Friday, June 6, 2014

TamanNegaraPahang-Akhir

Entry nih pendek sahaja
tapi banyak gambar
maka
tak perlu nak baca panjang-panjang, sebab info kisah kami bercuti
dah wa citer dalam Part 1, 2 dan 3

Lagi sekali
nih apa yang wa nampak semasa cuti di Pahang

nampak pokok yang tinggi
berusia ntah bape puluhan tahun
mungkin cecah ratusan tahun


credit to Cawan
pergi dengan travelmate yang wa rasa serasi
dah kenal
dan 
dah tak kesah perangai sengal masing-masing
(nampak tak kek buah kukus kaler cekelat...haa...tu dtg dari JB homemade by Pae)
dan ofkos..nasik lemak hasil kerjatangan Janggel
*berdoa ada open house sempena raya nanti di rumah beliau*

berendam di Sungai Tembeling
BUKAN kawasan Taman Negara
sipi-sipi je



ertikata lain...BACK TO NATURE
jom masuk tengok hutan

walaupun kaler daun berbeza..namun masih hidup aman damai....
biodiversity 
*amende bio bio nih?*

"The variety of plant and animal life in the world or in a particular habitat, a high level of which is usually considered to be important and desirable" - credit to www.oxforddictionaries.com
wa tak pandai olah bahasa omputih
wa google dan dapatkan info TANPA tukar ayat
lalu wa kreditkan kepada punca mana wa dapat info.
ini apa yang wa faham tentang
memberi kredit dari asal informasi.
*sapa belajar sekolah pondok pun tahu...jika diterjemahkan dan mentafsirkan ayat Al-Quran, 
pasti disertakan surah mana, ayat mana...*
pure basic step on sharing info

wa BUKAN pelajar sekolah pondok mahupun University peringkat tinggi
(sambil letak kapur, lalu padam papan hitam dengan pemadam)
Next
 jom tengok gambo lain
sure bosan baca banyak sangat 'bebelan'...
hahaha.... 

bila usia dah semakin hujung nyawa
jika masih boleh berdiri teguh
maka berdirilah

besarnya pokok nih..cer bandingkan dengan bot belah kiri tu...
kerana satu hari nanti
pasti akan rebah ke bumi
sama dengan manusia
sekuat dan semuda mana pun
satu hari nanti...alam kubur juga 
akan didiami

sepi
tenang
keseorangan
tertakluk kepada amalan seseorang itu

kewujudan kanak-kanak kecil ini
hampir tidak nampak
di hutan yang besar 
(mujur pakai baju kaler kuning)

sama dengan mat salleh sorang tu
nampak tak?
tuuuu...
sebelah sampan tuu...
(sambil wa memoncongkan molot ke arah kanan gambo)
kecik je,kan ?
gitu la keciknya kita dengan kejadian alamNya



corak langit hutan
dan satu lagi

corak langit hutan yang lain
kedua-duanya wa suka 
(boleh jadi corak baju raya tahun nih lah...)


tidak ketinggalan juga
bunga
dan

sekumpulan rama-rama
juga menunjukan corak tersendiri
anda rama-rama kecil dan bercorak lain? 
jangan terasa tersisih...
biasa-biasakanlah bergaul dengan cara baik
nescaya akan diterima di dalam kelompok yang besar  


"mommy...tu..tu..." Aqillah bersuara
setiap umur, setiap masa
kita tidak sunyi dari mempelajari
sesuatu yang baru



begitu juga wa
setiap hari kena sengat dengan lebah  ada sahaja pengalaman baru
info baru
yang wa dapati
walaupun kadang kala
info yang wa pelajari dalam bentuk herdikan, sindiran, mahupun jerkahan

kadang kala
jangan sangka yang si lebah sahaja minat pada anda
lalat pun minat juga
open your heart to anyone come near to you


ulat Selangor
bole?
sebab kaler bendera negeri Selangor
*yakin, rama-rama nya cantik, berdasarkan warna badan ulat itu sendiri*
begitu juga acuan anak-anak sekarang
bagus didikan ibu bapa
cemerlanglah anak-anak itu

