Salam satu Syawal...
eh dah abis Bulan Syawal
Blog yang semakin suram
tapi gigih update walaupun ambik masa lama
ada ke orang nak baca?
*krik..krik..krik..*
(jentik cengkerik guna getah ikat plastik)
Syawal tahun nih wa buat apa?
balik kampung of course..ko tak de kampung ke?
Disebabkan aktiviti biasa raya pagi bla bla itu ini dan lain lain...
maka gambar-gambar ceria raya dalam HP sume tak leh transfer ke PC
hahahah so?
gambar yang wa dapat selamatkan adalah ini
nih
gambar dengan sepupu perempuan
dikala rumah di kampung wa diserbu oleh lebih 5 kereta ...dan sekaligus ada 'birthday suprise' untuk 2 orang ...maka...terjadilah makan kek sikeretresepi di hari raya
Sukeletu sepupu wa ...dan anaknya juga..
nota kaki : itu BUKAN baju raya wa, itu baju buat pi kije
Pasrah la nak citer lelebih tentang raya di kampung sebab gambar tak de...huhuhu
raya pertama: balik kampung mak ngah di Muar, then mak lang di Alor Gajah (itu sahaja rumah yang ada orang-orang lama...apa lagi, misi mencari rendang masakan mereka la...)
raya kedua : tunggu serangan raya dari sepupu sepapat dan juga kawan opis..haaa nih wa tak jangka jugak
raya ketiga : buat apa ntah..dok tunggu orang datang raya kot? aaa lupa
raya keempat : membuta lebih
raya seterusnya : ko dah tak reti nak kemas rumah simpan sume pinggan cawan gala dalam almari???
raya dan raya : dah dah...balik ke pangkal jalan ie. opis
Tamat kisah raya di kampung halaman
ke Kisah raya di Opis pulak...
Ingat tak?
tak ingat le tu...
ok..
meh wa ingatkan
aritu opis buat peraduan DekoRaya2016
department kami dapat top 5????
OMG nyer!!!!!
*tepek emoji muka biru tangan kiri dan kanan molot tenganga*
maka kami dipanggil turun ke ruang lobi untuk ikuti majlis bagi adiah
tapi wa tak jangka menang hadiah tempat pertama
seperti yang kami agak, kami dapat saguhati RM100
ok la dari tak de
wa mewakili department kami...sebab bos ada mesyuarat
hadiah disampaikan oleh MD kami yang muda..hehehe
nih adalah kesemua department top5 yang menang
tahniah semuanya!!!
tahun depan kami dah tak nak menang dah..bagi peluang yang lain...
eceh...
RM100 je ..bukan RM1000...jangan ngada-ngada mintak makanan taraf 5 bintang pulak ...sudah!!
next event, ceria syawal raya oleh division kami
digabungkan 3 department, MD mengarahkan kami buat open house raya
kali pertama juga nih
tak de pengalaman...
tapi tugas dah diberi...
ko jaga : Dekorasi dan Photography
.
.
.
terus feeling macam Erik Leong...
(baling scale rule atas siling)
Diberi masa 1 jam sahaja untuk menghias cafe pejabat
satu jam???
oit satu jam???? mana cukup!
mana sumeorang nih?
oiiitttt..sapa nak tolong nih???
alo
alo
alo...
(tu la buat lagi perangai ditaktor kuku besi ko...padan muka tak de sapa nak tolong ko)
selama sejam inilah akhirnya siap dah bahagian hiasan
antara hasil nukilan staff division ini
nih lagi kelakar...
10 minit tetamu DAH datang...prop ini baru sampai selepas wa pi jeritsambilbuatkeningcantummuka ketat kat staff....
iye la tetamu datang tengok tak de pun deko suasana raya????
sepantas kilat staff bawak troli dan angkut segala mala prop ini..dengan daun kering sekali pi pungut? sempat lagi tu??? heran wa...hahah..bagus bagus...
meh kita tinjau menu meh
tu dia...our main menu
apa? tak de nama?
tu haa...
kelihatan semua sedang sibuk susun makanan lagi
kelihatan juga hang tuah angkat tray makanan
eh?
wa bawak ?
tu
kapkek chekelat moist
tempting tak?
jenuh buat kali pertama acuan fail x jadi
masuk kali ke2 dan ke3..baru cun dan sedap
eh
terpuji diri sendiri kata kapkek tu sedap...
hahah
wa order ini dengan jiran wa
pun sedap...
bermulalah majlis dengan bacaan doa
tengok muka wa
lum abis buang kekwat lagi rupanya
ketat je muka
kena pulak ambik gambar
ala
bila nak makan nih?
gambar mcm pro
padahal gambar rupa perosak je
tengok haaa
pakai hambek je gambar blur sana sini |
kata Im...
"kamera ko canggih dik...akak tak reti aaaa..."
"ala..akak tengok sini..tekan sini..."
"oooooo..canggih la ko..pandai ...."
(sampai hari nih wa belum dapat lagi gambar dari beliau...hahahahahahahah..ntah2 kodak abis kot?)
kodak?
whatever
tuan rumah makan dulu
jab lagi tetamu nak tiba
ok tak deco wa buat?
dah macam kedai langsir Nilai 3
lapar...
tak kira dah
wa nak makan
as of NOW!! NOW!!!
(terus capai senduk)
makin ramai yang hadir
jemput makan eh sume
sila sila
tambah nasik
disebabkan ada yang boleh hambek gambar..maka wa serahkan tugas tersebut pada mereka
lalu wa pun boleh pegang satay
pegang satay adalah sedap berbanding pegang kamera
diakui ramai
muka wa dah tak ketat lagi dah
hahahahah
happy person with happy tummy
(dah hobi ko memang makan kot?)
masa nih tengah gila bommerang apa ntah apps tu
bukan kesah sangat dah orang datang...
pepandai la korang makan eh
dah abis event
jom ambik gambar jom
sesama kita...
hahah tu team sengal
dan kemuncak majlis adalah
sesi bungkus makanan
Alhamdullilah makanan memang mencukupi...
rasanya kami antara division yang jamu makanan yang beranika jenis
div kami ?
terbahagi kepada 3 department ie : Business Dev Dept, Engineering Dept dan Contract Dept.
itulah kami
Salam Eid Mubarak 2016 dari wa
Wa bergambar bersama 'myfirstgiantRayaDoodleEver'
tak terlintas di pikiran untuk menghasilkan sesuatu di luar jangkaan.
sebabkan terdesak, wa bertindak melukis ini...
itupun pas gugel idea orang lain hahahah kejinyer ko
Adakah bulan Syawal seterusnya bakal dijumpa lagi?
Nota kaki : sebahagian gambar adalah ikhsan PR Dept. TQ korang.
next entry, berbalik ke SriLanka yang tak abis2 lagi ...
dengan kisah di Jepun...hahahahahahahahahahahah berkurun nak abiskan
6 comments:
gigihnya nak lukis bg penuh dinding... tapi kalau kat rumah jimat wallpaper... tapi kek tu sangat menggiurkan! sedapnyaaaaa walau pun tak makan
kay,
memang gigih nak lukis..makan masa berhari jugak la
satu idea yang bagus..jimat wallpaper yang mahal2
kek tu kompom sedap diakui mereka yang dah rasa
ada mintak lagi
err
hahaah poyo statement puji sendiri ini
wow kelas kemerawumen!
Ren,
of course..
ehemmmm
untung laaaaa...
piz,
welll....hahhaahah
Post a Comment