Assalamualaikum pembuka bicara
Bulan puasa jangan sibuk cari bala
Meh sini wa nak cerita
Kisah kami di SriLanka
hamboi pantun
alo
korang posa tak?
.
.
(tak leh jadi nih..BlogDrSinga dah banyak up entry)
bermulanya kami di sini
jam 7 petang, 29 Mei 2016
menaiki ERL Putrajaya - KLIA2 tanpa berjanji..
sambil tunggu seorang lagi jemaah ahli rombongan
kami sempat we-fie
Jam 10.20 mlm masuk perut kapalterbang bawa logo AA
dan kami tiba di SriLanka jam 11.30 malam (waktu tempatan)
1 jam 10 minit je ke?
tak..flight 3 jam lebih (or 2 jam 50 minit ?)
kami untung 2 jam sebab perbezaan waktu
*mula la jetlag pas nih*
konon
sebelah kiri gambar adalah kaunter imigresen
sebelah kanan gambar adalah kedai elektrik
wa memang cari mesin basuh ...macam tau tau je epot nih kan?
pi jual mesin basuh kat epot...
(tengah pikir apakah rationale nyer buat marketing macam nih?)
keluar dari kawasan kedai letrik tadi, akan jumpa ini..
sila tukar duit di kiri atau kanan kaunter yang ada..
kami tukar USD100 ke SLR 14,600...
pening jugak nak pikir berapa RM masa tu
bermula la kami mencari pakcik van dari Villa Eco Green
mana ntah
akhirnya kami dipertemukan oleh beliau yang tunggu sambil pegang nama DrSinga
dan kami ke rumah inap pertama kami..ada la dalam 30 minit ke Negombo..
meriahnya katil!!
dan bilik lagi satu
jemaah kami sepatutnya 6 orang..tapi 2 orang tak dapat join atas sebab-sebab tertentu..maka, sila rebut katil memasing...
esok pagi terpisat-pisat kuar di balcony ini
dengar ceramah agama dari gereja berdekatan
dengar pulak lagu dari bai jual roti naik tuktuk..
santai je suasana di sini
nih ruang legar rumah tersebut
nampaknya memang kami sahaja yang dok sini
sama je patung tu dengan uncle owner rumah inap ini hahaha |
apa nih
belimbing cantik je tak yah bebalut dengan kertas
cis cis...
kalau kat kampung, selagi tak balut buah belimbing, jangan harap laa boleh dapat selicin macam nih
Kami yang gatal kaki nak berjalan, teringin tinjau mana kawasan laut
katanya 10 minit je perjalanan via jalan kaki dari rumah inap tersebut.
jom jom...
berpeluh jugak la untuk sampai ke sini
yahuuu Lautan Hindi di depan mata kami..
hai najis mughalazzah...merata-rata mereka berada
jangan risau..jangan lari..karang dikejar ingat nak memain dengan mereka
pandang kanan...oooo deme sibuk bergambo
pandang kiri...oiii ada apa tu?
macam menarik je?
sekumpulan nelayan baru balik dari laut
oiiiii...jom kita tengok jom...
nampak kotor..
mungkin sebab memang nih adalah kawasan mereka menaikan hasil tangkapan laut
suka
suka
banyak betul 'subject' bole diambil gambar di sini
kejab-kejab wa guna kamera
kejab-kejab wa guna henpon
cantiknya permandangan
(puji gambo sendiri...hahah..phui sangat)
saja -saja letak caption |
(lap skrin henpon)
jom kita ke pasar ikan.. ada apa?
ada ikan...
nih la pasarnya
fresh sungguh ikan di sini
suka tengok
lapar uit..sarapan tak lagi nih
kita balik ke rumah inap tu jom
jumpa ramai orang tempatan
masing-masing tegur
"from where?"
"Malaysia.."