Jom kenali kawan-kawan jalan-jalan wa kali ini

pasangan keluarga ChawanNa ...dan Aqillah yang tak leh duduk diam itu 
punca asal terbitnya kisah bercuti di Taman Negara Pahang

masMZ, dengan bantuan kenal abang Mahadi yang berdiri sebelah tuh
sebagai pemandu pelancong
dan menguruskan kami di sini 

sebagai penaja sarapan pagi dan makan tengahari
Janggel jangan diragui kehebatan memasaknya
(sambung berdoa ada le open house raya nanti)

demi keriangan berganda
Pae gigih memandu seawal 5 pagi dari JB
untuk ikuti cuti kali ini
pembekal kek buah kukus yang terkenal di JB
and some even say in Batam
*ok..tu tagline PhuaChuKang*

Aqillah..tidak perlu diperkenalkan
tak perlu bagi gula-gula
bagi kamera, terus suka
terus diam dari merengek kepenatan
*high maintenance aaa anak dara sorang nih*
(pengsan)

ini adalah wa
yang sopan
yang ayu
yang sweet
yang.bebaik sume bagi kat wa lah!
(sukati wa nak puji diri sendiri..nih blog entry wa...kan?)
hahaahahhaha

alo..by doing that, you are a sick person, don' t you know that?  

tak kisah la kalau tanak kawan.....wa buat hal sendiri ....

remember this :
"Making BAD decision is part of our life. 
Blaming OTHERS for your bad decision is IMMATURE
credit to a friend in FaceBook

wa akui..wa mengambil keputusan yang salah
apabila bergayut pada akar pokok
sebab tau kaki memang sakit
ditambah pula jatuh..bertambah sakit
maka
terimalah akibatnya

tapi wa tak salah kan sapa-sapa...
baca balik ayat omputih tadi tu...
faham?
*sapu ubat kat lutut*



"sakit kaki,kan? meh Aqilla tolong pegangkan tangan turun tangga meh..."
"eeeeiii..tak pe...tak pee....bole..bole turun sendiri nih..."
"meh laaa...Aqilla tolong..."

Dr Aqillah yang prihatin
(sehari sebelum kejadian sakit kaki, Aqillah sempat agih-agihkan plaster untuk wa guna
 takut-takut kaki wa berdarah kembali)

"letak tepi bantal tau,..ok?" kata Aqillah takala agihan plaster dihulur pada wa
alahai...

cedera
ada sahaja yang mengambil kisah
iya..wa nampak tak selesa berjalan 
pabila lutut membengkak
tapi
tetap ada yang memimpin wa jalan
perlahan-lahan
*thanks korang korang*

dunia nih penuh dengan 
cabaran dan godaan
menulis blog pun
godaan jugak
ke arah riak pun ade
bahaya....kan?
(terus mentelaah buku "bila hari kiamat")


pertembungan Sungai Tahan yang jernih dengan Sungai Tembeling yang keruh.
Masing-masing adalah sungai
Akan tetapi tidak bercampur secara mendadak warna sungai itu
Begitu juga hati manusia
Jika bersih jiwa, bergaul dengan kalangan mereka yang berjiwa tidak tenteram
Masih boleh senyum 
Masih boleh menikmati cara hidup yang aman

wa mengambilkisah
seekor kura-kura yang tetap berjalan..
perlahan..lahan..walaupun di kiri kanan jalan itu
ramai kawan-kawan lain tegur
kata 
tak pandai
tak kuat
buang masa je jalan
tak sampai ke tempat yang dituju 

akhirnya kura-kura itu sampai ke garisan penamat
kerana kura-kura itu PEKAK
dan kawan-kawan beliau tadi
terus diam

aman,kan?

kadang kala ditemui
sungai cetek

walaupun menyusuri sungai yang sama
ada kalanya sungai itu dalam

blog wa perlu ada ruang penambahbaikan
room for improvement kata omputih
tapi buat sementara waktu ini
biarlah wa menulis dengan cara wa tersendiri
ie. merapu...
  

kami dah sampai
anda, bila pula?
jom terjah Taman Negara Pahang

untuk mereka yang suka aktiviti lasak
Gunung Tahan sedia menanti kehadiran kalian
wa?

mintak maaf la banyak-banyak
wa dah tak leh nak panjat-panjat gunung dah
letih


aktiviti kami
diuruskan oleh syarikat itu
*abaikan model baju merah tu*

big steps begin from small steps
go..explore the nature


sapa kata Malaysia tak de tempat cantik?

selepas nih
ke mana wa pergi?



