Tuesday, February 16, 2016

Sapporo & Tokyo : Shibuya & Sapporo City

Ok jom baca kisah kami berkelana di negara pandang ke timur ini
.
.
err.
errrr....
(acaner nak mula? dah blur balik!)

Beli tiket setahun yang sudah. Tak de promo AA 'direct flight KLIA2-NewChitoseAirport,Sapporo' pada ketika itu. Maka kami bernekad beli tiket 'KLIA2-Haneda' sahaja.
Turun kat Tokyo le jawabnyer
hahah...

22 HB JANUARI 2016
Dengan berjanjinya letak kete di kawasan rumah Janggel, maka, kami bertiga (wa, Janggel dan Masmz) ke KLIA2 jam 12.40pm ..bertemu John dan keluarga ChawanNa di sana. Sempat lagi terserempak Maszuber & Dan Arif sekeluarga yang plan pi Vietnam ketika itu.. iyelakan..cuti Thaipusam dengan cuti Hari Wilayah terus tapau cuti panjang-panjang tanpa was-was...hahaah

Jam 2.40pm kami bertolak keluar dari ruang angkasa malaysia dan tiba sekitar jam 10 malam waktu tempatan di Tokyo.  
Sepanjang perjalanan di ruang angkasa....nih haaa kije wa...

asyik layan hensem boi yang gigit pen..gigit jari wa dan gigit la apa-apa sahaja yang beliau nak
sesekali beliau jadi cabin crew..check tempat duduk dengan merangkak BAWAH KERUSI...
tau-tau sengeh2 kat kerusi depan, sambil dihulur oleh penumpang di baris hadapan.
dan juga merangkak di laluan pramugari ....
ngorat pramugari....
haish..nih ikut perangai sapa ntah...
*jeling Cawan*

 setiba nya kami di Haneda Airport, kami mencari port untuk rehat.
Jam 11mlm..tak kan nak pi cari pokok sakura ???
dah jom tido jom...
kat mana?
 sila lalu / cari tempat nih.
Kami lepak di kawasan ini sebab mudah...dengan tandas yang sedia ada bersih dengan kerusi laluan bole buat tempat kami tido....
masalahnya...bole ke tido???
kalau dah ramai-ramai ...dah macam2 aktiviti jadinya...
ada yang dok repack beg
ada yang cari topi bulus
ada yang tetiba buat aktiviti senaman-kuruskan badan
ada yang start cari tiket untuk boarding esok
ada yang terkulat-kulat pikir cari duit yen lebih
ada yang berbincang secara serius acaner nak elak dari benarkan kemasukan 1.5 juta abangla ke malaya..
isshhhh...bole ke nak tido kalau macam tu???
(ok..topik yang terakhir tu tipu...hihi)
   
 dari malam...nih kami tinjau dari menara tinjau level 5
sejuk oiiiiiiiiiiiii


 dan dah siang....
pun sejuk oiiiiii...
berangin ......melompat-lompat jugak la wa di sini
 kata rakansebaya..kena lah sama tone warna baju
tengok bulus tu ditiup pun tau kuat ke tak angin di menara tinjau ini

Ayuh ...kita ke Sapporo...ehhhh nanti..kita ke Shibuya...

 oleh kerana team kali nih BUKAN begpek..maka penggunaan beg troli adalah meriah sekali
sesekali Aqilah terlupa beg troli beliau...
mujur kami ramai...bergilir-gilir tolong mana yang termampu...
(amboi ayat skema)
 tren ini memang selesa. 
shinkansen ke tu?



Setibanya kami di sini, kami sorok beg troli dalam locker yang bersepah-sepah ada di station keretapi tadi.
dan kami menuju ke sini...
ambik gambar dengan tugu anjing Hachiko ...
korang gugel je la asal anjing tu glamer di sini.
pastu kami ke sini...nengok umat manusia...

 mempersembahkan....Shibuya Crossing
tak sah orang kata...tak jejak kaki di sini kalau dah sampai Tokyo..

