Sapa sini pernah bercuti luar atau dalam negara TANPA bawak beg atau apa-apa sajalah gadget/ item yang dilabelkan sebagai beg? Tak de kan???
Pi supermarket pun dah ada kempen suruh bawak beg plastik / beg sendiri dari rumah.
nampak betapa pentingnya beg sebenarnya.
Nih.. masa wa pi Nara, Jepun (2013) pun wa jinjing jugak beg plastic berisi beger MacD yang sejuk tapi sedap dimakan pabila lapar-tak-peduli-rusa-lalu-lalang
Beg jugak kan? Tapi macam tak ‘kemas’ pulak angkut plastic beg sana sini…
Atau
Tarik dan usung beg troli sana sini bila bercuti?
Tertakluk kepada situasi / jenis percutian anda.
*sambil tiup hujung kuku jeling manusia lalu lalang tepi ‘business class lounge’*
Ok, yang tu wa mimpi nak dok dalam business class lounge, BERANGAN je …
OK back to reality.
Kesah Begpek…
Bercuti secara backpacking merupakan cara percutian yang murah dan murah serta digemari oleh ramai golongan muda. Mungkin kurang sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga untuk bercuti secara backpacking, namun jika anda masih single dan mahukan pengalaman percutian yang hebat bersama rakan-rakan, ini adalah masa yang paling sesuai!
Mengapa ia dianggap sebagai percutian yang murah? Secara amnya, anda tidak perlu membayar bayaran tambahan untuk bagasi anda dan ia memudahkan pergerakkan anda dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh yang demikian, penting untuk anda membeli koleksi travel backpack yang efektif dan terbaik untuk menikmati percutian yang lancar. Pi la jenguk koleksi travel backpack tu..jangan malu-malu untuk klik.
Pertama sekali, pilih jenama backpack yang boleh dipercayai dan benar-benar berkualiti. Contoh jenama backpack yang sering menjadi pilihan kaki travel adalah North Face, Karrimor dan Deuter. Koleksi backpack yang ditawarkan adalah benar-benar berkualiti dan tahan lama walaupun agak mahal.
Kedua, pastikan anda membeli backpack dengan saiz yang bersesuaian. Jika anda merupakan seorang ‘light traveller’, rasanya tidak perlu untuk anda membeli backpack yang terlalu besar.
Ketiga, beli backpack yang mempunyai compartment yang cukup banyak untuk memudahkan anda menyusun dan mengasingkan barangan anda. Misalnya, anda boleh mengasingkan baju yang kotor daripada baju-baju yang bersih dengan mudah.
Keempat, pilih material backpack dengan teliti. Seelok-eloknya beli backpack yang diperbuat daripada material kalis air untuk menyelamatkan barangan anda daripada basah apabila waktu hujan dan seumpamanya.
Ciri-ciri tadi adalah sebahagian sahaja yang perlu dititikberatkan semasa pemilihan backpack.
Rasanya para pembaca blog nih lagi berilmiah untuk pi lebih jauh mencari idea acaner nak beli backpack yang diidamkan.
Agak-agak la…nak mula membeli kat mana?
Agak-agak la…dah bole memiliki backpack yang baru untuk ganti yang lama?
Agak-agak la…ada ke pilihan yang boleh diusulkan untuk membeli?
Ayuh korang…pi terjah di laman sesawang tersebut.
Pasti ada terselit satu atau dua jenis travel backpack yang selama nih dok usha dari jauh je…
Rapat-rapat la pi beli
heheheeheee
Akhir kata…
Ok, entry Pulau Hokkaido disambung kembali, jangan kuatir.
5 comments:
alololololo...
comeinya dia.
syieda,
err
err
errrr
(sambil taip sambil blushing)
heheh
TQ
Waaaahhh duta Zalora :-) gaya anggun
Kay,
err bukan duta zalora...
sipi sipi pegang banner zalora je
hahah
anggun harus diva wajib
haha
*perasan tahap diva?*
Wow tak perasan pula ada entry ilmiah!
Post a Comment