(pergi standby tunggu bulan Ramadhan..dah..dok dendiam..ok?)

akhir bicara wa...

"wisely humble people are never afraid to admit they were wrong.
When they do, it's like saying
they're wiser today than they were yesterday"
quoted by :John C. Maxwell, 2013

salah dan silap, tolong maafkan
berdoalah agar kita masih boleh jumpa Bulan Ramadhan tahun ini 

Tuesday, June 3, 2014

TamanNegaraPahang-Part 3


Assalamualaikum...
ayuh...kita abiskan kisah masuk hutan di Malaysia
safari night walk?
naik lori kecik je...

Persis PATI (pendatang asing tanpa izin)...bila kami naik belakang lori ini
jam 9.00 malam, kami mula dibawa ke kawasan separa hutan dan ladang kelapa sawit 


cawan sedang  menge'test' lighting kamera
kot-kot dapat tangkap muka gajah?
manalah tau..kan?

yang depan tu...dok atas bumbung ...tukang suluh 
pegang sportlight..dia dok suluh-suluh sana sini
kejab-kejab pangkal pokok
kejab-kejab kat buah kelapa sawit
kejab-kejab kat semak
kejab-kejab kat tanah
kami selori (ada ker imbuhan kata gitu?) dengan satu couple dari Jerman

binatang pertama kami nampak adalah..kucing hutan
kelibatnya pantas melompat menyorok
nampak aje brother yang pegang sportlight tu...
dah biasa kot..

pastu kami nampak burung..rajawali? (yang banyak warna bulu tuu) tido celah pelepah pokok kelapa sawit
pastu nampak burung hantu..terbang selepas disuluh mukannya
pastu nampak burung apa ntah dok lepak celah semak
pastu nampak binatang nih...besarrrrrr...dan banyakkkkkkkk
errr...takutnya!!!

.
.
.
.
.
  

"lu pe hal? suluh-suluh muka gua memalam nih? gua tak suka tau!"
sekumpulan lembu...
dah kata lalu ladang kelapa sawit
lembu mesti ada...dah jadi haiwan peliharaan penduduk di situ

tapi mamat Jerman tu beriya-iya hambek gambo lembu nih
teruja kot..
heheheeh
"well sir...this local said lembu..in speking we say cow...you know..kauu.....moooooo"
*wa cakap dalam hati je...tak kuasa wa nak berjela-jela bagitau yang tu bukan binatang dalam hutan*
ehheheeh
next...


nampak tak? tu..atas pokok tuuu

inilah binatang yang terakhir kami nampak
sebelum kami balik ke hostel
Aqilla takut bila disebut itu burung hantu
so, mommynya sebut...itu burung besar

jom balik
jom selfie reramai


gigih guna monopod.
suluh muka guna lampu jalan...
nih adalah muka kami tanpa nur lampu jalan
dan 

nih adalah sinar dari lampu jalan
baru la nampak muka memasing
hahaahahah
sure kapel mat salleh and minah German tu bosan nengok perangai kami 
bertabahlah...

kami pulang jam 10.30 malam...
lama jugak kami berada di dalam ladang kelapa sawit tu
malam tu..kami...eh..buat apa? 
tido la kot...kata letih


esok pagi
wa aaahhhhhh....segarnyaaaa.....
wa jenjalan tengok kawasan chalet nih

jalan perlahan lahan...
bengkak lutut mula terus berdenyut
adehhh

tengok kucing nih..
tak leh melutut..klu tak
dah lama wa dok usap-usap bulu kucing nih

kami berkemas...dan bersarapan di kedai ini


sedap roti canai....
wa layan...

