Monday, March 23, 2015

Zoo Negara - Jadi Sukarelawan


gile kan? mujur tak kena 'speed trap'..dan mujur masih selamat tak kena kemalangan...
 Assalamualaikum semua
nih adalah entry #balingbelakang ie #Throwback
tu yang banyak tepek gambar dari Instagram

Dari kisah wa pi luar Malaysia, meh kita pi dalam Malaysia pulak...iaitu...ZOO NEGARA MALAYSIA!!

Awal bulan December 2014, kami kami kami kami kami kamiiiiii ke Zoo Negara untuk mengeluarkan keringat. Sesudah subuh wa rempit pandu kereta ke sini . Katanya 7.45 pagi dah mesti terpacak di pintu belakang Zoo...

 
wak jan, selaku ketua rombongan operasi 'marilah kita pi bersihkan Zoo'..dan dipenolong-ketua-kan oleh...
...DrSinga...dan dianggotai oleh yang lain seperti Auntie Justiffa (sebelah wa) dan juga Syamimi dan Fifi dan anak DrSinga dak Nina.
kali ini juga ada serombongan pelajar dari UKM / UM / U mana ntah? ikut serta dalam operasi ini

Jam 8.30 pagi, sedikit taklimat diberi oleh pihak pengurusan Zoo Negara, dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil...
 
Kumpulan kami ke kawasan Savannah!!!!!
yeaaa...pi Afrika la kami!!!
yeaaaa......

dan dari kumpulan kawasan Savannah ini, kami dibahagikan lagi kepada kumpulan lagi kecil...
Kandang Lembu Ankoli - Wak Jan dan Syamimi dan ada pelajar U tadi laaa...
Kandang Badak Sumbu - Nina dan Fifi
Kandang Zirafah - DrSinga, Auntie Justiffa dan wa!!!!

tempat pertama kami berkumpul adalah di tepi kandang ini
sementara memilih sarung tangan
oh ya..sila pakai stokin, takut melecet...sebab kasut Prada Phua Chu Kang dibekalkan
kan..dah macam pekerja kerja kontrak sapu-sapu tepi jalan
hahahahahah
hambek ko
nak sangat kije kat Zoo, kan?

Tugas kami?
Mudah je..pi sapu buang taik / dauh-daun kering di kandang Zirafah.
Ikut arahan 'mandor' kami..ie penjaga kandang Zirafah...
bersihkan / keluarkan ranting-ranting dahan makanan zirafah..
*peluh??? ..abis sume toksid badan mencurah-curah kuar dari liang roma *

Jam 10.00 pagi, kami berhenti untuk minum pagi
(ingat tau..pi ambik sarapan awal2 sebelum masuk 'bertugas'..karang pengsan plak)
Jam 10.30 pagi, kami sambung kerja kami..sehingga jam 11.30 / 12.00 tghari
Kami diajar cara ikat dahan makanan zirafah. Oh ada cara rupanya...ok..dah pandai..dah boleh updet CV kije...
"kelebihan : pakar ikat dahan makanan zirafah"
(terus anta CV ke syarikat carigali minyak di Uganda)

sebabkan kami nih terlebih 'efficien' buat kije, maka, 'mandor' kami bagi peluang kami bagi makan zirafah.
"mari..mari.." katanya sambil bawak sebaldi makanan buah betik / pisang / lobak merah

apa lagi? jommmmm!!!!
memang kami menjerit-jerit GELI bila lidah zirafah tu membelit tangan kami
hahah
apa punya sengal daaaa...

nih adalah kali kedua kami diberi peluang memberi makanan
sebahagian pelajar U yang ikut kumpulan savannah ini
yang lain..kawan-kawan derang pi tempat lain...ada yang ikut naik lori semata untuk edar makanan binatang
ada yang ikut pi sangkar burung (kot?)
memang...'ZOO volunteer' ini dibahagikan kepada serata bahagian di Zoo ini
  
penjaga zirafah...
panggil Velan, si zirafah jantan
ada 3 lagi zirafah betina..lupa dah nama derang...
masa nih, tetiba wa rasa gerun...tengok zirafah datang dekat..dan makin dekat..
macam gerun tengok dinasor datang pulak
hahahaah..ko dah kenapa over sangat ??
"eee..dapat tak tadi gambar I ?" tanya wakjan teruja
"dapat laaa...banyak tau snap gambar bagi makan zirafah tadi" kata..sapa?
"ok..ok..i is liking this.." ehheeh

smile!!!
"ada jugak yang pi telan  hp derang nih..."
binatang yang lawa
yang cantik
bulu mata dia...terpikat !!!!!!

