Monday, February 29, 2016

Sapporo : Ningle Terrace & Log Yukari (homestay)

Salam Satu Negara
jom sambung kisah di Furano
Dah letak beg, dah dapat makan selepas gigil lapar dan gigil sejuk, kami ke sini...

 Ningle Terrace
amende tempat nih?

 merupakan tempat soping barang kraftangan .
Setiap cottage tu ada orang buat kraftangan comel comel...
Terletak depan New Furano Prince Hotel, ianya percuma untuk dilawati

 tadi gambar nampak hambar tak de model
nahhhhh...model tak sedar tali kasut tak ikat

dan lagi model berupa beruang kutub
sipi sipi beruang panda kalau ada tompok hitam dan putih

 dan bila gile pose...macam nih la jadinya
ishhh
anak sapa nih weh!

 bila kami sampai sini...ada lagi 30 minit untuk kami bergambar sana sini sebab nak tutup...
hahah tu la kuar rumah lambat sangat
tak silap..tutup kul 8.45 malam.
Yang best ..tak ramai manusia..maka bole la nak pose tergolek telentang macamana pun orang tak marah

 comel kan krafnya
tulis open..tapi kami tengok dari luar je la
yen kami pegang erat
tak mo tabur2 kat sini
kami kedekut
hahah

 malam tu memang sejuk lain macam...
ada satu rumah tu khas untuk mereka nak memanaskan badan seketika
kelihatan zafran dan ayahnya ie Cawan disitu...
credit to Pae
 kita berdiri di tengah-tengah pokok...
pastu

kita tumpang pokok di situ
kita = wa
nampak sangat kan wa tunggu ehsan kamera para kawan-kawan
hahaha
bila malam, wa tak reti setting kamera
selalu fail


 eeee jumpa senowman sekeluarga
ok jangan gerak eh senowman
*pegang hp depan muka tapi mata je yang nampak*
 

 di kala ini dah mula dengar lagu suruh balik
lagu yang slow motion sedap didengari
macam dalam citer 'fairy tale'
sooo...soothing moment

 inilah kami
Aqillah nampak mata je masa nih

 peta tunjuk kedudukan kedai yang ada
dah jum kita balik
tengok Juara Lagu 2016

 pintu utama masuk homestay Log Yukari
tebal tak tebal snow di kiri kanan pintu
rasa nak buat ABC..pi cangkul je depan pintu
hahahah

 nih tuan tanah Log Yukari
tengah tunjuk cara-cara cari rancangan TV tempatan


 keadaan ruang tamu
sini la kami lepak ramai-ramai sebab sini je la ada pemanas

 tangga ke bilik tido
tu katil wa tido
mujur masa tido tak ngigau golek turun tangga

 bilik atas adalah untuk tido semata
tak de untuk main futsal ehhh
nampak tu..katil rapat-rapat...
masa tido kami sume dah macam kepompong ...
sebab dalam bilik nih langsung tak de pemanas
kejung tak kejung kami masing-masing
hahahahah
tapi jangan risau...memang selesa berbungkus bagaikan popiah dalam duvet / selimut tebal...

 ini bilik air
air sah sah panas..

nih tandas
sejuk punggung 


 malam pertama...Cawan bersungguh sungguh masak untuk kami
best ooooiii lauk panas panas makan dalam cuaca sejuk


 diikuti dengan John..pun tolong masak
beruntung la haiii sapa dapat berlaki kan beliau
dah la pandai beli tiket kapalterbang online, pandai memasak dan pandai uber
*tetiba*
*sisjualkawan*
*haraplaku*
heheheh


 inilah kami muka-muka gembira melihat makanan
tengok stategik tak kedudukan wa?
dekat dengan heater
hahahaah

 malam seterusnya geng perempuan pulak yang masak
wa?
jaga Zafran
heheh
ngelat

 ish gambo terbalik pulak
tak pe ..nak tunjuk menu kami ...
ada bahan makanan kami beli di kedai bilamasa kami jumpa dalam perjalanan . 

