Saturday, August 11, 2018

Part 8 : New Zealand - TePapa & Nugget Point

hui..tak sangka
blog nih diupdate
(kedengaran sorakan gumbira para peminat)
yea
yea
...
(lambaian ratu sana sini)
.
.
.
(baling bunga ros....)
.
.

where were we?
(gitu haa omputih)

Dari Milford Sound yang bersempadan Tasman Sea di bahagian barat, 
kami kami lepak di Te Papa...  


 nih adalah motel yang kami tempah
bilik air adalah konsep kongsi dengan orang lain
namun ko nak mandi????
sejukkk
(mandi style P Ramlee sangat digalak kan di sini)
waakakkakakaa

 makan malam kami
sedap gilerrrr sebab memang lapar dengan cuaca sejuk yang ntah hapa2 la sejuk
salji tak de la pulak
nak pi tempat makan nih pun wa belari-lari anak ....
nak simpan haba panas badan
(lari..lari...)

 keesokan harinya
ooo sini pun ada caravan /motohome


 ni signboard depan motel itu

 not bad juga tempat disediakan bagi mereka berkelana guna perkhidmatan ini.
Masing-masing ada kawasan persendirian
 
 nih kereta jiran kami
sempat berbual dengan mereka
merupakan pihak berwajib / berkuasa (authority) bahagian alam sekitar
masa deme ada di situ , deme tengah mencatit / merekod bilangan burung kiwi...
ok...rasa kagum di situ...
dan deme juga nak pi Malaysia untuk bercuti hujung tahun...
apa lagi...sempat la wa jadi duta malaysia tak berapa tauliah...
dok gebang tentang bestnya korang kalau datang Malaysia
(sambil bagi brouchers...eh...hahah ok nih tipu)
.
.
but serius talk..yeap..they intended to go holidays in Malaysia..

 
 wa terjumpa pokok nih
anih
macam sejenis kektus
sebab tiada daun
terus ada bunga
macam tipu je
wa belek2....tak....tak tercabut pun
sukanya tengok pokok macam nih ..

selepas kami bersarapan dan masak bekalan untuk tengahari, kami bertolak ke...

 sini...
memandang ke South Pasific Ocean...
maksudnya..kami telah merentas dari pantai barat ke pantai timur Pulau Selatan New Zealand

 singgah sini
ambik gambar

ootd kali nih
color block
mcm..
.
.
.
well..nevermind
.
.(jangan kecam)

 pastu ..layan hutan pulak
makan tengahari sebelum trekking masuk hutan
hutan mana?
cari apa?

 cari nih

 sambil makan tengahari
sambil mamah bunga nih buat ulam
eh
eh
(nota kaki : bunga kaler pink tu sebijik macam bunga ulam raja..kan?)

(sambung mamah / kunyah daun )

 dah ada tenaga
ayuh mulakan jungle trekking kita
(bukan Janggeltrekking..eh)

 mossy forest di Kameren
hahaha

 nak sampai dah
kejab je actually..tak jauh mana pun

 tu dia
Purakaunui Falls
dah ambik gambar sana sini
jom balik
balik ke pangkal jalan
 Jurasic Park?
 banyak juga pokok jenis fuchsia di sini
bukan lipstik kaler fuchsia je tau yang wujud
pokok pun ada

ok sambung perjalanan
kira lagi kambeng biri-biri

 dan penghujung semenanjung .....Nugget Point

 dan itu adalah rumah api nya

 aunties aunties tak larat nak jalan
maka
deme tunggu je la kat kawasan parking tu

 Hai South Pasific Ocean

Memandangkan ianya tanpa banjaran yang melindungi jalan...angin yang tiup di sini memang tak hagak-hagak kuat

yuhuuuu
hello !!!!

 This is the nearest southen area ever that you can reach...
paling selatan yang pernah ko sampai dalam hemispear selatan.

Lajak lagi ke selatan...ko dah bole masuk Antartica

.
.
.
(tutup balik Googlemap)
.
.

 we are here
pesal wa dgn Pae je tak pakai spek?

 ohoiii kaki
bertabahlah
balik jom

 kami sambung perjalanan ke motel ini
di Dunedin
ada apa sini?

 kami bole tengok batu bolat
kami juga bole tengok batu tak bolat.

dah macam geologist pulak ko?
.
.
.
stay tune for next update.

Nota kaki : bila ko dah seharian dok berhibenasi dalam rumah tak kuar mana-mana....
masuk 30 jam seterusnya...wajib keluar rumah...cari makanan...hahahahaha
tau ko kebulur eh?

Nota kaki 2 : counting days to....?


