrer ok
Post a Comment