Assalamualaikum. entry bersambung dari kisah kami-kami tengok bunga di Putrajaya
Kami langgar sempadan negeri
Pi Negeri Sembilan
dokek yo
bayar tol RM5.50 secara tunai
*ada orang tu laju je lalu...al-maklum guna SmartTag*
(kesat hingus hujung lengan tanda sedih)
setibanya wa di trafik lite kedua dari tol Seremban tadi-himpit kanan,
wa buat U-Turn,
dan dengan gaya bongkak lagi riak, wa on WAZE search Muzium Negeri Sembilan
"U have reached your destination"
ek ele...dah sampai????
*tepuk dahi*
dan juga
*kesat peluh*
ayuh kita pi jenjalan di sini
masuk tayah bayar apa-apa
percuma
nah baca
(wa yang malas nak citer)
suka bau tikar mengkuang
suka bau papan
suka bunyik kiokkiokkretkrek kayu bila dipijak
(teringat zaman kecik dulu suka lompat atas lantai kayu rumah arwah nenek pastu kena marah)
Hait!!! arigato
(pelancong jepun yang sesat)
*lari laju-laju takut kena sesah dek DrSinga*
"eh Milah..mano nak poi tu..meh la naik rumah"
panggil Senah dari tingkap
"tak po la...den nak balik copek...hari dah ninggi...masak nasik pun bolun laie"
"sok sok la kito ngumpat samo..tak pun add fren yo dalam fesbok tu eh Senah?"
sahut Milah sambil berjalan pegang penyapu lidi
"ala....nih haa..anak den nak balik kolompo ..meh la jumpo kojab..."
Senah bersuara
"haish..tak po..kito chatting dalam fesbok yo la...ok bai see you taking care"
Milah berlari balik rumah
sekian ..abis dah citer
ok..tak de kena mengena pun citer tadi dengan gambo asal di atas.
wa suspek nama asal arwah nenek wa adalah "mary" jugak
(Al-Fatihah-miss her)
ok pi rumah satu lagi
tak de plak tikar mengkuang
basuh kot?
rasanya ukiran nih
melambangkan kekayaan
si pemilik rumah
ewah
syok sendiri nampak?
*lap lense kamera*
ada sampan lama
keciknyer
kalau wa naik
agak-agak leh terapung ker sampan nih?
jom masuk bangunan sebelah
Panorama Negeri Sembilan katanya
sua muka wa kat aircon pabila masuk bangunan ini
aaaaaarghhh besttnyer
dulu ingatkan batu nih makan orang
sebab leh meninggi
dan dulu
orang tua-tua marah kalau kita yang kanak-kanak nih
pi main-main dekat batu gini
(menguatkan lagi kefahaman bahawa batu nih makan budak)
heheheeh....
*pengakuan jujur wa yang sekarang BUKAN kanak-kanak*
Jam 1.00 tengahari lebih kurang-tamat la sudah penerokaan kami ber empat
di Putrajaya dan di Seremban
Outing yang sempoi dan santai
dan tak memerlukan kos yang tinggi
bermula dengan petikan pertama gambar ini
wa terus memetik lagi gambar
trip kami yang ber empat
tak ramai
dan tak serabut
mendongak ke atas
nampak jambatan itu
dan nampak pasu bunga itu
dongak lagi
nampak itu pula
di ruang angkasa Putrajaya
Mary Poppin tak sangkut payungnyer di sini
tumpuan ramai pengunjung
mengambil gambar
di sini
abang belon pegang belon untuk dijual
periuk beruk kera
*mode pakai P = Professional Pening*
"saya pelik sebab saya berbau
membuatkan saya lain dari anda
tapi
ada saya kisah?"
(monolog oleh bunga taik ayam)
kadang kala kita terjatuh
sensorang
ada tak orang nampak kita
yang terbaring itu?
hai sume bunga tulip!!!
(berangan bagaikan dah sampai negara Belanda)
itu kakak...dan itu adikRock
Begonia
tema Putrajaya Floria 2014
wa pun tatau nama bunga nih Begonia
jangan tanya nama bunga ini
dan percubaan membuat 'close-up' ternyata gagal
*berpinar mata wa*
yang nih mata wa tak berpinar.
(dan terus telan sebijik)
Begitulah kisah kami
terima kasih kepada DrSinga
atas kehadiran dan jemput wa untuk ikut sama
Untuk edisi beliau , sila layari kat SINI
gambar dan cerita bestt....
lebih ilmiah dari wa
Tahun depan Floria Putrajaya, sapa nak join tembak gambar??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.krik..krik..
.
.
.
.
.
(sedu lalu duduk di sudut bilik mengenangkan diri )
*drama menjelang Ramadhan*
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
HIASILAH PERIBADIMU
DENGAN AKHLAK YANG SEMPURNA
3 comments:
wa lalu di smart tag dengan eksennya
wa sesah [ sah orang melaka/muor ] bawak 110-an ]
wa jeling kat cermin.
wa wahahahhahaaa...
mana ekau poie Milah!!!??
jauh nau kek belakang!!??
Huntungla....
DrSinga,
montang-montang la ado semakteg, kemain eksen dia.
ese nih jauh kek belakang bayar tunai..nak buek camnoh...
Ren,
memang beruntung kos cuti yg murah...
Post a Comment