Friday, July 13, 2018

Part 7 : New Zealand - Milford Sound

*tinjau blog nih*
*cari balik mana password*
.
.
.
.
huiii lega dapat ingat password blog
hahahaha

salam malaysia baru
eh tetibe

5 bulan tak jenguk blog nih
OMG sangat..apa yang sibuk naw ntah tuan tanah blog nih..

Atas desakan para peminat yang dok DM tepi DM tengah dan DM letak nota kat skrin kete suruh update blog...maka...meh sini..rapat rapatkan saf..kita sambung kembali kisah pi neuizilen 2 tahun lepas ahahahahahahahahah

2 tahun dah berlalu

ingat lagi ke tak ?

Selepas kami dah tengok tempat yang ada susun pokok tu...kami ...nak naik kapal...
Milford Sound...
dulu wa suka sebut Milford Sound dengan terbayang bayang 'fiod-look' macam kat Norway...iyelah zaman tingkatan 3 (tq tecer D'Cruz yang ajar Ilmu Alam / Geografi) wa jatuh chenta dengan subject nih...dan akhirnya wa dapat tengok acaner rupa Milford Sound ini.

  


 sejukkk

 nampak nih
macam nak masuk kawasan dinasor je ..kiri kanan pokok hutan

 akhirnya ..kami tiba di terowong...kiri kanan permandangan nampak air mengalir..pastu ada ketulan ais...teringat pulak ais banyak kat dalam petisejuk bahagian 'freezer' tu...

 tengah tunggu lampu tu tukar kaler ke hijau
kat sini ada burung helang ke burung apa ntah...
jinak bole ambik gambar dekat-dekat
sorry aa..tak ambik pulak gambar dia heheh
korang gugel je la acaner rupe burung helang...

 dah sampai di Piopiotahi
apa?
taik?
sudahlah...malas nak explain..
diam ko...syss


 selepas kami makan tengahri (yang dibawa sebagai bekal masak dari rumah)...
kami pun naik la kapal tu
ayuh
kita mabuk laut
eh
mabuk tasik
eh..


teruja

jom tengok acaner rupa kapal nih

 nih belah bawah
kawasan cafe
kita leh redeem kopi / teh dengan kek karet...
(jab...ada ke redeem kopi? ala lupaa)


 nih belah bawah ....
pesal kosong?

 sebab rata-rata nak dok atas
lagi best katanya

 kelihatan sekumpulan anak melayu di situ
heheh

 permandangan yang bole nampak

 air terjun sana sini

 bila hampir dengan salah satu air terjun...


terbentuk la pelangi (yang pilu) sebab ada cahaya matahari
wah
ilmiahnya ayat tadi


 bole nampak pengu
er
penguin
tuuu dalam bulatan tu

 sekumpulan dugong atas batu
bukan dugong iya tuan tuan..itulah kuda laut
.
.
.
.
.
(penuh konfident ko eh kata tu kuda laut?)


 dan akhir lawatan...memang ada aksi membasahkan diri
masa nih sapa tamau basah...turun masuk ke dalam kapal
kami?

tu haaa..mana bole tak basahkan diri..kan?


 ko ghasa...ko kalis air ke tak basah kalau dok atas bumbung kapal ?

 ok kami dah sampai sini
sayonara Milford Sound

 bole tahan juga sunburn yang kami kena
panas ..tapi sejuk

 masa nih kami baru terserempak dengan Mia Ahmad dan tunang beliau bersama crew ambik gambar pre-wedding ....wa tak kenal sapa dia Mia tu....
sapa dia?


k babai
sekali je datang sini
tak de la nak repeat...
janji dah sampai

 air sungai yang jernih
warna terquisoe

 tak berhenti..lalu sahaja

 jom balik lalu terowong menora nih

 eeee kucing hutan
.
.
.
.
Llama ko panggil kucing hutan?
eh acaner nama binatang nih?
Llama kan? kan?
betul dah tu


 singgah sini jab

 turn out tak cantik sebab cuaca tak seceria panas di Semenanjung Malaysia
 jom kita gerak pulang ke

 aaaaa? 120km????
(tido la )
(tapi kalau tido...akan miss-out permandangan lawa-lawa)
(tak jadi tido)

kami bermalam  di pekan kecil Te Anau
sebab esok nak pi tengok...
 laut nih...dan


hutan nih...
ada apa?
ada laaa....

Nota Kaki : terasa hebat tetiba dapat update blog
heheheheheheheheh
walaupun lemau sedikit isi kandungan blog kali ini
janji update

Raya aidilfitri dah abis...sapa-sapa di Pantai Timur nih..tamau ajak wa datang beraya ke?
hahahahaahah