Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya AidilFitri 2014

 Assalamualaikum semua.
Wa yakin.
Pada ketika ini, ada yang dah berada di kampung.
ada yang dah mula bergerak di jalan raya.
dan ada yang masih sengeh-sengeh di pejabat.
Wa? masih menten cool depan PC pejabat..tapi tatau la otak dah pi tempat lain. Jiwa pun. badan je yang nampak dalam opis. hahaha

 saja wa tepek gambar makanan.
nih adalah rangkuman apa yang wa makan sepanjang berbuka posa di Bulan Ramadhan tahun ini.
wah..siap buat 'summary'?
 3 gambar tadi adalah bertempat di rumah kawan wa. 8 Julai 2014 - wa ke rumah beliau.
wa tolong buat air mangga je
yang lenlain..kawan wa uruskan

 9 Julai 2014 - wa dengan adik serta adik ipar
makan di Flaming Steamboat House, seksyen 24 Shah Alam
kami senak dengan hidupan laut berenang-renang dalam usus kami ketika itu
 acara tahunan berbuka posa bersama Travelholicawsome
12 Julai 2014 - sebahagian dari kami yang berjaya hadirkan diri
venue : sememangnya rumah Puan Ely & En Hasrul yang mempunyai fasiliti lengkap
hahahaa..thank you wahai tuan rumah
kali pertama percubaan wa memasak sambal mak teh
sambal arwah mak wa yang terkenal di kalangan saudara mara wa
(pangkat mak wa adalah mak teh)
Alhamdullilah...menjadi plak? bapak wa kata sedap
hahaah...
*ko kan 'kayu' bila bab masuk dapur*

 cepat angkat tangan laju-laju sapa yang nak resepi aritu
heheeh
sangat mudah ..cuma remeh dari segi persiapan
(pijau tangan woooo...)

asal kisah resepi nih...
arwah mak wa saja-saja cuba buat / cipta semata nak masuk peraduan memasak anjuran KEMAS di kampung wa (zaman tu wa masih sekolah rendah...ingat lagi..sebab wa nyer ketinggian sama paras dengan dapur mak wa masak ketika itu-iya..wa memang kemetot..hahaaaaa).
top 3 (tak silap) arwah mak wa menang...
sejak tu dah jadi 'signature' arwah mak wa tentang sambal ini.
heheh
maka, sila  la cuba resepi sempoi ini. SEMOGA BERJAYA
(sah laaa..nih akan jadi menu raya kampung wa kali nih...)

16 Julai 2014- wa meneman Janggel dan Byya yang mendapat jemputan ke Solaris Dutamas
Kami makan di Mamalade Cafe.


19 Julai 2014 - ke hotel 'limau mandrin'
berbuka puasa bersama opismate wa.


dan di kala ini wa suspect..wa mula batuk bila
pi telan air ini
secara banyak
dan secara gelojoh
(sambung balik batuk...)

Aqillah: Chairman of the day..dah gaya orang dewasa-macam ada masalah je..kiki
24 Julai 2014- kami ke sini
gigih merentas jem semalam selepas wa melompat ke dalam kereta terus ke KLCC.
(dok dalam terowong Jalan Tun Razak depan RHB tu abis dalam 30 minit??? kegilaan apakah ini??? tidakkkkk!!!!)


nampak macam wa suka makan tempat best-best aje?
hahah...ada kalanya wa makan sensorang...mengadap buah kurma, berselang selikan air masak dan makan nasik ayam mengadap laptop.
(dan kadang kala berbuka dalam kereta dengan terkorek-korek baki biskut tepi 'dashboard'-mujur ada..hahaha..buruk perangai)


zuhudnya bunyi..kan?
roti jala dengan kuah kari ayam yang mabeles...dibuat oleh kakak saudara wa.
iya..set pinggan yang tak sama
senduk besi yang bengkok
alas kertas sokabar je
dan bersila