"ohh Malaysia..."
dan memasing balas senyuman
ada lagi kawasan mereka menjual ikan
ini adalah terusan zaman Belanda jajah
ada nama dia
apa ntah..nama omputih
lupa ...
yeah..dihidangkan ini
sekali dengan roti bakar
dan telur goreng
dan kopi sangat sedap
Van yang kami sewa telah datang
ahhaahah
ayat apakah itu?
jom la kita mulakan perjalanan cuti kita di sini..
lalu kawasan lapangan terbang semalam...
oooo...tu kapalterbang askar ..bukan commercial flight
melalui bandar ini
terusan mereka boleh dinaiki bot
Kami teruskan perjalanan ke salah satu kawasan penjagaan gajah
SriLanka dan Gajah tidak boleh dipisahkan
kami masuk entry yang basic SLR2,000 je |
boleh baca apa itu millenniumelephantfoundation dengan gugel website derang tu
some info
and info
yuhu..nampak gajah dah...
baru abis mandi
nih masih mandi..
cute je
hahah
pakej yang kami bayar termasuk mandikan gajah
tapi sebab kami tak de la pulak nak sedia basah2..maka kami ambik gambar je laaa
dan ada ride atas gajah...
best
tanpa howdah di atas gajah
howdah tu apa?
ala...tempat platform yang letak atas badan gajah tu..
berat ooo howdah tuh..
sampai ke sana mereka pi
gajah di sini memang berkeliaran sana sini
ehhehe
ok ..giliran wa dan GB...
sebabkan GB tak pernah rasa naik gajah..so, wa bagi le GB dok depan..wa ok dok belakang ...
rupanya silap pecaturan...
sesungguhnya GB tetiba menjadi batu jemala gajah...kerassssss.....
dan 'turn back..turn back.." kata GB
laaa...tak sempat melintas jambatan..kami patah balik...
cepat-cepat la wa selfie... manakala GB....errr....mengeras di situ hehehehehe |
hasil selfie wa atas gajah
sila bagi makan kat gajah cute ini
wa masih rasa geli zirafah di zoo
maka wa tak de la nak hulur makanan kat belalai gajah..disedut pulak tangan wa..tak pasal ..
hehehe
over
info lagi
ini kami dengan tulang gajah yang diawetkan
pastu kami pi makan...
nampak nih dari kejauhan..
vegetarian
belasah makan sebab lapar
cendawan goreng celup tepung itu adalah best!!!!!
next stop...kilang teh...
ini Malki, tukang cerita tentang proses teh di Sri Lanka
cara penerangan beliau dalam bahasa omputih adalah superb..
mudah faham dan laju je ..tak jemu
baru tau selama nih teh yang diimport dari SriLanka adalah dari katagory B.O.P atau B.O.P.F atau DUST atau R.Tea dan mereka akan beri jenama lain untuk brand mereka...
tu yang ada Zesta (local SriLanka tea), Lipton, dan lain lain,
Golden tea dan Silver tea paling mahal ...sebab pucuk pertama daun tea sahaja yang mereka petik.
(yang atas belah kanan gambar nih)
dah jenjalan sure bagi minum teh ini kemam dulu gula melaka then baru minum teh tu oooo mcm tu pulak |
wa beli la vanilla tea untuk kawan dan golden tea...
lum rasa lagi acaner golden tea tu...rasa emas kah?
kena la bergambar warna warni aidilfitri
eh
perjalanan kami melalui daerah di mana kacang gajus banyak dijual
berhenti beli jab
buat makan makan dalam van
singgah di Kadugannawa Jumma Masjid
tumpang solat di ruang kelas agama mereka.
sebab tempat mussolah muslimat sedang dalam renovasi
Cute je bebudak nih tercengang-cengang tengok kami lilit shawl/ tudung sambil paku kat bahu ...
(paku=brooch)
akhirnya kami tiba di Kandy...
mula la nampak jem sana sini
masih nampak kesan tanah runtuh
iya..kami tiba di SriLanka seminggu selepas mereka menerima bencana banjir dan tanah runtuh.