pi la minum kat Starbuck sambil fefeeling bersantai melihat laluan manusia sana sini.
awal pagi ..tak ramai manusia

 macam biasa..wa dengan rakan sebaya...Aqilah..hahahah
sebaya la sangat
huk huk
*batuk sensorang sambil tepuk2 tengkuk*
Dah minum? jom ....
cari tandas jom ???
ahahhaahah..hambek...meronta-ronta diri nih nak cari tandas.
Akhirnya wa dan Aqilah bersungguh cari tandas dengan Na yang tengah bawak Zafran dalam stroller.
Ala..baru 9.50 pagi..shopping mall tak bukak lagi...
Wa dan Aqilah dah terkepit-kepit dah nih.....
masuk je shopping mall 10.00 pagi..kami berdua berlari ke tandas...
pulakkk..panjang beratur!!!
lagi sekali  secara berjemaah kami melompat2...tahan diri..hahaha
leka kan Aqilah...suruh dia kira 1,2,3 sampai 20 ....
-Selesai je panggilan alam ditunaikan....wa panik..Aqilah hilang!
Oiiii nih kat Jepun oiii...bukan Bandar Baru Bangi
bertempek-tempek panik wa masa tu....
rupanya dia terus lari keluar dari tandas...dan terhenti di tangga bergerak...tak jumpa acaner nak naik level atas....haaaaaa....gile cuak ok! Anak orang nih!!!
Jangan kata anak orang..anak kucing hilang pun wa panik....

OK abis bab 'berpeluh seram' itu...wa bagitau la Na kisah kami tadi.
Aqilah seperti biasa..senyum sengeh ...
  

 jom kita mulakan photoshoot di sini
sementara wa layan babak cemas dengan Aqilah, derang derang nih dah 15 kali pegi balik bergambar di sini.
Demi photoshoot yang Diva.
Dah..dah..my turn please..hello..photographers...get ready with your gadget please...

 acah-acah pi kije di Tokyo

 Next..acah-acah pi bercuti dengan seronoknya...

 Acah-acah Che Ta dengan anak...
err versi tak asli..nih dari kamera masmz...
 nih kamera Janggel
dan nih kamera Cawan...
see...
belum lagi tepek dari kamera John dan Na...
ada jugak yang muntah pelangi asyik nengok gambar wa banyak sangat dalam blog
tapi citer yang sama...
tengah melintas jalan
tu je???

 kedudukan mereka...2 kat sana...
 3 kat situ
nak cite apa lagi??? banyak sudut memasing ambik tempat
so...memang la 15 kali kami dok melintas di sini
haahahahahahahahah
Cuba ko buat kat GiantShahAlamCrossing acah-acah gembira? Ada jugak la pemandu yang acah-acah nak langgar ko kot?


 ok kami dah berada di sini
next?
 membeli tiket ke Narita Airport
mahal gile 1400 yen x silap
dapat dok belakang pemandu tren
yeay
 tau memasing lapar...
Zafran capai je apa yang wa hulur
tengok mak dia kat belakang tu buat apa?
upload IG letuuu....
hahaha
mujur la anak pandai cari makan sendiri...
 ayuh kita ke Sapporo...
itu BUKAN kapalterbang Dato Vida....
sekian harap maklum

 dari landasan tak de salji...akhirnya kami selamat mendarat di...
 NewChitose Airport, Sapporo...
jakun mula mengaruk hati melihat bersepahnya ais di atas landasan.

melihat ais di landasan keretapi.
Kami naik tren nih..padat gile..sepanjang 1 jam perjalanan..kami berdiri
berasak-asak jugak
dan sempat wa message kawan wa
eh kawan?
sapa?
beliau suruh tungguh di westwing Sapporo Station
ok roger  

 kami tiba di sini..lalu Masmz, John dan Na teringin tabur duit di GU.
GU nih anak syarikat Uniqlo lebih kurang
maka, tinggal la wa, Janggel , Zafran dan daddy Zafran ie Cawan di sini...
dan wa melilau cari Pon....
WIFI dah la x de kat sini
Akhirnya...kami berempat berjumpa!!!!!!!!!!
macam long-lost-friend wa berpeluk Yuka..gitu haaa...

Sementara nunggu mereka abis shopping, Pon ajak letak beg memasing di dalam kete beliau.
dan bila suma dah berjumpa, maka, John, Masmz, Janggel dan Pon akan naik kete Pon, manakala ChawanSekeluarga naik teksi bersama Yuka, ke The Stay Sapporo..hostel yang kami dah book.

 dah settle letak barang..kami pun cari la makanan..ramen halal...
berpandukan wase dari Pon...
kami kami berjalan di kawasan sekitar bandar Sapporo menuju ke sini
gile sejuk
gile jakun nengok timbunan salji tepi jalan

 ini kami hahaahahahah

 belum sampai lagi makanan, tapi gambar dah sana sini sudutnya...


 harga? RM40/semangkuk
nanges tak?
sedap hoit!!!