sebenarnya muka wa masa ini sangat tak senonoh sebab asyik tahan geli ....
panjang tu weh lidah dia!! dengan basah..dengan kesat...
menjerit ntah berapa kali
hahahaha...marah pelawat yang datang...cari zirafah..rupanya tengah berkerumun makan tempat kami
yeayy...
our tired activities ended with fruitful moments


jika pi zoo, bahagian savannah inilah para pelawat boleh nampak zirafah tersebut
di belakang semak adalah deretan kandang-kandang binatang lain
yang masih tidak dibebaskan mungkin atas dasar kesihatan / rawatan dan lain-lain.
Kami sempat lihat kandang-kandang tersebut

Selesai tugasan kami ...kami pun meronda la zoo negara...
tak masuk tengok Panda sebab kena bayar lain
heheeh
tengok je la panda 'tipu' nih...
nih bukan unta 'tipu'


asal aku tengok minah baju hijau nih macam tak puas ati je dengan aku?


kecik besar kecik besar je budak baju hijau nih aku perati dari jauh...mmmm...


agaknya wa ada bau zirafah kot? tu yang singa tadi dok tengok wa macam tak puas hati...hahahah


maka...
bersyukurlah yang kita tak buat kije yang memerlukan fizikal yang banyak.
jangan nak ngada komen sana sini dengan kerja yang ada sekarang...
(taip CV lagi laju....hahahaah)


wa suka gambar nih..cute!!!
seriusly letih walaupun setengah hari je kije di Zoo Negara
tapi pengalaman ....priceless...


sesungguhnya ciptaanNya sangat sempurna
babai zirafah..sehingga kita ketemu lagi...

Untuk keterangan lanjut tentang cara menjadi 'ZOO Volunteer' , boleh layari di SINI
dan entry dari DrSinga, leh tengok di SINI



PS: Semalam pi tengok Puteri Gunung Ledang In Concert...
nanti wa citer..
nih banyak entry tertunggak menanti
hahahah
 

12 comments:

SuzieLAWAti said...

yesss.... akhirnya..!!!

PaE said...

Wah.. Mate zirapah... Cute ala2 menggoda gitu...

SuzieLAWAti said...

jhirapah las tu macam bosan jee... bajet retis ... asek gambo dia jer yang interprame... ngeee....;P

Anash said...

suzilawati,
apa yang akhirnya?
ooo...entry tertungga ini eh
hehheehe

bior la jirapah ini jadi retis...
lawa ape...hahah

Pae,
bulu mata dia lentik wooo
ps ..mana cv? dah antar ke kampeni lain ker?

mrs said...

singa tu kecik hati akak taknak pergi dekat dia...tu yg dok perati jer dari jauh..eeeh mcm pernah dengar jer ayat last tu hahaha

kbai :)

Dr K said...

Saya pun syak singa tu terbau bau zirafah kat body kak ana...hahaha

zirafah makan pisang tak kopek kulit eh?

saya nak join...nak bersihkan kandang panda laaa..hahahahahahahaa

Ren said...

WOWOWOWOWWW MANA PANDA??????

agip roslan said...

nice experience. i masa buat volunteer ari tu kena bersih kandang singa and harimau..huhu.

Anash said...

mrs smile,
aaaaaa....sapa punya ayat tuh???
(siap bubuh icon gambo mata ...kikiki)

kbai jugak la

Daddy Ziyyad,
ramai kot yang teringin bersihkan kandang panda..apakan daya...lebel kita nih set2 savannah je kot?

kopek kulit pisang? errr errr


Anash said...

Ren,
ngak ada PANDA...
iya..itu GIRAPAH saja

agip Roslan,
mencabar tu weh!!!
best tak???

*seram tetiba bila pikir*

Dr Singa said...

bukan setakat bau zirapah ada di badan.. macam macam bau ado!!

Anash said...

Drsinga,
err bau singa..ada?
*lari jejauh sambil tahan hidung*