verdict : sedap untuk santapan rohani dan jasmani
(dah macam tagline ceramah agama je?)
bulan puasa...bulan memberi
wa sempat sambar anak pokok pandan, serai dan limau purut untuk rumah kawan wa ini
berkata tentang serai..
tahun nih wa tak pi cabut serai untuk jualan
semangat itu dah terhilang dengan ketiadaan tulang belakang wa iaitu arwah mak.
wa cuba untuk pulih dapatkan semangat 'cintailah serai anda' namun..gagal ...
harap gagal nih sementara sahaja....
(terus pi cari anak serai buat benih)
terapi tepung
untuk kali kedua tahun nih wa buat
pun sama
semangat wa hilang untuk bermain tepung
huhu

mendapat kad raya
membuahkan senyuman di wajah ini
memang..tulisan doktor buruk
tapi hati beliau tidak buruk
terbukti
hehehe
(thanks for both gifts!)

satu demi satu
rezeki wa memihak kepada barangan pemberian
Alhamdullilah


berjumpa beliau
juga merupakan satu pemberian rezeki buat diri wa juga
sebab pabila dapat peluk dan mendengar kisah beliau bersyukur boleh berjalan....
was a priceless moment for me.
"kun fayakun"..benarlah ayat tersebut
Subahanallah
menunaikan amanah dan niat seseorang.
wa rasa lega.
malam itu, anak-anak yatim dapat merasa pulut kuning dan rendang ayam
hasil masakan kakak saudara wa.
Alhamdullilah
selesai satu lagi tugasan wa bulan ini.
jiwa kosong
kalau dilayan kosong
bole kacau jiwa orang lain menjadi kosong juga
maka
isikanlah dengan sesuatu yang berfaedah
sesungguhnya
tahun ini
Raya...amat berat buat wa
kali pertama beraya tanpa orang tersayang....
wa harap..tahun tahun depan..wa dah lali dengan suasana itu....
(terbayang waris mangsa MH370, MH17, GAZA...)
deeply feel the lost



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
kepada semua pembaca blog ini
dan juga
MAAF ZAHIR dan BATIN
atas apa jua coretan, tulisan, nukilan yang sedikit sebanyak tercalar jika disalahertikan.

saya bukan sempurna.
eh
wa bukan sempurna.

dah ..pi kemas barang...kata nak balik kampung,kan?


Monday, July 21, 2014

Projek IQRA - ShoppingRAYA2014

Assalamualaikum semua...
Amacam puasa? ada yang dah 'terbarai' ker? Sabar...
Bulan Ramadhan la yang patut kita nantikan selama ini.
Ok ..masing-masing tau dah keberkatan bulan mulia....

maka....

jom tengok apa wa buat pada 19 Julai 2014.

Bertempat di depan salah sebuah sekolah di NewYork, er..Nilai...
wa dan 'partner' wa ke sini
mengikuti majlis anjuran Projek IQRA - ShoppingRAYA2014
Seawal jam 8.30 pagi kami mendaftar nama di sini
Sebelum tuh..wa dah reservedkan nama untuk jadi Sukarelawan dalam website Projek IQRA dalam 2 bulan yang lalu.

Puan MC kali ini. Lawa orangnyer
Memberi ucapan kata-kata aluan.
dan juga ucapan dari Pengerusi Projek IQRA pun ada. (gamba tak de le pulak...huhu)
Kami-kami diberi mandat menemankan anak-anak yatim dan miskin.
Untuk pergi beli baju raya di Seremban 2.

ada yang secomel kecil begini
dan juga
yang selincah dan aktif
berusia 4 tahun katanya


dah dapat 'anak/adik' angkat masing-masing?
dah dapat duit belanja untuk sopping?

ayuh semua
kita bergambo
mana wa?
.
.
.
.
ada....
jab...
.
.
.
.
.



tarra...nih la keluarga kami!!!!

seperti lazim
wa selalu 'over' bab ambik gambar
hahahah
*motif ko nak bengkok kan kaki berdiri? kekunun ko tu nampak kecik laaa...*
ini adalah adik adik adik angkat wa selama 6 jam. Berusia 12 dan 14 tahun.
dan itu 'partner' wa ..merangkap co-pilot / teman borak / teman makan .
ok
dah letak nama 'kakak angkat' serta no hp di tag nama masing-masing?