Malam tu sejuk semacam...Aqilah dah nak nangis tahan sejuk..maka kami naik teksi ..tak nak jalan kaki dah...
rupanya malam tu tak silap negatif 10 celcius...kot? ntah laa

 teksi sesat..
dah sume tulis tulisan jepun..manalah kami terre
*tips disini..lenkali bawak namecard hostel tu...hihi*

 nih rupa katil memasing.
ChawanNa sekeluarga dapat bilik sendiri
kami dorm 8 katil

Esoknya?
 bersarapan di sini
comel tak 'anak teddybear' itu?
hehehe

 see...owner TheStaySapporo memang sediakan pekakas khas untuk muslim
sebab dia pernah kije di Penang untuk 6 bulan
maka
dia dah tau budaya orang malaysia acaner

hari pertama kami ke????

 nampak laluan ini
 dan lori ini

 untuk lihat sotong kurita
dan pingu
eh
penguin of madagascar
hahaah
penguin of sapporo....besar-besar
penguin di Philip Island , Australia, comel-comel

nantikan kisah selanjutnya...nak tengok blogger lain..pi terjah la bloglist sebelah yang tajuk sapporo tu
Stay tune

Tuesday, February 2, 2016

Sapporo dan Tokyo : teaser


kasut kasut di Tana Aina Pahang
 Hai hai hai
bersua lagi
di sini
kembali

Meh nak share gambo dulu..kasi feel aura sejuk masuk dalam blog ini
heheheheeh

kasut kasut di Shibuya, Tokyo

Kami kami kami kami kami kami kami mulakan percutian #skuadsengkek ke Sapporo dan Tokyo
nape squadsengkek?
sebab memang sengkek masa nih
gigih la korek sana sini mana-mana bekalan duit yang ada
demi impian menjayakan trip ala-ala Narnia / Frozen ini


 
kasut baru beli di GU, Tokyo.
Murah weh!!!
990 yen je (less than RM40/ sepasang)

 pergi secara berjemaah

 dengan ahli jemaah yang paling muda..ie Zafran

 memang comel je bebudak kecik terkedek-kedek jalan dengan baju tebal dan kasut boot.

 pertengahan musim sejuk

 menyaksikan banyak daun luruh hilang dari dahan / ranting pokok

 ketulan ais tersangkut...bole buat ais kepal kot?

 tatau la buah pokok nih boleh dibuat makan ke tak

 melihat ke atas..nampak Tokyo Metropolitan Government Building

 atau melalui Asakusa..tempat baling-baling duit yen beli sourvinearmahaloiii

gile suka bila jumpa pokok ini dengan buah limau tergantung sana sini
nih musim sejuk ke musim bunga???


 dongak ke atas lagi...nampak penguin berenang

 tinjau sangkar harimau

muka serigala yang nampak mistik
nampak garang
dan nampak...spooky
(ensem pun iye)
hehehe

 acah-acah hipster bila minum di sini
sambil ninjau mereka- mereka melintas jalan 
 berjumpa dengan kawan di Sapporo

 sekitar bandar kecil di Sapporo
tengok tebal ais tepi jalan tu....
 tebalnya ais atas bumbung rumah

 malam macam nih pulak

 permandangan sepanjang lebuhraya Sapporo-Furano

nampak ini

 di Zoo Arashiyama, Hokkaido

kepalan ais sana sini
kepalan?
sukati ko la
takkan kimpalan kot?

 di tepi tasik

 simbolik gambar banyak menjurus ranting kayu

 Di Mild Seven Hill, Biei...
terkenal dengan logo rokok mild seven

 maka..sila bersihkan jalan
supaya...
 nampak arah tuju percutian ini

 nanti kan kisah kami di sini

kisah kami membenamkan diri di salji Sapporo dan berjalan santai di Tokyo
(sambung batuk sambil buang hingus...)
Docte..saya nak MC bole?
(hassshummm...)