Katanya ada satu kawasan perkampungan abis kena tanah runtuh..ramai yang meninggal di situ.
Belum citer banjir lagi
kami sempat pi tengok persembahan Kandyan Dance
nih peacock dance
dah sampai penghujung
kami sempat tengok separuh je sebab tersangkut di jem tadi
nih kira ultimate persembahan
jalan atas bara
rasanya kalau baca ayat kursi masa nih..apa la yang akan terjadi?
(bunyi effect trailer twilite zone...)
dah la..jom kita pi ronda Kandy Lake...
sambil tengok itik
dan itik tengok kita
Bangunan tu adalah merupakan Royal Bath...tapi sekarang dalam renovasi jadi bangunan polis
silang kaki adalah afdal di sini bila bergambo
hahahhaahahahahah
Queen's Hotel...merupakan salah satu hotel yang tertua di SriLanka
(caption sume menjurus kepada bulan posa....sori aaa..dah entry pun buat dalam bulan posa...hahahahahahahah)
bunga teratai..untuk persembahan wesak ...
deretan tuk tuk yang lawa |
banyak tul syarikat loyer di sini
meter air kena ada dalam gambar ini
heheheh
Kandy is not in my list
but hey..I'm made it
(letak smiley face icon sana sini)
Perjalanan kami diteruskan dari Kandy ke NuwaraEliya
ada apa di sana?
apa kami akan lihat?
apa yang kami akan buat?
tunggu...
hahaha
hambek ko..entry panjang satu hari dah macam-macam kami buat....
Untuk entry lagi detail...pi jenguk blog DRSINGA
Pooja la...Lakshmi la..Kandula la..nelson la..memang detail sungguh kisah beliau ..
hehehehe
11 comments:
tak pernah lagi orang pegang nama wa kat balai ketibaan tau!!
selalunya menonong je keluar!!
gajah berkata-kata dalam air itu sangat kelakor lah wehhh!!
kahkahkahhhhhh
masih tak boleh move on tang selpie sendirik atas gajah tu!! kahkahkahhhhh...
dapat lak catch moment tu!!
hah!
hambik
sekali harung dalam satu entri!!!
healthy sangat breakfast uols.....*tangan di bahu*
saya rasa mcm baca ringkasan blog Kak Dr Singa plak
DrSinga,
teruja tak? nama terpampang di kertas ???
hahah..satu hari satu entry
hambek!
Ren,
healthy sangat sangat sangat
(letak air mineral atas bahu)
Kay,
bole la dikira summary dari blog DrSinga yang penuh cerita..
akak banyak asyik lupa je nih
tu dia, dia cuba membuat potongan tang corner
kahkahkah abis dicerita semua dlm 1 entry
cantik2 gambar akak
ngan caption yang lawak tu
wakakkakaka ilang konsentrasi baca cite sri lanka
dah macam kat msia lak
kak cer cite apa rasa masukkan gula melaka dulu dlm mulut dan minum teh
penat tanya kat kak singa, dia tak jawab kahkahkah
mana peti ais 2 pintu kita ikat tepi?????????????
seharisekaligus!!! hebat!!!
kalau kite rasanya 10 entri baru habis sehari. kehkehkeh.
masih nak defend diri: rasanya keputusan u turn gajah tu adalah antara keputusan paling bijak kite penah buat. hahahaaha
macam tu je die bagi tungang gajah, hanya selapis alas atas badan gajah dan ko naik... ahahaha kalo kt malysia ni harus tak LULUS Proton kak, bahaya!!!
sumbat semua taruk satu entry.. makanya kak analah pemenang itu..
hahahaha..
puas baca macam keretapi dah jalan cerita dia..
x sempat iklan..
dak iyra terkekeh2 gelak baca cerita dalam gambar tuh..
kretip~
best gambo akak..
dari sudut berbeza.. hehehe..
hahahaha..
lawak2...
Post a Comment