 dah macam kumpulan hantar bahan makanan ke tempat bencana alam je kan?
penggunaan plastik di sini adalah hampir tiada.
Memang suruh guna kotak...environment friendly ...
,
malam seterusnya

 tapi untuk malam pertama...demi nak tengok Juara Lagu ...nih la aktiviti kami

penggunaan hp Janggel di kala ini amat dihargai

 tak puas dengan skrin kecik..kami cuba guna laptop...
(weh..laptop sapa nih? Masmz ke John?)
lagi lama nak tunggu sapa pemenang...
dengan makin larut malam..kami kesejukan

 ada dah jadi kepompong terus
bawak turun selimut dan dok berhibenasi dalam tu
hahahah
kelihatan 2 kepompong dewasa dalam gambar nih..nampak tak?

 ini pulak permandangan biasa dilihat
jika situ ada pemanas..situ la jua longgokan stokin dan sarung tangan

dan hari hari kami bila bangun , akan dihidangkan permandangan seperti :-

tingkap bilik atas

 tingkap bilik sebelah tandas
tempat di sini memang ala-ala back to nature
dengan pokok tinggi
 nih kat luar rumah
lawa kan?
berapa kami sewa?
Untuk 2 malam 3 hari , lebih kurang RM1,400..dan seorang bayar RM200 sahaja.
Itulah untungnya jika ramai2 kongsi rumah ini
murah,kan???

dengan syarat
sekepala..hihi
pi la gugel lagi tentang Log Yukari ini

Esok..kami ke?????

nah wa belanja satu gambar
kat ne?
tunggu entry berikut

hahaha
gigihnyer wa kali ini
laju je up entry
mode sekarang : overnight kat opis sambil lemau ni
huhu

13 comments:

FadMN said...

best nya hai.ni yang semangat yazuka menyerang ni.nak kena cari kawan sekepala la baru best tak stress kan.untung wa ada kawan kaki travel.

Kay said...

doakan saya dapat kejar sakura kak... :-)

Naramas Aman said...

Seronok tengok travel ramai-ramai. Anak Chawanna pun dan besar.
Bertuahnya siapa dapat John...sayang tak ada anak perempuan...kalau tak boleh buat menantu :D

DJ said...

Cantik gila tempat nih...tp bilanya tah nk smpi...tumpang cuci mata kt sini je la...hehehe

DJ said...

Cantik gila tempat nih...tp bilanya tah nk smpi...tumpang cuci mata kt sini je la...hehehe

Unknown said...

Hahahahah serius baca entry ni terus terkenang2 masa lampau di Furano tu..saya tido awal sikit rasanya, sb tak layan musik2 tu, sapa yg dlm kepompong tu??? omg sgt hiks

Anash said...

FadMN,
pada asalnya Jepun bukan pilihan negara utk bercuti
tup tup 2 kali terjah sana
hahaha
thanks to kawan kaki travel yang sekepala gile.
Sila terjah Jepun!

Anash said...

Kay,
Spring?? Wow!!
Tahun nih kah??
double wow!!!
Amin semoga urusan dik berjalan dengan lancar

Anash said...

Naramas Aman,
kan kak.
besar dah anak Chawanna.
John tu ramai peminat nak..
John je yang tanak hahah
anak buah pompuan tak de ke?
hehe

Anash said...

DJ,
bole tumpang cuci mata
bole tumpang komen
bole tumpang apa sahaja la
hehe
one fine day dik bole tumpang datang ke sapporo.
ayuh

Anash said...

Na,
cer tengok sapa yang tak de dalam gambo tu la yang dok jadi kepompong besar ....hahahahah
ala..biasa-biasa je JL2016 tu...
hihihi

emahairani said...

Salam Sis,

Saya nk tya pasal Log Yukari,
Time ni sis pegi berapa org ye?
Nk booking kt Booking.com ,tp dia ckp 6 dewasa+2child tuk rumah ini.
tapi kalau kita bwak masuk 8 dewasa ada posible kena penalti tak dari owner? Sbb takut last minit ada addtional member nk join.
Anyway thank ye.

Anash said...

Ema Hairani.

Kami pergi dalam 6 dewasa dan 2 kanak2
ooo so far x dengar pulak dia penalti sebab lagi 2 org tu nak tido x de tempat kecian pulak.

sejuk n tak selesa klu tak de selimut tebal. tu yg mereka bagitau awal expected bilangan katil yyg ada

Harap info ini membantu