jom kita....
ambik gambar group pulak
heheheheh
(kata masuk sokabar?)


dimulai dengan
menyusun sukarelawan dari kalangan para model lelaki


anak-anak yatim
sila berdiri di depan kami
kendian
sila duduk ....
wa kat ne?



pandangan dari belah kanan wa
 of course la gile kuasa
nak dok tengah-tengah !!!
hahahaaaa....
attention seeker memang macam tu..saiko..kuikuikui
(padahal gambo idak le besar mana pun...muka sipi-sipi je nampak..)



pandangan belah kiri wa


kelihatan para krew mencari tempat untuk mengambil gambar

kena ada selfie, kan?
tanpa selfie zaman ini
ibarat makan cendol tanpa gula melaka
(pehal sebut cendol time-time puasa nih?)


deretan kereta yang bakal bergerak menuju ke Seremban 2.
seramai 40 kereta bergerak ..membawa 100 orang anak miskin dan yatim untuk bershopping.
Jam 10.30 pagi kami pun terus menuju lebuhraya...senang sebab tak reti lalu jalan dalam via Labu.
setibanya kami di sana, kami berkumpul lagi.
Kelihatan staff Mydin diberi taklimat.
Kami pulak buat apa?


Selfie!!!!!
hahaah
ntah apa-apa la...

ok...jom jom kita pi serbu Mydin
agak-agak
kalau travellator nih leh bercakap
sure menjerit terkejut tetiba ramai plak yang berdiri atas travellator ...



kami lagi
sporting tul akak kat belakang tu
siap buat peace bagai
memang 'camera alert' sungguh!
hehehe
*mesti adik-adik nih kata..."akak nih gila ambik gambar ke apa?"*
layankan aje la akak ko nih dik oooiii...
bukan satu hari kot bersama...
mencari baju
nak sama warna merah
haish...jenuh jugak la...
ada corak..tak de saiz
ada saiz..corak warna tak berkenan
siap mintak turunkan patung yang pakai baju kurung yang kami nak...



cari kasut raya
ok
dah dapat
jom jom
kita balik
eh
kita bayar dulu
3 orang anak yatim dengan 3 jenis baju kurung / baju raya
Kaunter khas telah dibuka untuk kami buat bayaran.
(terimakasih kat adik kaunter yang bersabar layan karenah kami yang sengal..)

jom balik
dah selesai beli barang
(asal la wa tengok gerai orang jual air tu macam memanggil manggil suruh datang beli.....macam best je..)


nampak sefamili yang membawa anak angkat jalan-jalan dengan troli
begitu la kisah kami kami separuh hari di Nilai dan Seremban 2.
Letih..memang letih...
tapi bila tengok muka mereka-mereka senyum...
dan ucapkan terima kasih sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah anak yatim...
Hilang terus letih tu...
Alhamdullilah....selesai sudah amanah diberi.

kalau nak menderma lagi..
sila la ke sini.
ada lagi seminggu bulan Ramadhan ...
Jangan sia-siakan peluang yang ada


untuk krew....
terimalah seadanya..
you guys and gals deserve better than this.
terima kasih juga atas kesudian memilih wa menjadi salah seorang sukarelawan untuk kali ini.



jika ingin tau info lanjut, boleh layari website ini

dan petang itu
wa ke???
sini...
minum air nih
hambek!!!
sekarang wa ada suara persis penyanyi Ella
serak-serak basah gitu...

(tak ngalah ..nak samakan jugak dengan artis..pirah!)

*kong..kong..kong*
(bunyi batuk bergaung dalam tandas)

Nota Kaki : MH17, Gaza dan Sabah
semuanya adalah dugaan
dan saban hari..
kita disogok info
yang sampai satu masa...
wa dah macam tak larat nak 'telan' semua ini

sesungguhnya kita semua sedang diuji olehNya