baju merah itulah abang Mahadi..yang kami berurus dengan beliau
dari hostel hingga ke aktiviti semuanya
MasMZ kenal beliau.
dah kenyang?
ayuh..pulang ke KL...
menuju ke kehidupan yang hakiki

kali ini....Pae menjadi pemandu...Janggel adalah Co-Pilot
dan wa? jadi mem besar yang semi-OKU
*dok belakang..sambil urut lutut*
oh yaaa...dengan Dr-Peribadi wa...Aqillah, yang nak ikut naik sama kereta dengan wa
Jommm


dari Kuala Tahan ke Temerloh mengambil masa dalam 2-3 jam jauhnya
jalan tar..tapi ada aje rosak sana sini
ehhhhhh...............
ok ok
jangan betulkan line internet anda...
tu BUKAN gambo balik ke temerloh


nih haaa.....baru betul 
I love MALAYSIA
*kalau betul lah ada kangaro liar kat Pahang?.....errr..Panda..ko balik China..sekarang gak!*

sila tengok jalannya yang ber'ombak'
dan ada lopak
dan ada belok sana sini



banyak nyer lori balak..
perjalanan yang lama kami rasa


tengok...
dari kayu balak..dah jadi kayu siap proses
lama kan perjalanan kami ini???

*blurrr...*

wa buat apa di belakang dengan Dr-Personal wa?

selfie laaa...

ini adalah muka ceria Aqilla...sebelum diva ini berkata begini
"Qilla sakit perut la...tapi sini tak de toilet...Qilla takut nanti gajah datang..."
wa...err....dok pikir..amende la Qilla nih bagitau...
"ok..ok...kita berhenti tepi...eh...panggil mommy..ok?"
"ok..."
sebenarnya..Aqilla nak termuntah..sebab perjalanan yang jauh dan pening...
tapi disebabkan perkataan muntah belum dipelajari
maka
sakit perut adalah vocab yang paling hampir
menandakan ketidakselesaan si cilik ini
hahah
bab gajah datang...err...tu kena tanya mommy Aqilla...
hehehehehe

selepas berhenti tepi jalan, kami teruskan perjalanan sampai ke Temerloh
makan tengahari jom 


tiba ngam-ngam waktu makan 1.30 tghari
dengan ramai
dengan panas
dengan pantas kami mencari meja kosong
(itupun lama jugak la berdiri.....haiii)
dan ngam-ngam pakcik femes nih kata kena tunggu 30 minit utk ikan patin masak
Na gigih beratur...10 minit sebelum dihidangkan 
demi mengambil lauk ikan patin itu


hasilnya
yeaaa..rm10/mangkuk
sedap lagi yang di Kuala Tahan...pekat kuahnya
tapi disebabkan sini....ramai yang datang...kuahnya cair pun..orang tak de komplen
sedap juga
ada yang datang untuk bungkus bawak balik
sekejapan...abis dah satu periuk besar tu..
sapa lambat..dapat tang kepala
macam nih  

pun sama...rm10/mangkuk
nih BUKAN ikan patin kami
nih ada satu keluarga dah reserve meja kami untuk turn mereka makan pulak
hahahahaha
boleh gitu


wa tatau apa tajuk air yang wa minum belah kanan gamba nih
tapi wa siap beli 2 gelas...
(sebenarnya haus ya amat..)
Kami sambung pulang ke KL.
Aqillah ikut kereta MasMZ dengan mommy dan daddy
dan kami terus menuju ke Putrajaya
sempat singgah di R n R Genting Sempah utk Zohor & Asar
dan wa tiba rumah...eh..pukul bape?
lupaaa...
ahhaahah
janji dah selamat sampai rumah..kan?
*keluarkan baju busuk satu karung dari bonet kete*

meh wa share secara Geografi kedudukan aktiviti kami


mudah dan sempoi
bukan percutian 'hardcore'


nantikan entry penggulungan wa
eceh
penggulungan pulak
mmmm...masih terbayang sejuknya suasana hutan ini
aaaaaaa.....


Manakala...tanggal 31 Mei 2014, sepupu wa bernikah
jangan tak tahu, zaman sekarang masih ada lagi 'family arrangement marriage' tau
ironinya...sepupu wa nih..tak de no hp tunang dia...
sampailah masa majlis tunang derang..baru heboh tukar-tukar no hp memasing? 

di kala BELUM menjadi suami orang
sekarang...dah sah dah pun...heheh

dan wa tetiba jadi ad-hoc camerawoman????
my hijabster style ilang terus!!!!!
huhuhuhu
*PS: gaya lebih..tapi sume wa belasah auto..tak de makna la nak setting manual bagai*

(mesti pak saudaraku nyampah tengok hasil nyer...hahahahahahah)
tu la..percaya sangat kat wa??

kikikiiiii